Rabu, 22 Mei 2013

jarang anak melayu

jarang anak melayu


YANG MAKAN TAIK (siri 1)

Posted: 21 May 2013 07:05 PM PDT

Salam..
Sekian lama tidak mencatatkan sesuatu melalui blog ini. Hampir terlupa segala yang berkaitan dengan penggunaan blog ini. Alhamdulillah, kembali semula secara perlahan-lahan.
 
PRU13 baharu sahaja berlalu. Banyak kenangan dan peristiwa pahit manis dilalui oleh banyak orang, terutama yang memberi tumpuan serius kepada 'dunia politik' tanah air. Terasa juga hendak kembali mencatatkan sesuatu melalui blog JAM ini sepanjang PRU13 lalu. Namun kerana ada beberapa kekangan yang terpaksa diharungi, hasrat itu terpaksa dilupakan. Justeru, sepatutnya beberapa persoalan yang akan dicatatkan semula oleh JAM ini dijawab semasa PRU lalu, makanya catatan dan isu-isu yang akan disebutkan ini, bolehlah dijadikan renungan yang mungkin betul atau sebaliknya. Hanya sekadar renungan.
 
JAM mulakan episod baharu ini dengan memintas semula beberapa persoalan yang dilontarkan teman-teman berhubung dengan PRU13 terutama berkaitan beberapa perkara yang "membolehkan" JAM bercakap mengenainya. Untuk siri 1 di bawah tajuk ini, JAM ingin menyentuh soal CALON dan pematuhan kepada parti.
 
Walau dalam parti mana sekali pun, umum terlalu amat memahami dan amat 'kalih' disogok dengan beberapa frasa ayat berikut :
 
"Ini adalah keputusan pucuk pimpinan dan ahli-ahli perlu patuh dan menerimanya".
 
"Sesiapa yang ingkar dengan keputusan pimpinan, tindakan tegas akan diambil termasuk memecat keahliannya".
 
"Perjuangan parti perlu diutamakan, bukan siapa yang bertanding atau siapa yang dipilih".
 
"Akurlah dengan pilihan pucuk pimpinan. Pucuk pimpinan telah membuat pilihan yang terbaik"..
 
Dan bla bla bla bla... lagi adanya..
 
Teringat orang tua-tua dulu yang marahkan anak-anak mereka.
 
Ayah : Kenapa kamu mencuri?
Anak : saya ikut Mamat ayah..
Ayah : kalau Mamat makan taik, kamu pun ikut makan taiklah?
(ada anak-anak yang nakal, menjawab – tapi menjawab dalam hati "makan taik minyak, saya makanlah...")
 
Orang tua-tua dulu lebih faham situasi. Kalau kita disogokkan dengan "taik", apakah kita perlu bersubahat untuk memakannya sama?
 
Perjuangan dan prinsip berparti tetap perjuangan dan prinsip. Yang pasti, kalau kita sudah mengetahui dengan jelas dan nyata bahawa "calon" yang dinamakan dan akan dipilih untuk menjadi 'pemimpin' kita sudah bergelumang dengan "taik", apakah kita terus WAJIB bersubahat?
 
Tidak hairan, banyak kawasan yang kalah kerana 'calon-calon taik' ini.

Tiada ulasan: