DIALOG RAKYAT |
- Pada hari terakhir kempen PRU13, propaganda palsu mula tersebar
- Hanipa : PR Dijangka Buat Kejutan Di Sepang
- Bersih Jejak Warga Asing Dibawa Masuk Semalam Untuk Mengundi Esok
- Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu
- Dalang Lahad Datu didedah
- Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat
- Najib: Mukhriz MB jika BN menang di Kedah
- BERSIH mahu SPR perjelas penerbangan pengundi
- Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan
- Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475j
- Kecuh Depan Balai Polis Larut, SPR Hendak Ambil Peti Undi
- Peralihan kuasa tidak jejas industri hiburan!
- SPR: Keputusan PRU13 Melaka dijangka diumum seawal 8 malam
- 100 bas sewa khas anak Kelantan tidak muncul
- DAP pertahan Islam agama rasmi - Lim Guan Eng
- Penyokong PAS bakar Harakah palsu
- Petugas buat flashmob dipukul 'I Love PM'
- Hari ini pengundi di atas pagar sibuk berfikir dan membuat pertimbangan
- Helikopter bawa Anwar dihalang di Langkawi
- Papan iklan Chegu Bard disimbah cat merah angkara lawan
- Peti undi awal cuba ditukar di lokap Kuantan
- Risik tentera ramal Pakatan menang, tawan 117 kerusi Parlimen
- Pakatan turun harga minyak, hapus PTPTN & tol 30 hari memerintah
- Anwar ‘Grand Count Down’ di Permatang Pauh malam ini
- Anwar PM, dua TPM jika Pakatan ambil alih Putrajaya, kata Karpal
Pada hari terakhir kempen PRU13, propaganda palsu mula tersebar Posted: 04 May 2013 08:22 AM PDT TERKINI KUALA LUMPUR — Dokumen dan cerita palsu mensasarkan parti Pakatan Rakyat (PR) telah mula tersebar sejak semalam, sebagai pertempuran Putrajaya semakin panas pada hari terakhir berkempen.Malam semalam, surat dikatakan ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali disebarkan melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) dan media sosial, mengatakan Majlis Syura Ulama menggesa ahli PAS agar tidak mengundi calon PKR dan DAP. "Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak," kata Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan di sini. "Tidak ada dalam agenda kerjanya untuk Majlis Syura mengkaji tahaluf syiasi yang sudah begitu kemas yang dibuat oleh PAS dengan Pakatan Rakyat," katanya. Dalam surat palsu bertarikh 2 Mei, Majlis Syura juga dikatakan mendesak PAS untuk meninggalkan PR dengan segera kerana pakatan tersebut memecah belahkan dari memberikan keuntungan kepada parti. Di Putrajaya beberapa risalah dan akhbar Harakah palsu diedarkan untuk menaikkan kemarahan pengundi terhadap calon PR dan PAS untuk kerusi tersebut, Datuk Husam Musa. Satu risalah meminta pengundi Islam agar tidak "tidak menjadi emosional" terhadap penggunaan perkataan "Allah" oleh bukan Islam yang dikatakan sebagai sebahagian daripada kempen PR untuk pilihan raya. Kempen Pilihan Raya 2013 sepanjang dua minggu lepas telah tercemar dengan papan iklan yang menunjukkan gereja merampas perkataan Allah dan risalah memberi amaran kepada umat Islam mengenai penggunaan perkataan "Allah" oleh kumpulan agama lain. Sementara sebuah artikel palsu dalam Bahasa Inggeris dikatakan dikeluarkan oleh The Malaysian Insider bertajuk "Najib rating up to 73%, leads Anwar by 32% as M'sians top choice for PM" mula disebarkan sejak awal pagi tadi menggunakan dua nama wartawan The Malaysian Insider sebagai penulisnya. Berita ini diubahsuai dari artikel asal The Malaysian Insider bertajuk, "BN, Pakatan in dead heat for Election 2013" mengenai tinjauan terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center for Opinion Research, sebuah badan tinjauan bebas mengenai pandangan pengundi tentang peluang gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) dan pembangkang PR untuk Pilihan Raya 2013. Hari ini merupakan hari terakhir berkempen untuk Pilihan Raya 2013 dan semua parti dan calon bebas mempunyai masa untuk merayu undi sehingga tengah malam ini sebelum rakyat Malaysia mengundi esok. | ||||
Hanipa : PR Dijangka Buat Kejutan Di Sepang Posted: 04 May 2013 08:15 AM PDT SEPANG: Pakatan Rakyat (PR) yakin membuat kejutan di Parlimen Sepang dengan merampas kawasan itu daripada BN selain tiga DUN, Dengkil, Sungai Pelek dan Tanjung Sepat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) Ahad ini. Calon PR Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, keyakinan itu berikutan sokongan rakyat yang dilihat meningkat dengan ketara dari masa ke semasa sehingga kini. "Saya yakin rakyat ingin memberi peluang kepada PR untuk menjadi kerajaan baru di Putrajaya. Mereka bersedia untuk menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen di sini. InsyaAllah. "Saya percaya peluang untuk kita membuat kejutan di Sepang dan semua DUN yang kita bertanding ini," katanya. Katanya, PR hanya tewas tipis di Sepang pada 2008 dengan 4,800 undi berbanding lebih 20,000 undi (2004). "4,000 lebih bukanlah begitu besar dalam konteks politik sekarang kecuali ada penipuan yang saya harap tidak akan berlaku. "Tambahan pula kita tahu terdapat dua tokoh Umno yang berpengaruh bertanding bersaing dengan calon BN yang sedikit sebanyak akan memecahkan undi yang membantu kita," ujarnya. Masalah dihadapi Umno-BN di Sepang ketara apabila beberapa cawangannya terbubar dengan kemasukan ahlinya ke dalam PKR dengan jumlah besar di samping ahli dan penyokong sedia ada yang menyatakan sokongan terhadap PR. Ini berikutan kejayaan PR mentadbir Selangor dengan cemerlang menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang banyak membawa faedah kepada masyarakat. Calon PR DUN Dengkil, Borhan Aman Shah menyatakan ini adalah peluang keemasan untuk PR mencipta kejayaan. "Pertandingan lebih daripada dua calon di semua kawasan adalah petanda Umno-BN menghadapi masalah. Ini peluang terbaik untuk PR menawan semua tiga DUN dan Sepang daripada BN. "Perlu diingatkan DUN Tanjung Sepat pernah dipegang wakil rakyat bukan BN selama tiga penggal sebelum ini maka ia tidak mustahil akan berulang," katanya. | ||||
Bersih Jejak Warga Asing Dibawa Masuk Semalam Untuk Mengundi Esok Posted: 04 May 2013 08:11 AM PDT PETALING JAYA : Sekumpulan warga asing dipercayai terlibat sebagai pengundi hantu dibawa masuk ke Selangor semalam menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapanga nterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim berkata, risikan mendapati lebih 100 warga Bangladesh diangkut dengan enam van dari KLIA ke sebuah ladang kelapa sawit di Dengkil, Selangor. "Maklumat diperoleh menyatakan sebuah penerbangan MH8611 dari Kota Kinabalu ke KLIA bertolak pada Khamis jam 10 malam dan mendarat pada Jumaat jam 12.30 tengahari. "Skuad diketuai saya pergi ke KLIA bagi mengesan perkara itu mendapati kapalterbang bagi penerbangan MH8611 kosong tetapi kita mengesan sebuah kapal terbang Malindo membawa penumpang tersebut. "Semua mereka dibawa keluar tidak menggunakan laluan biasa tetapi menerusi laluan kargo," katanya dalam sidang media di sini hari ini. Menurutnya, semua warga asing itu diangkut dalam enam van yang padat di mana dua darinya adalah van dengan pelekat Risda. Beliau menjelaskan van yang membawa warga asing tersebut dipandu dengan keadaan yang mencurigakan kerana kenderaan itu berhenti beberapa kali. Haris berkata pemandu van bertindak demikian kerana ingin mahu mengelak daripada diekori. "Ketika tiga van berhenti di mana kereta kami turut berhenti, sebuah bas datang bagi mengangkut mereka. Van-van tersebut kemudian berhenti di hadapan kereta mereka bagi menghalang skuad Haris daripada terus menjejaki bas tersebut. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, menurut sumber terdapat lebih kurang 15 penerbangan sehari yang mendarat di KLIA bagi tujuan itu. Menurutnya, pihaknya mempercayai semua kumpulan warga asing dibawa masuk pihak tertentu demi kepetingan Barisan Nasional (BN). "Rakyat diminta bertindak dengan menyalurkan maklumat supaya perkara ini dapat diambil tindakan. "Hanya rakyat tempatan berhak menetukan pemerintahan negara ini dan bukannya pihak luar," katanya. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan melayari lama sesawang : https://pru13.INFO/ADUAN atau talian 03 – 7931 8040 (panggilan), 013 – 7711 071 (SMS). | ||||
Rakyat Selangor Disaran Turun Mengundi Atasi Pengundi Ragu Posted: 04 May 2013 07:48 AM PDT SHAH ALAM : Peluang Pakatan Rakyat (PR) untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri adalah cerah sekiranya semua rakyat Selangor keluar mengundi esok bagi mengatasi kehadiran pengundi ragu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, jika majoriti rakyat yang mengundi adalah besar, maka peratusan pengundi ragu untuk mengganggu proses pilihan raya di sesebuah kawasan dapat dikurangkan. Menurutnya, ia disokong melalui beberapa kajian yang menunjukkan peratusan PR untuk menawan Putrajaya dan memenang semula di Selangor adalah tinggi. "Kita minta rakyat turun beramai-ramai dan memilih parti yang mereka ingini. "Jika peratusan yang keluar mengundi adalah besar, maka sebarang penipuan tidak akan berhasil," katanya. Beliau berkata, persaingan antara PR dengan Umno-BN juga dijangka sengit pada Pilihan Raya Umum Ke -13 kali ini berbanding 2008. Bagaimanapun beliau yakin rakyat akan lebih memihak kepada PR berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima gabungan itu baik di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak. Katanya, keyakinan PR untuk menang kali ini disebabkan keupayaan menampilkan calon yang lebih berwibawa untuk bersaing dengan calon Umno-BN. "Harapan rakyat untuk membuat perubahan kepada kerajaan kepimpinan yang baru adalah baik dan jika ini berlaku ia akan menjadi sejarah politik Malaysia. "Selama ini hanya satu parti sahaja yang mendapat kuasa politik dan dibiarkan mentadbir negara dengan begitu lama tanpa ada pilihan yang lebih baik," katanya lagi. | ||||
Posted: 04 May 2013 07:42 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE JAKARTA- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bekas teman karibnya, Raja Petra Kamaruddin sebagai dalang insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah. Selain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Raja Petra turut mendedahkan, dua pemimpin PKR lain yang terlibat dalam rancangan menggugat keselamatan negara ialah Tian Chua dan R. Sivarasa. Pengendali laman web Malaysia Today itu berkata, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa pernah mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari yang bertujuan merancang pencerobohan pengganas Kiram. Menurut Raja Petra, permulaan kepada perancangan membawa masuk pengganas Kiram bertitik tolak pada pertemuan antara Anwar dan Misuari di Hotel Crown Plaza, Jakarta pada 16 Julai tahun lalu. Selepas pertemuan sulung itu, pakatan tiga pemimpin PKR itu tegas Raja Petra, mengatur perjumpaan lain untuk merancang strategi bagi menggugat keselamatan negara. "Selain Anwar, orang seperti Tian Chua dan Sivarasa juga terlibat (dalam perancangan dan pertemuan dengan Misuari)," dedah Raja Petra kepada pemberita ketika ditemui di sini semalam. Raja Petra tiba dari Manchester, United Kingdom pada Rabu lalu untuk memberi keterangan kepada pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini. Beliau sebelum ini pernah mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang itu mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu dalam artikelnya. Artikel berkenaan yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web Malaysia Today pada 25 Mac lalu. Raja Petra turut menegaskan, Anwar tidak pernah menafikan pertemuan dengan Misuari. Sehubungan itu, Raja Petra mengesyaki ada agenda tersembunyi antara Anwar dan Misuari. "Anwar tidak pernah menafikan beliau pernah bertemu dengan Misuari. Tian Chua dan Sivarasa juga tidak menafikan pertemuan itu," sambung Raja Petra lagi. Tegas Raja Petra, pemimpin-pemimpin PKR itu sebaliknya hanya menafikan perjumpaan itu ada kaitan dengan isu Lahad Datu. Raja Petra berkata, kesanggupan beliau terbang jauh ke Jakarta ialah untuk direkodkan keterangannya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan. Justeru, beliau tidak akan menafikan apa yang beliau tulis kepada polis dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penerbitan artikel itu.-utusan.com | ||||
Flashmob berdarah di Dun Sungai Rapat Posted: 04 May 2013 07:31 AM PDT IPOH – Peserta flashmob Pakatan Rakyat (PR) di Pengkalan Pegoh cedera apabila mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong parti lawan petang tadi. Jurucakap penganjur, Shahari Anuar Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 4.14 petang itu, kumpulan lelaki seramai kira-kira 300 orang yang datang menaiki motosikal secara berkonvoi telah bertindak ganas sambil melakukan provokasi terhadap peserta flashmob. Beliau mendakwa, keadaan tidak terkawal apabila peserta konvoi sebuah parti politik turut melalui jalan berkenaan dan melanggar lampu isyarat hingga mengakibatkan kesesakan trafik. "Mereka tidak hiraukan lampu isyarat dan peserta kami menasihati agar mereka beredar segera serta mematuhi undang-undang dan ia mencetuskan kemarahan peserta konvoi berkenaan. "Berikutan itu berlaku pertelingkahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua pihak sebelum mereka (peserta konvoi) bertindak agresif dengan menyerang dan memukul peserta kami," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian. Dakwanya lagi, sebahagian daripada peserta konvoi kemudian bertindak memukul dan mengejar peserta flashmob. "Mereka menggunakan kayu dan mengejar peserta kami malah keadaan semakin tegang apabila ada di antara kami yang dipukul beramai-ramai. "Ekoran kejadian itu tiga mangsa dan salah seorang peserta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)," katanya. Tambah beliau, lebih mendukacitakan apabila selepas kejadian tersebut, peserta konvoi motosikal berkenaan datang semula ke kawasan terbabit. "Mereka datang semula ke situ seolah-olah cuba cetuskan provokasi hingga mengakibatkan suasana menjadi tegang semula. "Mujurlah keadaan dapat dikawal dan tiada pertembungan antara kedua-dua pihak," katanya. Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran sekumpulan individu menyebabkan keadaan menjadi huru-hara. "Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar. "Saya dihentak dengan topi keledar dan terpaksa melarikan diri daripada kawasan berkenaan," katanya. Jelasnya lagi, kumpulan terbabit turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu. | ||||
Najib: Mukhriz MB jika BN menang di Kedah Posted: 04 May 2013 07:29 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir akan dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat menubuhkan kerajaan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), esok. Perdana Menteri berkata Mukhriz, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk memimpin negeri Kedah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjayakan perancangan transformasi negara. "Saya yakin beliau boleh memberi kepimpinan yang dinamik dan dapat memimpin negeri Kedah ke arah kejayaan yang lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini malam ini. Mukhriz, yang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Timbalan Pengerusi BN Kedah, akan mencabar penyandang kerusi Dun Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad daripada Pas, pada PRU13.- Bernama | ||||
BERSIH mahu SPR perjelas penerbangan pengundi Posted: 04 May 2013 05:13 AM PDT Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menuntut agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan mengenai dakwaan PKR bahawa pengundi yang diterbangkan dari Malaysia Timur untuk mengundi di Semenanjung merupakan pengundi hantu. Pengerusinya Datuk S Ambiga berkata, sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, SPR tidak sepatutnya mengambil sikap berdiam diri terhadap dakwaan yang melibatkan kemungkinan adanya pengundi hantu melibatkan warga asing. "SPR tak sepatutnya berdiam diri. Saya khuatir dengan sikap diam diri SPR ini. Mereka tidak boleh anggap ini adalah dakwaan yang tak berasas. "Kami perlu tahu warga asing ini semua di bawa ke mana. SPR tak boleh terus berdiam diri," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini. BN dalam kenyataan pada 2 Mei lalu menjelaskan bahawa bahawa kumpulan yang dibawa dengan penerbangan khas, seperti yang dipersoalkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim itu merupakan pengundi berdaftar Malaysia. Tengku Adnan dalam satu laporan Bernama juga menjelaskan, penerbangan berkenaan dibiayai oleh "rakan-rakan BN". "Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," katanya seperti dipetik dalam laporan agensi berita dikuasai kerajaan persekutuan itu. Tambahnya, tindakan PKR membangkitkan perkara itu adalah usaha untuk "memburuk-burukkan sistem pilihan raya". | ||||
Anwar: Jangan subahat musnahkan dokumen k'jaan Posted: 04 May 2013 05:12 AM PDT Sehari sebelum pilihan raya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa 13 juta pengundi di seluruh negara supaya memangkah dengan keyakinan, keberanian dan bervisi. Katanya, keputusan yang dibuat akan membawa Malaysia ke era baru, justeru mengundilah dengan kekuatan dan galakkan anggota keluarga dan sahabat handai terlibat sama. Bercakap dalam sidang media di Kubang Semang hari ini, Anwar juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas dedikasi dan perkhidmatan membantu melancarkan perjalanan kerajaan. Beliau juga menggesa mereka tidak terlibat memusnahkan atau menyorokkan dokumen kerajaan jika Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya daripada BN selepas hari pengundian esok. "Tolong jangan bersubahat dengan mana-mana pihak untuk mengganggu kelancaran peralihan kuasa kerana ia bertentangan dengan undang-undang," kata Anwar. | ||||
Nurul persoal RNC dalam urus niaga RM475j Posted: 04 May 2013 05:10 AM PDT Di saat-saat terakhir kempen, calon PKR Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini membangkitkan soal peranan lawannya di Parlimen itu Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam pembelian 12 ekar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara. Nurul Izzah mendakwa, tanah itu dipindahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Raja Nong Chik akhir tahun lepas. Kemudian, dakwanya lagi, ia diberikan kepada syarikat persendirian, yang kemudiannya menjualnya kepada syarikat pembangunan hartanah terkenal dengan nilai RM475 juta. "Jualan itu akan dimuktamadkan selepas pilihan raya," dakwanya kepada pemberita di Bukit Kiara, hari ini. Malaysiakini tidak menamakan syarikat swasta itu sementara menunggu komen daripadanya dan Raja Nong Chik sendiri. Nurul Izzah mendesak menteri pembangunan wilayah dan kesejahteraan bandar itu menjelaskan perancang di sebalik pemindahan hak milik itu dan sama ada Raja Nong Chik terlibat. "Adakah menteri memberikan arahan itu?" tanya beliau. | ||||
Kecuh Depan Balai Polis Larut, SPR Hendak Ambil Peti Undi Posted: 04 May 2013 05:01 AM PDT MSO Saya baru menerima panggilan telefon dari seorang rakan (korespondan) saya yang kini berada di hadapan Balai Polis Lumut Perak. Menurutnya waktu ini berlaku kekalutan di hadapan balai polis itu bila mana SPR cuba membawa peti-peti undi pos yang disimpan dalam lokap di balai polis itu ke satu tempat yang tidak diketahui. Tindakan SPR itu dibantah oleh para penyokong Pakatan Rakyat yang sudah berkawal di balai polis berkenaan untuk menjaga keselamatan peti-peti undi berkenaan. Ekoran serbuan orang ramai yang membantah tindakan SPR itu menyebabkan usaha membawa peti undi itu tidak berjaya. Sudah pasti kalau tidak ada tindakan agresif peti-peti undi itu akan dibawa keluar dari lokap. Peti-peti itu undi adalah keras undi pos untuk parlimen Lumut dan DUN Pasir Panjang, Setiawan dan Pangkor. Kerusi parlimen Lumut ditanding Mohd Imran Abdu Hamid. Dalam pada itu menurut rakan itu permit atau keizinan yang diberikan kepada beberapa orang untuk mengawal peti undi berkenaan juga ditarik balik. Waktu ini usaha sedang dilakukan untuk berunding dengan pihak polis supaya permit itu dikembalikan semula dan kawalan ke atas peti undi itu diteruskan. Apa yang pelik dengan kejadian ini kenapa SPR awal-awal lagi hendak memindah peti undi berkenaan dan kenapa tidak tunggu sehingga habis waktu mengundi 5 Mei ini. Kalau pun ianya dibuat atas alasan untuk memudahkan kerja-kerja pemindahan itu tetapi biarlah ia dilakukan dengan telus dan terbuka. Sesiapa pun akan merasa tidak puas hati sekiranya peti-peti undi itu dipindah begitu saja tanpa apa apa-apa kawalan atau wakil parti yang memantaunya. Sepatutnya SPR memahami perkara ini dan mengambil tindakan secara profesional bagi mengelakkan kekecuhan dan sekaligus mencemarkan nama baik SPR yang sudah pun tercemar. | ||||
Peralihan kuasa tidak jejas industri hiburan! Posted: 04 May 2013 04:55 AM PDT PERBEZAAN fahaman politik antara penerbit popular, Norman Abd Halim dan beberapa rakan artis mendapat perhatian di kalangan penggiat seni tempatan. Kurang selesa melihat percakaran itu, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Mohd Affendi Hamdan, akhirnya tampil menyuarakan pandangan agar perkara itu tidak menjadi 'sekam' antara pengamal seni. Beliau turut berkata, peralihan kuasa mampu menggugat kedudukan Finas sebagai badan kerajaan yang memayungi golongan anak seni tempatan. Namun, kenyataannya itu turut mendapat reaksi beberapa penggiat seni tanah air. Ahmad Idham "Siapa kita nak menentukan hala tuju industri? Saya bukan mahu bidas sesiapa kerana apa yang diperkatakan Pengerusi Finas itu, ada juga kebenarannya. Namun, sebagai pejuang dalam industri, kita tidak boleh terlalu mengharapkan kerajaan kerana kita perlu bekerja sendiri. Sebagai penggiat seni dan juga pernah bergelar Ahli Lembaga Finas, saya amat memahami situasi yang berlaku. Apa yang saya nampak, kenyataan itu terlalu berbaur politik. Saya sendiri tidak tahu bagaimana nak membayangkan situasi itu. Lagipun, pada saya, ada atau tiada Finas, ia tidak memberi apa-apa makna. Malah, kenyataan mengenai intensif itu sebenarnya tidak wajar dipersoalkan dan diungkit." Datuk Dr Fazley Yaakob "Andai mana-mana kerajaan yang diberi mandat untuk memerintah, industri seni tidak akan dibiarkan terkubur begitu sahaja. Industri muzik dan filem adalah keperluan kepada seluruh masyarakat dan tanpa industri hiburan, kita akan kehilangan industri yang banyak membantu dalam memajukan negara. Saya tidak khuatir mengenai peralihan kuasa kerana setiap pemerintah akan mempertahankan industri ini mengikut cara tersendiri." Jurey Latiff Rosli "Siapa jua yang bakal memimpin negara, kita sebagai anak seni akan tetap memperjuangkan hak dalam industri. Jika berlaku perkara yang tidak diingini seperti membubarkan mana-mana persatuan atau badan yang dipertanggungjawabkan sebelum ini, kami akan menuntut hak itu. Itu adalah janji saya sebagai Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Malaysia (Gafim) dalam memastikan industri seni akan terus maju dan berada di tahap yang lebih produktif." Kamal Adli "Saya tak tahu nak cakap apa jika Finas lenyap dari industri kerana selama ini Finas menjadi badan yang banyak membantu kami sebagai anak seni. Saya tidak mencampuri urusan politik, namun jika berlaku peralihan kuasa, saya berharap agar Finas dan industri seni tidak diabaikan atau lenyap begitu sahaja. Siapa akan bantu kami jika Finas tiada?" Attilia "Saya bukan mahu menyelar tindakan Pengerusi Finas, namun lebih baik dia berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap. Apa yang saya lihat, ia hanyalah pandangan dari sudut peribadi dan tidak mewakili seluruh isi hati penggiat seni tempatan. Saya memang tidak terlibat dalam politik dan saya tidak rasa perkara itu boleh menggugat industri yang telah lama bertapak ini. Soal kerja dan rezeki, ia terletak di tangan ALLAH SWT. Melihat kepada kenyataan itu, ia sudah berbaur politik dan kepentingan peribadi. Selain itu, saya menyelar tindakan golongan politik yang menggunakan artis sebagai orang tengah dalam mencapai matlamat politik mereka." Sharnaaz Ahmad "Jika difikirkan secara mendalam, tiada kejahatan dalam mana-mana parti baik kerajaan mahupun pembangkang. Saya tidak rasa situasi itu akan berlaku kerana negara kita adalah negara demokrasi dan sebagai rakyat, kita mempunyai hak untuk bersuara. Jika berlaku peralihan kuasa, tidak semestinya segalanya akan mengalami perubahan. Mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil pandangan rakyat. Sekiranya rakyat tidak setuju, mereka tidak boleh lakukan sesuka hati dengan merubah itu dan ini." | ||||
SPR: Keputusan PRU13 Melaka dijangka diumum seawal 8 malam Posted: 04 May 2013 04:47 AM PDT SINAR HARIAN Pengarahnya Haelmy Mohd Hanifah berkata perkara itu dapat dilakukan jika proses pengiraan kertas undi awal yang bermula seawal 4 petang serta pengiraan undi biasa dan undi pos bermula 5 petang berjalan lancar. Kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Taboh Naning dijangka menjadi lokasi paling awal menerima keputusan kerana mempunyai jumlah pengundi paling rendah iaitu 8,005 orang. Dun Ayer Keroh pula mempunyai jumlah pengundi paling banyak dengan 34,225 orang. Bagi kerusi parlimen, Masjid Tanah mempunyai jumlah pengundi paling rendah iaitu 45,952 orang manakala Bukit Katil mencatatkan jumlah pengundi paling banyak dengan 99,438 orang. Dalam pada itu, Haelmy menasihatkan orang ramai agar keluar mengundi pada awal pagi dan tidak membiarkan jari mereka dicalit oleh pihak selain SPR. - Bernama | ||||
100 bas sewa khas anak Kelantan tidak muncul Posted: 04 May 2013 04:25 AM PDT
KOTA BHARU: Campur tangan pihak tertentu menyebabkan 100 bas sewa khas yang ditempah anak-anak Kelantan di Lembah Klang tidak muncul malam tadi. Bas-bas tersebut disewa khas mereka untuk balik mengundi, sepatutnya bertolak malam tadi, namun bas yang ditempah tidak tiba. Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff berkata, disyaki kemungkinan pemilik bas terbabit ditekan pihak tertentu menggunakan kuasa politik bagi menghalang bas tersebut mengangkut anak-anak perantau. Sedangkan katanya, ketika tempahan dibuat pemilik bas terbabit sudah menyatakan persetujuan untuk mengangkut anak-anak Kelantan balik mengundi. "Namun pada saat-saat akhir bas yang ditempah mereka tidak muncul. Ini menyebabkan mereka mengesyaki ada campur tangan pihak yang memiliki kuasa bagi menghalang perantau pulang mengundi. "Ekoran itu mereka berpakat mencari kenderaan lain termasuk menyewa van dan kereta secara berkumpulan. Ada yang sudah sampai dan sebahagian lagi masih dalam perjalanan," katanya. Wan Nik berkata, kemungkinan besar ada pihak yang berada di belakang tabir menekan pemilik bas supaya membatalkan tempahan dipersetujui sebelum ini. Menurutnya, anak-anak Kelantan melahirkan rasa kesal sehingga menyebabkan semangat untuk menolak Umno pada pilihan raya esok semakin membuak-buak. Kata beliau juga sebahagian anak-anak perantau yang tiba di Kelantan semalam menyebabkan program-program ceramah yang diadakan malam tadi semakin melimpah. | ||||
DAP pertahan Islam agama rasmi - Lim Guan Eng Posted: 04 May 2013 04:23 AM PDT
Demikian kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan medianya hari ini. Menurutnya, oleh kerana fitnah yang ditabur oleh para pemimpin Umno dan Barisan Nasional yang disebarkan pula oleh media arus perdana, sama ada akhbar harian, TV dan radio semakin menjadi-jadi terhadap DAP dan Pakatan Rakyat, beliau tampil untuk menjelaskan hakikat yang sebenar serta mendedahkan pembohongan Umno-BN yang amat berbahaya itu. Katanya, DAP adalah parti politik yang sah yang menerima dan menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan 1957 yang menjadi kontrak sosial untuk kita rakyat Malaysia. Inilah pendirian DAP sejak parti ini ditubuhkan pada tahun 1966, dan sejak dahulu hingga sekarang tetap berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan. Malah, untuk menjelaskan sekali lagi pendirian DAP, pada tahun lalu, iaitu pada 8 Januari 2012, Persidangan Kebangsaan DAP telah meluluskan DEKLARASI SHAH ALAM 2012 yang dengan terang dan jelas menghasratkan impian bangsa Malaysia yang beteraskan Perlembagaan Persekutuan. Dalam usaha untuk mengecapi impian ini, DAP antara lain telah mengulangi komitmen untuk: 1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963. 2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan. 3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan. 4. Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa. Justeru, tegasnya, deklarasi dan pendirian serta prinsip DAP selama ini tetap kekal untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ia juga dengan jelas mendedahkan fitnah, pembohongan dan penipuan para pemimpin UMNO-BN serta para pecacai mereka, termasuk cybertroopers UMNO-BN, yang sering mmenyemarakkan api perkauman dengan menuduh kononnya DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, tegas beliau, "Semoga semua pengundi Malaysia, khususnya orang Melayu dan Islam, menolak fitnah dan menerima kebenaran. Mari kita ubah. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Masanya sudah tiba untuk menerima yang benar dan menolak yang batil," katanya. | ||||
Penyokong PAS bakar Harakah palsu Posted: 04 May 2013 04:22 AM PDT
Cikgu-cikgu Pasti membakar Harakah palsu lambang kemarahan kepada mereka yang melampau KEPALA BATAS: Guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Hal Ehwal Wanita (HelWa) Kepala Batas bertindak membakar akhbar Harakah palsu yang disebarkan seluruh Pulau Pinang mulai semalam. Harakah palsu lapan muka surat bertajuk 'Media Baru jadi faktor penting PRU13' dicetak di atas kertas yang agak tebal. Selain di Pulau Pinang, semalam ia disebarkan di seluruh masjid di negeri Selangor dan Perak. Ia melambangkan taktik kotor musuh PAS yang tidak cukup dengan menguasai media sendiri dan kerajaan sehingga terpaksa cuba sabotaj akhbar lawan. Manurut Ketua HelWa Kepala Batas, Puan Naenah Fadhil sebahagian kecil akhbar berkenaan telah disebarkan kepada orang ramai di pasar Kepala Batas namun sempat mengutip semula sebelum diberikan semula kepada orang ramai. Harakah cetak keluaran terbaru terpampang wajah Mursyidul Am PAS yang mengajak Rakyat pangkah Pakatan Rakyat. "Daripada ia dibaca oleh orang ramai kami ambil keputusan membakarnya," terangnya. | ||||
Petugas buat flashmob dipukul 'I Love PM' Posted: 04 May 2013 04:18 AM PDT
Seorang petugas PAS sedang dirawat setelah dipukul ketika membuat flashmob IPOH: Beberapa penyokong PAS cedera parah apabila dipukul oleh kirra-kira 40 orang yang memakai baju T I Love PM hari ini. Ada antara mereka yang pecah muka dan kepala berdarah, kini sedang dirawat di hospital berdekatan. Mereka hanya sekadar angkat sepanduk untuk para pemandu kereta bunyikan hon jika sokong Pakatan Rakyat. (Petugas ini terpaksa diusung selepas dipukul) Namun kerena tidak bertamadun, mereka dipukul hingga berdarah sebegini. "Mengapakah petugas-petugas yang memakai baju I love PM itu sanggup melakukan perkara sekejam ini... pohon doa teman-teman... kita sayang Malaysia," tulis satu laporan dalam facebook. Flashmob atau menaikkan poster di tepi jalan kini menjadi pendekatan kempen terbaru menjelang pilihan raya umum ke 13 esok. Para petugas dan sukarelawan ini biasanya berdiri di simpang-simpang jalan. Mereka yang menyokong biasanya akan membunyikan hon kereta mereka. | ||||
Hari ini pengundi di atas pagar sibuk berfikir dan membuat pertimbangan Posted: 04 May 2013 02:04 AM PDT Hari ini hari terakhir bagi mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak mana mereka hendak berikan undi mereka. Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak. "It's neck to neck!" kata ramai pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari rumah dan 'internet' atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat sebelah. Dalam ratusan mereka yang berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti hari ini. Tingkah dan laku pimpinan kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan oleh mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali ini. Contohnya kehadiran Dr Mahathir dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas. Jika Mahathir benar-benar merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan 'warlords' yang terbesar dalam UMNO itu. Di sebaliknya ada juga berlaku penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah-canggah diantara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya, menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali memberikan sokongan kepada BN. Kenyataan dua pimpinan DAP di Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang diatas pagar. Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah di tarik balik ia tetap telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman yang menebal. Ia ditambah pula dengan tindakan DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan parti perkauman. Tetapi akhir-akhir ini ramai yang telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN. Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu sokongan dari orang Melayu dan India. Ada yang telah menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam 'cloud 9'. Mereka sudah mula menampakkan keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang diatas pagar yang senyap dan tidak bercakap ini lah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi seperti 'si kudung mendapat cincin' apabila merasakan keenakan kuasa di Putrajaya itu. Mereka (diatas pagar) akan menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadang kala ramai diantara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya memberikan undi perubahan kali ini. Tidak kurang yang menganggap PKR itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri. Kita mesti ingat pemikiran pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi mereka. | ||||
Helikopter bawa Anwar dihalang di Langkawi Posted: 04 May 2013 01:30 AM PDT Oleh Sidiqin Omar LANGKAWI : Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi. Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam. "Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang," Shukri kepada Keadilan Daily. "Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar," maklum Shukri. Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu. Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. "Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya," kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon. Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim. "Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain," kata Shukri | ||||
Papan iklan Chegu Bard disimbah cat merah angkara lawan Posted: 04 May 2013 01:28 AM PDT Oleh Aisha Geoffrey SUNGAI ACHEH : Papan iklan calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shaharin dilempar cat merah kira-kira jam 7 pagi semalam. Badrul yang dikenali Chegu Bard berkata, tindakan biadap itu dilakukan pihak tertentu kerana tertekan dengan bacaan statistik terbaru Sungai Acheh yang menunjukkan beliau mendahului dari segi sambutan pengundi. "Salah satu 'billboard' saya dilempar cat merah oleh pihak yang hilang pertimbangan di hujung tempoh berkempen. Sebelum ini juga telah wujud banyak kes kehilangan bahan kempen," katanya pada kenyataan. Tegas beliau, simbahan cat merah sinonim dengan tindakan Umno berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini. "Sebelum ini banyak premis dan harta benda Pakatan Rakyat disimbah termasuk bas Merdeka Rakyat," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu. Mengulas lanjut berkenaan perkembangan di Sungai Acheh, Pulau Pinang, KEADILAN pada 28 April lalu menganjurkan satu program debat antara Chegu Bard dengan pesaingnya, Datuk Mahmud Zakaria, bagaimanapun calon BN itu tidak hadir. "Beliau (Mahmud) masih tidak bersuara soal keinginan berdebat walaupun dicabar menjadi tuan rumah, malah seorang ahli akademik juga telah cuba menjadi orang tengah dalam perdebatan, malangnya calon BN masih tidak bersetuju," jelas Chegu Bard. "Ini bukti mereka (BN) tiada hujah dan tidak bersedia untuk terus menerajui Sungai Acheh," bidasnya. Justeru, beliau menyeru para pengundi Sungai Acheh agar menolak politik kebencian dan berpolitik secara bijak. | ||||
Peti undi awal cuba ditukar di lokap Kuantan Posted: 04 May 2013 01:27 AM PDT Oleh Arif Juhani KUANTAN: Penyandang Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertikai arahan Ketua Polis Daerah (OCPD) Kuantan, yang tidak membenarkan beliau turut serta mengeluarkan kertas undi dan dakwat kekal yang diletakkan dalam lokap pagi tadi, untuk diedar ke pusat pengundian. Menurutnya, turut berada dalam lokap itu adalah peti undi awal. Fuziah berkata, tindakan OCPD menghalang beliau daripada terlibat dengan prosedur itu boleh menyebabkan peti undi awal berkenaan terdedah kepada penyelewengan. "Saya dapat maklumat ada cubaan untuk menukar peti undi awal ketika lokap dibuka. Ini perkara serius dan boleh mengancam keselamatan negara. "Nyawa manusia dalam lokap pun boleh melayang, apalagi peti undi awal yang tidak boleh bersuara. Tindakan OCPD ini patut dikecam," katanya kepada Keadilan Daily. Tambahnya, arahan OCPD ini juga jelas bertentangan dengan kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjamin peti undi awal itu boleh dijaga oleh wakil calon sepanjang waktu bermula pengundian awal 30 April lalu sehingga hari kertas undi dikira. "Malangnya, arahan SPR itu tidak diendahkan apabila OCPD mengarahkan pula wakil calon pulang. Ini satu tindakan yang mencurigakan daripada anggota keselamatan. "Sekarang saya pula tidak dibenarkan masuk dan saya tegaskan kepada OCPD bahawa lokap tidak boleh dibuka tanpa saya walaupun pegawai SPR sudah hadir. "Tindakan OCPD ini buat saya hilang kepercayaan kepada institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata Naib Presiden KEADILAN di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan ketika dihubungi. Beliau tidak menolak kemungkinan Umno BN terdesak untuk berkomplot dengan polis mencuri keputusan undi awal. | ||||
Risik tentera ramal Pakatan menang, tawan 117 kerusi Parlimen Posted: 04 May 2013 01:24 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen dan sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).Sementara Barisan Nasional (BN) puladalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja. Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu menunjukkan Pakatan selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu. Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi, dipetik dari blog kelab greenboc. "Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) dan Parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut 'survey' itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini. "Melaka, kita boleh tambah kerusi Parlimen dan negeri (DUN), tetapi masih belum boleh tawan negeri. "Pahang, kita boleh tambah kerusi tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50," ujar Mustafa. Menurut beliau, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU 13 diadakan Selasa lalu. Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad ini. "Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi. Najib cemas "Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib Razak, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir (Mohamad) sendiri," katanya lagi. Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia. Untuk memenangi di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putrajaya, Pakatan perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Buat pertama kali, dalam PRU 12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi manakala Pakatan menang 82 kerusi. Selain itu, kaji selidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Najib yang juga Pengerusi BN merosot tiga peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini. Kaji selidik yang dijalankan di kalangan para pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei lalu juga meletakkan Pakatan mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan. Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang – beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini. Merdeka Centre berkata, angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain. Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan iaitu pada 25 peratus. – Free Malaysia Today | ||||
Pakatan turun harga minyak, hapus PTPTN & tol 30 hari memerintah Posted: 04 May 2013 01:19 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan jadual pelaksanaan manifesto yang akan dilaksanakan sebaik Pakatan membentuk kerajaan baru.Menerusi jadual yang dinamakan 'Peta Laluan Pakatan Rakyat' itu, Anwar mengumumkan tiga janji akan dilaksana dalam masa 30 hari pertama memerintah, manakala 10 janji lagi pada 100 hari berikutnya. Ia bermula pada Isnin, 6 Mei yang diisytihar cuti awam kepada seluruh rakyat bagi memudahkan perjalanan pulang dari kampung selepas mengundi. Pada 30 hari pertama pula, tiga janji utama akan dilaksanakan termasuk pada 7 Mei dengan penurunan harga minyak serta merta, diikuti pembatalan semua pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat. Untuk 100 hari berikutnya, demikian kandungan peta laluan tersebut: Peta Laluan Pakatan Rakyat: 3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari (boldkan) 6 Mei – Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi. 30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat : 1. 7 Mei – Menurunkan harga minyak serta merta 2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN 3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat 100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat : 1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi. 2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang. 3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga. 4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan. 5. Membebaskan media dari campurtangan politik. 6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri. 7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum. 8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat': i. Akta Percetakan dan Penerbitan 1984 ii. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 iii. Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan. 9. Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak 10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara. | ||||
Anwar ‘Grand Count Down’ di Permatang Pauh malam ini Posted: 04 May 2013 01:14 AM PDT KEADILAN DAILYPULAU PINANG: Hari terakhir kempen pilihan raya yang bakal ditamatkan tepat jam 12 tengah malam ini akan digunakan sebaik mungkin oleh Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menggempur negeri kelahirannya, Pulau Pinang termasuk beberapa kawasan lain. Di bawah jadual penuh beliau: 1) 2.30 ptg – Perkarangan Masjid Daerah Balik Pulau, PENANG 2) 4.00 ptg – Padang Awam Pekan Tanjong Rambutan, PERAK 3) 6.00 ptg – Padang Bola PPR Kerinci, KUALA LUMPUR 4) 9.00 mlm – Stadium MPSP, Jln Betik, Bukit Mertajam, PENANG 5) 10.00 mlm – Tapak Expo Seberang Jaya, PENANG | ||||
Anwar PM, dua TPM jika Pakatan ambil alih Putrajaya, kata Karpal Posted: 03 May 2013 10:55 PM PDT TERKINI GEORGE TOWN— Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri ketujuh sementara Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang akan menjadi timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya pada Ahad, kata Karpal Singh dari DAP dihadapan ribuan hadirin di Pulau Pinang malam tadi."We in DAP cadang dan sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ketujuh Malaysia," kata pengerusi kebangsaan DAP itu kepada hadirin yang bersemangat dan memakai baju merah, kuning dan hijau. "Hadi Awang boleh jadi timbalan perdana menteri. Lim Kit Siang boleh jadi TPM kedua. "Penyandang ahli parlimen Bukit Gelugor yang akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya 5 Mei juga mencadangkan dirinya kekal sebagai peguam untuk menasihatkan regim baru — jika berkuasa — mengenai pembuatan undang-undang dan memberikan keadilan untuk semua. "Orang kata Kit Siang dan saya sudah tua. We both have served for more than 20 years," kata beliau sebelum memberitahu majoriti hadirin kaum Cina, "lang lau sim bo lau". Dalam bahasa Hokkien, dialek majoriti masyarakat Cina Pulau Pinang, ia bermaksud, orang tua, hati tidak tua. "Lim Kit Siang dan saya, kami belum tua. Masih terdapat api dalam perut kami," kata peguam berusia 72 tahun itu yang dikenali sebagai "harimau Bukit Gelugor" kerana kegarangannya dan keteguhan kepercayaannya mengenai kedaulatan undang-undang. Peguam veteran dan ahli parlimen itu mengingatkan pengundi Pulau Pinang yang keluar beramai-ramai malam tadi — mengalahkan jumlah hadirin di Kolej Han Chiang empat hari sebelum ini — masa untuk perubahan telah tiba. "Di Singapura, Parti Tindakan Rakyat telah mula kalah dalam pilihan raya mereka... masa telah tiba, perubahan mesti berlaku. Pada 5 Mei, perubahan mesti penyingkiran Barisan Nasional dari Putrajaya," katanya. Penceramah parti termasuk pendatang baru seperti Kashturi Patto dan Zairil Khir Johari memberitahu hadirin di Pulau Pinang taktik lama BN untuk memainkan sentimen kaum dan agama, pecah dan perintah masyarakat Malaysia berbilang kaum sudah tidak sesuai dengan hampir 13.3 juta pengundi, terutamanya pengundi muda, yang mahukan kerajaan menumpukan kepada mengurangkan rasuah dan meletakkan ekonomi di landasan betul. "Terdapat yang dahagakan perubahan di Malaysia hari ini. "Semuanya terletak di tangan kamu, rakyat negara ini. Dan kedahagaan ini akan dipadamkan pada 5 Mei," Karpal menutup ucapannya sebagai penceramah terakhir. Dalam ucapan diselang-selikan dengan tiupan vuvuzela yang digunakan secara popular untuk meraikan pasukan bolasepak, Karpal juga meminta hadirin bersaiz "gergasi" anak kepada Kit Siang, Lim Guan Eng, perlu diberikan mandat kedua untuk mentadbir Pulau Pinang sebagai ketua menteri. Dalam ucapannya dua jam sebelum itu, Guan Eng mengatakan beliau percaya kepada kuasa dari hadirin yang hadir di perhimpunan PR akan memastikan PR menang di Pulau Pinang. "Kita tidak melihat mereka sepanjang lima tahun lalu tetapi sekarang mereka mahu mengagihkan wang, untuk beli kerajaan negeri tetapi malam ini, semua kita boleh beritahu mereka, rakyat Pulau Pinang tidak boleh dibeli," katanya merujuk kepada musuh PR gabungan Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak 56 tahun lalu. Setiausaha agung DAP itu menuduh BN, melalui penaja mereka yang kaya, "akan membuang wang merata-rata tempat" berjumlah RM20 juta untuk membeli pengundi bagi menjatuhkan pentadbirannya yang mentadbir Pulau Pinang sejak lima tahun lalu. "Walaupun mereka tambah lagi RM40 juta, kita tak takut dengan mereka," kata Guan Eng. Ceramah besar yang bermula pada 8.00 malam itu menyaksikan kehadiran seawal 7.00 malam, menggunakan kereta dan motor dengan santai memakai selipar. Jalan-jalan utama menghala ke bandar warisan dunia sesak dengan kereta dan motor pada 9.00 malam, ketika ceramah sedang mula hangat. Menurut laporan dari penganjur dan rakan yang gagal untuk ke lokasi ceramah kerana kesesakan mengatakan, kesesakan merebak ke sepanjang jalan di Jambatan Pulau Pinang dan ke selatan Tanjung Tokong di kepulauan berbentuk penyu itu. Acara tamat tidak berapa lama selepas tengah malam dengan DAP mengumumkan kutipan derma diterima sebanyak RM505,000 di Esplanade malam tadi. Penganjur kemudiannya mengemaskini maklumat di Facebook mengatakan angka terkini kutipan malam tadi berjumlah RM587,168.85. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan