Sabtu, 18 Mei 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Hadiah Untuk Rakyat: BN Menang, GST Pun Dilaksanakan!

Posted: 18 May 2013 12:50 AM PDT


Nasibmulah rakyat! BN menang PRU13 walaupun dengan cara yang paling tidak bermaruah

Namun yang lebih mengecewakan, GST dikenakan setelah ditangguhkan sebelum pilihanraya diadakan semata-mata untuk mengelak rakyat daripada melahirkan undi protes. Dan kini ia dilaksanakan sebaik saja Pilihanraya selesai. Begitu mudah rakyat tertipu dan ditipu.

Kata Idris Jala, perlaksanaan GST akan meningkatkan pendapatan negara. Namun ditutupnya fakta bahawa GST akan menurunkan pendapatan rakyat!

Beliau berkata cukai perkhidmatan sebanyak tujuh peratus juga dilaksanakan di negara jiran, Singapura. Tetapi beliau mengabaikan fakta bagaimana Singapura menaikkan pendapatan rakyatnya sehingga pendapatan perkapita rakyatnya USD 60500.


Cahaya Islam Bersinar Di Selangor

Posted: 17 May 2013 11:29 PM PDT


Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.

Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.

Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi lagi menjadikan lima belas berbanding lapan kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.

Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.

Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran "Serambi Mekah".

Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.

Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.

Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.

Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.

Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.

Pelik tapi benar

Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar 'pecah dan perintah' yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.

Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.

Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.

Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar'iyyah) sambil berdakwah.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.

Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.


Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.

Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.

Hijrah Rasulullah

Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.

Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.

Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.

Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.

Seruan untuk 'Ubah' dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.

Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti 'asobiyyah' yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.

Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.

Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.

Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.

Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.

Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.

Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.

Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya. -Zainal Abdidin Nor/FMT

Wang Rakyat Dihabiskan Untuk Iklan Ucap Tahniah Kepada Timbalan Menteri

Posted: 17 May 2013 08:00 PM PDT


Syarikat kerajaan yang ditubuhkan bagi membina rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah dikritik hari ini kerana membayar untuk iklan muka penuh di akhbar Utusan Malaysia milik Umno dan The Star milik MCA untuk memberi ucapan tahniah kepada Datuk Husni Hanadzlah kerana dilantik semula sebagai menteri kewangan kedua.

Iklan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) (gambar) menyiarkan gambar bewarna Husni dari ahli lembaga pengarah, pengurusan dan pekerja.

Menurut seorang pegawai The Star, SPNB dikenakan bayaran RM59,529.60 untuk iklan tersebut.

Pegawai Utusan Malaysia pula mengatakan mereka mengenakan bayaran sebanyak RM37,000 kepada SPNB.

"Mengapa badan berkanun menggunakan duit pembayar cukai untuk mengucapkan tahniah terhadap pelantikan semula menteri? Ini amalan membodek," kata ahli Parlimen DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

"Sesiapa yang meluluskan ini seharusnya dihukum."

SPNB adalah syarikat dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan.

Ini merupakan penggal kedua Husni memegang portfolio itu bersama-sama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melantik dirinya sendiri sebagai menteri kewangan I.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan iklan tersebut sebagai "pembaziran" wang awam dan melambangkan obsesi hubungan awam yang telah terbukti tidak memberikan banyak kesan sepertimana semasa Pilihan Raya 2013 lalu.

"Adalah sesuatu yang luar biasa untuk syarikat, terutamanya syarikat kerajaan, untuk mengucapkan tahniah kepada seseorang individu menteri. Ini adalah pembaziran dan menunjukkan contoh tidak baik.

"Ia melambangkan jenis politik fiefdom dan obsesi dengan pendekatan perhubungan awam yang menjadi begitu berleluasa di bawah Najib tetapi tidak memberikan apa-apa kesan," katanya kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Sumber parti mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

BN menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah 133 kerusi, kurang tujuh berbanding apa yang mereka perolehi semasa Pilihan Raya 2008. Gabungan pemerintah itu juga buat pertama kali hilang undi popular semenjak 1969, mendapat 48 peratus berbanding PR 52 peratus.

Gabungan itu walau bagaimanapun menafikan dakwaan ahli strategi bilik perang gagal untuk mencapai sasaran Pilihan Raya 2013, mengatakan mereka masih lagi menguasai Putrajaya dan merampas semula Kedah.

Mereka juga mengatakan berjaya mempertahankan Perak dari dirampas PR, salah satu negeri yang jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum ke 12. -TMI

Hijrah: Keceluparan Zahid Hamidi Disanggah Prof Mohd Agus

Posted: 17 May 2013 05:01 PM PDT


Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.

"Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?" tanya beliau di dalam Facebooknya.

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya.

"Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan," jelasnya.

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik.

"Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur," ujarnya.

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

"Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama.

"Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama," katanya.

[LIVE] Himpunan Blackout505 Di Seremban, N9

Posted: 17 May 2013 08:23 AM PDT


Perhimpunan Blackout505 diteruskan dan lokasi selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari ini, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban.

Dianggarkan kehadiran iaah diantara 40,000 hingga 60,000 orang.




"Kabinet Terakhir BN" Terus Terima Kritikan

Posted: 17 May 2013 07:04 AM PDT


Badan pemikir: Kabinet Najib tidak akan berupaya tangani kehendak rakyat

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Kabinet yang dibentuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya 2013 tidak akan berupaya menangani isu pokok dan perubahan yang dikehendaki rakyat kerana wakil Kabinet Najib jelas pertubuhan berkenaan menunjukkan Najib kekurangan calon yang berkelayakan.

Badan pemikir PKR turut menegaskan Kabinet baru Najib itu juga adalah kumpulan "pasukan lama" dan "tukang sorak" untuk mempertahankan kedudukan Presiden Umno itu ketika pemilihan parti majoriti Melayu berkenaan penghujung tahun ini.

"Institut Rakyat berpendapat Kabinet baru tidak akan serius dan berupaya menyelesaikan perubahan perkara pokok yang diinginkan dalam negara ini iaitu masalah sosio-ekonomi dan aspirasi demokrasi rakyat Malaysia," kata pertubuhan berkenaan dalam satu kenyataan hari ini. "Kabinet baru itu hanyalah pasukan lama Najib untuk mempertahankan kerusi Presiden."

Malahan, mereka turut merasakan anggota Kabinet Najib dalam bidang utama seperti kewangan, jenayah, pendidikan dan pertahanan nasional hanyalah "anggota yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan dikitar semula".

"Institut Rakyat kecewa dengan barisan kabinet Najib kerana pada dasarnya, tidak ada transformasi, sederhana atau perpaduan kebangsaan yang didorong oleh anggota Kabinet yang baru ini," tegas badan pemikir berkenaan dalam kenyataan tersebut.

Antara perkara yang dibangkitkan Institut Rakyat adalah kurangnya anggota Kabinet wanita, kitar semula pemimpin veteran Umno dan BN, penurunan wakil masyarakat Cina dalam anggota Kabinet, perlantikan semula pemimpin yang bermasalah, dan banyak lagi.

"Kebimbangan utama adalah 'tradisi' tidak sihat dan buruk yang dilaksanakan sejak pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad) bagi Perdana Menteri pada masa yang sama menjadi Menteri Kewangan.

"Ini bukan satu amalan biasa di negara-negara Komanwel yang lain atas sebab yang mudah bahawa semak dan imbang mesti dilaksanakan bagaimana kumpulan eksekutif membelanjakan wang negara," katanya. Presiden Umno itu telah melantik 17 ahli partinya untuk jawatan menteri apabila menamakan Kabinetnya sebelum ini, yang kebanyakkan adalah muka lama yang bertukar portfolio atau kekal kecuali muka baru seperti — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Setiausaha BN Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan, penganalisis berpendapat dominasi Umno dalam Kabinet 2013 menunjukkan keinginan Najib untuk meningkatkan sokongan peribadinya menjelang pemilihan parti akan datang akan tetapi boleh menjejaskan langkah pembaharuan negara perdana menteri itu, kata beberapa pemerhati.

Walaupun sinis dengan jumlah besar veteran dalam Kabinet 32 orang itu, pemerhati mengatakan Najib perlu diberi peluang untuk membuktikan beliau boleh menunaikan janji transformasi kerajaan dan ekonomi, sebaik sahaja kekal sebagai presiden parti.

Ulasan GB

GB lebih melihat bahawa barisan kabinet yang diumumkan Najib adalah kabinet terakhir BN.

Setuju?

Najib Perlu Lepaskan Jawatan Menteri Kewangan

Posted: 17 May 2013 06:01 AM PDT


Portfolio Menteri Kewangan sewajarnya tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri sebaliknya diberi kepada timbalannya bagi mewujudkan budaya semak imbang di peringkat tertinggi kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan kewangan negara.

Menurut Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Syahir Sulaiman, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 16 tahun berturut-turut sejak 1998.

Dalam tempoh ini, format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak.

"Negara sangat memerlukan budaya 'semak dan imbang' (check and balance), bukannya budaya 'cek dan baki' (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan.

"Dasar fiskal negara yang disuburkan oleh sistem urus tadbir yang tidak pruden, dek kuasa yang diberi pada orang yang sama memegang jawatan CEO dan CFO dalam kerajaan.

"Hatta di peringkat persatuan, kelab dan masjid, seorang pengerusi tidak boleh turut memegang jawatan bendahari, bagi mengelakkan berlaku salahguna kuasa dan pecah amanah," kata Pengarah Institut Polisi Studi DPPM itu.

Kabinet yang diumumkan Najib petang semalan membabitkan 24 kementerian membabitkan 33 jawatan Menteri, termasuk Timbalan Perdana Menteri, 26 Timbalan Menteri, termasuk seorang Senator sedia ada dan lima lagi Senator (dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri) akan dilantik.

Ulasan GB

Beberapa tahun yang lalu GB sudah ulas hal ini di SINI. Petikan:

Semenjak Tun Dr. Mahathir memegang Kementerian Kewangan selain menjadi Perdana Menteri, trend itu nampaknya berterusan dengan diikuti oleh PM selepasnya, Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

Maisng-masing PM tersebut dilihat hendak menjaga dan memanipulasi pelbagai kepentingan dengan menyandang jawatan Menteri Kewangan.

Malah seingat GB, sebelum Pak Lah berundur sebagai PM beliau telah terlebih dahulu menerima tekanan daripada kumpulan Najib supaya menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang pada ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri.

Mahathirlah yang telah meletakkan "precedent" tersebut.

Sudah sampai masanya ia diubah semula dengan Najib menyerahkan portfolio kewangan kepada orang lain sebelum nanti dibongkar segala kepentingan yang beliau ada di kementerian berkenaan.

Tiada ulasan: