Rabu, 1 Mei 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Markas BN Dibakar Oleh Petugasnya Yang Berang Ditipu Duit Pasang bendera

Posted: 01 May 2013 01:13 AM PDT


Lagi markas Be End dimansuhkan dan dimusnahkan oleh pengikutnya kerana marah ditipu duit pemasangan bendera semasa proses berkempen !!!...

Kejadian berlaku di Pulau Pinang...

Take Note !!! : No Pulus, No Kerja... U Know.... :)

[ PRU13 - Jom Ubah Putrajaya ] -fb

[VIDEO] 36,000 Pengundi Ragu Diterbangkan Dari Sabah ke Selangor

Posted: 30 Apr 2013 11:10 PM PDT


Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus 'charter flights' Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.

Pengundi-pengundi tersebut termasuk mereka yang yang lahir dan bermastautin di luar Selangor tetapi berdaftar sebagai pengundi Selangor dan pengundi yang bukan warganegara Malaysia.

"Kita juga percaya terdapat pihak tertentu yang mengawasi dan mengubah beberapa penerbangan khas itu daripada terus dikesan pihak kita.

"Sebagai contoh, pada 28 April, kita telah memantau di KLIA setelah menerima maklumat penerbangan tempahan khas MH 8601 akan mendarat pada pukul 6 pagi namun penantian sehingga jam 11.

30 pagi tidak mendapati sebarang pendaratan.

"Pemberi maklumat dalaman kemudian memberitahu bahawa jadual penerbangan itu telah ditunda kepada tarikh lain iaitu pada 1 Mei nanti," jelas Jaafar.

Dalam pada itu, beliau berkata pasukan risikan PR akan terus memantau lapangan terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Low Cost Carrier Terminal (LCCT) di Sepang, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi serta Lapangan Terbang Subang di Subang.

Mereka kini juga sedang dalam pemerhatian untuk mengenal pasti tempat kediaman penumpang-penumpang penerbangan ini.

Selain itu, PR turut melahirkan kebimbangan dengan operasi membawa pulang anggota tentera Semenanjung daripada operasi keselamatan di Lahad Datu yang kini sudah memasuki hari ke-empat di KLIA.

"Ini jarang berlaku lebih-lebih lagi dalam jumlah yang besar dan kita bimbang jika operasi ini turut digunakan untuk mengangkut pengundi bukan warganegara untuk dijadikan pengundi kerana ini merupakan cara yang paling lancar dan mudah," tambah Jaafar.

Sehubungan itu, PR meminta kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan tiada masa tambahan mengundi dibenarkan pada 5 Mei nanti.

SPR juga digesa untuk menggunakan daftar pemilih yang sudah diwartakan dan diberikan kepada parti-parti politik, bukan daftar yang lain.

"Kita sudah berbincang dengan SPR dan mereka telah berjanji untuk mengekalkan apa yang telah dipersetujui ini dan kita harapkan agar SPR tidak mungkiri perkara-perkara ini," tegas Jaafar. -HD


[VIDEO & GAMBAR] INI KALILAH : UMNO BN Nazak, 20K Banjiri Bandar Ampangan Seremban!

Posted: 30 Apr 2013 07:45 PM PDT


Paling kurang 20,000 rakyat Seremban, Negeri Sembilan dari pelbagai kaum, tua dan muda telah turun berhimpun di Betaria Business Centre, Jalan Siamang Gagap Seremban, Negeri Sembilan, malam tadi 30hb April 2013.

Para penganjur memaklumkan bahawa pihaknya telah cuba nak menempah Padang MPS tetapi pihak Majlis Perbandaran Seremban enggan sewakan, begitu juga dengan Stadium Negeri Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban, pun tidak dibenarkan, maka tiada pilihan terpaksa juga cari tempat kosong yang berkedudukan dalam DUN Ampangan.

Punyalah sesak dan padat dilokasi ceramah sehingga melimpah kedua belah jalan.

Kenderaan terpaksa diletakkan 1km dari kedua arah... Laungan reformasi.. Ini kalilah.. Ubah.. lawan tetap lawan, sering dilaungan... Cukup meriah dan bersemangat sekali... Memperlihatkan kesungguhan rakyat Negeri Sembilan secara keseluruhannya mau melakukan perubahan... Mood perubahan cukup tebal dan pekat sekali. -omakkau

Apa yang pasti perhimpunan malam tadi sudah cukup membuat Najib dan seluruh pimpinan UMNO/BN gusar dan tidak bermaya...HARI UMNO UNTUK MENJADI PEMBANGKANG SUDAH HAMPIR TIBA,






Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni!

Posted: 30 Apr 2013 04:01 PM PDT


Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM 5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!

[VIDEO] Lagi Kes-kes Dakwat Kekal Hilang Apabila Dibasuh...

Posted: 30 Apr 2013 08:27 AM PDT


Dakwat jari pengundi awal boleh hilang

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini mendedahkan bahawa dakwat yang dicalit pada jari pengundi awal iaitu anggota tentera boleh dicuci dan hilang selepas lebih kurang 20 minit mengundi.

Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Mohamad Hassan Tamby yang menghubungi FMT sebentar tadi berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar bahawa dakwat yang dicalit di jari seorang anggota tentera di sebuah kem tentera di Telok Kemang, telah hilang apabila dicuci, hanya selepas 20 minit anggota tentera itu selesai mengundi.

Dakwat tersebut berwarna ungu/pink (purple with pinkish).

"Pagi tadi calon-calon telah pergi ke tempat mengundi awal di Telok Kemang untuk memantau proses mengundi awal dan ianya berjalan lancar.

"Lebih kurang pukul 9.30 pagi ada di antara kumpulan pengundi awal (first batch) sudah selesai mengundi dan keluar dari pusat mengundi.

"Secara tak sengaja calon kita telah terjumpa dengan seorang anggota tentera yang baru sahaja bersihkan tangan dengan mencuci tangan di sinki dan didapati dakwat yang dicalit pada jari beliau sebelum mengundi telah hilang.

"Kita sengaja mengambil foto menampakkan badan dia untuk menampakkan pakaian seragam tentera beliau.

"Di dalam kem tentera itu sahaja calon kita berjaya mengesan dua kes dakwat yang dicalit di jari hilang atau boleh dibasuh.

"Kalau dakwat yang hilang dalam 10 peratus masih tidak mengapa, tetapi daripada kes yang kami lihat, boleh dikatakan 95 peratus dakwat sudah hilang dan seolah-olah seperti tiada lagi kesan dakwat pada jari anggota tentera itu.

"Saya juga mendapat satu panggilan daripada sebuah nombor telefon yang tidak dikenali (private number) yang mana beliau mengaku sebagai anggota tentera, turut mendakwa dakwat di jari beliau sudah separuh hilang lebih kurang tiga jam selepas beliau mengundi.

Invividu tersebut mendakwa beliau mencuci tangannya sebelum makan tengahari," jelas Mohamad Hassan.

Mohamad Hassan kini mempertikaikan ketelusan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam isu dakwat yang dicalit di jari mudah hilng apabila dibasuh atau terkena air.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat sebelum ini yang bimbang dakwat jari akan hilang selepas tiga hari terbukti benar, kerana bukan tiga hari, tetapi dalam masa beberapa jam sahaja dakwat sudah hilang.

"Sedangkan SPR sebelum ini memberi jaminan dakwat di jari akan bertahan selama seminggu.

Malah SPR pada mulanya pernah berkata pengundian awal akan diadakan tiga hari sebelum tarikh mengundi, kini telah mengadakan pengundian awal lima hari sebelum tarikh mengundi.

"Apakah ini perancangan pihak tertentu termasuk SPR untuk menggagalkan kebangkitan rakyat menyokong Pakatan Rakyat?

"SPR harus memberi penjelasan berhubung perkara ini agar rakyat tidak meragui kredibiliti dan ketelusan SPR," kata Mohamad Hassan. -FMT


Dakwat kekal hilang, surirumah buat laporan polis



KLUANG: Ekoraan, dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.

"Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini," katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

"Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR," tambah beliau.



Dakwat kekal... tidak kekal



Hanya beberapa jam selepas dakwat kekal digunakan pertama kali di Malaysia, sudah pun ada aduan bahawa ia sebenarnya boleh ditanggalkan.

Perkara itu sama sekali bertentangan dengan jaminan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa dakwat itu akan kekal sekurang-kurangnya tujuh hari selepas dicalit dengan berus.

Seorang askar yang terlibat dalam undi awal pagi tadi berkata, beliau sudah membuang banyak dakwat hanya menggunakan air - hanya enam jam kemudiannya.

"Dah tinggal 30 peratus saja, itu pun tak basuh pakai sabun Fab. Standard dia macam dakwat stamp pad. Tak kuat mana.

"Atas kuku boleh hilang seratus peratus. Cuma celah-celah kuku susah sikit. Atas kulit rasanya boleh hilang kalau dibasuh gunakan sabun yang agak kuat," kata askar itu melalui SMS.

Beliau inginkan indentitinya dirahsiakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusog ketika dihubungi meminta perkara itu diserahkan kepada polis untuk menyiasatnya kerana laporan polis sudah dibuat.

"Menurut percubaan oleh SPR, ia tidak dapat ditanggalkan (menggunakan sabun, pencair atau sanitiser tangan) dan masih boleh dikesan," jelasnya.
-mk




Dakwat Kekal Pembohong, Hilang Dengan Basuhan Air Sabun (?)

Posted: 30 Apr 2013 05:01 AM PDT


PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai penyebaran maklumat tentang keraguan penggunaan dakwat kekal oleh para pengundi yang turun membuat undian awal pada hari ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Asmuni Awi berkata, PAS mendapat aduan bahawa dakwat yang digunakan pada pengundian awal hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

Menurutnya, gambar tentang cap jari yang tidak kekal itu telah tersebar luas di laman sosial menyebabkan kegusaran rakyat khususnya yang akan mengundi pada Ahad ini.

"Kami mendapat banyak maklumat tentang dakwat kekal yang digunakan pada hari ini tidak kekal dan boleh dibasuh.

"Adakah benar maklumat yang kami terima ini? Jika benar, PAS meminta penjelasan daripada pihak SPR kerana sebelum ini mereka telah memberi jaminan bahawa dakwat kekal tersebut boleh bertahan sekurang-kurangnya selama tiga hari," katanya dalam sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Ipoh, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Setiausahanya, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat itu berkata, penyebaran gambar-gambar jari pengundi yang boleh dipadam itu telah menyebabkan rakyat meragui ketelusan sistem yang diguna pakai pada pilihanraya ini.

"Jika perkara ini benar-benar berlaku, tidak mustahil akan ada pengundian dua kali akan dilakukan. Ini telah bermain dalam fikiran masyarakat ketika ini," jelas beliau lagi.

Pada hari ini, pengundian awal berlangsung bagi anggota polis dan tentera dan saya telah menerima aduan berkaitan 2 isu:

1. Isu dakwat kekal hilang

menurut laporan yang diberikan, dakwat yang dikatakan kekal itu boleh hilang hanya dengan basuhan air dan sabun. Oleh itu, petugas parti khususnya paca yang bertugas jika mendapati kejadian ini berlaku di tempat tuan/puan, sila buat laporan polis segera. Tuan/puan bolehlah mendapatkan bantuan daripada peguam yang bertugas di parlimen tuan/puan untuk bantuan dalam mendrafkan laporan polis. Laporan polis yang dibuat itu kemudiannya hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan kedua yang dibuat di pejabat SPR atau di pejabat pegawai pengurus masing-masing.

2. Isu mencatat nama pengundi awal selepas mengundi

Saya juga menerima laporan dari peguam yang bertugas di Sabah bahawa para polis yang telah mengundi dikehendaki untuk menulis nama mereka di satu senarai khas selepas mengundi sebelum mereka meninggalkan bilik mengundi. Sila ambil perhatian bahawa kaedah pengundian awal adalah sama dengan kaedah mengundi biasa kecuali hanya pengiraan kertas undi dibuat pada hari mengundi 5 Mei nanti.

oleh itu, amalan menulis nama mengikut giliran mengundi adalah perbuatan salah di sisi undang-undang dan mencemarkan konsep kerahsiaan undi.

Peguam kami di Sabah telah membuat bantahan kepada SPR dan bantahan itu diterima dan kertas yang ditulis senarai nama itu telah dikoyakkan. Masalahnya, kami difahamkan bahawa amalan menulis nama di senarai selepas mengundi itu adalah arahan daripada peringkat atasan dan arahan itu diberikan kepada semua polis di seluruh negara.

Justeru, saya memohon agar para petugas parti untuk memerhatikan hal ini dan jika ini berlaku sila buat bantahan segera supaya senarai nama itu dimusnahkan segera. Jika SPR enggan maka suatu laporan polis dan aduan rasmi kepada SPR negeri/pegawai pengurus hendaklah dibuat. Sila berhubung dengan peguam di parlimen masing-masing untuk pertanyaan lanjut.
-fb paspusat

Tiada ulasan: