Khamis, 9 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Budak Perempuan Disyaki Dirogol & Dibunuh, 2 Suspek Ditahan

Posted: 09 May 2013 05:16 AM PDT



[HM] Klang: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan yang mati disyaki dirogol dalam kejadian di Jalan Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui. 

Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin. 

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian

Berkaitan:

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Ditemui di Medan Letak Kereta

[Bernama] KLANG: Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai mangsa kes bunuh ditemui di medan letak kereta, Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi, di sini malam Rabu.

Mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, ditemui terbaring di bahagian tepi medan letak kereta itu oleh seorang gadis yang kebetulan lalu di situ pada pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Md Yusop berkata gadis berusia 19 tahun itu kemudian memberitahu orang awam di situ untuk melaporkan penemuan itu kepada polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi di sini.

Mohamad berkata pemeriksaan awal pihak hospital mendapati Nur Amyliana Shuhada meninggal dunia kurang dari tempoh 24 jam dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya, kecuali kesan pendarahan di bahagian kemaluan mangsa.

"Mangsa ditemui mati kira-kira 200 meter dari kawasan rumahnya. Berikutan itu polis menahan dua lelaki yang berasal dari Sabah, yang kita syaki ada kaitan dengan kematian mangsa, untuk membantu siasatan," katanya. Suspek yang berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di sekitar lokasi kejadian sejurus selepas polis menerima laporan mengenai kes itu dan direman tujuh hari mulai hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak itu Acha Kusain, 31, berkata beliau terperanjat bila diberitahu bahawa anaknya ditemui mati dalam keadaan yang amat memilukan itu.

"Kami baru berpindah ke sini dari Kuantan, Pahang dua bulan lepas kerana mengikut suami saya yang bertukar tempat kerja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan rumah mayat HTAR.

Acha berkata Amyliana yang mesra dipanggil Cina oleh keluarga, merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang sangat peramah dan paling rapat dengannya.

"Sebelum kejadian dia bermain di sekitar kawasan rumah kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan saya ingat dia akan pulang sebelum malam, tapi tak sangka saya bertemunya ketika dia telah tiada," katanya sebak.-




Semalam Heboh Fasal Zuraida, Hari Ini Heboh Fasal Azmin, Apa Masalahnya?

Posted: 09 May 2013 03:00 AM PDT





[Mstar] PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.

Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).

Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor.

Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas.

"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya.

Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13 Ahad lepas.

"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal.

Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima.

"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.

Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab.

Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi.

Azmin memperoleh 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi .




P/s: Cerita fasal Zuraida mempersoal jawatan MB Selangor di sini. Adakah Azmin juga menyindir hal yang sama kerana cita-citanya untuk menjawat jawatan itu sudah menjadi rahsia umum dan rancak diperkatakan di blog pro-UMNO?

Yang penting, kita tunggu penjelasannya:

Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa Sidang Media Khas YB Mohamed Azmin Ali pada hari esok ditukar ke lokasi seperti butiran berikut:

Tarikh    : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa     : 11.00 pagi
Tempat : Ibu Pejabat KEADILAN, Merchant Square, Petaling Jaya (Lokasi baharu, sebelum ini di sebuah hotel)

Justeru itu, warga media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN



Sama ada Azmin meneruskan perjuangan dan memberikan penjelasan tentang isu yang dikaitkan dengannya atau bertekad untuk menjadi "Hasaan Ali" kedua, gian hendak jadi MB.

Mungkin boleh mendapat sedikit pencerahan daripada media mesra UMNO ini. Klik sini.





AP & Washington Post Lapor Perhimpunan BLACK505, 1Dunia Membaca Perihal Penipuan PRU13

Posted: 09 May 2013 12:03 AM PDT



[WP] KUALA LUMPUR, Malaysia — At least 50,000 Malaysian opposition supporters rallied at a stadium Wednesday to protest what they say are fraud-marred election results that enabled the long-ruling coalition to cling to power.

Opposition leader Anwar Ibrahim's three-party alliance believes the National Front coalition used illegal voters, bogus ballots and other irregularities in May 5 national polls to extend its 56 years of rule. Prime Minister Najib Razak has rejected the accusations and maintained that the elections were free and fair.

The National Front won 133 of Parliament's 222 seats, but Anwar's alliance plans to mount a legal challenge of the results of at least 30 seats. The National Front lost the popular vote, polling 5.24 million votes to the opposition's 5.62 million.

Opposition supporters filled a sports stadium Wednesday night for a rally marking the start of a campaign to demand more electoral transparency. Standing with umbrellas under a drizzling rain, they wore black clothing including T-shirts with slogans such as "Democracy is dead" and "Stay strong Malaysians."

Anwar said he was grateful to the crowd for "showing the courage and conviction to change the course of history" in Malaysia.

"This is the beginning of a battle between the people and an illegitimate, corrupt and arrogant government," Anwar told the cheering audience.

The National Front, which has governed since independence from Britain in 1957, survived its most competitive elections ever as public frustration soared over claims of government graft and racial insensitivity. It held 135 seats in Parliament before the legislature was dissolved last month and failed on Sunday to regain the two-thirds parliamentary majority it had enjoyed for decades.

Prime Minister Najib's office criticized Anwar in a statement Wednesday, saying his accusations of fraud were unfounded and his rally was irresponsible.

"No doubt his latest claims will also evaporate on close inspection," the statement said. "His protest is calculated to create unrest."

In Washington, the White House on Wednesday congratulated Najib on his coalition's victory, but said it was important that Malaysian authorities address concerns over reported election irregularities.

"We look forward to the outcome of their investigations," the U.S. statement said.

The Institute for Democracy and Economic Affairs, a Malaysian think tank that was accredited by electoral authorities to observe the elections, said Wednesday the vote was "only partially free and not fair."

Public doubts remain about the integrity of the voters' registration roll and the Election Commission's impartiality, the institute said in a report.

The Prime Minister's Office said it rejected some of the institute's claims, especially "those which refer to 'perception' rather than fact."

Many opposition supporters believe the National Front relied on gerrymandering of constituencies and also stuffed ballot boxes in closely fought constituencies and used foreign migrants from countries such as Bangladesh to vote illegally.

The National Front lost ground mainly among urban, middle-class voters. Its electoral support remained strong in rural districts where government handouts have helped poorer citizens whom the opposition failed to convince with its pledges of creating a cleaner government. -AP


P/s: Apa yang membuatkan rakyat Malaysia marah? Klik sini.


Berkaitan:




[Gambar] Anwar Terpaksa Bonceng Motosikal untuk ke Perhimpunan BLACK505

Posted: 08 May 2013 09:36 PM PDT



Menurut laporan HD, kesesakan luar biasa menuju ke Stadium Kelana Jaya malam tadi menyebabkan Ketua Umum PKR terpaksa membonceng motosikal untuk sampai ke lokasi perhimpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" di situ malam tadi.

Gambar Anwar menaiki motosikal itu sempat dirakam pengguna jalan raya yang turut tersekat dengan kesesakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan jalan-jalan lain menuju ke stadium.

Pengamal media kebanyakannya menganggarkan jumlah kehadiran malam tadi tidak kurang daripada 120,000 orang.

Jumlah itu tidak termasuk puluhan ribu orang yang terkandas di jalan raya yang tidak sempat sampai ke stadium akibat kesesakan jalan raya yang luar biasa.

Berita lain di sini, di sini. -DCM


P/s: Kalau tidak silap, Lim Kit Siang turut membonceng motosikal untuk sampai ke Stadium Kelana Jaya semalam.

SALUT!!!






[Video- Wajib Tonton] Ucapan Anwar Ibrahim di Hadapan Lautan Manusia BLACK505

Posted: 08 May 2013 08:04 PM PDT




SALUT!!!





Video dan gambar lain di sini.
Antara perkara yang membuatkan rakyat Malaysia marah di sini.


[Edisi Terima Kasih Pengundi BN] Hadiah Pertama BN kepada Rakyat, Kenaikan Tarif Elektrik

Posted: 08 May 2013 07:05 PM PDT



[KD] KUALA LUMPUR 8 MEI: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu.

"Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar," kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

"Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat," kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.

"Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan," jelas Azan.

Tambahnya, dalam tahun ini juga, beban rakyat akan bertambah kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan turut dilaksanakan.

"Saya menjangkakan GST akan dikuatkuasakan tahun ini juga, selepas sidang Parlimen. Begitu juga harga barang, minyak dan tambang pengangkutan," katanya.

"Ini adalah bukti semua pemberian BN sebelum pilihan raya hanya gula-gula, dan saya simpati kepada rakyat yang percaya janji-janji BN," kata Azan lagi.

Laporan Sinar harian di sini.



P/s:  Caj tambahan satu peratus  dikenakan kepada pengguna dengan jumlah bil elektrik RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan. Kononnya, caj ini merupakan sumbangan kepada Tabung Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) untuk melaksanakan Tarif Galakan (FiT) yang berkuat kuasa sejak 1 Disember 2011. Kalau kita dikejutkan dengan magik PRU13, kali ini kita dikejutkan pula dengan magik sumbangan. Sumbangan dibuat tanpa kerelaan rakyat!

Bagi pengundi BN,  anda semua boleh mendaftarkan nama untuk pengecualian daripada kenaikan tarif elektrik ini. Daftar nama pada siapa? Cuba tanya PM Najib Razak!

Bagi pengundi PR, takziah kerana terpaksa membayar kenaikan tarif elektrik ini dan dalam masa yang sama pengusaha IPP meraih subsidi berbilion ringgit. Bagi rakyat marhaen, kenaikan ini sudah tentu membebankan dan meningkatkan kos sara hidup setiap bulan. 

Hujah pengundi BN, bukan semua rumah yang dikenakan caj tersebut. TM ingin bertanya, rumah siapa terutama di kawasan bandar bil elektriknya di bawah RM77? Rumah TM, walaupun tiada pendingin hawa, bil elektriknya melebihi RM80 sebulan. Bayangkan rumah yang memiliki satu atau lebih unit pendingin hawa! 

Tahniah dan takziah!


Mudahnya Diperdaya: Mangsa Perkosa Cair SMS Manis

Posted: 08 May 2013 06:12 PM PDT


[HM] Batu Gajah: Seorang buruh kasar menggunakan ayat-ayat manis dikirim yang melalui SMS untuk memperdaya seorang pelajar perempuan sebelum menculik dan memperkosanya.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, suspek menghantar SMS kononnya mahu menghantar mangsa ke sekolah di Tanjung Tualang, di sini, sebelum mengheret mangsa masuk ke dalam keretanya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mangsa yang berusia 16 tahun didakwa menerima SMS daripada suspek yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke sekolah bersama seorang lagi rakan sekolah mangsa, tetapi apabila sampai di tempat dijanjikan, mangsa curiga apabila mendapati rakannya tiada.

"Mangsa yang menolak permintaan suspek ditarik masuk ke dalam kenderaan itu sebelum dibawa ke rumah suspek," katanya.

Menurutnya, mangsa yang dipaksa masuk ke dalam rumah dipujuk melakukan hubungan seks.

"Suspek mendesak dengan menarik tangan mangsa ke dalam bilik lalu menolak mangsa ke katil sebelum memaksa melakukan hubungan seks. Mangsa cuba melawan suspek namun gagal," katanya.

Beliau berkata, suspek menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum remaja terbabit menceritakan kejadian kepada teman lelakinya.

"Bimbang dengan kejadian itu, teman lelaki mangsa memaklumkan kejadian itu kepada keluarga mangsa sebelum membuat laporan polis," katanya.

Shaharon berkata, pihaknya menghantar mangsa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani pemeriksaan doktor.

"Susulan itu, polis menjalankan siasatan sebelum memberkas suspek berusia 35 tahun. Suspek dikenal pasti bekerja sebagai buruh kasar dan menetap di Kampung Timah, Tanjung Tualang," katanya.


P/s: Macam mana boleh mudah sangat cair???




Nafsu Tidak Kenal Usia, Nenek 69 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Rogol Pemuda Gila Seks

Posted: 08 May 2013 05:00 PM PDT



[HM] GEORGETOWN: Nafsu tidak mengenal usia dan itu yang berlaku terhadap seorang nenek berusia 69 tahun apabila hampir menjadi mangsa rogol seorang lelaki dalam kejadian di Pantai Batu Feringghi, dekat sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, warga emas itu bersiar-siar seorang diri di tepi pantai sebelum datang seorang lelaki tidak dikenali dari arah belakang lalu menarik tangan mangsa secara tiba-tiba menyebabkannya terkejut.

Jurucakap polis berkata, ketika insiden tiada sesiapa di tempat kejadian dan lokasi kejadian berlaku berhampiran sebuah kafe di tepi pantai.

Menurutnya, suspek memegang mangsa kemudian melondehkan seluarnya dan cuba merogol warga emas itu, namun tidak berjaya apabila mangsa melawan.

Katanya, mangsa meronta-ronta sambil menjerit meminta bantuan dan dalam keadaan kelam-kabut itu suspek yang gagal merogol mangsa menggigit payudaranya menyebabkan mangsa sekali lagi menjerit serta melawan sekuat hati sebelum berjaya melarikan diri.

"Mangsa kemudian melarikan diri ke sebuah kereta yang diletakkan di tepi pantai itu sambil menjerit meminta tolong. Melihatkan itu, suspek yang berusia 20-an melarikan diri dan mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Feringghi selepas kejadian," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau mana-mana dua daripada tuduhan itu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang pelajar lelaki 15 tahun patah sebatang gigi akibat ditumbuk seorang lelaki di belakang sebuah sekolah menengah di Gelugor.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa meminta ganti rugi daripada suspek tetapi suspek enggan berbuat demikian sebelum keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mangsa ditumbuk di bahagian mulut.


P/s: Gila!



[Gambar] Magik PRU13: Bagaimana Najib Boleh Menang Selesa di Pekan?

Posted: 08 May 2013 04:00 PM PDT

Sumber gambar di sini.


Komen pemilik akaun FB yang menyiarkan gambar ini:

"Apa komen orang Pahang? PAS Pahang mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Pekan sebagai sebuah bandaraya, kerana bilangan pengundi bagi Pekan jauh lebih besar berbanding ibu negeri Pahang, Kuantan. Atau lebih elok kalau ibu negeri Pahang dipindahkan ke Pekan memandangkan kepadatan penduduk di kawasan pekan meningkat secara mendadak .

Parlimen Pekan mempunyai jumlah pemilih seramai lebih 67 ribu sedangkan Kuantan yang menjadi ibu negeri hanya seramai 47 ribu sahaja. Pertambahan lebih 20 ibu pengundi mencerminkan kadar kelahiran mendadak berlaku di Pekan, mungkin kerana kesuburan makanan 1 Malaysia yang diperkenalkan PM."


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

It's very effortless to find out any topic on net as compared to textbooks, as I found this article at this site.

my blog :: diarrhea remedies

Tanpa Nama berkata...

Your means of describing all in this article is in fact pleasant, every one be
able to easily know it, Thanks a lot.

Feel free to surf to my web site - Coconut Oil For Hair