. |
- Selamat Bersara Mendiang Salentia
- Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah
- Pengguguran Nama Husam Atas Kemahuan Sultan?
- Nik Aziz Perlu Jelaskan Keadaan, Elak Kekeliruan
- Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz
Selamat Bersara Mendiang Salentia Posted: 07 May 2013 11:26 PM PDT SUSUPAN TENGAHARI Bila mengenangkan Kelantan dan keputusan pilihan raya lalu tiadalah yang paling mengembirakan saya apabila mendapat tahu Inchek Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas. Kalau saya mengharapkan kemenangan di Kelantan untuk peribadi saya, kekalahan Inchek Ibrahim itulah kemenangan besar buat saya. Berita itu saya sambut dengan sujud syukur di kaki lima hotel penginapan saya di Kota Bharu. Masa itu saya bersiap untuk meninggalkan hotel menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba terima SMS dari seorang pegawai SPR memberi tahu Ibrahim Ali kalah besar dengan kekurangaa sekitar 8,000 undi. Memang kekalahan Ibrahim itu sangat dinanti-nantikan oleh saya dan saya percaya rakan saya yang sejalur dengan saya juga. Saya berdendam politik dengan manusia dianggap genius politik ini. Tidak ada orang politik yang paling saya benci di Malaysia ini kecuali Ibrahim dengan Zulkefli Nordin. Bagi saya kedua mereka adalah bapak munafik politik dan ahli politik paling tidak bermoral di negara ini. Kalau diadakan anugerah ahli politik tidak bermoral mereka berdualah berhak menerimanya dulu. Mungkin kalau Quran belum ditamatkan nama kedua orang ini dalam konteks politik akan masukkan sebagai pedoman dan iktibar kepada manusia akan datang. Saya tidak bercadang mendedahkan di sini apa yang saya ketahui mengenai mereka sehinggakan saya begitu membencinya. Tetapi kekalahan mereka itu wajar dan patut sekali. Adalah satu kesalahan kalau kedua mereka atau salah satu menang dalam pilihan raya 5 Mei lalu dan terus berkokok dalam parlimen. Tanpa adanya mereka memberi ruang dan keinginan untuk saya menjenguk semula laman parlimen. Saya telah bersumpah selagi mereka berada dalam dewan saya tidak terliur untuk menjenguk parlimen. Benci. Alhamdulilah kedua-duanya kojol. Saya pernah bermadah kepada seseorang; bagi saya tidak mengapa kalau Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya asalkan saja Ibrahim kalah di Pasri Mas. Kemenangan Putrajaya tidak membawa apa-apa makna kalau Ibrahim Ali menang. Kemenangan Ibrahim menyebabkan gaout saya akan melarat! Alhamdulilah apa yang saya harap dan cita-citakan berjaya. Terima kasih Tuhan kerana Kau menerima ralat doa hamba-Mu ini di Makkah semasa bulan Ramdahan lalu. Mungkin saya adalah antara hamba yang terkeji di sisi Allah kerana meralat doa yang pernah dibuat. Pada tahun 2007 semasa mengerjakan Haji bersama isteri saya pernah berdoa di hadapan Kaabah (bila sebut Kaabah ini bukan bererti saya taksub dan fanatik seperti pembacuh kopi yang buat video sumpah laknat depan Kaabah..tidak), memohon Allah berikan kemenangan kepada Ibrahim di dalam pilihan raya 2008. Saya minta Allah berikan kemenangan dan hidayah kepadanya agar menerima perjuangan Islam oleh PAS. Saya juga mendoakan agar PAS dan Tokguru Nik Aziz merestui Ibrahim bertanding atas lambang bulan purnama. Atas kehendak Allah s.w.t. Tuhan kita seru sekalian alam permintaan saya dimakbulkan. Beliau bertanding atas tikit PAS, menang besar dengan meraih majoriti 8,991 undi. Saya bersyukur dengan kemenangan Ibrahim itu. Bagaimana pun kemenangan itu memberi keseronokan sekerat hari saja kepada saya apabila beliau mengkhinati amanah yang diberikan penyokong dan ahli PAS kepadanya. Beliau melupai daratan dan lupa kepada setiap orang yang membantu kemenangannya. Malahan Tokguru dicaci maki dan dihina sesedap mulutnya. Paling menyesal dan memalukan saya apabila beliau menghina Tokguru Nik Aziz. Menggelar Tokguru sebagai nyayuk dan MB yang tidak tahu mentadbir dan meminta agar Tokguru letak jawatan. Bagi saya kecaman itu tidak boleh dimaafi. Bertolak dari itulah saya memasang dendam dan niat untuk melihat Ibrahim tersungkur makan tanah di Pasir Mas. Jadi apabila beliau kalah dalam pilihan raya lalu ditangan Timbalan Ketua Dewa Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ia sungguh menggembirakan saya. Doa dan harapan saya sejak lebih empat tahun lalu termakhbul juga. Dalam pilihan raya itu Ibrahim yang disokong padu oleh Umno dan Mahathir Mohamad sendiri datang berkempen untuknya kalah dengan kekurangan undi sebanyak 8,047. Beliau mendapat 25,384 manakala Nik Abduh 33,431. Ternyata Mahathir yang dideakan dan dikultus sebagai wali 'mujibul somat' tidak memberi berkat dan membawa rahmat kepadanya. Kerana kedatangan Mahathirlah menyebabkan Brahim kalah sebesar bukit. Kekalahan Ibrahim kepada Nik Abduh memalukan Ibrahim dan juga Mahathir kerana kalau diukur dari segi usia, pengalaman, logistik dan kewangan Ibrahim jauh mengatasi Abduh. Bolehlah dianggap kekalahan Ibrahim kepada budak baru belajar politik. Abduh berdepan dengan Ibrahim bukan dengan taburan ringgit tetapi dengan tadahan doa berdoa meminta pengampunan dan bantuan Allah kita. Hilang dan lenyaplah kehebatan Ibrahim selama ini yang dianggap sebagai champion. Beliau sendiri tanpa segan dan silu menggelarkan dirinya sebagai Adi Jagat. Adi Jagat bermakna pahlwan di langit dan di bumi. Kekalahan itu menjelaskan Ibrahim bukan sahaja ditolak oleh hantu di bumi tetapi dia juga tidak disenangi malaikat di langit. Khbarnya kambing dan lembu di Pasir Mas juga benci kepada Ibrahim. Menganalisa penglibatan Ibrahim dalam pilihan raya di Pasir Mas serta angka-angka kemenangannya jelas menunjukkan Ibrahim bukan seorang berpengaruh seperti dijangka. Pengaruh peribadinya tidak sampai pun 6,000. Pengaruh atau penyokong tegarnya sekitar 3,600 orang sahaja. Orang-orang ini yang di duplicate untuk dibawa ke mana-mana dengan tiga atau empat bas bagi menunjukkan dia mempunyai pengaruh besar. Sepanjang hayatnya Ibrahim telah bertanding dalam lapan kali pilihan raya. Dari lapan kali dia menang tiga kali kalah lima kali. Kali pertama beliau bertanding ialah pada tahun 1986, beliau menang menewaskan calon PAS Zakaria Ismail dengan mendapat jumlah undi sebanyak 15,711 undi dengan perolehan majoriti sebanyak 3,803 undi. Kali kedua ialah pada tahun 1990, ketika ini beliau menyertai Semangat 46 yang bergabung dengan PAS. Beliau menang dengan mendapat 20,066 undi dengan majoriti sebanyak 9,290 undi. Kali ketiga ialah pada tahun 1995, beliau yang bertanding atas tikit Barisan Nasional kalah ditangan Zainuddin Mohd Noor dengan kekurangan undi sebanyak 3,215. Beliau mendapat 16,178 undi. Kali keempat beliau bertanding pada tahun 1999 kali ini juga atas tikit BN. Beliau tewas dengan mendapat 15,395 undi ditangan calon PAS Ismail Noh yang mendapat 23,965 undi dengan majoriti sebanyak 8,575 undi. Penyertaan beliau kali ke lima ialah pada tahun 2004. Kali ini beliau bertanding atas tikit Bebas. Dalam pertandingan tiga penjuru ini beliau mendapat 6,198 undi berbanding dengan calon PAS, Ismail Noh yang menenangi pilihan raya ini mendapat 17,520 manakala calon UBN Hanafi Mamat mengutik 16,275. Ismail Nuh menang dengan majoriti 1,252. Pertandingan ke enam buat beliau ialah pada tahun 2006 dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir. Kali ini Ibrahim mencatat rekod kerana penyertaan itu menyebabkan dia hilang wang pertaruhan. Pertandingan kali ke tujuh ialah pada tahun 2008. Kali ini Ibrahim diberi pinjam lambang bulan. Pertandingan ini beliau memperolehi kemenangan besar dengan mendapat 8,991 undi. Beliau mengutik undi sebanyak 28,673 manakala lawannya Hanafi Ahmad Rosdi Mohamad mendapat 19,682 undi. Pertandingan ke lapan dan saya kira ini adalah pilihan raya terakhir bagi Ibrahim ialah empat hari lepas. Dalam pertandingan ini beliau yang mendapat dokongan padu dari Umno dan blessing daripada mahaguru politik Machiavellinya Mahathir, beliau tewas dengan majoriti terbesar sepanjang beliau menyertai pilihan raya iaitu sebanyak 8,047 undi. Beliau menguntik 25,384 manakala Nik Abduh 33,431 undi. Catatan: Kekalahan Ibrahim di Pasir Mas pada petang 5 Mei menyebabkan hampir seluruh bandar Pasir Mas dan melatas ke Tumpat dan Kota Bharu diserang bau busuk yang teruk secata tiba-tiba. [wm.kl.2:09 08/05/13] | ||
Isu Husam Sudah Mereda, Alhamdulilah Posted: 07 May 2013 05:00 PM PDT SESUDAH SEUBUH Malam tadi Husam Musa telah membuat kenyataan akhbar menjelaskan situasi yang menyelubungi dirinya ekoran tidak tersenarai dalam jemaah kabinet Kelantan. Penyokongnya khas golongan muda yang terpesona dengan gaya politiknya kesal di atas apa yang berlaku. Masing-msing mempertikaikan kenapa Husam yang dianggap layak memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Aziz tidak disenaraikan. Kalau pun tidak sebagai MB tetapi sebagai timbalan menteri besar. Jadi apabila nama Husam tidak ada yang menimbulkan sedikit keributan dan tanda tanya. Keributan itu menjadi panas apabila timbul berbagai persepsi atas apa yang berlaku. Tampaknya Husam boleh menerima hakikat kenapa beliau tidak disenaraikan. Dia sendiri seperti memahami masalahnya. Sebab itu dalam kenyataan itu beliau menegaskan tidak ada agenda berhubung perkara itu. "Saya gembira digugurkan," begitulah katanya. Katanya penyingkirannya dari kabinet menggembirakannya kerana ruang kosong tempat beliau dapat diisikan oleh muka baru. Apa yang menyenangkan lagi Husam memberi jaminan dia akan bekerjasama dengan kerajaan dan akan memastikan isu yang membelit dirinya itu tidak akan diambil kesempatan oleh Umno. Itulah semangat dan jati diri dari seorang pejuangan yang diperlukan. Tidak mudah mengalah dengan keadaan dan redha dengan apa yang berlaku. Seperti saya katanya dalam catatan sebelum ini perjuangan untuk berkebajikan bukan semestinya menerusi jawatan, tetapi masih banyak cara lain. Jalan untuk memasuki ke syurga bukan satu tetapi tujuh. Bagi orang beriman dan bertakwa pula syurga itu boleh dimasuki menerusi berbagai pintu. Pilih saja pintu mana yang paling manis dan menawan. Yang susahnya yang tidak beriman dan bertakwa menyebabkan pintu syurga semua tertutup baginya. Dengan penjelasan Husam itu diharap penyokongnya dan mereka yang berada di luar lingkungan politik PAS memahami keadaan sebenar. Jangan terlalu mengikut emosi semua pihak kena berpaksikan kepada kenyataan dan kebenaran. Adapun sebab musabab kenapa Husam tidak termasuk dalam barisan kabinet rasanya pun diketahui akan sebab musababnya yang tidak perlu dijelaskan lagi. Soal namanya tidak dihantar tidak berbangkit kerana namanya memang dihantar bersama nama-nama lain. Seperti mana jelas Menteri Besar, Ahmad Yaacob nama Husam berada diturutan teratas nombor satu. Bagaimana pun sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati masih boleh mempersoalkan mengenai perkara ini tetapi bukan kepada Ahmad Yaacob, Mohd Amar Nik Abdullah atau Tokguru Nik Abdul Aziz, tetapi mungkin boleh direct kepada Sultan Kelantan sendiri. Pergilah ke istana dan menghadaplah Sultan kerana pintu istana senantiasa terbuka. Cadangan untuk mengadakan Himpunan 10,000 di SUK pagi ini sebagai bantahan dan membela Husam elok dihentikan atau dibatalkan. Tindakan demikian bukan memberi kebaikan kepada Husam sebalik akan memborakkan lagi keadaan. Sudah pasti musuh PAS, Umno akan mengambil kesempatan, dan bagi Ahmad Yaacob pula akan menjadi titik hitam buatnya kerana baru naik takhta tidak sampai seminggu sudah protes di luar Kota Darunaim. Sejarah hitam begini perlu dielakkan oleh sesiapa yang sayangkan kepada parti. Dan sesiapa pun kena ingat kepentingan parti perlu diutamakan kepentingan individu atau pemimpin. [wm.kl.7:58 am 08/05/13] | ||
Pengguguran Nama Husam Atas Kemahuan Sultan? Posted: 07 May 2013 09:20 AM PDT SEBELUM LELAP Menerusi laporan sebuah portal berita malam ini Ahmad Yaacob menjelaskan kenapa Husam Musa tidak termasuk dalam senarai barisan Exco Kelantan. Jelasnya bukan PAS atau beliau selaku MB tidak mahukan Husam tetapi, Tuanku (Sultan Muhammad Ke V) tidak merestui Husam. Adun yang juga disenaraikan sebagai anggota Exco tetapi tidak mendapat restu Sultan ialah Abdul Latiff Abdul Rahman Adun Mengkebang yang juga ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan. Menurut Ahmad, nama Husam telah disenaraikan dikedudukan nombor satu ini bermakna Husam seharusnya menjadi Timbalan Menteri Besar manakala Latif dikedudukan nombor sembilan dalam barisan Exco. Malangnya selepas senarai itu dibawah turun selepas di hantar ke pihak Sultan, nama Husam dan nama Abdul Latiff dipotong. Jelasnya lagi sebabkan masa itu sudah pukul empat dan untuk membolehkan angkat sumpah dilaklukan juga beliau terpaksa menggantikan tempat Husam itu dengan nama Mohd Amar Nik Abdullah. Memahami apa yang dijelaskan oleh Ahmad itu menunjukkan nama Husam telah pun disenaraikan sebagai TMB (dengan kedudukan nombor satu selepas namanya sebagai MB), tetapi ia tidak diingini oleh Sultan. Dalam hal ini Ahmad tidak boleh dipersalahkan begitu juga dengan Mohd Amar dan orang lain. Berdasarkan penjelasan Ahmad itu kononnya nama Husam tidak dibawa langsung kepada Sultan tidak benar. Pun begitu adalah elok kalau Ahmad Yaacob mededahkan surat berkenaan untuk menjadi saksi dan bukti. Tanpa pendedahan surat itu yang katanya nama Husam dan nama Latiff dipotong dengan ditandatangani oleh Sultan ia tetap akan menjadi polimek. Sekiranya benar apa dijelaskan Ahmad kepada rombongan yang datang menemuinya petang tadi, jelas yang tidak mahukan kepada Husam bukan sesiapa tetapi Sultan sendiri. Mungkin di sini apa yang menjadi kemusykilan apabila Ahmad langsung tidak cuba membela Husam dengan meminta penangguhan angkat sumpah bagi menjernihkan keadaan tetapi meneruskan juga tanpa ada nama Husam walaupun sebagai Exco hatta Exco kebajikan. Mungkin kalau majlis angkat sumpah dimohon tangguhkan untuk dibuat penjelasan kepada Husam masalah yang berlaku sekarang ini tidak timbul. Penyokong Husam serta Husam sendiri boleh menerima apa yang berlaku kerana apalah kuasa dan hak mereka untuk menentang kemahuan Sultan. Dengan penjelasan secara berterus terang Ahmad itu diharap semua pihak dapat menerima apa yang berlaku dan perkara ini tidak elok diperpanjangkan lagi kerana ia jelas membabitkan batang tubuh sultan. Biarlah sejarah mencatat dan merakam apa yang berlaku. Buat Husam sendiri ambilah iktibar atas apa yang ada. Hayatilah hikmah di sebalik apa yang berlaku. Cuma saya ingin berpesan berjuang untuk menegakkan hukum Allah bukan saja menerusi jawatan dan bukan saja di negeri Kelantan. Allah menuntut kita menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas muka bumi ini Dia tidak mengkhususkan di Kelantan semata-mata. Ura-ura untuk mengadakan Himpunan 10,000 Rakyat Kelantan di hadapan SUK esok sebagai bantahan kerana Husam tidak dilantik menjadi Exco elok sahaja tidak diteruskan kerana ia sudah jelas pengguguran nama Husam itu atas kehendak Tuanku bukan mana-mana individu dalam PAS. Apakah kita mahu membantah kemahuan Sultan? Jangan mencari fasal yang kita sudah tahu ianya walhasil balik asal. [wm.kl. 12:11 08/05/13] | ||
Nik Aziz Perlu Jelaskan Keadaan, Elak Kekeliruan Posted: 07 May 2013 06:40 AM PDT GELEGAK MALAM Penciciran nama Husam Musa dari barisan Exco Kelantan sudah menjadi isu hangat dewasa ini. Perbincangan dan perbicaraan mengenainya bukan saja di Kelantan tetapi tersebar di seluruh negara. Banyak yang melahirkan rasa terkejut dan kesal atas apa yang berlaku. Bagi mereka yang tidak pernah mengetahui 'masalah' Husam di Kelantan terperanjat besar dengan apa yang berlaku. Selama ini Husam digambarkan sebagai bakal pengganti Nik Aziz sebagai menteri besar Kelantan. Atau setidak-tidaknya sebagai timbalan menteri besar Kelantan. Tetapi apabila namanya langsung tidak terdapat dalam senarai barisan Exco ia sesuatu yang anih. Walhal bagi orang ramai Husam tidak ada cacat celanya. Elok rasanya PAS Kelantan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Satu penjelasan perlu dibuat segera. Orang bertanggungjawab ialah Nik Abdul Aziz Nik Mat sebab beliau adalah Pesuruhjaya PAS Kelantan. Selagi beliau tidak melepaskan jawatan itu Nik Aziz perlu bertanggungjawab. Sikap mendiam diri Nik Aziz dalam hal ini kurang bijak dan boleh memarahkan keadaan. Penjelasan Nik Aziz akan dapat diterima oleh semua pihak. Apa yang orang ramai ingin mengetahui ialah kenapa Husam tidak disenaraikan sama. Apakah penyakit dan masalahnya. Nik Aziz atau PAS Kelantan tidak perlu merasa gentar dan takut untuk menyatakan kebenaran. Apa lagi cuba mendiamkan perkara ini dan dilepaskan kepada orang ramai membuat telahan sendiri. Misalnya kalau penciciran nama Husam itu di atas kehendak Sultan, nyatakan dengan jelas, jangan berdolak dalih. Tidak perlu merasa malu muka untuk menyatakan kebenaran. Kalau benar Husam tidak disenangi oleh Sultan, rasanya mereka yang kesal atas apa yang berlaku boleh menerima hakikat itu. Husam juga menerima dengan baik. Siapa yang boleh mengatasi kuasa dan kehendak sultan? Hanya Tuhan. Tanpa memberi penjelasan ia menyebabkan isu ini mengelirukan. Ahmad Yaacob yang mengambil alih tanggungjawab juga tidak senang duduk dan merasa serba salah. Isu ini nampaknya sudah mulai berputik memberi masalah kepada Ahmad Yaacob padahal ia tidak perlu disangkutkan kepadanya. Kalau penjelasan itu tidak mahu dibuat secara umum menerusi sidang akhbar, ia boleh dibuat secara tertutup. PAS Kelantan boleh penggil semua pemimpin peringkat negeri dan kawasan dalam satu majlis tertutup di Dewan Zulkefli Kota Bharu. Panggil sama Husam untuk mendapat penjelasan. Selepas ia dijelas, maka ketahuilah kedudukan yang sebenarnya. Dengan masing-masing mendiamkan diri, dan 'sok sek sok sek' begitu begini menjadikan ia semakin bingung. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui baik oleh para penyokong Husam atau Husam sendiri; 1. Benarkah Sultan tidak mahukan Husam.. dan kalau ia, bagi bukti dan tunjuk dalil-dalilnya. 2. Apakah semasa berbincang untuk membentuk kerajaan Husam sebagai Timbalan Pesuruhjaya II dipanggil atau pun tidak? 3. Apakah Nik Aziz selaku orang tua di Kelantan telah bertindak adil didalam hal ini, maksudnya berterus terang kepada Husam awal-awal lagi? Apakah Nik Aziz pernah memberi isyarat kepada Husam? 4. Apakah nama Husam memang dihantar kepada pihak sultan atau tidak? Saya yaking kalau penjelasan ini dapat dibuat ia akan meredakan keadaan yang berlaku hari ini. Perkembangan mengenai isu ini cukup membimbangkan. Ia mungkin dianggap perkara biasa oleh orang tertentu (dan isu kecil oleh mereka yang merancangnya) di dalam PAS Kelantan, namun kesannya kepada politik PAS Kelantan sangat besar. Masing-masing pemimpin ada pengikut dan penyokongnya sendiri. Penyokong boleh bertindak di luar kawalan pemimpin kalau mereka tidak dilayan dengan adil dan bila perasaan marah sudah naik ke kepala. Contohnya sudah ada sekelamin penyokong kuat Husam yang mendaftar mengundi di Kelantan sejak bertahun lalu, hari ini sudah meminda nama mereka untuk mengundi di Shah Alam. Tindakan ini adalah simbolik kepada masalah yang berlaku kini dan ia memberi implikasi besar kepada pengundi yang tergilakan Husam sebagai pemimpin masa depan. Kalau ia dijelaskan dengan baik dan teratur dan tidak ada unsur-unsur sobataj dan pengkhinatan masalah keciciran atau ketiadaan nama Husam ini tidak menjadi masalah. Orang ramai akan menerima apa yang ada dengan seada-adanya. Isu ini akan menjadi seperti angin lalu saja. Tetapi kalau tidak kena gaya ia akan bakal menjadi barah yang akan boleh membunuh kestabaliti PAS Kelantan. Penjelasan ini pohon disegerakan. [wm.kl.9:32 pm 07/05/13] | ||
Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz Posted: 07 May 2013 03:30 AM PDT ULASAN ISU Naluri saya gemar untuk menyorot mengenai kekalahan PAS Kedah sehingga kerajaannya negeri 'rebah bertungging'. Saya geram dan berminat untuk mengulas fasal apa kerajaan PAS Kedah jatuh. Ada sesuatu yang hendak saya lepaskan mengenai PAS Kedah. Saya sudah lama menyimpan dendam ini dan akan meluah hari ini selepas PAS kalah teruk. Saya tidak mahu menjadi jahat mengkritik dalam masa Azizan atau PAS di ambang berperang.
Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala. PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004. Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya. Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri. Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco? Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang? Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan. Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil. Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan? Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam. Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini? Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini. Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu. Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini? Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji. Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS. Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan. Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu. Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan. Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam. Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang. Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan. Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu. Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja. Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga. Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak boleh diundurkan lagi. Hajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti. Isu Husam ini adalah isu pertama PAS Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz? [wm.kl.6:10 pm 07/05/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan