DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Siapa Sangka Lelaki Ini Ialah Ronnie....
- Lelaki Dikurung di dalam Sangkar Kerana Masalah Mental
- Menentang Kerajaan Secara AMAN Itu MENDERHAKA? Dr. Asri JAWAB
- Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Buas Lima Lelaki
- [TERKINI] Senarai Exco Negeri dan Speaker DUN Selangor
- GRO Layan Pelanggan dalam Semak
[Gambar] Siapa Sangka Lelaki Ini Ialah Ronnie.... Posted: 30 May 2013 07:34 AM PDT | ||
Lelaki Dikurung di dalam Sangkar Kerana Masalah Mental Posted: 30 May 2013 05:00 AM PDT [HM] Beijing: Seorang ibu meluahkan perasaan sedihnya selepas terpaksa mengurung anaknya yang menghidap sakit mental di dalam sangkar buatan sendiri sejak lebih 10 tahun lalu. Wang Muxiang, 74, mengurung anaknya, Wu Yuanhong selepas dia membunuh seorang budak lelaki berusia 13 tahun di kampungnya di China pada 2001. Wu dibebaskan dari penjara setahun kemudian selepas pihak berkuasa memutuskan dia tidak bersalah kerana tidak siuman. Bagaimanapun Wang bimbang Wu akan membunuh lagi. Kerana itu dia mengurungnya dalam sebuah bilik kosong di kediaman mereka. Gambar menyayat hati menunjukkan Wu, 42, duduk di atas selimut dalam sangkar kecil dengan kakinya diikat dengan rantai besar dan hanya berkemeja-T dan seluar dalam. Dia diberi makan tiga kali sehari oleh ibunya. Untuk buang air, dia diberi mangkuk. Selepas dibebaskan dari penjara, Wu dirantai tetapi melarikan diri berulang kali dan menakutkan jiran apabila berkeliaran di Kampung Lijiachong, berhampiran Ruichang di tenggara China. WU dikurung dalam sangkar buatan ibunya. Ibunya meminta tukang besi tempatan membuat sangkar tetapi mereka enggan kerana bimbang Wu menyerang mereka jika dia melarikan diri. Akhirnya, Wang terpaksa membuatnya sendiri. "Anak saya mungkin tidak siuman hingga membunuh orang. Tetapi dia tetap anak saya. Untuk menggunakan tangan saya sendiri bagi menempatkannya dalam sangkar adalah keputusan yang amat sukar, seperti ditikam dengan pisau. "Setiap kali menghantar makanan, saya akan duduk di kandang itu dan menangis. Kini air mata saya sudah kering." Ramai pesakit mental di China tidak diberikan rawatan sewajarnya kerana kekurangan sumber dan pakar berkelayakan, khususnya di luar bandar. - Agensi | ||
Menentang Kerajaan Secara AMAN Itu MENDERHAKA? Dr. Asri JAWAB Posted: 29 May 2013 11:00 PM PDT | ||
Remaja 13 Tahun Jadi Mangsa Nafsu Buas Lima Lelaki Posted: 29 May 2013 09:00 PM PDT [HM] Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu. Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang. Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran. Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar. Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur. "Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir," katanya. "Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan. "Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa," katanya. Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa. | ||
[TERKINI] Senarai Exco Negeri dan Speaker DUN Selangor Posted: 29 May 2013 08:06 PM PDT
[TMI] KUALA LUMPUR, 30 Mei — Pertikaian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) berhubung jawatan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi penggal 2013-2018 akhirnya selesai dan upacara angkat sumpah sedang berjalan sekarang di Balai Rong Seri, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Untuk penggal ini, PAS mendapat kuota terbanyak iaitu empat kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing tiga kerusi. "Majlis angkat sumpah sedang bermula sekarang," kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. Menurut Faekah, anggota-anggota Exco bagi penggal ini adalah Halimah Ali (Selat Kelang), Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Sallehen Mukhyi (Sabak) and Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dari PAS. Sementara anggota Exco dari DAP diwakili oleh Datuk Teng Chang Khim (Sungai Pinang), Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan) and V Ganabatirau (Kota Alam Shah). PKR pula meletakkan tiga orang wanita sebagai anggota Exco iaitu Elizabeth Wong Keat Ping (Bukit Lanjan), Rodziah Ismail (Batu Tiga) and Dr Daroyah Alwi (Sementa). Buat pertama kali dalam sejarah seorang wanita dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Hannah Yeoh dari DAP sementara Nik Nazmi Nik Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Speaker. | ||
GRO Layan Pelanggan dalam Semak Posted: 29 May 2013 05:39 PM PDT [SH] SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini. Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu. Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian. Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan. "Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya. "Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil," katanya kepada Sinar Harian. Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya. "Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,"katanya. Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan 'port' maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut. Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah. Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan