Isnin, 20 Mei 2013

.

.


Bukti Penipuan SPR Dalam Pilihan Raya Ke-13

Posted: 20 May 2013 01:47 AM PDT

KENYATAAN                                                                                         

Sebuah pusat pengumpulan kesalahan dan penipuan dalam PRU-13 dikendalikan Pengarah Strategi Keadilan telah mula mengeluarkan bukti-bukti mengenai kewujudan pengundi hantu. Dalam satu kenyataan yang diemaikan kepada blog Merah Tinta, pusat pengumpulan data itu yang dinamakan #siasatpru13 telah menededahkan lapan orang yang disyaki sebagai pengundi hantu.

Sehubungan itu di sini saya dedahkan juga di pusat pengundian di kawasan saya di DUN Gual Periok di Sekolah Kebangsaan Gual Periok juga mengalami masalah yang sama. Menurut seorang petugas SPR dua orang pengundi berdaftar dari kawasan berkenaan gagal untuk mengundi apabila namanya telah ditanda sebagai telah mengundi.

Tidak dipasti apakah pengundi berkenaan, (seorang perempuan) membuat laporan polis atau tidak. Mungkin pihak #siasatpru13 boleh menghubungi mana-mana petugas pilihan raya di pusat pengundian berkenaan.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan akhbar dari #siasatpru13 yang dikirimkan kepada blog saya:

KEJADIAN KAD PENGENALAN DIGUNAKAN OLEH PENGUNDI HANTU DI SELURUH MALAYSIA

Mulai hari ini, #siasatpru13 akan mula menampilkan bukti-bukti yang mengesahkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 dicemari dengan penipuan dan penyelewengan terancang yang berleluasa di seluruh negara. Setiap minggu, #siasatpru13 akan mengadakan 2-3 sidang media untuk membawa bukti ini kepada rakyat. Selain dari bukti-bukti yang ditunjukkan, #siasatpru13 juga akan membawa saksi-saksi terbabit untuk menampil memberikan keterangan.
Penyelewengan yang paling berleluasa adalah kehadiran pengundi hantu yang berpunca dari daftar pengundi yang tidak bersih. Perkara ini membayangkan kelemahan dan mungkin keterlibatan dua badan yang bertanggungjawab, iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara.
Kehadiran pengundi hantu membawa impak yang besar yang meruntuhkan keyakinan rakyat kepada integrity keputusan PRU13. Apabila pengundi hantu wujud, segala keputusan – dari undi majoriti, peratusan keluar mengundi, pola pengundian mengikut saluran dan lain-lain – diragui oleh rakyat.
Setakat 17 Mei 2013, 8 orang pengundi telah tampil dengan laporan polis yang dibuat kerana mereka dihalang dari membuang undi apabila orang lain telah pun mengundi menggunakan nama mereka. Ini bermakna wujud kad-kad pengenalan palsu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara yang telah diberikan kepada individu tertentu bagi tujuan menjadi pengundi hantu.
8 orang pengundi yang telah tampil adalah seperti berikut:
Nama
Parlimen
Kamarulzaman Md Adnan
P105 Sungai Petani
Mohd Khir Shaari
P131 Rembau
Mohd Razmi Khalid
P096 Kuala Selangor
Nor A'risah Ab Yamin
P102 Serdang
Zaripah Abdul Halim
P040 Kemaman
Lee Hou Cyang
P102 Serdang
Sairah Jusoh
P019 Tumpat
Mohamad Khairul Azhar Yang Ali
P108 Shah Alam
Laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara ini disertakan bersama.
#siasatpru13 sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan pengundi-pengundi ini untuk membuat Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) mengenai kejadian ini untuk mengukuhkan lagi bukti yang ada.
Wujudnya kad pengenalan berlainan untuk membolehkan orang lain mengundi dengan menggunakan identiti seorang rakyat Malaysia yang sah adalah amat membimbangkan. Ia bukan sahaja mengesahkan kehadiran pengundi hantu di dalam PRU13, tetapi membayangkan kegagalan Jabatan Pendaftaran Negara menjamin bahawa kad pengenalan adalah tulen, selamat dan unik kepada setiap rakyat Malaysia.
Fakta bahawa pengundi hantu wujud kerana identiti rakyat Malaysia digunakan oleh orang yang tidak dikenali untuk mengundi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Pun begitu, saya mencabar SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengemukakan alasan mereka untuk dihakimi oleh mahkamah rakyat.
Saya juga mencabar YB Khairy Jamaluddin yang baru dilantik ke Kabinet menjawab mengenai kewujudan pengundi hantu di Parlimen Rembau yang mungkin menyumbang kepada kemenangan beliau.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
20 MEI 2013 
[wm.kl.4:44 pm 20/05/13]

Forum PR Pasca PRU-13: Pemimpin Lama Harus Bersara

Posted: 19 May 2013 10:51 PM PDT

PANDANGAN                                                                                          

Malam tadi saya jadi ahli panel satu Bualbicara di Taman Melawar, Gombak. Majlis itu anjuran PAS Kawasan Batu. Sebenarnya sdr Tarmizi Mohd Jam yang juga Timbalan YDP PAS kawasan itu sudah kerap mengundang saya untuk ikut sama berpartisipasi dalam program politik di kawasannya dengan memberi pandangan dan ulasan perkembangan politik semasa. Tetapi beberapa undangan terpaksa ditolak kerana tidak kebetulan dengan masa saya lapang.

Perlu saya sebut kerajinan Tarmizi dan YDPnya Cikgu Ishak Surin boleh dipuji. Mereka kerap mengadakan aktiviti kepartian. Kandatipun mereka tahu tidak akan dapat bertanding kerana parlimen Batu dikhaskan kepada PKR, namun mereka tidak jemu menganjurkan program. Sikap seperti inilah wajar dipuji oleh penggerak atau aktvis lain.

Kita mengadakan program atau aktiviti bukan mengharap untuk bertanding dalam pilihan raya tetapi satu kewajiban dan komitmen kepada parti. Syabas. Wajar juga kalau PAS kawasan Batu diberikan hadiah?
Turut diundang sebagai ahli panel semalam ialah Hishmuddin Rais dan Ang Wang Sen. Bagaimana pun Hishmuddin Rais tidak hadir menyebabkan tempatnya diganti secara tidak langsung oleh Senator Syed Shahrir Syed Mohamad yang merupakan seorang aktivis parti yang juga tidak pernah kenal penah dan lelah. Jarang saya tidak kelihatan wajah Syed Shahir di lapangan-lapangan demon yang saya hadir sepanjang 15 tahun lalu.

Biacara semalam dibawah tajuk "Pakatan Rakyat selepas pilihan raya-13". Memahami kepada tajuk itu penganjur mahu wacana yang membicarakan soal masa depan Pakatan Rakyat. Apakah persiapan-persiapan yang perlu dibuat untuk memastikan PRU-14 akan datang membuahkan hasil lebih besar – menawan Putrajaya.

Saya menyediakan beberapa poit untuk dikemukakan dan mendapat respon mereka yang hadir. Tetapi kerana masa terlalu pendek disebabkan majlis bermula jam 10:00 malam, saya hanya sempat memberi dua point sahaja.Mood majlis semalam lebih tertumpu untuk mendengar apakah bentuk-bentuk penipuan dilakukan oleh SPR dan mengetahui apakah sebab musabab Pakatan Rakyat kalah.

Saya bercakap diluar kemahuan hadiran, tetapi ia masih berlegar dalam permasalahan yang tidak kurang pentingnya. Saya tidak suka untuk mengatakan PR kalah kerana penipuan berlaku. PR masih menang sebenarnya walaupun ada penipuan. Jadi penipuan bukan faktor pokok kenapa PR kalah.

Ann Wang Seng yang bercakap awal daripada saya menyenaraikan soal dakwat dijari yang tidak kekal sebagai faktor kalah atau bentuk penipuan. Saya menyanggah faktor itu dengan mengatakan PR kalah bukan soal dakwat kekal atau tidak. Belum ada kajian menunjukkan PKR gagal untuk ke Putrajaya kerana masalah dakwat. Bagi saya dakwat bukan masalah sebenarnya. Dakwat hanya perkara remeh yang sengaja diperbesar-besarkan walaupun ia jelas ada kecacatan di situ.

Apa yang saya timbulkan semalam, PR harus melihat ke dalam. Mahasabah diri sendiri. Kekalahan PR bukan semata-mata disumbang oleh penyelewengan dan kejahatan UBN. Tetapi ia juga disumbang oleh kelemahan PR sendiri. Saya menyebut mengenai ketidak selarasan di kalangan pimpinan PR. Misalnya mengenai pembahagian kerusi. Berlakunya pertandingan tiga penjuru melibatkan sesama sendiri seperti di Sungai Aceh, Pulau Pinang, Semenyih dan Kota Damansara Selangor adalah salah satu kelemahan PR yang sangat janggal.

Begitu juga mengenai ketidak selarasan dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah pimpinan PR ia menunjukkan parti Pakatan Rakyat tidak selari. Paling jelas ialah kenyataan di kalangan ulama' PAS yang bertentangan bukan saja dengan kenyataan pimpinan PKR dan DAP tetapi sesama sendiri juga.

Saya menekankan perkara ini perlu diberi perhatian. Pastikan pertidihan kerusi tidak akan berlaku di masa-masa akan datang. Bagi mengelakkan itu PR perlu menetapkan kouta kerusi awal-awal lagi. Manakala untuk merealisasikan bahawa PR kental dan sepadu usahakan agar dalam pilihan raya akan datang PR bertanding menggunakan satu lambang sahaja seperti komponen BN yang bertanding menggunakan lambang dacing.

Cadangan oleh Syed Shahir supaya PR mengadakan transition plan atau rancangan penggantian pemimpin juga sesuatu yang baik. Untuk pilihan raya ke-14 nanti perlu ia diserahkan kepada anak-anak muda. Sehubungan itu saya memberi cadangan agar pemimpin yang ada hari ini, yang sudah terlebih matang dan lemak, seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang atau Karpal Singh hendaklah berundur dan mereka menjadi advisorkepada parti masing-masing saja. Mereka perlu menjadi pengawal kepada polisi dan dasar parti bukannya penggerak utama yang berceramah di lapangan. Kekerapan penampilan mereka dengan membawa modal dan gaya sama mencemuhkan khalayak.

Mereka ini perlu diganti dengan pemimpin pelapis yang kini sudah mula mengepak dan menunjukkan talentdan kematangan masing-masing, seperti Nurul Izzah Anwar, Mohd Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, Tony Phua, Anthony Loke, Husam Musa, Sallahuddin Ayub, Mujahid Yusuf Rawa, Shamsul Iskar Md Akin, Nasaruddin Hassan dan lain-lain. Alasan saya untuk lima tahun akan datang, remaja yang kini berusia 17 tahun ke atas mereka sudah menjadi seorang pemilih. Sudah pasti dengan tambahan itu peratus golongan muda sebagai pemilih akan meningkat dan sudah mengatasi pemilih yang berusia 60 tahun ke atas pada hari ini. Pemilih muda akan mencari citaranya sendiri.

Jadi kesesuaian pemimpin pada masa itu ialah pemimpin yang hari ini berusia 45 tahun 60 tahun. Manakala pemimpin yang hari ini sudah berusia 60 tahun ke atas sudah tidak relevan lagi, kecuali mereka yang masih mempunyai aura dan dapat mengikut perkembangan kontanporari.
Dibawah ini saya turunkan poit-poit yang hendak saya kemukakan semalam tetapi tidak kesamapaian.

Faktor kekalahan:
  
1. Persepakatan PR tidak padu dan mantap. Pengaihan kerusi, berbalah sampai ke saat pilihan raya. Ada perbezaan nada dan komitment di antara pemimpin Pakatan Rakyat. Pertikaian siapa PM awal-awal lagi. Ini semua menjejaskan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

2.     Kekalahan di beberapa buah negeri seperti NS, Kedah, Terengganu kerana individu atau lewat bangkit. Penonjolan individu berkenaan berlebih sangat sedang mereka sudah menjadi liabiliti kepada rakyat. Contoh, Kamarul Baharin di NS, Azizan Razak di Kedah, Mustapa Ali di Terengganu.

3.     Pemilihan calon dari kalangan PKR, tidak tepat dan Anwar Ibrahim sendiri berkeras mahukan calon yang dikenali dan menjadi kawannya. Misalnya di Tanah Merah, Nik Mahmod, di Ketereh Abdul Aziz Kadir. Awal-awal kita sudah memberi nasihat dan ramalan mereka ini kalah maka perlu pertukaran kerusi dengan PAS, tetapi dipandang dingin dan tidak serius menyelesaikannya.

4.     Kurang sokongan Melayu sebab gagal membalas isu-isu agama dan bangsa yang dimainkan Umno. Kalimah Allah, Kristian yang akan mengusai dan sebagainya. PAS pula tidak sekata, tidak ada kesepaduan dalam menyerang dan tegas dalam hal ini. Ada pemimpin PAS yang berbolak balik. Atau mereka sesama mereka tidak sekata. Dalam satu banner di Facebook mempamirkan baner golongan ulama' di mana gambar-gambar ustaz dimasukkan dan pemimpin PAS lain tidak ada. Sikap ini menggambarkan ketidaksekataan di dalam minda PAS atau penyokongnya.

5.     Kegagalan di Johor, sebab tidak ada plan khusus dari Pusat untuk tawan Johor. Kecuali DAP dengan hantar Lim Kit Sing bertanding di Gelang Patah. PAS pula menyerahkan 100% kepada pimpinan PAS Johor. Mungkin juga kerana PAS Johor ada cara dia tersendiri, "Menjohorkan PAS". Slogan atau tag line ini kena ubah, bila "Menjohorkan PAS", maka PAS jadi seperti Johor yang melihat soal agama agama itu hanya dalam bidang munakad, mualamat bukan jihad. Orang Melayu melihat Johor akan jadi seperti Singapura, mereka akan hilang. Persepsi dan keyakinan baru kena diberikan kepada orang Johor. Dengan adanya wakil DAP di Johor dan wakil PAS mereka dapat memainkan peranan menyakinkan rakyat Johor khasnya di kalangan Melayu menerusi Dewan Undangan Johor.

6.     Penerangan dan penjelasan terhadap dakyah yang dibuat oleh golongan tertentu kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah Johor negeri itu akan jadi seperti Singapura. Dakyah ini menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Johor khasnya orang Melayu yang senantiasa cemburu dan membenci dan pesimis kepada Singapura. Pemilikan hartanah oleh warga Singapura ke Johor yang diberi sendiri oleh kerajaan UBN Johor menjadikan mereka bimbang. Keadaan ini wujud terutama di kalangan Melayu Johor yang tidak celik IT. Serangan ke atas Johor juga berkurangan, maksudnya media tidak meluas sedangkan mereka masih menjadikan Utusan dan BH sebagai hadith pagi. Orang Johor masih bernostalgia dengan mitos-mitos dan kurafat dalam Umno.

7.     Kegagalan Pakatan Rakyat sudah kelihatan apabila berlaku tragedi Lahad Datu. Sama ada ia kebetulan atau dirancang itulah titik mula menghentikan momentum kebangkitan rakyat di Sabah. Tragedi Lahad Datu memberi impak kepada seluruh Sabah. Ini pula ditambah dengan berlaku pertandingan tiga, empat dan lima penjuru. Dalam erti kata lain orang Sabah belum sejiwa untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Ini bertitik tolak kepada stail orang Sabah berpolitik, menjadikan politik sebagai barang dagangan dan bukan peluang untuk berkuasa bagi membina negara.

Perubahan dan persiapan Pakatan Rakyat untuk pilihan raya ke-14.

1.     Pengundi harus diberi kefahaman awal-awal yang Umno selalu mengubah tektik dan strategi setiap kali pilihan raya. Walaupun kita tidak dapat meneka apakah strategi tetapi ia perlu di agak awal-awal agar rakyat berhati-hati. Dalam PRU-13, BR1M dan pemberian wang insentif lain dan tragedi Lahad Datu memberi kesan besar. Jika ini didedahkan rakyat tidak akan terkejut dan panik.

2.     Pembahagian kerusi hendaklah dilakukan awal-awal tidak tunggu pada saat akhir. Kefahaman perlu diberikan kepada rakyat mengenai hal ini. Apabila kerusi sudah diputuskan janganlah ada bantahan terutamanya pemimpin sendiri harus tegas dan berpegang kepada keputusan asas. Sikap tidak tegas ini menjadi faktor timbul kekeliruan menyebabkan berlaku perbalahan sesama sendiri.

3.     Persiapan dari daftar pemilih, dalam tempoh lima tahu gerak kerja mendaftar pemilih hendaklah diadakan. Ia bukan saja dilakukan secara sukarela memandang parti Pakatan Rakyat sudah ada kerajaan, molek juga petugas diberi elaun atau insentif khas. Parti politik perlu mengadakan dana khas untuk tujuan ini.

4.     Pakatan perlu juga mewujudkan suasana kebangsaan di kalangan mereka. Misalnya dalam program peringkat negeri, kalau ianya program DAP sesekali orang PAS atau PKR boleh hadir begitu sebaliknya. Dengan adanya amalan ini menampakkan kerjasama negeri atau kerajaan Pakatan Rakyat mantap dan kemas. Persefahaman dan kerjasama bukan saja diwujudkan dalam pilihan raya tetapi dalam gerakan atau aktiviti sosial lain juga.

5.     Isu Melayu hendaklah ditangani sebaik mungkin. Penjelasan kepada orang Melayu perlu dilakukan dalam berbagai bentuk dan mekanisme. Misalnya apa dilakukan kerajaan Lim Guan Eng di Pulau Pinang yang menambah peruntukan atau dana untuk perkembangan dan aktiviti Islam adalah satu tindakan baik.

6.     Bagi menguatkan jalinan maklumat di antara parti Pakatan Rakyat sebuah media dalam talian perlu diwujudkan. Ia juga bertindak sebagai penyalur maklumat secara berintegrasi. Cara inlah baru dapat menzahirkan kerjasama antara parti-parti Pakatan Rakyat bersifat menyeluruh. Lagi pun saluran maklumat yang disediakan oleh parti-parti secara bersendirian dan terpisah seperti Roket oleh DAP, Suara Keadilan oleh PKR atau Harakah Dialy atau Cetak oleh PAS nampak ia terpisah. Dengan adanya sebuah media bersama ia menampakkan akan kepaduan kerjasama dan secara tidak langsung menjadikan parti Pakatan Rakyat ada saluran rasmi seperti mana Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star untuk Umno dan MCA.

7.     Pemimpin yang sudah tua dan susah untuk menerima perubahan mengikut perkembangan semasa sudah tidak relevan. Mungkin  Anwar Ibrahim, Karpal Sing, Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang, dan lain-lain boleh menjadi penasihat kepada Pakatan Rakyat. Peluang hendaklah diberikan kepada pemimpin pelapis seperti Nurul Izzah Anwar dalam PKR, Lim Gua Eng atau Anthony Loke dari DAP, Husam Musa, Sallahuddin Ayub dari PAS.

Kuala Lumpur,
19 Mei 2013.

[wm.kl.1:50 pm 20/05/13] 

Tiada ulasan: