Kelab Greenboc |
- Tangkap, Dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal
- Tak Setuju Boikot Pulak Dah... UMNO Semakin Bercelaru & Berpecah
- Rakyat Kelantan Pulangkan Balik "BO LA WEI" Kepada Najib
- Pereka Fesyen Terkenal Malaysia, Calvin Thoo Peluk Islam
- Hassan Ali Mendapat Apa Yang Beliau Sebutkan.. Tak Dapat Satu Undi Pun...
- Mengapa MB Johor Hanya Berani Serang Koo Ham Tetapi Tidak Chua Soi Lek?
Tangkap, Dakwa Pengerusi & Timbalan Pengerusi SPR Isu Penipuan Dakwat Kekal Posted: 20 May 2013 01:14 AM PDT Jingga 13 mendesak Ketua Polis Negara yang baru agar menangkap dan mendakwa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas jenayah yang tidak boleh dimaafkan iaitu menipu rakyat Malaysia di atas kes DAKWAT KEKAL yang TIDAK KEKAL. Pelbagai laporan polis dibuat terhadap kes tersebut ternyata sedikit pun tidak memberikan kesan terhadap jenayah yang dilakukan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang juga turut melibatkan jutaan Ringgit Malaysia wang rakyat. Alasan kononnya petugas SPR yang tidak "menggoncangkan" botol dakwat pada proses pengundian awal anggota tentera pada 30 April 2013 adalah satu penipuan dan pembohongan kerana pengundian berlaku pada 5 Mei 2013 juga masih berlaku kes yang sama! Ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan oleh SPR. Adakah wujud komisyen daripada pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut sehingga dipertahankannya sedemikian rupa sedangkan ternyata tidak berkualiti dan merugikan wang rakyat?? Jingga 13 mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dilakukan terhadap pembelian dakwat yang tidak berkualiti tersebut. Tangkapan dan pendakwaan wajar dibuat terhadap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR oleh pihak polis kerana terhadap banyak laporan polis berkaitan isu tersebut. Tindakan dengan PANTAS terhadap beberapa blogger Milosuam, King Jason dan terbaru terhadap Aktivis Mahasiswa Adam Adli menunjukkan dwi-standard Ketua Polis Negara baru begitu tunduk dengan sang penguasa dengan menggunakan undang-undang tetapi bersikap berbeda terhadap mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN seperti SPR sedangkan jutaan RM wang rakyat dibazirkan begitu sahaja dari tindakan penipuan mereka. Fariz Musa Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia |
Tak Setuju Boikot Pulak Dah... UMNO Semakin Bercelaru & Berpecah Posted: 19 May 2013 11:38 PM PDT Putrajaya tidak sokong boikot perniagaan Cina, kata menteri KUALA LUMPUR, 18 Mei — Putrajaya tidak menyokong dengan gesaan badan bukan kerajaan (NGO) dan blogger pro-Barisan Nasional (BN) yang berkempen memboikot perniagaan Cina, kata menteri Kabinet baru Datuk Hasan Malek hari ini. Walaubagaimanapun, menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) tersebut berkata pihaknya tidak boleh menyekat hak dan pandangan oleh NGO serta blogger terbabit, tetapi akan memanggil pihak terbabit untuk berbincang mengenai kemelut itu. "Saya akan panggil NGO-NGO ini untuk berbincang. "Kita akan cari jalan penyelesaian... setiap NGO ada pandangan masing-masing, kita tidak boleh sekat dan ada hak untuk berkata sedemikian," tambahnya. Namun, Hasan menegaskan kementeriannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, bukan hanya untuk kepentingan sesetengah pihak. "Kita tidak akan terbabit dengan pandangan mereka yang mahu memboikot. "Apa yang saya tahu, kita adalah kementerian untuk rakyat Malaysia," kata Hasan dalam sidang media selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia disini. Baru-baru ini selepas berakhir pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beberapa NGO Melayu termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara terbuka menggesa memboikot perniagaan Cina, kempen tersebut kemudiaannya semakin meluas di kalangan blogger pro-BN. Hasan turut menekankan perkara yang lebih utama bagi kementerian yang diterajuinya ketika ini adalah mengenai kepentingan nasional melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia. "Kita mestilah pentingkan isu nasional terlebih dahulu, yang penting adalah rakyat. "Maknanya ialah memastikan kebaikan untuk rakyat terlebih dahulu," tegas beliau lagi. Antaraa blogger yang sudah memulakan kempen memboikot tersebut adalah bigdogdotcom.wordpress.com, gerakan-anti-pkr.blogspot.com, parpukari.blogspot.com, anotherbrickinwall.blogspot.com dan theunspinners.blogspot.com. Pertikaian dan langkah menyalahkan pengundi masyarakat Cina bermula apabila Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, menggunakan istilah "tsunami Cina" selepas keputusan pilihan raya menunjukkan BN kekal berkuasa tetapi prestasi merosot, apabila memenangi hanya 133 daripada 222 kerusi Parlimen. Akhbar Umno, Utusan Malaysia, juga di muka depan pada Selasa lalu mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" Sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina. Namun, penganalisis Merdeka Center menegaskan Pilihan Raya 2013 bukanlah "tsunami Cina" kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN. Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Najib mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai "tsunami Cina" tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR). Pnganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini. BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan. BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. -TMI Ulasan GB Nampaknya UMNO BN terus bercelaru dan berpecah selepas pilihanraya. Serba tak kena dan saling tuding-menuding. Sebahagian kata nak boikot, sebahagian yang lain kata jangan. Hukum kebenaran dan keadilan sedang berjalan. Golongan yang memainkan sentimen perkauman akan tetap dengan api perkaumannya dan akan terus membakar diri mereka sendiri... |
Rakyat Kelantan Pulangkan Balik "BO LA WEI" Kepada Najib Posted: 19 May 2013 08:25 PM PDT Hanya beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 13 berlansung, Perdana Menteri, Najib Tun Razak tatkala menjejakkan kakinya di bumi Kelantan dengan segala keangkuhannya telah melaungkan BO LA WEI (cukup-cukuplah)! Malah beberapa hari selepasnya pula, di Tanah Merah, Najib mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana kononnya PR telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini. Sedangkan beliau tidak pula melihat berapa banyak pula dosa besar UMNO BN terhadap rakyat Kelantan terutama merompak hasil royalti sehingga kerajaan PAS Kelantan selama berpuluh tahun terpaksa menderita kerana tersekatnya pembangunan akibat kezaliman UMNO BN itu. Najib, sebelum PRU13, merasa amat yakin akan merampas Kelantan sepertimana yakinnya Zul Nordin yakin akan menjadi ahli parlimen Shah Alam. Tetapi, amat mengejutkan, dengan segala umpan dan tekanan yang diberikan oleh kerajaan pusat terhadap Kelantan, sekali lagi rakyat Kelantan memberikan kemenangan besar kepada PAS dan mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri dengan PAS dan PKR memperolehi 32 kerusi berbanding BN cuma 12. Di peringkat parlimen pula PAS Kelantan memenangi 9 kerusi berbanding hanya 5 untuk BN. Paling mengejutkan ialah tewasnya seorang yang agak kanan di dalam kabinet Najib iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di parlimen Bachok di tangan Ahmad Marzuky Shaari dari PAS. Awang Adek terus digugurkan dari kabinet. Amat wajar kini segala keangkuhan, keceluparan dan kesombongan Najib serta UMNO BN itu terus dijawab oleh rakyat Kelantan dengan memulangkan semula perkataan BO LA WEI (cukup-cukuplah) itu kepada mereka (Najib dan UMNO BN) sendiri. Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan, anda perolehi semula apa yang anda hamburkan! |
Pereka Fesyen Terkenal Malaysia, Calvin Thoo Peluk Islam Posted: 19 May 2013 05:24 PM PDT Calvin Thoo adalah seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia, telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan Ustaz Dato' Ismail Kamus, Dato' Dr. Asri Zainal Abidin dan YB Ustaz Sallehen bin Mukhyi (ADUN Sabak) Beliau yang sudah di dalam industri lebih 17 tahun malah mempunyai label jenama sendiri. Sentiasa menjadi pereka fesyen untuk artis dalam program-program besar seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL dan sebagainya. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah. Saudara kita yang berketurunan cina kini menjadi sah menjadi seorang muslim.. Selamat kembali ke fitrah asalmu wahai saudara kami.. |
Hassan Ali Mendapat Apa Yang Beliau Sebutkan.. Tak Dapat Satu Undi Pun... Posted: 19 May 2013 08:35 AM PDT Hassan Ali pernah menggesa rakyat supaya "jangan beri Pakatan walau satu undi". Tetapi apa yang berlaku adalah disebaliknya dimana undi Pakatan Rakyat telah bertambah. Malah di Selangor sendiri PAS telah berjaya menambahkan kerusi daripada 8 kepada 15 kerusi DUN. Dan yang tak mendapat satu undi pun ialah Hassan Ali sendiri, apabila beliau tidak lansung dapat menjadi calon bagi UMNO/BN yang dbodeknya di sepanjang program jelajah dari utara sampai ke selatan tanahair. Beliau akhirnya dipermainkan UMNO BN. Umum mengetahui bahawa Hassan Ali amat bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor setelah termakan hasutan dari UMNO BN kononnya beliaulah orang yang paling layak menjadi Menteri Besar Selangor ketika beliah masih lagi di dalam PAS. Akibat dari hasutan itu beliau telah melakukan beberapa tindakan bodoh seperti menggugurkan Khalid Samad dan Shaari Sungip dari barisan pimpinan PAS Selangor disamping melakukan tindakan-tindakan yang tidak menggambarkan beliau seorang yang boleh bekerja di dalam satu pasukan khususnya Pakatan Rakyat sehinggalah akhirnya beiau dipecat yang menurut kenyataan Presiden PAS, "keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS." Boleh baca di SINI tentang kisah pemecatannya. Tujuan GB menulis entri ini bukan untuk menghenyak orang yang telah jatuh, tetapi ingin menarik perhatian tentang perlunya seseorang ahli jemaah untuk berlaku "ikhlas dan jujur" (sincere & honest) di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. GB pernah menulis begini sepertimana yang GB katakan berkali-kali, PAS ini hizbullah, (parti Allah), Allah akan tetap menjaga dan membersihkan parti ini dan mengekalkan hanya mereka yang layak dan yang tidak mengkhianati perjuangan parti berada di dalamnya. Jika Hassan ALi ikhlas dan jujur di dalam perjuangannya, besar kemungkinan hari ini beliau adalah diantara pemimpin PAS Selangor yang paling kanan untuk dicalonkan sebagai MB Selangor. Namun demikianlah "sibghah" (celupan) dan perancangan Allah... Hassan Ali kini sudah menjadi sejarah... |
Mengapa MB Johor Hanya Berani Serang Koo Ham Tetapi Tidak Chua Soi Lek? Posted: 19 May 2013 05:04 AM PDT Khaled bidas kenyataan Koo Ham JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor. Menurutnya, pelantikan Adun Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong selaku exco bukan kerana patuh kepada Umno, sebaliknya akur kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. "Konsep kita ialah konsep kerjasama dan muafakat. Bukan soal subservient (patuh) dan sebagainya, tetapi konsep kerjasama dan muafakat. "Dan apa yang MCA patuh adalah kepada tuanku dan bukannya kepada Umno. Penerimaan jawatan itu adalah menghormati titah tuanku bukannya Umno. Apa sahaja kita buat pembangkang akan perlekehkan. Jadi kita tak heran bila dia cakap begitu," katanya kepada pemberita selepas Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2013 di Pusat Islam Iskandar, di sini semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Koo Ham menerusi laman sosial Twitter yang mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini tunduk kepada Umno dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Siew Kiong. Selain itu, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada barisan Kabinet Kerajaan Persekutuan yang baru dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemilihan ramai ahli parlimen Johor. "Tahniah kepada semua dan terima kasih kepada perdana menteri kerana telah beri tanggungjawab serta mengiktiraf ramai wakil-wakil rakyat Johor untuk bersama-sama dalam kabinet untuk penggal ini. "Saya percaya wakil-wakil rakyat dari Johor tidak akan sia-siakan keyakinan perdana menteri dan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyumbang kepada proses mentransformasikan negara," katanya. -SH Ulasan GB GB hairan kenama MB Johor yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hanya membidas kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri Johor sedangkan tidak bersuara lansung terhadap kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang sudah awal-awal menentang perlantikan exco tersebut? Malah MCA dikhabar mahu mengambil tindakan keatas exco berkenaan. Soi Lek berkata: Tee (exco berkenaan) masih belum terlepas daripada tindakan disiplin oleh parti dan ia akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat MCA. Bukankah kenyataan Soi Lek itu lebih jelas merupakan satu penghinaan terhadap Sultan Johor? Mengapa kecut untuk bersuara menyanggahi Presiden MCA itu?
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan