Sabtu, 4 Mei 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[UBAH] Sebelum Pergi MENGUNDI, Lihat GAMBAR Ini, Dengar LAGU Ini -INI KALILAH!

Posted: 04 May 2013 05:30 AM PDT


































TUMBANGKAN BN & UMNO
HARAPAN MALAYSIA DI TANGAN ANDA!















[Wajib Baca] Sumber Dalaman UMNO Dedah Pelan A, Pelan B, Bangla...Jahanam Malaysia!

Posted: 03 May 2013 07:30 PM PDT

Bukan setakat Bangla dan Nepal, Negro, Kemboja, dan Negro pun masuk senarai!


[HD] KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh "rakan-rakan BN."

"Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. 

"Jadi apa plan A-nya?" tanya Harakahdaily. 

"Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja," katanya sambil berseloroh. 

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya. 

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan. 

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan. 

"Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit," kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah," kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain," tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

"Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal," katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.



P/s:  Anda mahu mengundi pihak yang mahu menjahanamkan negara?

Berkaitan:

Projek IC @ http://youtu.be/XUBUJ7yik60 Projek IC mengancam bukan sahaja negeri Sabah malahan seluruh negara. Mungkinkah ia sudahpun dimulakan di Semenanjung untuk menawan balik Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan? Jangan biarkan mereka tentukan masa hadapan kita. Ubah! Sumber http://youtu.be/ul7dmkBemjM





[Wajib Baca] Surat Palsu Majlis Syura PAS dan Harakah Palsu Disebarkan Syaitan yang Dikenali!

Posted: 03 May 2013 06:31 PM PDT



Langkah Terdesak, Surat Palsu Pula Diedarkan

[HD] KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.

Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.



KENYATAAN MEDIA

Merujuk kepada satu surat yang kononnya diterbitkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bertarikh 2 Mei 2013.

Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan  menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak.

Tidak ada dalam agenda kerjanya untuk Majlis Syura mengkaji tahalus siasi yang sudah begitu kemas yang dibuat oleh PAS dengan Pakatan Rakyat.

Saya meminta semua ahli dan rakyat tidak percaya kepada fitnah itu dan marilah kita takut kepada Allah atas azabNya kerana menyebarkan fitnah yang begitu jelas itu.

Saya juga mengajak semua rakyat marilah kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 5 Mei ini.


Dato' Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS




Pencetak rasmi akhbar Harakah, Angkatan Edaran Sdn. Bhd hari ini membuat laporan polis berhubung Harakah palsu yang dipercayai diedar di seluruh Selangor hari ini.


P/s: Syaitan yang Dikenali berperangai sama macam syaitan yang direjam. Macam lahanat!

Sebarkan maklumat ini!







[Gambar] Ketepikan Sentimen Politik, Setujukah Anda dengan Perbuatan Pencacai BN Menghina Ulama?

Posted: 03 May 2013 05:00 PM PDT




P/s: Undi PR

Sulaiman Shah Mohamed's photo.



Tiada ulasan: