labun KulupSakah... |
Posted: 15 May 2013 12:14 AM PDT Tidak berbuat apa-apa ketika penipuan berlaku depan mata adalah lemah. Apatah lagi penipuan terang nyata melibatkan pengkhianatan. Apa lagi yang tidak jelas bilamana foto dan video pendatang Bangladesh turun mengundi, diberi kad pengenalan? Apa ini bukan bukti? Habis, ini apa? Biskut? Umno dan Barisan Nasional sedang menggadai negara demi kuasa. Hutang sudah lebih RM550 bilion, warga asing diupah mengundi, tanah dirampas kaum dubuk lapar. Kita tidak bangun. Sibuk mengutamakan kroni, kita tewas. Kita menuding jari kepada kawan kita. Khianat calon lain. Rampas kawasan kawan. Bergaduh tak dapat kedudukan walaupun dah menang pilihanraya. Yang wajib diteruskan adalah melawan penipuan! Ajar rakyat negara ini sedang diniagakan! Bukan sebok dengan kerusi lagi! Dulu guna alasan 'bersabar, terima dengan baik jika anda pejuang' kepada calon tak terpilih, hari ini kita meroyan pula. Jom lawan penipuan! Paparon - maksud 'kita' tu bukan aku. |
Posted: 14 May 2013 09:08 AM PDT |
Posted: 14 May 2013 08:12 AM PDT Rasisme sengaja disemai untuk membawa kekacauan . Jangan terpengaruh. Ini kerana walaupun menang tetapi BN tahu hakikatnya dari lubuk hati mereka tak dapat nafikan sokongan terhadap mereka merudum. Ibarat orang tak puasa sambut raya, kemenangan tak berapa nak diraikan. Memalukan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terlibat dalam mangkuk jamban rasis yang BaNgang lagi memBaNgangkan ini. Cubaan memboikot produk Cina dilihat sangat keji. Islam anjuran Rasulullah SAW kah ini? Paparon mencadangkan sesiapa yang ingin memboikot Cina perlu memakai tanda lencana supaya senang dikenali. Kata kawan Paparon, Wani, si pemboikot jangan pergi Low Yat. Paparon - segala kutukan kepada orang mengaku muslim tapi mangkuk. |
You are subscribed to email updates from Negaraku Banglasia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
I am sure this piece of writing has touched all the internet people, its really really pleasant article on building
up new blog.
Feel free to visit my page - Dragonvale Cheats
Catat Ulasan