labun KulupSakah... |
Posted: 21 May 2013 08:19 PM PDT jika kau mahu penjarakan kami bina saja tembok jeriji sepanjang pesisir pantai dari Perlis sampai Sabah jika kau mahu kurung kami dirikan saja tembok besar cina keliling Malaysia katakan pada tuhanmu kau mahu hidup selamanya katakan pada tuhanmu kau mahu menggantikannya jika kau mahu penjarakan tubuh kami jika kau mahu cengkam fikiran kami kau silap kami akan ajar kamu apa itu tuhan kami akan ajar kamu apa itu neraka jika kau mahu penjarakan kami bina saja tembok sepanjang pesisir pantai jika kauu fikir kami akan takut kau silap kami akan keluar menembusi lubang-lubang angin dan bangkit memancung kamu aku harap kau boleh tidur malam ini kerana selepas ini kau tidak mampu melakukannya lagi https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aemaaKiDbQk (21 Mei 2013 deklamasi spontan sempena solidariti untuk Adam Adli depan Lokap Berpusat Jinjang) |
You are subscribed to email updates from Negaraku Banglasia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan