DUNIACACAMARBA |
- [Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Government Tax Room
- [Video Panas] Siapa Isteri Si Saiful Bukhari? Apa Kaitannya dengan Kes Saiful? Sedikit Pencerahan di Sini.
- [PENTING] Jom ke Balai Polis Hari Ini, Ada Apa? Baca!!!
[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Government Tax Room Posted: 27 May 2013 09:46 AM PDT
Terima kasih pengundi BN, anda bahagia, kami derita. Government Service Tax sudah ada, Goverment Tax Room pun ada, kini kami menunggu pula Good and Services Tax (GST) yang khabarnya mencecah 7%. Anda semua bertuah. Jangan lupa tunjukkan kad keahlian UMNO atau BN untuk "mendapatkan" pengecualian! - DCM | ||
Posted: 26 May 2013 08:02 PM PDT Ingat wartawan Media Prima yang kemaruk bertanyakan soalan tentang jam Omega semasa sidang media DSAI di Hotel Continental Kuching ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak dahulu? Isu jam Omega itu ada kaitan dengan konspirasi fitnah Drama Liwat II yang membabitkan Saiful Bukhari. Wartawan tersebut ialah Nik Suriyani Megat Deraman (orang Padang Midin, Terengganu) yang kini sah menjadi isteri Saiful Bukhari. Dalam sidang media itu, Nik Suriyani ditempelak oleh DSAI dan "dimalukan" oleh seorang wartawan akhbar Sarawak yang memintas dan menegurnya dengan menyatakan bahawa sidang media itu sepatutnya berkaitan dengan isu PRN Sarawak. "Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal," kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain. -DCM P/s: ... maka tidak hairanlah jodohnya dengan Saiful Bukhari!!! Cerita perkahwinan mereka di sini. | ||
[PENTING] Jom ke Balai Polis Hari Ini, Ada Apa? Baca!!! Posted: 26 May 2013 06:47 PM PDT KEMPEN LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA MENGENAI DAKWAT TIDAK KEKAL Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali. Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH. Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut: "Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya." 2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN) 3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN P/s: Contoh laporan polis yang lain: FORMAT LAPORAN POLIS Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor _____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat pengundian semasa saya keluar mengundi. Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________. Setelah pegawai SPR menyemak dah mengesahkan identiti saya, mereka telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan. Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari. Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses undian. Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya. Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya. TARIKH AKHIR UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS TENTANG DAKWAT KEKAL IALAH HARI INI (27 MEI 2013) |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan