DUNIACACAMARBA |
- [Gambar] Suasana Malam: Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan Aman Black505 Amcorp Mall
- [Gambar] Suasana Petang: Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan Aman Black505 Amcorp Mall, Azmin Ali Turut Kelihatan di Sana
- Sekali Lafaz, Saiful Bukhari Sah Menjadi Suami Personaliti TV3
- Saudara Pembaca, Hari Ini di AMCORP Mall, Jangan Lupa Kemuncak BLACK505!
- Gunting Tertusuk di Kepala: Ibu Bapa Bergaduh, Anak yang Menjadi Mangsa...
- Khas untuk Mereka yang Percaya SPR Itu BEBAS & BERKECUALI
[Gambar] Suasana Malam: Puluhan Ribu Rakyat Malaysia di Perhimpunan Aman Black505 Amcorp Mall Posted: 25 May 2013 08:09 AM PDT |
Posted: 25 May 2013 05:08 AM PDT |
Sekali Lafaz, Saiful Bukhari Sah Menjadi Suami Personaliti TV3 Posted: 25 May 2013 02:53 AM PDT [Mstar] KUALA TERENGGANU: Dengan sekali lafaz Saiful Bukhari Azlan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya yang juga personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman,33, di sini pada Sabtu. Tampil dengan baju Melayu serba putih, Saiful yang dilihat tersenyum sepanjang majlis akad nikah yang diadakan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang Sabtu. Nik Suryani juga tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi. Pasangan pengantin dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101. Majlis persandingan dijadualkan berlangsung malam ini di Dewan Konvensyen TTI jam 8.30 malam, manakala majlis di pihak lelaki akan diadakan pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur. Pasangan ini bertunang pada 28 Oktober tahun lalu. Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya pada 29 Jun 2008. He had lodged a police report accusing Pada 15 Ogos 2008, Saiful melakukan angkat sumpah laknat bagi membuktikan tuduhannya ke atas Anwar adalah benar, di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur. Terbaru beliau turut memuat naik rakaman video dia melakukan sumpah laknat di Mekah, mempertahankan dakwaan yang beliau benar-benar telah diliwat oleh Anwar. Anwar telah didakwa melakukan kesalahan tersebut namun dibebaskan pada 9 Januari tahun lepas. Pasukan pendakwaan telah memfailkan rayuan dan ia akan didengar pada 22 dan 23 Julai depan. P/s: Bukan mudah bersuamikan bekas mangsa "liwat", hebat wanita ini. Seperkara lagi, banyak duit Si Saiful ini, mas kahwin pun sampai RM41,101. Wow!!! |
Saudara Pembaca, Hari Ini di AMCORP Mall, Jangan Lupa Kemuncak BLACK505! Posted: 24 May 2013 09:00 PM PDT Kenyataan Media Gabungan "Suara Rakyat 505" 24 Mei 2013 HIMPUNAN #SuaraRakyat505 MENDAPAT SOKONGAN SEMUA - HADIRLAH TANPA RAGU 24 jam menghampiri detik mula himpunan #SuaraRakyat505 menyaksikan momentum gerakan rakyat ini akhirnya memuncak apabila PAS umum untuk bersama menyertai. Gabungan 50 NGO "Suara Rakyat 505" menyambut baik kenyataan Setiausaha Agong PAS pagi tadi. Ini menunjukkan PAS sebuah parti segar yang responsif dengan kehendak rakyat yang bangkit menentang penipuan PRU. #SuaraRakyat505 menghargai PAS yang telah mengeluarkan arahan ahlinya untuk bersama himpunan aman esok. Dimaklumkan kebenaran pemilik premis (MBPJ) telah diperolehi dan makluman pada pihak sepatutnya sudah dibuat. Justeru, #SuaraRakyat505 menggesa pihak berkuasa untuk memberi kerjasama, tidak mengganggu dan menghalang rakyat berhimpun sepertimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Rakyat sudah buktikan, himpunan #KL112 berlangsung dengan aman tanpa gangguan pihak berkuasa, walaupun dengan pengawasan yang minima. Mengenai permit yang dipersoal, majlis esok juga merupakan sebahagian progam kerajaan Negeri Selangor yang mana kesempatan tersebut digunakan untuk bertemu pengundi terbanyak. Oleh demikian tidak timbul soal permit dan orang ramai yang menyatakan kehadiran tidak usah ragu lagi, teruslah hadir. Bermula jam 5 petang pentas akan dipenuhi dengan pelbagai persembahan dan aksi 'desakkan terhadap SPR' sebelum program kemuncak pada sebelah malam yang bakal menampilkan pemimpin yang benar-benar membuktikan sokongan penuh terhadap aspirasi rakyat. Antara yang pasti hadir ialah Anwar Ibrahim, Md Sabu, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Hatta Ramli, che'GuBard dan ramai lagi pimpinan NGO dan Pakatan Rakyat. Juga penampilan artis rakyat Ito, Abby Abadi dan penampilan paling istimewa ialah pidato pertama Adam Adli sejak dibebaskan. Segala persiapan sudah dirancang sebaiknya malah persediaan dari aspek keselamatan juga dibuat - satu pasukan khas perubatan dengan 55 orang doktor disediakan dan barisan peguam juga telah sedia bagi segala kemungkinan. Sekiranya berlaku penangkapan sila SMS dengan format nama/IC/Balai/tahap kecederaan kepada nombor-nombor berikut: 010-2142076, 017,3288794 dan 0128965727. Semua sudah bersedia, esok 25 Mei adalah hari yang baik untuk Himpunan #SuaraRakyat505 dikenang sebagai himpunan paling bersejarah. Lahirnya Himpunan #SuaraRakyat505 apabila rakyat bersatu dan bangkit berhimpun membantah penipuan pilihanraya secara besar-besaran di peringkat nasional, setelah beberapa siri di peringkat negeri yang rata-ratanya dihadiri ratusan ribu rakyat. Amaran rakyat sebelum ini, jika PRU menipu rakyat akan humban penipu ini maka SPR adalah sasaran pertama yang perlu dihumban oleh rakyat. Ayuh, bersama menjadi sebahagiaan dari sejarah yang akan dibaca oleh generasi akan datang, betapa rakyat hari ini bangkit merebut demokrasi demi menyelamatkan negara. CHE'GUBARD Jurucakap Gabungan 'Suara Rakyat 505' Pengasas SAMM Anggota Gabungan 'Suara Rakyat 505' 1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 2. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) 3. Tindak Malaysia 4. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) 5. Parti Sosialis Malaysia (PSM) 6. Parti Rakyat Malaysia (PRM) 7. Gabungan Menuntut Royalti ® 8. Asalkan Bukan Umno (ABU) 9. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) 10. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) 11. Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) 12. Kill The Bill 13. Malaysian For Beng Hock 14. Mama Bersih 15. Kelab Bangsar Utama 16. Radio Bangsar Utama (RABU) 17. Mahasiswa Keadilan Malaysia 18. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden (KAMI) 19. Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA) 20. Indipendent Student Front (INSTEF) 21. University Malaya Association Of New Youth (UMANY) 22. Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) 23. Gabungan NGO Pengerang 24. Angkatan Pembebasan Bangsa (APB) 25. Gabungan Mahasiswa Islam seMalaysia (GAMIS) 26. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI) 27. Pro-Mahasiswa Nasional Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) 28. Pertubuhan Kemajuan dan Kebajikan Rakyat Selangor (Pro-Rakyat) 29. Angkatan Rakyat Muda (ARM) 30. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) 31. Unit Ehsan Malaysia 32. Anwar Ibrahim Club (AIC) 33. Agent of Change (AoC) 34. Revolusi Anak Muda Malaysia (RAMM) 35. Kami Anak Muda Menenatang Umno (K.A.M.U) 36. Gagasan Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 37. Pertubuhan Kebajikan Rakyat Perlis (PKR Perlis) 38. Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI) 39. Gabungan NGO Kelantan 40. Solidariti Anak Bachok Daratkan Minyak (CABAR) 41. Majlis Permuafakatan Kampung Warisan KL/Selangor (MUAFAKAT) 42. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI) 43. Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) 44. Gabungan Menuntut Royalti Terengganu (R Terengganu) 45. Selamatkan Teluk Rubiah 46. Selamatkan Pantai Port Dickson 47. Selamatkan Pasar Payang 48. Jaringan Sepadu Rakyat Malaysia (SEPADU) 49. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) 50. Malaysian Indians Progressive Association (MIPAS) 51. Federation of Malaysian Indian Organisation (PRIMA) 52. Malaysian Indians Transformation Action Team (MITRA) 53. Angkatan Nasional India Malaysia (AGNI) 54. Comuniti Front (CF) Seremban Berkaitan: 'Saya Tetap Akan Berjuang Selagi Rakyat Bersama-sama' - DSAI [MK] Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat. " Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena. "Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin. Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan "blackout 505" yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi. Turut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. Perhimpunan "blackout 505" di Terengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13. Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini. Ketiga-tiga mereka telah ditahan dibawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang. Selain individu terbabit, polis turut menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza. Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming. |
Gunting Tertusuk di Kepala: Ibu Bapa Bergaduh, Anak yang Menjadi Mangsa... Posted: 24 May 2013 07:00 PM PDT [HM] Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam. Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur. Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain. Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting. Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting. |
Khas untuk Mereka yang Percaya SPR Itu BEBAS & BERKECUALI Posted: 24 May 2013 04:55 PM PDT Gila! Sampai begitu bangang hujah SPR untuk menutup kelemahan dan penipuan yang berlaku! Berkaitan: |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan