labun KulupSakah... |
Posted: 07 May 2013 12:40 PM PDT Penipuan PRU13 yang sangat jelas dan kotor menyaksikan gagalnya Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional walaupun laporan risikan menyatakan kerajaan baru akan dibentuk. Namun hakikat yang perlu ditelan ialah tiada satu kerajaan diktator jatuh melalui pilihanraya. Ini fakta. Keputusan pilihanraya ini wajib ditolak. Jika diterima bermakna kita mengiktiraf penipuan ini. Setakat ini Anwar berulangkali menegaskan menolak keputusan PRU tetapi tidak sangat disambut oleh yang lain apatah lagi yang menang. Sudah sedap menang, tipu pun tipulah. Di sinilah kita dapat lihat wajah sebenar apakah perjuangan itu hanya untuk mendapatkan kerusi dan jawatan atau benar-benar ingin menumbangkan sebuah rejim yang korup dan bobrok. Tiada suara mengajak protes sebuah penipuan. Nahe! Nahe! Nahe! Inilah dalil untuk mengukur sebuah keikhlasan. Ternyata Anwar nampak wajah sebenar kawan-kawan yang mengaku berjuang tetapi selesa apabila sudah menang. |
Posted: 07 May 2013 08:06 AM PDT 23 tahun menerajui Kelantan tanpa tercalit satu sen pun tuduhan penyelewengan rasuah dan salahguna kuasa, Tok Guru Nik Aziz kali ini mengundurkan diri. Nik Aziz selama menjadi Menteri Besar bukan setakat menggembleng tenaga bersama para exco dan pimpinannya membawa Kelantan ke mercu kejayaan, malah Tok Guru satu-satunya Menteri Besar yang mendidik dan menyuburkan 'rohani' rakyat. Jangan anda nafikan kemajuan Kelantan. Sila ke Kota Bharu. Kecuali anda penagih siaran televisyen BN dan anda bodoh, anda akan dapati Kelantan sungguh maju. Pengangkutan bas ekspresnya sentiasa penuh. Penerbangan Kota Bharu ke Kuala Lumpur pergi balik setiap hari penuh. Dalam keadaan kemajuan modenisasi, Kelantan masih mengekalkan adat tradisi. Rumah-rumah kampung masih terdiri. Kain batik dan semutar, dikir barat, wayang kulit, mak yong tetap ada. Juga industri makanan tradisional, perusahaan tekstil terus kekal. Dan Tok Guru di rumah yang sederhana itulah dia tinggal. Bagi aku, ahli politik itu boleh cakap apa sahaja tentang perjuangan, berserak suara jeritkan kemiskinan, kuat melaungkan kesederhanaan tetapi untuk mengukur kejujuran laungan itu - lihatlah rumah mereka. Nafsu memiliki rumah inilah yang sukar ditahan dan rumahlah lambang peribadi sosok insan. Salut untuk Tok Guru. Dia bukanlah sempurna tetapi siapa lagi pemimpin hari ini mampu menandinginya? Kekuatan rohaninya dikongsi seluruh rakyat. Allah berkatimu! Paparon - Bila Anwar nak kotakan janji bersara jika Pakatan Rakyat gagal tawan Putrajaya? Kita tidak sabar menunggu. |
You are subscribed to email updates from GOSSIP PRU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan