ALHUSSEYN |
Dia asyik betul sahaja, orang lain asyik salah! Posted: 27 May 2013 05:00 AM PDT Dia menaiki basikal tuanya untuk berulang alik ke surau tersebut. Malam ini, dia nak cepat kerana terasa sangat nak ke tandas untuk buang air kecil. Biasanya dia letak basikal tu nun dibawah pokok pelam tu...tapi malam ini dia letak basikal tu kat depan laman rumah kerana 'urgent' Dia bergegas melangkah masuk pintu rumah yang luas terbuka itu sambil memberi salam kepada isi rumahnya, "As-salamu 'alikum…" Belum sempat salamnya itu disambut oleh isterinya, tiba-tiba Ust Yazid membentak-bentak marahkan sesuatu …. "Apa halnya bang?" tanya si isteri yang berlari anak untuk mendapatkan suaminya. "Ni hah! Saya terlanggarkan cawan yang ada kat depan pintu ni. Siapa yang letak cawan kopi tu kat situ? Tak ada otak langsung! Pikirlah orang lalu lalang ….Mujur kaki aku tak luka terpijak kaca tu, " gerutu Ustaz Yazid. Mujur juga dia tak terkencing kat situ dibuatnya! Bayangkanlah muka ustaz yang sedang menahan marah dan menahan pundi kencing yang sedang nak tersembul keluar itu! "Abduh, anak kita tu bang yang letakan kat situ, dia keluar kejap katanya tadi, tak sempat nak letak ke dapur… saya sibut melayan si Mamat ni hah" sahut isterinya. "Kamu tengok-tengokkanlah si Abduh tu, buluh kena dilenturkan sewaktu rebungnya, begitu jugalah anak-anak….." suara jengkel Ustaz Yazid sambil masuk menuju ke bilik air. Tiba-tiba kedengaran dentuman kuat di luar rumah. Ustaz Yazid dan isteri meluru lalu menjengek keluar. Mereka nampak Abduh sedang terbaring dengan basikal tua yang terletak depan laman rumah tu. Abduh sedang mengaduh kesakitan kerana terjatuh terlanggarkan basikal bapanya itu yang terletak di tengah laman luar rumah. "Astaghfirullahil Adziiiim…. Apasal kamu tak tengok betul-betul bila berjalan? Ke mana mata kamu?" Jerkah Ustaz Yazid kepada anaknya itu …." "Itulah, abah tak letak basikal tu kat tempat yang sepatutnya kat bawah pokok tu," balas Abduh yang cuba menyalahkan ayahnya itu. "Budak-budak sekarang ni selalu gopoh! Entah apa yang nak dikejarnya …aku pun tak tahu, ada mata tengoklah" jerkah Ust Yazid kepada anaknya itu. " Suami aku ni asyik betul sahaja,orang lain salah belaka! " bisik hati si isteri sambil membersihkan tumpahan kopi yang mengotorkan karpet yang baru dibeli bulan lalu…. |
Bintang Brazil, Neymar bersama kelab BARCELONA – Kontrak £20 juta Posted: 27 May 2013 02:33 AM PDT Bintang bolasepak terhebat Brazil, Neymar kini telah bersama kelab BARCELONA. Beliau menandatangani kontrak £20 juta untuk bermain dengan kelab barunya itu selama 5 tahun. Bintang ternama Brazil, Neymar , pada mulanya dia mahu menunggu tawaran dari Real Madrid. Tetapi akhirnya , dia menerima tawaran BARCELONA , musuh ketat kelab tersebut . Beliau akan ke eropah Isnin depan. Peminat bola sepak bakal menyaksikan gandingan penyerang handal Lionel Messi dan Neymar tidak lama lagi. Neymar telah menjaringkan 138 gol dalam 229 permainan bersama kelabnya Santos sejak 2009. Kik!3 Pertama kali aku tulis pasal bola sepak.Aku bukan minat sangat dan bukan tahu sangat pasal bolasepak ni! Tapi aku minat tengok permainan Neymar ni ....tambah-tambah bergandingan dgn Messi pula kali ini... sumber |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan