Rabu, 15 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Media Australia Dedahkan, Najib paling banyak pengikut Twitter palsu dalam dunia..

Posted: 15 May 2013 07:00 AM PDT

Dari perbandingan yang dilakukan melibatkan lapan pemimpin politik dari US, Australia, Malaysia, India, Thailand, Japan, Singapore and Vietnam, Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak Datuk Seri Najib Razak telah berada pada kedudukan yang tertinggi.

Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa tersebut.

"Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu," kata Meld Magazine bertarikh May 3.

Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).

Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus.


Carta sepenuhnya sila lihat di (Meld Magazine)

Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.

Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.

Menurut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, "100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan."

Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi.

"Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan," katanya.

Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.

Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda.

"Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia," kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu ~ Harakahdaily..

Ceh!!.. Syok sendiri rupanya Najib ni..

Senarai Penuh Kabinet Rasmi Najib, Khairy & Waythamoorthy Tersenarai..

Posted: 15 May 2013 03:52 AM PDT


Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin serta, bekas pemimpin Hindraf P Waythamoorthy.

Khairy pada penggal yang lalu telah dipinggirkan oleh Najib tahun ini telah dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan, setelah beliau menawarkan dirinya untuk menyertai Kabinet Najib baru-baru ini.

Manakala P Waythamoorthy yang telah dipecat dari HINDRAF dianggap individu yang paling beruntung..

Beliau sebelum ini telah mengadakan mogok lapar untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya kepada pentadbiran Najib.

Bagaimanapun hanya dengan menyatakan sokongannya kepada Barisan Nasional menjelang PRU13 yang lalu, bekas Pengerusi Hindraf tersebut telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.. ini kes 'U Help Me.. I Help U' lah ni..

Sepupu Najib, Hishamuddin Tun Hussain yang dianggap sebagai gagal menjalankan tugas sebagai Menteri Dalam Negeri oleh kebanyakkan Blogger Otai Pro UMNO kerana didakwa lembik, bertukar portfolio dengan Zahid Hamidi.

Dimana sepupu Najib tersebut telah dianugerahkan jawatan Menteridi Kementerian Pertahanan yang dianggap sebagai lubuk emas, manakala Zahid pula sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sekali lagi Najib membuktikan bahawa tiada seorangpun Wanita dalam Wanita UMNO layak untuk dijadikan Menteri meskipun Wanita UMNO adalah tulang belakang kemenangan UMNO dalam pilihanraya..

Wakil Wanita UMNO hanya diberikan jawatan Timbalan Menteri dalam Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat..

Jawatan Menteri bagi Kementerian tersebut telah diserahkan kepada wakil USNO..

Berikut adalah senarai Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinet yang yang mendapat hanya 46% sokongan rakyat Malaysia dan juga Bangla seperti diumumkan oleh Najib..

PERDANA MENTERI:
YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
~ YB DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
~ YB DATO' SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUAT KUASA 5 JUN 2013)
~ YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA (SENATOR)
~ YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
~ YB DATO' SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
~ YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
~ YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
~ DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
~ YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO) 
~ WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
~ MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO' SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
~ MENTERI KEWANGAN II: YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI: YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
~ MENTERI I: YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
~ MENTERI II: YB DATO' SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)

~ TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
~ TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
~ MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
~ MENTERI : YB DATO' SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
~ TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
~ MENTERI : YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
~ MENTERI : YB DATO' FADILLLAH YUSOF (PBB)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO) 

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
~ MENTERI : YB DATO' SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

KEMENTERIAN LUAR NEGARA:
~ MENTERI : YB DATO' SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN: 
~ MENTERI : YB DATO' HASAN BIN MALEK (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
~ MENTERI : YB DATO' SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
~ MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
~ MENTERI : YB DATO' SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

KEMENTERIAN KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN: 
~ MENTERI : YB DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
~ MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

KEMENTERIAN KESIHATAN:
~ MENTERI : YB DATO' SERI SUBRAMANIAM (MIC)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
~ MENTERI : YB DATO' SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR) 

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
~ MENTERI : YB DATO' SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
~ MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
~ MENTERI : YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
~ MENTERI : YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
~ MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
~ MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATO' DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
~ MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
~ TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

KESELURUHANNYA..

PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN
MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI)
TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN

JUMLAH 57 JAWATAN
JUMLAH KEMENTERIAN 24
JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG
JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI) JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG

Dan tiada wakil MCA dan Gerakan..

MP MCA dan Gerakan yang menang masa PRU13 tu.. nak tunggu lagi ke?

Guan Eng umum beri RM100 kepada Suri Rumah sepenuh masa..

Posted: 15 May 2013 12:29 AM PDT


Setiap suri rumah sepenuh masa berusia di bawah 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri sekarang akan menerima sumbangan emas berjumlah RM100 tiap-tiap tahun bermula tahun depan.

Itu antara pengumuman Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri kali pertama, petang semalam.

"Sumbangan ini sebagai menghagai peranan yang dimainkan oleh wanita termasuk suri rumah sepenuh masa (dalam) melakukan perubahan di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Semua suri rumah sepenuh masa di bawah umur 60 tahun yang berdaftar dengan Kerajaan Negeri layak menerima sumbangan emas RM100 tiap-tiap tahun.

"Kita tak beri RM100 kepada suri rumah berusia 60 tahun (dan) ke atas kerana Kerajaan Negeri sudah memberi RM100 di bawah Program Sumbangan Warga Emas," ujar Guan Eng dalam majlis jamuan tengah hari Kerajaan Negeri di Komtar, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon, Prof. Dr. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Exco-Exco Kerajaan Negeri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Pulau Pinang serta Ketua-Ketua Jabatan dalam Kerajaan Negeri turut hadir pada majlis keraian rasmi itu.

Guan Eng berkata, program sumbangan emas lain yang membabitkan warga emas, ibu tunggal, pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya yang dilaksanakan sejak lima tahun lepas akan diteruskan dalam penggal pentadbiran kali ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, satu lagi pasukan sukarelawan yang dikenali sebagai 'Bridged Wanita' akan ditubuhkan ekoran rekod kejayaan Kerajaan Negeri menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada sesi pentadbiran Kerajaan Negeri lepas.

Beliau, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai fokus utama pasukan baru itu ditubuhkan.

"Bridged ini akan diletakkan secara khusus di bawah (pejabat) Ketua Menteri," ujar beliau.


Sumber berita: Faqar

Obama telefon Najib.. Laporan Utusan vs Kenyataan Media White House.. tengoklah apa yang tak sama..

Posted: 14 May 2013 08:59 PM PDT


Hari ini antara perkara yang dilaporkan riuh rendah oleh media-media tunggangan UMNO/BN baik media cetak mahupun media on-line ialah 'Obama Telefon Najib'.

Kononnya dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu.

Oleh itu Lidah Rasmi UMNO @ Utusan melaporkan kononnya "Obama telefon Najib iktiraf keputusan PRU-13"

Betul ke Obama memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan itu?

Ini apa yang dilaporkan oleh Utusan..

KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat panggilan telefon secara mengejut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. 
Dalam panggilan telefon itu Obama menyatakan, beliau memahami dan menerima proses serta keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia pada Ahad lalu. 
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memberitahu, Obama turut diberi penerangan ringkas tentang usaha kerajaan memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. 
"Obama mengucapkan tahniah kepada Najib di atas kejayaan beliau menerima mandat daripada rakyat untuk terus memimpin negara ini," jelas kenyataan itu. 
Dalam perbualan telefonnya dengan Najib, Obama telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global di ibu negara pada 11 dan 12 Oktober ini. 
Menurut Pejabat Perdana Menteri, Malaysia dan AS akan terus memperkukuhkan hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa. 
Obama turut menyentuh perdagangan dua hala dan pelbagai hala manakala secara khusus beliau mengharapkan inisiatif Kerjasama Trans Pasifik (TPP) akan dimeterai dalam masa terdekat. 
Kedua-dua pemimpin tidak ketinggalan berbincang tentang isu pengawalan senjata nuklear.
Sementara itu, Najib berkata, beliau menghargai panggilan peribadi dan minat yang ditunjukkan oleh Obama terhadap Malaysia serta komitmen Presiden AS tersebut untuk menjalin hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara ~ Utusan

Ini pula kenyataan Media yang dikeluarkan oleh White House..

Yang mana antara kenyataannya ialah.. "The President noted that Malaysians had turned out in record numbers to vote and welcomed the Prime Minister's efforts to address concerns about election irregularities."

Maknanya.. "Presiden itu berkata bahawa rakyat Malaysia telah keluar mengundi dalam jumlah yang menjadi rekod dan menyambut baik usaha Perdana Menteri untuk menangani kebimbangan mengenai penyelewengan pilihan raya."

White House

Mananya Obama kata beliau iktiraf keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Malaysia itu?..

War Room Najib hanya menghabiskan beras..

Posted: 14 May 2013 05:00 PM PDT


Persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

"Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah," kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

'Budak poster' melambangkan Umno tidak sensitive

The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.

Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS.

Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai "budak poster" adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu.

"Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang.

"Terdapat conservative dengan 'C' besar dan terdapat conservative dengan 'c' kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ," tambah beliau.

Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.

"Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya," tambah sumber tersebut.

Ahli strategi luaran

Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.

"Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami," tambah beliau.

Jentera pilihan raya tidak bermaya

Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda.

"Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain," kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.

"Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan," katanya dan menambah: "Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka."

Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu.

"Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka," tambah beliau.

Perubahan taktik saat akhir

Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.

"Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor," kata satu sumber.

"Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi," tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.

Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah "akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana".

"Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina," kata sumber tersebut.

Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, "jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa", tambah beliau.

Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen.

"Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita dapat," katanya.


~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: