DIALOG RAKYAT |
- Pekema gesa umum segera mekanisme penurunan harga kereta
- PKR: 'Tak susah turun harga kereta'
- Hannah Yeoh wanita pertama dilantik speaker
- Taib: Rakyat S'wak tolak dakwaan Global Witness
- 17 anggota MCA Gelang Patah letak jawatan, hormati resolusi parti
- Polis T’ganu rakam keterangan 10 individu terbabit perhimpunan
- Hanya yang bersih layak membersihkan yang lain
- 'Ada wanita kena tendang, tapi polis dapat penghargaan'
- Exco S'gor isytihar harta sebelum sidang DUN
- Pengawal peribadi kerabat Kedah dipukul di resort lima bintang Phuket
- Mahkamah tolak rayuan kes rasuah Khir Toyo
- Pakatan Rakyat elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara
- Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000
- Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA
- CAP desak Malaysia tarik diri daripada TPPA
- Kereta apa yang dah turun harga?
- NGO T’ganu bersolidariti bela Safwan Anang
- Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia Di Bawah Kuasa TPM (Tan Sri Muhyiddin Yaasin). Terus Ditambat?
- Kerajaan Johor rancang bina lebih banyak rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun
- DAP: Penubuhan jawatankuasa khas buang masa, laksanakan IPCMC
- Iskandar, Teng dilantik Exco kanan S'gor
- Mayat pertama mangsa bot karam ditemui
- Pemilihan Umno bakal tarik minat ramai
- NGO mahu syarat ketat untuk Malaysiakini
- PAS peneraju penting Selangor
Pekema gesa umum segera mekanisme penurunan harga kereta Posted: 30 May 2013 04:02 AM PDT SHAH ALAM - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mendesak kerajaan segera mengumumkan mekanisme penurunan harga kereta dalam masa terdekat. Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, struktur cadangan masih lagi samar-samar termasuklah tarikh pelaksanaannya dan model kenderaan terlibat. "Rakyat keliru dan masih tertanya-tanya sehingga wujud pelbagai spekulasi mengenainya," katanya semalam. Menurutnya, kelewatan pihak berwajib mengumumkan mekanisme menurunkan harga kereta telah memberi impak kepada pasaran automotif yang kini mengalami penyusutan disebabkan pembeli bersikap tunggu dan lihat apabila menjangkakan penurunan ketara harga kereta. "Perkembangan ini dilihat kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini. Kerajaan harus segera mengumumkan prospek penurunan harga kereta sama ada menerusi duti eksais atau sebaliknya," katanya. Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan mengkaji dan menyemak Dasar Automotif Negara (DAN) melalui program tindakan berkaitan untuk menurunkan harga kereta. Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017. Katanya, bersandarkan manifesto kerajaan yang telah dibuat pada pilihan raya umum lalu, kerajaan telah berjanji akan mengurangkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun. | ||||
PKR: 'Tak susah turun harga kereta' Posted: 30 May 2013 03:59 AM PDT PETALING JAYA – PKR menyifatkan mekanisme yang digunakan kerajaan hari ini untuk menurunkan harga kereta ambil masa yang lama dan merugikan sesetengah pihak. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah atau mustahil kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais sahaja. "Cara yang mereka buat adalah menekan pembuat dan penjual kereta untuk kurangkan margin, ini tidak adil kerana akan memberi kesan kepada pekerja dan industri pembuat kereta. "Sebab itu sampai perlu ambil masa yang lama kerana kerajaan mahu pujuk dan tekan pembuat kereta, perlu bincang dan persetujuan terlebih dahulu dengan kemungkinan menawarkan sesuatu yang lain," katanya kepada selepas sidang media di pejabat PKR semalam. Ahli Parlimen Pandan itu juga mengingatkan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk tidak menggunakan taktik mengaburi mata rakyat dengan pengurangan cukai yang dibuat kerajaan. "Amaran saya kepada beliau jangan nak guna taktik kurang dua ke tiga peratus setiap tahun, tetapi bila menjelang PRU14 baru nak kurangkan sampai 20 peratus. "Saya jamin rakyat akan betul-betul marah kerana rakyat sudah faham sepenuhnya bahawa nak kurangkan harga kereta begitu mudah," katanya. Beliau berkata, kerajaan BN tidak seperti PR yang akan mengurangkan duti eksais secara serentak 20 peratus yang memperuntukkan RM1 bilion setiap tahun. "BN hanya mahu kurangkan 30 peratus berperingkat-peringkat, kalau potong lima peratus setiap tahun daripada kutipan RM7 bilion hanya lebih kurang RM300 juta sahaja. "Takkanlah RM300 juta pun tidak boleh sedangkan Jabatan Perdana Menteri membelanjakan iklan setiap tahun hampir RM100 juta," katanya. Menurut Rafizi, beliau dan ahli parlimen PR akan terus mendesak kerajaan menurunkan harga kereta dengan lebih konsisten dan berkesan dalam persidangan di Dewan Rakyat nanti. "Pendekatan yang digunakan haruslah menyeluruh, bukannya hanya menekan satu-satu pihak sahaja sehingga pihak terbabit terjejas," katanya. Terdahulu, firma penyelidikan JF Apex Securities berpendapat, kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. JF Apex berkata, pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta. | ||||
Hannah Yeoh wanita pertama dilantik speaker Posted: 30 May 2013 03:55 AM PDT SINAR HARIAN KLANG - Anggota Dewan Undangan Negeri Subang Jaya Hannah Yeoh dari DAP mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai speaker dewan undangan negeri (Dun) di negara ini. Yeoh, 34, yang mempertahankan kerusi Dun Subang Jaya pada pilihan raya umum lepas akan mengangkat sumpah jawatan pada 21 Jun ini bersama-sama timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad, yang merupakan anggota Dun Seri Setia dari PKR. Bekas speaker Dun Selangor Datuk Teng Chang Khim, yang dilantik ke jawatan exco kerajaan negeri, berkata peranan yang mencabar menunggu Yeoh, yang mempunyai latar belakang dalam undang-undang. Yeoh merupakan anggota Selcat (Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor) pada pentadbiran kerajaan Selangor lepas.- Bernama | ||||
Taib: Rakyat S'wak tolak dakwaan Global Witness Posted: 30 May 2013 03:52 AM PDT MALAYSIA KINI Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat Sarawak telah menolak dakwaan pemantau rasuah antarabangsa, Global Witness, terhadapnya melalui proses demokrasi dalam pilihan raya umum baru-baru ini.Menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, Taib memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri sewaktu ucapan penggulungannya semalam bahawa BN Sarawak - yang diketuainya - memenangi 25 daripada 31 kerusi parlimen untuk memperolehi lebih daripada majoriti dua pertiga. Bukan itu sahaja, katanya, tiga calon pembangkang yang telah menuduh BN dalam isu tanah adat dan membawa pertikaian itu ke mahkamah, telah kalah dalam pilihan raya Parlimen di Limbang, Lubok Antu dan Sri Aman. Akhbar itu memetik Taib sebagai berkata ia bermakna rakyat Sarawak telah menolak sepenuhnya dakwaan palsu oleh Global Witness, dan mereka telah bosan dengan campurtangan luar dalam kemerdekaan dan kebebasan rakyat Sarawak. Pada bulan Mac, Global Witness mendedahkan video mengenai dakwaan rasuah dalam industri balak Sarawak dengan mengupah pelakon berlagak sebagai pelabur balak asing. Menurut agensi berita nasional Bernama, Taib dalam ucapannya juga telah memberi ADUN DAP Kota Sentosa Chong Chieng Jen tempoh tiga bulan untuk memohon maaf kerana didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya. Taib - yang juga menteri kewangan Sarawak serta perancangan sumber dan alam sekitar - berkata beliau akan mempertimbangkan memfailkan prosiding mahkamah melainkan jika Chong menarik balik tuduhan itu dan memohon dalam tempoh tiga bulan akan datang. | ||||
17 anggota MCA Gelang Patah letak jawatan, hormati resolusi parti Posted: 30 May 2013 03:43 AM PDT Pengerusinya Jason Teoh berkata mereka melibatkan tiga anggota Majlis Perbandaran Johor Baharu Tengah, lima ketua kampung, seorang pegawai kerajaan tempatan dan perumahan, dua pegawai kebajikan serta enam anggota lembaga pelawat Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail. "Keputusan peletakan jawatan itu bagi menghormati resolusi MCA yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini. "Kami terima keputusan pilihan raya itu dan akan mengikut resolusi tersebut. Oleh itu, saya mengetuai rakan-rakan MCA yang memegang jawatan masing-masing untuk meletakkan jawatan secara keseluruhan," katanya kepada pemberita, di sini. Teoh berkata Pusat Khidmat MCA Gelang Patah bagaimanapun tidak akan ditutup dan usaha membantu masyarakat tetap diteruskan. Susulan peletakan jawatan itu juga beliau menasihatkan penduduk di Gelang Patah agar mengadu masalah masing-masing kepada anggota parlimen mereka yang baharu. "Oleh kerana ketiadaan jawatan, mungkin kami akan mengalami masalah tertentu dan tidak secekap dahulu. Kami akan rancang cara lain untuk mendekati penduduk Gelang Patah," katanya. Katanya MCA Gelang Patah sudah bekerja keras dalam membantu masyarakat dengan kebanyakan isu sudah diselesaikan walaupun ada kes tertentu yang gagal memuaskan kehendak mereka. — Bernama | ||||
Polis T’ganu rakam keterangan 10 individu terbabit perhimpunan Posted: 30 May 2013 03:40 AM PDT Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata mereka termasuk individu yang dipercayai penganjur perhimpunan itu. Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini. Menurutnya polis akan menyerahkan laporan siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik sahaja siasatan itu lengkap untuk tindakan lanjut. Khamis lalu, ribuan orang ramai dengan majoritinya golongan muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai bagi menyertai perhimpunan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13. Perhimpunan itu turut dihadiri pemimpin pembangkang termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. — Bernama | ||||
Hanya yang bersih layak membersihkan yang lain Posted: 30 May 2013 03:33 AM PDT Daim Zainuddin kembali aktif memberikan komen tentang keputusan pilihanraya 13 yang baru lalu. Daim yang pada awalnya meramalkan bahawa BN akan hanya mengekalkan kerajaan NS, Pahang dan Johor sahaja kini jelas tidak menjadi. Beliau tidak lagi dianggap 'dukun' dan 'pawang' yang hebat seperti yang dianggap oleh ramai sebelum PRU yang lalu. Daim berkata jika orang bertanya, saya akan meminta Najib diketepikan kerana kegagalannya mempertahankan kewibawaan BN yang hanya mendapat 133 kerusi sahaja. Daim beranggapan bahawa semua penasihat Najib yang ramai-ramai itu sepatutnya dipecat kerana kegagalan itu. Daim mengakui bahawa beliau telah menasihatkan supaya Najib jangan pedulikan kaum Cina dalam siri kempen beliau (Najib) kerana kaum Cina sudah menunjukkan keengganan mereka menyokong BN. Daim selanjutnya berkata apa yang sepatutnya Najib tumpukan ialah kepada kawasan-kawasan yang BN telah tewas dengan tipis di samping menjaga kawasan-kawasan yang BN telah menang dalam PRU 2008 dahulu. Bagi Daim adalah membazirkan wang sahaja memberikan tumpuan terhadap kaum Cina kerana mereka sudah membelakangkan BN dengan jelas. Pandangan Daim ini jelas-jelasnya menunjukkan betapa kuatnya jiwa perkauman beliau dan jika inilah nasihat yang diambil oleh Najib atau sesiapa pun maka tidak salahlah tanggapan banyak pihak yang BN itu adalah parti yang rasis. Itulah sebabnya saya selalu menganggapkan yang BN sudah ketinggalan zaman bagi rakyat dan negara ini. Pandangan Daim itu menambahkan bukti lebih jelas lagi yang BN itu adalah parti yang tidak mampu memimpin rakyat keseluruhannya tetapi hanya memimpin sebahagian daripada kaum Melayu dan Bumiputra sahaja. Tetapi yang paling menarik, ialah perbezaan pandangan Dr Mahathir yang mahukan Najib berhenti jika keputusan PRU 13 yang baru selesai ini lebih buruk dari keputusan PRU12 yang dipimpin oleh Abdullah Badawi pada 2008 dahulu. Jika Daim mahukan Najib bersara dan memberikan tugas berat ini kepada Muhyiddin, Mahathir sebaliknya mahukan Najib kekal kerana dalam UMNO sudah tiada lagi pilihan dalam UMNO lagi. Pandangan kedua-dua 'warlords' UMNO ini berbeza dan bagi saya kedua-dua mereka ini tidak perlu lagi memberikan nasihat kepada pucuk pimpinan UMNO. Pasangan kembar Mahathir/Daim inilah yang menjadi penyebab besar kenapa keadaan UMNO itu menjadi keadaan sebegini sekarang ini. Mereka berdua inilah yang menyumbang kepada melekatnya stigma rasuah dan salahguna kuasa dalam UMNO itu. Lagipun tidak ada sesiapa yang berada dalam pimpinan UMNO sekarang menerima apa-apa pandangan dari kedua-dua 'warlords' UMNO ini. Pertamanya, kedua-dua ini mempunyai agenda peribadi sampai ke mati. Keduanya, tidak ada siapa dalam barisan kepimpinan UMNO itu layak menerima nasihat lagi kerana bagi pandangan ramai, mereka sendiri tidak akan dapat dan berupaya untuk memperbaiki keadaan UMNO itu lagi. Pendeknya, penasihat-penasihat ini tidak layak memberikan apa-apa nasihat kepada mereka yang tidak perlu dinasihatkan lagi. Ia akan menjadi seperti si buta menasihati si pekak sahaja. Sebaliknya kedua-dua pihak ini perlukan nasihat, baik Daim/Mahathir mahupun keseluruhan kepimpinan MT UMNO itu. Nasihat untuk kedua-dua belah pihak ini ialah supaya mereka membuka minda dan memberikan laluan kepada pihak yang ketiga yang berpengalaman untuk menyusun sebuah negara yang baru dalam semua bidang bagi menjaga kestabilan negara dalam jangka panjang. Dalam keadaan sebegini rupa adalah tidak 'viable' bagi mana-mana pihak yang sedang bertentangan untuk mendapatkan mandat kerana di pihak yang membangkang pun masih terlalu banyak isu yang perlu mereka selesaikan. Bagi pendapat saya mewujudkan pentadbiran dalam sebuah negara baru yang disusun dari mula adalah amat penting. Kita bukannya tidak ada pengalaman membaharui negara ini. Ia telah dilakukan oleh pimpinan kita pada selepas masalah bertembungan di antara kaum berlaku pada 1969 dahulu. Apa yang berlaku pada 1969 dahului serupa dengan apa yang berlaku sekarang. Perbezaannya hanyalah dalam kemelut sekarang ia tidak akan membabitkan pertumpahan darah di antara kaum kerana semua kaum tertumpu untuk melihat sebuah negara yang bersih daripada rasuah dan berbagai-bagai elemen buruk. Masalah yang sedang kita hadapi sekarang bukan boleh diselesaikan dengan kumpulan ini dapat menumpaskan kumpulan yang itu. Kalau masih lagi kita memikir dalam kotak seperti yang lazim kita lakukan sekarang ini, maka tidak akan ada perubahan yang berlaku. Masalah akan tetap sama kerana dari segi sikap dan persepsi masing-masing yang sedang bertempur politik tidak ada banyak perbezaan dan jika salah satu daripada dua pihak yang mendapat mandat sekali pun. Masalah yang asas bagi kita untuk mendapatkan siasah yang betul dan menepati piawaian sebagai sebuah negara demokrasi yang tulen. Apabila seseorang itu sudah matang pemikirannya mereka akan sedar bahawa berdemonstrasi dan berhimpun dengan hiruk pikuk itu tidak akan jumpa penyelesaiannya. Kita anggap sahaja negara kita sebagai negara baru dan biarlah mereka yang mempunyai 'magnanimity' yang tinggi memulakan sebuah negara yang seolah-olah sebuah negara yang baru merdeka. Tidak payah kita memaki hamun di antara satu dengan lain dengan menggunakan bahasa yang kesat seperti manusia yang tidak mempunyai emak bapak. Mereka yang terlalu biasa dengan maki hamun itu adalah daripada orang yang terlalu kosong dan fakir jiwa mereka. Jiwa yang panas itu adalah jiwa manusia yang tidak aman dan tenteram pemikiran mereka. Ini merupakan pandangan saya dan saya tidak mampu untuk menulis pemikiran orang lain. Saya tidak pernah menegah orang lain berfikir macam mana sekali pun, maka saya juga tidak mahu berkelahi oleh kerana pemikiran saya pula. Hormati pandangan saya seperti saya menghormati pandangan orang lain. Saya tidak pernah memaki hamun mereka yang tidak sealiran pemikiran dengan saya. Kalau saya luahkan rasa tidak bersetuju dengan pandangan mana-mana pihak pun tidak pernah saya memaki hamun dan menggunakan bahasa yang kotor untuk menundukkan pihak yang tidak sealiran dengan saya itu. Kita sedang hidup pada zaman kemajuan dan adalah penting bagi kita menilai cara kita berfikir samada sesuai dengan keadaan masa dan zaman sekarang ini. Memaki hamun seorang yang mempunyai pemikiran yang berbeza dengan kita itu hanya lazim kita dengar berlaku pada zaman batu dahulu sahaja. | ||||
'Ada wanita kena tendang, tapi polis dapat penghargaan' Posted: 30 May 2013 03:32 AM PDT Peguam Sivamalar Genapathy menggesa polis agar turut menyiasat dakwaan seorang peguam wanita yang didakwa ditendang oleh anggota pasukan tersebut dalam satu perhimpunan nyalaan lilin di Jinjang, Kuala Lumpur pada malam 22 Mei lalu. Sivamalar berkata, polis seharusnya bertindak demikian, dan bukan hanya mengeluarkan surat penghargaan kepada anggotanya yang didakwa dimaki hamun oleh peserta perhimpunan dalam kejadian tersebut. "Polis sepatutnya menyiasat perkara sebenar yang berlaku pada malam itu. Seorang peguam perempuan, Fadiah Nadwa Fikri ditendang polis pada malam itu dan polis pula terima surat penghargaan," dakwanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini. Sivamalar berkata demikian apabila mengulas satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini berserta gambar yang merakamkan kejadian di hadapan balai berkenaan. Laporan berkenaan adalah berhubung surat penghargaan oleh pasukan polis kepada seorang konstabel, Muhalim Osop, yang dilaporkan sabar menghadapi caci hamun peserta perhimpunan berkenaan. Sivamalar dalam gambar bersama laporan itu pula ditunjukkan dalam keadaan marah dan menuding jari ke arah seorang anggota polis. 'Siasatan buang masa' Sivamalar mewakili MP Subang R Sivarasa yang disiasat polis hari ini berhubung kehadirannya di perhimpunan sama. Sivarasa berkata, beliau dimaklumkan oleh pasukan polis dari IPD Sentul berkenaan bahawa beliau disiasat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Beliau berpendapat, polis membuang masa kerana terpaksa hadir untuk merakam kenyataannya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. "Semua ini bagi saya adalah perkara yang mereka sudah tahu, sebab yang hadir malam itu bukan satu atau dua orang polis tetapi berpuluh-puluh orang dan sebahagian polis dilengkapi video kamera. "Kalau pegawai kanan dipaksa buang masa dengan perkara ini, saya risau kadar jenayah tidak akan berkurangan," katanya. 'Polis sembunyikan diri' "Saya yang berdiri di dalam penghadang jalan secara tiba-tiba disepak oleh seorang pegawai polis yang berada di belakang saya. "Beliau kemudiannya dengan pantas beredar ke belakang untuk menyembunyikan diri," kata peguam muda itu dalam laporannya bertarikh 23 Mei. Selain Fadiah, dua lagi peserta perhimpunan juga mendakwa dipukul anggota polis pada malam tersebut turut membuat laporan polis. Kedua-dua orang berkenaan merupakan antara 18 orang yang ditahan apabila polis menyuraikan perhimpunan bagi menggesa polis membebaskan aktivis siswa Adam Adli. | ||||
Exco S'gor isytihar harta sebelum sidang DUN Posted: 30 May 2013 03:28 AM PDT Exco kerajaan Selangor ditetapkan supaya mengisytiharkan harta sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain itu, beliau juga berkata, setiap penambahan aset ketika seseorang exco itu bertugas juga perlu diisytiharkan. "Boleh (isytihar harta). Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat dahulu. Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan dilaporkan. "(Ia) Termasuk exco yang lama. Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas upacara Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Pengerusi panel itu, Datuk Johan Jaafar berkata cadangan itu bagi memperkukuhkan komitmen mereka memerangi rasuah, sekaligus mengatasi keraguan tentang aset mereka dalam tempoh menjadi wakil rakyat. Sementara itu, dalam sidang media sama, Khalid juga memberitahu, upacara angkat sumpah bagi Speaker dan Timbalan Speaker serta Ahli DUN akan diadakan pada 21 Jun depan. Menurut Khalid lagi, pada 28 Jun pula, sidang DUN negeri yang pertama bagi penggal ini akan diadakan. | ||||
Pengawal peribadi kerabat Kedah dipukul di resort lima bintang Phuket Posted: 30 May 2013 03:21 AM PDT THE MALAYSIAN INSIDER KUALA LUMPUR — Seorang pengawal keselamatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipukul di resort lima bintang di Phuket, Thailand lapor The Star Online. Difahamkan, empat lelaki telah bertindak menyerang pengawal keselamatan itu kerana menyangkakan dia adalah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Patong Millennium Resort, awal Khamis. Tunku Annuar merupakan adik kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Phuket diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk mencari empat penyerang yang berjaya dirakamkan oleh kamera keselamatan semasa mereka melarikan diri. Polis Patong percaya tiga daripada penyerang merupakan warga Malaysia sementara seorang lagi adalah warga Thailand. Polis hairan bagaimana penyerang-penyerang itu mendapat kad kunci untuk memasuki salah satu daripada beberapa bilik ditempah untuk rombongan Tunku. Menurut Phuketwan.com, Tunku tiba di Phuket pada 27 Mei dan sempat di ambil gambar malam sebelumnya semasa dipersembahkan plak peringatan di persembahan pertunjukan terkenal Phuket, FantaSea. Beliau telah menempah 10 bilik di Millennium yang bersambung dengan pusat membeli-belah terkenal Patong, Jungceylon. | ||||
Mahkamah tolak rayuan kes rasuah Khir Toyo Posted: 30 May 2013 03:12 AM PDT The Star Online melaporkan dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan hakim perbicaraan tidak membuat apa-apa kesilapan dalam membuat keputusannya. Panel mengatakan hakim Mahkamah Tinggi telah bertindak dengan betul apabila menolak pembelaan Khir dan mensabitkannya bagi pertuduhan itu. Panel yang diketuai oleh Hakim Abdu Samah Nordin dan terdiri daripada Hakim Azahar Mohamad dan Aziah Ali. Penghakiman dibacakan oleh Hakim Azahar. Dr Khir (gambar) didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember, 2011 kerana dikatakan membeli dua bidang tanah dan rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam lebih murah dari harga sebenar di pasaran. Beliau didapati bersalah menggunakan pengaruhnya sebagai menteri besar untuk membeli kediaman mewah dan tanah sehingga potongan sebanyak RM3 juta lapan tahun lalu. Menurut mahkamah, RM3.5 juta yang dibayar oleh bekas menteri besar bagi hartanah itu adalah satu pertimbangan tidak wajar. | ||||
Pakatan Rakyat elok boikot Parlimen dan DUN-DUN seluruh negara Posted: 30 May 2013 03:08 AM PDT SPR hari ini mencabar Anwar dan Pakatan Rakyat untuk memboikot Parlimen jika benar-benar yakin ada penipuan dalam pilihanraya 13 yang baru lalu ini. Timbalan Pengerusi SPR, Dato' Wan Ahmad mencabar Anwar untuk memboikot Parlimen. SPR seterusnya mempersoalkan Pakatan Rakyat kenapa menerima keputusan yang memihak kepadanya (PR) di Selangor dan Pulau Pinang. Cabaran SPR ini wajar diterima oleh Anwar kerana sememangnya tidak bermoral jika Anwar dan PKR menerima keputusan itu jika berkeyakinan ada penipuan besar dalam PRU yang lepas ini. Tetapi bagaimana pula penerimaan PR terhadap kemenangannya di Pulau Pinang dan Selangor? Kata Dato' Wan Ahmad, mereka yang menyertai perhimpunan itu adalah orang yang sama yang menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor. Adakah perlu Pakatan Rakyat menolak kemenangan di kedua-dua negeri itu kerana penipuan tentunya berlaku di negeri-negeri ini juga. Jika Anwar benar-benar jujur dengan tuduhan itu maka beliau sepatutnya memulakan 'initiative' untuk membubarkan Dewan-Dewan Undangan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana berkeyakinan berlaku penipuan yang besar-besaran dalam pilihanraya yang lalu. Kita tunggu reaksi Anwar terhadap cabaran SPR ini dan reaksi dari Anwar merupakan satu perkara yang sangat 'interesting' untuk disaksikan bersama-sama. Bagi saya dan tidak kurang ramainya di bawah ini, bukan tidak bersetuju dengan 'rally' itu, tetapi perhimpunan itu elok dilakukan setelah Mahkamah memutuskan kesahihan ada berlakunya penipuan itu. Bukan sedikit jumlah orang yang akan turut bersama dalam perhimpunan itu jika benar SPR telah melakukan kecuaian dengan penipuan besar-besaran itu. Tetapi jika Anwar tidak menerima cabaran untuk memboikot Parlimen dan menolak keputusan pilihanraya termasuk di Selangor dan Pulau Pinang itu maka Anwar akan dipersoalkan keluhuran niatnya mengadakan perhimpunan-perhimpunan itu. Bukan tidak ada cara bagi sesiapa untuk memaksa SPR dibubarkan setelah didapati benar-benar penipuan itu dilakukan oleh badan yang menguruskan pilihanraya negara ini. Tetapi biarlah penipuan itu disahkan oleh pihak Mahkamah dahulu. Apabila selesai semua kes yang dibawa ke Mahkamah itu barulah kita tahu di mana penipuan berlaku dan di mana penipuan tidak berlaku. Maka jika tidak terdapat penipuan itu di Pulau Pnang dan Selangor maka tidak payahlah mengadakan pilihanraya di kedua-dua negeri itu. Tetapi jika Mahkamah pun tidak diyakini boleh memihak pada yang benar, maka Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Anwar ini juga jangan menerima keputusan pilihanraya di Pulau Pinang dan Selangor itu. Jika terbukti ada penipuan yang besar-besaran saya sendiri akan turun bersama-sama yang ramai untuk menyertai perhimpunan itu. Mungkin ramai yang akan menjawab hujah ini yang Mahkamah pun tidak akan mengadili isu ini dengan adil, maka elok kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor juga wajar ditolak oleh Anwar. Seperti tuduhan Anwar penipuan berlaku di mana-mana, maka tentulah ia juga berlaku di kedua-dua buah negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat itu. Apabila Mahkamah mengesahkan penipuan juga berada di kedua-dua negeri itu, maka pilihanraya mungkin terpaksa dilakukan di negeri-negeri itu. Jika tidak sabar untuk melalui SOP yang betul untuk menyelesaikan isu ini saya juga ingin bersama meminta agar Pakatan Rakyat menolak bulat-bulat keputusan pilihanraya di seluruh negara. Pakatan Rakyat mesti memboikot Parlimen dan semua Dewan-Dewan Legislatif di semua negeri dalam Negara kita ini. Semua ahli-ahli Legislatif yang mewakili Pakatan Rakyat wajar memboikot persidangan di kedua-dua Dewan Legislatif Persekutuan dan negeri-negeri dalam Persekutuan ini. Di Selangor kesemua 44 orang Dewan Undangan Negeri Pakatan jangan hadir dalam sidang Dewan Undangannya. Begitu juga di Pulau Pinang kesemua 30 orang Dewan Undangan Negeri itu jangan memasuki Dewan Undangan semasa persidangan DUN negeri itu. Di Dewan Parlimen pula biarlah 133 orang ahli Dewan Lagislatif dari BN sahaja yang hadir sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung dengan isu penipuan ini. Kalau sudah tidak sabar lagi menunggu penghakiman mahkamah itu maka, sementara ini boikot sahaja semua Dewan-Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri-Negeri itu. | ||||
Negara Paling Selamat: Anak Menteri Kena Ragut: Rugi RM8,000 Posted: 29 May 2013 11:55 PM PDT KELAB GREENBOC Anak seorang menteri Kabinet kerugian lebih RM8,000 apabila diragut dua lelaki di kawasan sebuah pasar raya di Ampang, Selasa. Mangsa, merupakan seorang guru wanita berumur 26 tahun, turut cedera ringan di bahagian lutut kanan akibat kejadian ragut pada kira-kira 11.50 pagi itu. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata wanita itu diragut ketika meletak barang dalam but kereta jenis Suzuki Swift. "Suspek menaiki kenderaan jenis Proton Satria, meragut beg tangan mangsa dan melarikan diri bersama barangan berharga mangsa iaitu Ipad, Iphone dan wang tunai RM5,000," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian, Khamis. Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata polis menahan tujuh lelaki berusia lingkungan 20-an berkaitan kes pembunuhan seorang rakyat Amerika Syarikat dalam operasi sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. "Ketujuh-tujuh suspek merupakan warga asing dan ditahan bagi membantu siasatan," katanya. Pada 4 Mei lepas, mayat David James Ginter, 62, ditemui di sebuah rumah di Taman Sri Ukay di sini oleh jiran dalam keadaan terbaring dengan tangan dan kaki diikat ke belakang serta lehernya dijerut dengan tali kabel pengecas telefon. — Bernama Ulasan GB Hanya pada minggu lalu dua kes rompakan melibatkan kediaman VVIP berlaku iaitu rumah kakak TPM dan adik KPN dipecah masuk. Sekarang anak menteri kena ragut menunjukkan betapa seriusnya jenayah yang berlaku di negara kita. Sebelum ini GB sudah ulas. Petikan: Sekarang ini jawapannya! | ||||
Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA Posted: 29 May 2013 11:52 PM PDT
KUANTAN: Perhimpunan 'Blackout 505' yang dianjurkan rakyat negara ini ternyata lebih aman daripada perhimpunan menonton perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA 2013. Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat. Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditunda. Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah. "Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu. "Malah jika kita lihat ada penonton yang membawa kanak-kanak dan bayi ke stadium semalam walaupun berisiko, namun tiada tindakan diambil," katanya. Semua media hari ini menyiarkan berita kekecohan yang berlaku di Stadium Darul Makmur semalam apabila dikatakan dihadiri penonton berlebihan dipercayai akibat penjualan tiket palsu. Selepas pasukan Johor enggan keluar meneruskan perlawanan, berlaku pula insiden lempar melempar objek sehingga ada penonton yang tercedera dan perlawanan ditangguhkan. Syed Ali berkata, tahun lalu penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus telah berceramah juga di Stadium Darul Makmur dengan dibanjiri kira-kira 75,000 orang. "Tetapi perhimpunan itu aman," katanya. | ||||
CAP desak Malaysia tarik diri daripada TPPA Posted: 29 May 2013 11:47 PM PDT
KUALA LUMPUR: Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) dirahsiakan dan kita telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan? Demikian pertanyaan yang dilontarkan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan. "Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? "Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan?" tanya beliau lagi. Menruutnya, jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi. Berikut kenyataan penuh beliau. "Percayalah kerajaan, kami tahu apa yang terbaik untuk anda". Kenyataan ini adalah semata-mata kesombongan di pihak kerajaan dan kami bimbang bahawa kehidupan dan mata pencarian rakyat serta generasi masa depan akan terjejas jika rakyat tidak berhati-hati dalam apa yang Kerajaan menandatangani bagi pihak rakyat. Apabila teks Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan begitu juga Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah dirahsiakan dan kita telah melihat kesan buruk FTA seperti di negara-negara lain, adakah kita harus berdiam diri dan percaya kerajaan? Jika FTA ini akan menjadi begitu bermanfaat untuk rakyat, mengapa kerajaan Malaysia tidak membentangkan teks perjanjian yang sedang dirundingkan untuk diteliti oleh masyarakat awam? Mengapa bersembunyi di sebalik klausa kerahsiaan? Jaminan oleh Kerajaan atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri tidak mencukupi. Adakah Kerajaan takut perdebatan awam? Jika benar-benar ada pasaran bebas dan kerajaan telus, kita seharusnya dapat melihat draf perjanjian. CAP telah menimbulkan kebimbangan kami dalam banyak isu yang berkaitan dengan bab-bab yang dirundingkan dalam TPPA. Sebagai contoh, kami bimbang bahawa negara TPPA seperti Malaysia didesak untuk bersetuju dengan peruntukan paten yang akan menyebabkan kelewatan kemasukan ubat-ubatan generik dengan harga berpatutan dalam pasaran Malaysia, di mana ubat generik disyorkan ahli farmasi membentuk 84.7% daripada preskripsi. Jika peruntukan ini dipersetujui, rakyat Malaysia akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk ubat-ubatan untuk jangka masa yang lebih lama. Sesetengah pihak menegaskan bahawa rakyat Malaysia boleh menghadapi kenaikan harga sebanyak 60% -80% untuk ubat-ubatan tertentu, manakala pihak berkuasa yang lain menegaskan bahawa ubat-ubatan berpaten boleh menjadi 1,044% lebih mahal daripada ubat-ubat generik yang seiras. Versi ubat-ubatan berpaten untuk merawat HIV/Aids, sebagai contoh, kosnya USD15,000 bagi setiap pesakit setiap tahun, manakala versi generik kosnya hanya USD67 bagi setiap pesakit setahun. Satu lagi isu yang menjadi kebimbangan adalah mekanisme penyelesaian pertikaian pelabur-negeri (investor-state dispute settlement - ISDS). ISDS menjadi sumber kontroversi yang semakin meningkat di seluruh dunia kerana ia membolehkan pelabur-pelabur asing untuk mencabar tindakan oleh kerajaan tuan rumah, walaupun tindakan itu dilakukan demi kepentingan awam, contohnya kerana kesan kepada kesihatan atau alam sekitar - di premis bahawa tindakan telah atau akan menjejaskan pelaburan atau keuntungan mereka. Adakah ini akan membawa kepada eksploitasi tidak beretika sumber asli kita dan apakah kesan kepada kesihatan awam akibat pencemaran dan kemerosotan alam sekitar? Tetapi sehingga sekarang kerajaan Malaysia masih tidak memaklumkan bagaimana kebimbangan kami akan ditangani dalam rundingan atau melalui teks perjanjian. Kebimbangan dan persoalan kami masih kekal tidak terjawab. Perjanjian Perdagangan Bebas adalah satu bentuk penjajahan-semula. "Globalisasi ekonomi adalah satu jenis penjajahan korporat yang baru ke atas negara-negara miskin dan golongan miskin di negara-negara yang kaya," kata Vandana Shiva, seorang aktivis alam sekitar dari India. "Kini kita sedang diminta untuk percaya bahawa proses pembangunan yang telah memiskinkan orang dan memusnahkan planet, akan membawa kepada hasil yang berbeza dan sangat bermanfaat, jika hanya ianya boleh dipercepatkan dan diterimapakai di mana-mana secara bebas, tanpa sekatan: iaitu, apabila ianya diglobalisasikan ". Kami bimbang bahawa perubahan dan pembaharuan yang didorong oleh penyokong TPPA akan mempunyai implikasi yang besar bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan. Ia akan menjadi satu kesilapan untuk menandatangani suatu perjanjian terikat, yang hanya boleh dimungkiri pada kos yang tinggi dengan samanan di peringkat dan undang-undang antarabangsa, penyelesaian dan rundingan lanjut. Ia tidak terlalu lewat bagi Malaysia untuk menarik diri daripada TPPA. Kami mendesak Kerajaan Malaysia untuk melakukan perkara yang betul – tarik diri daripada TPP. Nota: Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPPA) adalah suatu perjanjian multilateral yang sedang dirundingkan olah 12 buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Australia, Brunai, Chile, Japan, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. Untuk maklumat lanjut mengenai impak TPPA dan FTA sila rujuk www.ftamalaysia.org | ||||
Kereta apa yang dah turun harga? Posted: 29 May 2013 11:45 PM PDT
Saya menggesa agar menteri berkenaan menyenaraikan atau menyiarkan di media kesemua model tersebut agar diketahui oleh rakyat umum. Adakah model tersebut hanya membabitkan keluaran Proton dan Perodua sahaja? Adakah membabitkan hanya kereta mewah seperti Ferari, Lamborghini, lotus dan sebagainya? Sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat atau membaca senarai rasmi di mana-mana media jenis-jenis kereta yang telah diturunkan harga itu. Kenapa tidak diumumkan senarai kereta tersebut sebelum PRU? Pernyataan menteri MITI yang baru ini lebih menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan. Janganlah hanya kerana mahu meniru manifesto Pakatan Rakyat, anda pun mahu turunkan harga kereta. Tetapi tidak tahu kaedah yang betul dan mungkin tidak ikhlas pun. Akibat maklumat yang samar-samar ini, rakyat masih tertanya-anya adakah pengumuman ini betul-betul atau mahu uji tindak balas rakyat? Adakah ini hanya sandiwara untuk menunjukkan bahawa janji ditepati? Jangan-jangan hanya pengumumun untuk menyedapkan hati. Saya yakin, ramai rakyat Malaysia sedang menunggu senarai tersebut – yang menjadi persoalan adakah senarai itu akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini atau ketika sudah hampir tarikh PRU14 nanti. Sama-sama kita tunggu janji ditepati atau janji dicapati! | ||||
NGO T’ganu bersolidariti bela Safwan Anang Posted: 29 May 2013 11:41 PM PDT
KUALA TERENGGANU: Sekretariat Royalti Terengganu atau 'R', Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Gabungan Anak Terengganu (Gate) mengadakan himpunan secara aman di hadapan sebuah pasaraya di sini, petang semalam. Perhimpunan tersebut dibuat sebagai tanda solidariti serta kebersamaan rakyat Malaysia yang prihatin kepada Safwan Anang dalam menuntut demokrasi yang bersih di negara ini. Penyelaras SAMM Terengganu, Rafzi Ramli menjelaskan perhimpunan secara aman ini sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib aktivis pimpinan mahasiswa Safwan Anang. "Siapa Safwan Anang..beliau adalah rakyat Terengganu, beliau bekas pimpinan mahasiswa, beliau jawatankuasa 'R' Terengganu, beliau terlibat dalam aktivis SAMM Terengganu dan beliau pejuang demokrasi di negara ini," ujarnya ketika berucap pada himpunan itu. Menurutnya, penangkapan Safwan juga bermotif politik bagi menjaga survival pemimpin politik kerajaan. Setiausaha Kerja R Terengganu, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan menyeru anak muda serta rakyat yang prihatin agar sama-sama membela Safwan Anang. Menurutnya, nama Safwan Anang sebagai lambang perjuangan dan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menuntut hak serta demokrasi yang bersih. | ||||
Suruhanjaya Pilihanraya SPR Malaysia Di Bawah Kuasa TPM (Tan Sri Muhyiddin Yaasin). Terus Ditambat? Posted: 29 May 2013 11:38 PM PDT S Sejurus selepas berakhirnya Pilihanraya Umum ke 13, SPR Malaysia menjadi bahan kecaman daripada pelbagai pihak dengan sebab-sebab mereka tersendiri. Contohnya SPR Malaysia tidak bebaslah, bersifat pilih kasihlah, dan macam-macam lagilah. Mengapa? Apa sebabnya? Terbaru, berdasarkan laporan portal Malaysiakini SPR Malaysia mendapat "bos" barunya…
Sepatutnya SPR Malaysia menjadi badan yang bebas, bukan sekadar nama sahaja tetapi "benar-benar bebas" tanpa ditambat oleh sesiapa baik daripada parti politik hatta pihak kerajaan. Selain daripada SPR Malaysia, dua lagi badan yang sepatutnya bebas dan diletakkan di bawah parlimen bukannya di bawah telunjuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) seperti yang berlaku sekarang iaitu :
Terus-terang kami katakan bagi kami Audit Negara ketika ini boleh kami letakkan pada paras kepujian. Tetapi……Ada tetapinya. Tetapi, jikalau Audit Negara lebih diberikan lagi kebebasan tanpa dihalang untuk membuka fail-fail "ikan-ikan jerung" yang masih lagi bebas berkeliaran di Malaysia untuk mencari mangsa terbarunya. Insyaallah jika benar berlaku kelak, kami sangat yakin Audit Negara boleh menunjukkan taring mereka yang sebenarnya-benarnya. Tetapi…….(cukuplah setakat ini, mahu lebih lagi boleh tanya kenalan anda di Audit Negara). Sekian. SPR Malaysia Diletakkan Di Bawah Parlimen Bukannya…SPR Malaysia bukan setakat patut badan bebas, Pengerusi, Timbalan Pengerusi SPR Malaysia & setiausaha juga hendaklah daripada kalangan profesional, bukan seperti yang berlaku sekarang. Dilantiknya kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang telah bersara. Sepatutnya pimpinan tertinggi SPR Malaysia dilantik daripada kalangan bekas hakim, atau ex-diplomat. Sekurang-kurangnya, mereka-mereka ini telah ada menjadi pemerhati & sedikit sebanyak berpengalaman dalam perjalanan Pilihanraya di luar negara atau boleh berbicara sebagai seorang professional. Sekadar beberapa contoh cadangan daripada kami. Terpulang…..
Jikalau SPR Malaysia sudah diletakkan di bawah Timbalan Perdana Menteri (TPM), apa yang boleh rakyat Malaysia harapkan apabila SPR Malaysia terus ditambat? Pada pandangan mata kasar kami, nama yang diberikan agak baik, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) Baik….Tetapi, tetapi malangnya diletakkan di bawah kuasa menteri. Kemudian masih mengharapkan rakyat Malaysia untuk menerima SPR akan menjadi "bebas". Mengapa tidak ditukarkan sahaja kepada Jabatan Pilihanraya Malaysia? Sekadar pandangan daripada kami. Apa lontaran pendapat daripada kaca mata anda pula? | ||||
Kerajaan Johor rancang bina lebih banyak rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun Posted: 29 May 2013 10:35 PM PDT Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu merupakan antara pendekatan yang dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah pemilikan rumah khususnya dalam kalangan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. "Kerajaan negeri sedang berbincang dan memperhalusi usaha terbabit supaya impian rakyat untuk memiliki kediaman sendiri dapat direalisasikan. Usaha mengenal pasti tanah di beberapa kawasan tertentu sama ada milik kerajaan atau agensi di bawahnya sedang dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas melawat Bazar Karat di sini malam tadi. Menurut Mohamed Khaled pihaknya akan meneliti semula setiap pemaju di negeri ini bagi memastikan mereka membina rumah mampu milik dalam setiap projek perumahan yang dilaksana seperti yang disyaratkan. Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti pemaju yang disyaratkan membina rumah mampu milik tetapi tidak melaksanakannya supaya dikenakan tindakan tertentu dalam memastikan mereka mematuhi syarat yang ditetapkan. Sementara itu, dalam lawatan hampir sejam ke bazar berkenaan, Mohamed Khaled mengambil kesempatan meninjau keadaan di kawasan itu selain beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung. Yang turut hadir, Datuk Bandar Johor Baharu Burhan Amin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abdul Latiff Bandi. — Bernama | ||||
DAP: Penubuhan jawatankuasa khas buang masa, laksanakan IPCMC Posted: 29 May 2013 10:31 PM PDT Kenyataan Gobind hadir selepas kematian dalam tahanan terbaru N. Dharmendran, 32, baru-baru ini, serta mengecam Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana tidak serius dalam menangani isu tersebut dan sepatutnya segera melaksanakan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) sebagai badan bebas untuk mengendalikan aduan salah laku polis. "Cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa khas kematian dalam tahanan adalah bukti jelas pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil serius terhadap kes kematian dalam jagaan polis sebelum ini. "IGP mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya. Beliau perlu tekankan pelaksanaan segera IPCMC jika beliau mahu menghentikan kematian dalam tahanan," kata Ahli Parlimen Puchong tersebut. Peguam yang kemudiaan menjadi ahli politik tersebut juga mengganggap jawatankuasa yang dicadangkan itu hanya sia-sia dan adalah satu langkah terkebelakang memandangkan Suruhanjaya Inkuiri Diraja (RCI) sebelum ini yang mencadangkan penubuhan IPCMC. "Sudah ada RCI yang menyebabkan kepada cadangan penubuhan IPCMC. "Menubuhkan jawatankuasa kepada saya adalah satu langkah terkebelakang, membuang masa dan sumber sudah digunakan dan juga cadangan kepada penubuhannya sudah pun dibuat," kata Gobind merujuk kepada Suruhanjaya Diraja Untuk Mempertingkatkan Operasi dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 yang dipengerusikan mantan ketua hakim negara, Tun Mohamed Dzaidin. Gobind juga menyatakan kekesalan dan kecewa kerana sehingga hari ini tiada seorang pegawai polis yang terlibat dalam kes kematian Dharmendran yang didakwa ke muka pengadilan. "Sekarang polis mencadangkan jawatankuasa hanya sekarang ini. Ini pasti gurauan ketika ramai orang mati. "Dalam kes Dharmendran, Khalid patut menjelaskan kenapa tiada seorang pun yang didakwa walaupun bukti perubatan jelas menunjukkan ke arah satu pembunuhan. Semalam, Majlis Peguam juga memberikan reaksi sama apabila menggesa pelaksanaan IPCMC termasuk penubuhan Mahkamah Koroner ekoran imbang dengan kematian dalam tahanan yang dikatakan berlaku sekali setiap bulan sejak tahun 2000. Menurut kumpulan hak asasi Suaram, terdapat 218 kes kematian dalam tahanan yang didakwa berlaku di Malaysia dari tahun 2000 hingga bulan ini, dengan rekod menunjukkan sembilan daripada kes tersebut berlaku pada tahun 2012, manakala lima lagi kes berlaku pada tahun ini. Pemergian Dharmendran adalah sebahagian daripada kes kematian membabitkan pihak polis, kes-kes lain yang mendapat tumpuan antaranya ialah Chang Chin Te awal tahun ini, A. Kugan dan R. Gunasegaran pada 2009, pembunuhan pelajar sekolah berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah pada 2010, dan pelbagai kes tembakan sejak dua tahun kebelakangan ini. Satu Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) yang melawat penjara Malaysia dan pusat tahanan melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, "seramai 1,500 orang mati semasa ditahan pihak berkuasa". Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik daripada kedua-dua belah tanpa mengira jurang perbezaan juga menggesa pelaksanaan IPCMC bertujuan pembaharuan dalam pasukan polis sejak 2006. | ||||
Iskandar, Teng dilantik Exco kanan S'gor Posted: 29 May 2013 10:26 PM PDT MALAYSIA KINI Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengangkat sumpah jawatan hari ini, hampir sebulan selepas pilihan raya umum 5 Mei.Barisan anggota exco yang baru dilantik ini, membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR, mengangkat sumpah di Istana Alam Shah, Klang pagi ini. Upacara tersebut berlangsung di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri istana tersebut. Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) juga dibariskan sebagai anggota Exco kanan untuk penggal kali ini. Jawatan Speaker tersebut kini diisi wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya), manakala Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia) dilantik sebagai timbalan Speaker, menurut satu senarai yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut. Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor: Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong (PKR, Bukit Lanjan) – Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Dr Daroyah Alwi (PKR, Sementa) – Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi Rodziah Ismail (PKR, Batu Tiga) – Kebajikan, Hal Ehwal Wanita Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) – Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan Ganabatirao Veraman (DAP, Kota Alam Shah) – Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin Ean Yong Hian Wah (DAP, Seri Kembangan) – Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram Sallehin Mukhyi (PAS, Sabak) – Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa Dr Halimah Ali (PAS, Selat Klang) – Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS, Sijangkang) – Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Iskandar Abdul Samad (PAS, Cempaka) – Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar Menteri besar sendiri mengetuai portfolio Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu. | ||||
Mayat pertama mangsa bot karam ditemui Posted: 29 May 2013 10:23 PM PDT Mayat seorang lelaki berumur 44 tahun yang disenaraikan sebagai antara penumpang bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam Selasa lepas, ditemui pagi ini. Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata mayat Tujok Lah dijumpai penduduk rumah panjang Uma Tebok, Long Buyun, tidak jauh dari lokasi kejadian. Beliau berkata mayat akan dibawa ke Bazar Belaga. Bakar turut mengingatkan pengguna sungai dan penduduk di sepanjang pinggir Sungai Rajang supaya mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan air dari empangan hidroelektrik Bakun akan dilepaskan untuk menaikkan paras sungai. Langkah itu, katanya, perlu untuk memudahkan kerja mengangkat bangkai bot ekspres itu dan memeriksa sama ada terdapat mayat yang terperangkap. "Peningkatan jumlah air akan turut menjadikan arus semakin deras dan saya menasihati pengguna serta dan penduduk berhampiran sungai di kawasan ini supaya lebih berhati-hati," katanya. Sementara itu Bernama difahamkan operasi bot ekspres antara Kapit dan Belaga dihentikan sementara berikutan tragedi itu. Bot ekspres Kawan Mas dikatakan membawa lebih 200 penumpang dalam perjalanan dari Bakun ke Kapit apabila terlanggar batu lalu karam di Jeram Tukok-Jeram Bungan, di Sungai Rajang, antara 8.30 pagi dan 9 pagi Selasa.-Bernama | ||||
Pemilihan Umno bakal tarik minat ramai Posted: 29 May 2013 10:04 PM PDT Buat pertama kali dalam sejarahnya, Umno sebagai parti terbesar orang Melayu, akan menyaksikan pemilihan jawatan tertinggi parti dengan cara yang berbeza dan unik, melalui proses demokrasi yang lebih meluas dan sekali gus menguji kematangan akar umbi parti. Beberapa fakta berikut yang muncul setelah tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai:
Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah perwakilan mampu menunjukkan kematangan mereka dalam proses pemilihan kali ini? Menurut penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar, ramai yang memerhatikan sama ada dengan penghapusan kuota itu, jawatan tertinggi akan turut direbut oleh sesiapa sahaja yang merasakan diri mereka layak. "Jika itu terjadi tidakkah pemilihan Umno akan menjadi pentas bagi berhibur dan sesuka hati menawarkan diri atau mencuba nasib kalau-kalau terpilih atau ada yang ditaja oleh pihak luar yang mahu rakyat melihat Umno sebagai sebuah parti sarkas?," tanya beliau. Ibrahim berkata banyak orang banyaklah pandangan peribadi termasuk mereka yang serius menawarkan diri setelah layak kerana sudah menjadi AJK bahagian dan mahu menempa nama dalam sejarah dengan bertanding sebagai presiden Umno atau timbalannya. "Mudah-mudahan ini tidak akan terjadi dalam parti keramat bagi orang Melayu ini. Namun kita harus lihat kemungkinannya kerana sekarang tiada lagi sebarang halangan apa pun," katanya, yang percaya jumlah kuota sokongan tertentu masih perlu diterapkan. "Bagaimana pula kalau ada 100 atau 1,000 anggota mencalonkan diri. Tidakkah menimbulkan masalah teknikal bagi jawatankuasa pemilihan? Jika ini terjadi dari mana Umno akan menggamit kekuatan dan kesepaduan sokongan kepada pucuk pimpinan?" tambah beliau yang mengakui risau. Mengakui bahawa pandangannya agak terlambat disuarakan, beliau percaya masih ada ruang dan masa bagi jawatankuasa pemilihan parti untuk memperkemas syarat atau peraturan tambahan yang logik untuk membolehkan penawaran diri sebagai calon. Ibrahim berkata banyak cara lagi boleh dibuat untuk mencerminkan amalan demokrasi yang telus dan meluas dalam parti dan satu daripadanya telahpun dipersetujui iaitu membenarkan pemilihan langsung oleh 146,500 anggota. Menarik juga untuk diperhatikan ialah adakah pindaan perlembagaan yang membolehkan anggota yang sebegitu ramai terlibat dalam pemilihan akan mampu menghapuskan secara total gejala politik wang? Penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata gejala politik wang mampu dikurangkan apabila Umno menambah jumlah perwakilan kepada 146,500 orang pada pemilihan kali ini. "Ini selaras dengan apa yang dikehendaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun seperti lazimnya sesuatu yang baharu seperti pindaan kepada perlembagaan ini contohnya akan memerlukan masa untuk menghapuskan sepenuhnya politik wang," katanya. Beliau berkata ia boleh menjadi langkah yang berkesan menghapus politik wang asalkan ada pemantauan yang ketat manakala jumlah perwakilan yang banyak itu juga dengan sendirinya menyukarkan pihak yang berniat melakukannya kerana pastinya tidak mampu dijangkau. Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu itu berkata sekali gus persepsi kroni atau nepotisme yang dilemparkan kepada Umno kini diserahkan kepada perwakilan yang akan memilih pucuk pimpinan parti. "Sekiranya selepas pemilihan masih ada suara-suara yang menyatakan Umno mengamalkan nepotisme atau kroni, ini adalah salah perwakilan kerana mereka yang memilih langsung," katanya.-Bernama | ||||
NGO mahu syarat ketat untuk Malaysiakini Posted: 29 May 2013 10:02 PM PDT Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mencadangkan supaya portal berita Malaysiakini.com diwajibkan mendaftar dan dikenakan syarat ketat ke atas operasinya kerana menurut presiden KWMM, Dzulkarnian Taib, bagi menggelakkan portal berita itu menjejaskan perpaduan di negara ini. Dzulkarnian berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera ke atas portal berita itu kerana mendakwa telah membuat pemberitaan yang dianggap berat sebelah dan menjejaskan suasana politik tanah air. Beliau berkata bagi membendung gejala kewartawanan yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika oleh portal berita itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) perlu mengambil tindakan termasuk mengharamkan dan menutup operasi portal berita tersebut. Dzulkarnian, yang merupakan bekas ketua pengarang Suara Keadilan, berkata tindakan portal berita itu cuba menjejaskan perpaduan dapat dilihat dengan laporannya mengenai kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah mengenai Perlembagaan Persekutuan pada wacana 'Post Mortem PRU13:Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah' pada 12 Mei lepas dengan diserang 'dengan label rasis.' "Bekas hakim itu, yang amat berpengalaman dan arif tentang isu berkaitan Perlembagaan Persekutuan, terpaksa berdepan dengan laporan polis oleh seorang pemimpin parti pembangkang dalam usaha bersepadu untuk menutup mulut mana-mana yang bercakap di atas landasan undang-undang dan kebenaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata begitu juga dengan laporan yang dikeluarkan oleh portal berita itu mengenai kenyataan Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan yang telah diambil di luar konteks asal pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat pada Julai 2010 hingga menimbulkan persepsi negatif terhadap Zaini. Di forum itu, Zaini telah menyentuh mengenai aspek memilih sudut terkini dalam membuat berita yang telah dilaporkan oleh portal berita itu sebagai 'mengajar pengamal media menghalalkan budaya memutar fakta dengan tujuan membentuk gambaran yang diingini kepada masyarakat, kata Dzulkarnain. Beliau berkata dalam kedua-dua majlis itu, pihak penganjur telah mengesahkan portal berita itu tidak dijemput untuk membuat liputan berita tetapi bertindak melanggar tatasusila kewartawanan dengan menghantar wakil. Bernama | ||||
Posted: 29 May 2013 04:59 PM PDT Oleh Abd Shukur Harun TIDAK syak lagi bahawa kejayaan PAS Selangor memenangi 15 kerusi Dun dalam PRU13 lalu membuktikan bahawa parti di bawah pimpinan Pesuruhjayanya, Dr Rani Osman telah menjadi peneraju penting kerajaan Pakatan Rakyat negeri terkaya itu. Pakatan Rakyat Selangor mendapat majoriti lebih besar iaitu memenangi 44 kerusi Dun, sementara Barisan Nasional hanya dapat 12 kerusi. Walaupun Pakatan Rakyat kalah di beberapa kerusi di sebelah utara negeri itu seperti Tanjung Karang, Sabak Bernam dan Ulu Selangor, pencapaiannya, khususnya PAS di Selangor, sangat luar biasa, meletakkanya pada kedudukan penting. Dengan demikian, PAS telah memberi sumbangan besar kepada kemenangan Pakatan Selangor, walaupun ia bertanding kebanyakannya di kawasan majoriti Melayu. Dr Rani memberitahu saya bahawa gerak kerja PAS Selangor untuk mencapai kemenangan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah dirancang begitu rapi. Dalam hal ini, diucapkan tahniah kepada seluruh penggerak jentera pilihan raya Negeri Selangor yang diketuai pengarahnya yang berpengalaman, Cikgu Jaafar Shamsudin. Tungkus lumus jentera pilihan raya PAS ini mendapat kerjasama erat jentera pilihan raya Pemuda, Muslimat dan Ulama, dengan gandingan jentera penerangan yang diketuai oleh Ir Shaari Sungib. Sebelum ini, memandangkan serangan bertalu-talu pihak Umno- BN untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat dalam PRU itu, ramai meramalkan bahawa kerajaan Pakatan Selangor pimpinan Tan Sri Abd Khalid Ibrahim ini sukar dipertahankan. Malah ada yang meramalkan paling tinggi peluang Pakatan mempertahankan Selangor ialah 50-50. Para pemimpin BN, khususnya Dato' Seri Najib Razak sendiri, di samping Tun Mahathir Mohamad dan menteri BN yang lain silih berganti datang berkempen untuk menawan Selangor, di samping kerja keras pemimpin Umno-BN Selangor sendiri. Curahan wang tidak boleh dikira lagi. Malah mereka semua berpendapat, BN 'mesti menang di Selangor'. Ini menunjukkan kedudukan dan kepentingan Selangor begitu mahal sekali dan ia menjadi permata dalam mahkota termahal bagi negara ini. Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan saya sendiri dari dekat yang mengikuti gerak kerja jentera PAS di beberapa kawasan di Selangor sebelum PRU mendapati usaha yang sangat bersugguhsungguh dengan strategi yang digunakan, saya memang yakin PAS sendiri akan dapat menawan banyak kerusi di Dun yang ditandinginya. Memang ada masalah untuk menembusi beberapa kawasan yang menjadi kubu kuat BN selama ini, terutama di Ulu Selangor, Sabak Bernam, Tanjung Karang dan beberapa kawasan lagi. Bagaimanapun, saya yakin, selepas ini PAS Selangor yang bertanding kebanyakannya di kawasan majoriti Melayu di Selangor akan segera berusaha 'menangani' kawasan yang sukar ditawan dalam PRU yang lalu, walaupun jumlahnya kecil. Kejayaan PAS Selangor ini juga, seperti kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, telah memecahkan imej PAS sebagai parti kampung kerana PAS tidak hanya memerintah Terengganu dan Kelantan, tetapi juga berjaya memerintah Selangor bersama Pakatan Rakyat. Inilah, katannya, yang amat ditakuti oleh Umno-BN kerana PAS kini telah diterima di bandar dan di pinggir bandar. Oleh itu, katanya, PAS mesti bekerja keras membantu meneruskan pembangunan di Selangor dan ini satu cabaran kepada para pemimpin PAS Selangor. Dengan kepesatan pembangunan Selangor menyebabkan begitu banyak bandar baru dibuka, di mana kawasan bandar semakin meluas menyebabkan penduduknya terdedah kepada pelbagai maklumat yang dibawah oleh media baru dan tidak bergantung kepada radio, TV dan akhbar harian biasa. Ditambah pula Selangor begitu banyak institusi pengajian tinggi, maka jumlah rakyat Selangor yang terpelajar begitu tinggi, menyebabkan ia menjadi negeri termoden, bahkan ia menjad role model di negara ini. Banyak bandar – seperti Shah Alam sendiri, Petaling Jaya, Damansara, Subang Jaya, USJ, Sunway, Ampang, Gombak, Pandan dan banyak lagi menjad bandar kosmopolitan yang termoden. Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Dato' Dr Mohd Redzuan Othman dalam kajiannya mendapati bahawa kemenangan Pakatan Rakyat, antaranya, di sebabkan beberapa faktor, antaranya; 1. Kawasan itu kawasan bandar dan banyak institusi pengajian tinggi menyebabkan ramai golongan terpelajar yang boleh berfikir. 2. Kawasan itu kawasan bandar yang terdedah kepada pelbagai maklumat daripada pelbagai sumber di mana penduduknya tidak lagi bergantung kepada media tradisional untuk mendapatkan maklumat. 3. Banyaknya pengundi generasi baru yang berfikiran sangat terbuka. Ketiga-tiga faktor ini ada di negeri Selangor di mana negeri ini paling banyak institusi pengajian tinggi dan paling banyak golongan muda dan terpelajar. Oleh kerana ia sebuah negeri termoden, maka ia menerima nilainilai moden dan penduduknya menerima serta mengamalkan demokrasi. Di sinilah, saya fikir, kekuatan PAS yang menyerlah dalam PRU yang lalu di Selangor, di mana PAS, yang suatu masa dulu dengan imej parti Pak Lebai, kini merangkul kemenangan di negeri termoden di Malaysia. Sebab itu, Umno-BN bukan saja gagal mencapai dua pertiga di Parlimen, tetapi juga gagal menewaskan Pakatan Rakyat di Selangor. Oleh itu, dengan kemenangan kurnia Allah ini, hasil kerja keras Pakatan, maka PAS-Pakatan mestilah berusaha bersunggguhsungguh mempertahakan kemenangan yang amal mahal ini di samping memenangi kawasan yang tewas dalam PRU lalu. Dengan integriti, profesionalisme yang tinggi dan aura yang ada pada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim serta dengan kerja kuat semua pendukung Pakatan Rakyat, tidak mustahil Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan lebih besar lagi di negeri termoden dan terkaya ini. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan