labun KulupSakah... |
Posted: 31 May 2013 12:38 AM PDT Khir Toyo dakwa dirinya 'dikambinghitam' 2:12PM Mei 31 2013 Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo mendakwa beliau dijadikan contoh untuk menunjukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dan mahu membanteras rasuah. Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan. "Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya. Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Dr Mohd Khir bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam. "Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.' "Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya. Paparon - cepat isi borang Pas macam bekas MB Selangor sebelum-sebelum kamu. |
Posted: 30 May 2013 04:33 AM PDT Ketakutan yang amat ketara bagi pemerintah zalim apabila rakyat berbeda keturunan dan berbagai lapisan mula bersatu Ketakutan yang amat ketara bagi pemerintah zalim apabila orang-orang tua sudah sedar dan mula buka mata dari tidur lena Ketakutan yang maha besar bagi pemerintah zalim apabila anak-anak muda sudah berani bangkit total melawan Melawan kezaliman adalah tugas suci Menegakkan kebenaran adalah tugas mulia Jika Adam Adli, Hishamuddin Rais, Tian Chua, Haris Ibrahim, Tamrin dan Safwan ditahan Seribu lagi muncul kerana Adam Adli adalah kita Hishamuddin Rais adalah kita Tian Chua adalah kita Haris Ibrahim adalah kita Tamrin adalah kita Safwan adalah kita Haiya alal falah! |
You are subscribed to email updates from Negaraku Banglasia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan