DIALOG RAKYAT |
- Himpunan Suara Rakyat 505 : Perkembangan di padang timur Amcorp Mall
- Himpunan Suara Rakyat 505: SUARAM Sedia Peguam, SMS Maklumat Jika Ditahan
- Anwar akan mulakan laporan polis terhadap SPR
- Veteran Umno gesa polis tahan lebih ramai 'pengacau'
- BN S'gor: 'Kalau dua tiga kepala sukar keluar arahan'
- Perwakilan cadang pengerusi SPR pula berhijrah
- Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
- Blackout 505: Seorang lagi akan didakwa di P Pinang
- Leman Raja Lawak, Abby Abadi jadi tarikan perhimpunan
- DAP Pulau Pinang tidak fail petisyen keputusan PRU13
- Anwar bertegas tidak akan undur
- Zahid, media sosial kerjasama banteras aktiviti menyalahi undang-undang
- Jangan Lepas Dendam Kepada Guru
- Akhirnya Parti-parti Berasaskan Kaum, UMNO, MCA, MIC Bakal Berkubur!
- Palanivel mahu unit hal ehwal India diletakkan di bawah MIC, bukan Hindraf
- Ahmad Zahid: Pembangkang setuju berhimpun secara aman tapi buat sebaliknya
- Polis kemuka rayuan keputusan tolak permohonan reman tiga individu
- BN satu parti, baik tetapi...
- SKMM: Suspek hina Sultan Terengganu dalam Facebook ditahan
- PKR mahu s'jaya baru teliti persempadanan p'raya
- Zahid anggap perhimpunan hari ini 'tindakan provokasi'
- Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti'
- PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505
- Wan Azizah tututut pemimpin SPR letak jawatan
- Petisyen salah satu cara, debat pun perlu juga
Himpunan Suara Rakyat 505 : Perkembangan di padang timur Amcorp Mall Posted: 25 May 2013 06:50 AM PDT 6.00 petang : Jalan ke tapak himpunan mula ditutup. Peserta himpunan mula memenuhi padang berhadapan Amcorp Mall 6.05 petang : Polis trafik membuat beberapa sekatan jalan menuju ke lokasi himpunan 6.15 petang : Kelihatan pihak polis sedang mengawal lalu lintas. Kawasan di sekitar lokasi himpunan dipenuhi dengan gerai menjual pakaian dan makanan 6.30 petang : Keadaan lalu lintas masih terkawal 6.45 petang : Pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani turut berucap. Sementara itu, peserta himpunan mula meletakkan kenderaan masing-masing di susur masuk lokasi himpunan 7.00 petang : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mula menyampaikan ucapan di pentas utama himpunan. Selain itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut menyampaikan ucapan dan membuat persembahan 7.15 malam : Setakat ni tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh peserta himpunan. Keadaan terkawal 7.30 malam : Kelihatan sudah ada peserta himpunan melanggar syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila segelintir ibu bapa membawa kanak-kanak ke lokasi himpunan. 7.50 malam : Keadaan lalu lintas menuju ke lokasi mulai sesak. 8.15 malam : Ketika ini sekitar Petaling Jaya mulai hujan namun peserta dan penyokong himpunan tetap tidak berganjak. 8.30 malam : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin sedang berucap selepas solat maghrib. 8:45 malam : Jumlah peserta ke perhimpunan semakin bertambah. Turut kelihatan golongan orang kurang upaya (OKU) juga mengambil bahagian tanpa menghiraukan keselamatan mereka dan tiada kemudahan disediakan penganjur untuk golongan ini. 8.50 malam : Polis trafik dan pasukan FRU tidak lagi kelihatan berlegar ataupun mengawal lalu lintas di sekitar Amcorp Mall. 8.55 malam : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap. 9.00 malam : Pemimpin DAP, Ronie Liu memberi ucapan. 9.10 malam : Keadaan di stesen LRT Taman Jaya mulai lengang. 9.15 malam : Giliran Dayang Ku Intan memberi ucapan. 9.16 malam : Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh memberi ucapan aluannya. 9.20 malam : Ketika ini, hujan lebat di lokasi himpunan namun peserta tetap tidak berganjak. | ||||||
Himpunan Suara Rakyat 505: SUARAM Sedia Peguam, SMS Maklumat Jika Ditahan Posted: 25 May 2013 04:25 AM PDT SHAH ALAM: Pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyediakan khidmat guaman bagi membantu perserta Himpunan Suara Rakyat 505 yang ditahan polis malam ini. Menurut peguam SUARAM, Murnie Hidayah Anwar, peserta perhimpunan yang ditahan dinasihatkan menghantar mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) ke nombor yang disediakan bagi memudahkan SUARAM mengambil tindakan seterusnya dengan kadar segera. "Orang kena tahan (OKT) boleh hantar mesej nama penuh, nombor kad pengenalan, balai mana ditahan dan jika cedera melalui SMS dan SUARAM akan hantar peguam ke balai polis di mana orang kena tahan (OKT) diletakkan. "Jangan telefon, tetapi SMS lebih memudahkan kami ambil butiran orang kena tahan," kata Murnie ketika dihubungi TV Selangor. Talian untuk mesej tersebut adalah: 017-328 8794 (Murnie), 010-214 2076 (Farhana), 012-625 5384 (Hida), 012-896 5727 (Sam), 017-332 5424 (Hasbee), 013-384 5740 (Theva) dan 012-499 4872 (Yu Lin). Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini meluahkan keyakinan pihak polis mampu mengawal perhimpunan yang beliau sifatkan sebagai perhimpunan haram itu. Ahmad Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. Himpunan Suara Rakyat 505 yang juga dikenali Himpunan Blackout 505 pertama kali diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu ekoran protes terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). | ||||||
Anwar akan mulakan laporan polis terhadap SPR Posted: 25 May 2013 04:17 AM PDT Oleh Masdar Wahid PETALUNG JAYA: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memulakan laporan polis berhubung penipuan pilihan raya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) "Saya sendiri akan membuat laporan polis di Permatang Pauh Isnin ini kerana saya mengundi di sana," katanya dalam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN ke-9 di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini. Beliau mengingatkan anggota parti di semua peringkat memfokuskan pada pengumpulan bukti berhubung penipuan pilihan raya dan membuat laporan polis mengenainya selewat-lewatnya Isnin ini. "Kita hendak selesaikan dahulu PRU ke 13 ini, barulah cerita mengenai PRU-14. Kita semua tahu memang berlaku penipuan pilihanaraya yang turut dibantu secara langsung oleh pimpinan SPR," katanya. Kata Anwar, perkara paling mudah dalam kandungan laporan polis ialah berhubung dakwat yang tidak kekal dijari semasa berlangsungnya pengundian dalam piliha raya umum lalu. Berdasarkan nasihat peguam kata Anwar, jumlah laporan polis yang kecil akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang kini diusahakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Sebab itu semua pimpinan setiap negeri dan cabang mesti membuat laporan polis beramai-ramai bermula esok atau selewat-lewatnya Isnin ini," tegas Anwar | ||||||
Veteran Umno gesa polis tahan lebih ramai 'pengacau' Posted: 25 May 2013 04:14 AM PDT Setiausahanya, Datuk Musthafa Yaakub mendakwa, Veteran yakin sekiranya Anwar dan Kit Siang tidak ditahan, kedua-duanya akan meneruskan siri jelajah memprotes keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). "Kedua-dua mereka adalah perancang dan penggerak utama demonstrasi jalanan itu," dakwa beliau dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Musthafa lagi, Veteran turut menyokong penuh ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengambil tindakan ke atas Naib Presiden PKR, Tian Chua, aktivis pembangkang, Haris Ibrahim, aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Hamid dan anggota Pas, Tamrin Ghafar. Kelmarin, Tian Chua, Haris dan Tamrin telah ditahan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina, di sini, pada 13 Mei lepas yang didakwa berbaur hasutan. Bagaimanapun ketiga-tiganya dibebaskan semalam selepas permohonan reman polis ditolak majistret. Manakala Khamis lalu, Adam Adli dituduh mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengeluarkan kata-kata hasutan melalui ucapannya 13 Mei lalu. Adam Adli kemudiaanya dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes tersebut akan disebut semula 2 Julai depan. Sementara itu, Musthafa turut menyokong penuh cadangan Dr Ahmad Zahid supaya sesiapa yang tidak gembira menjadi rakyat negara ini melepaskan kerakyatan negara ini dan berhijrah kenegara yang boleh memberi mereka kegembiraan serta kepuasan berpolitik. "Veteran sanggup membantu mereka mendapatkan tempat di negara yang menjadi pilihan mereka termasuk Kutub Utara dan Kutub Selatan. "...dengan ini Veteran menjemput sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem Kerajaan sedia ada dan tidak gembira menjadi rakyat Malaysia, supaya tampil mendaftar nama-nama mereka dengan Veteran untuk diproses serta ditapis sebelum mereka dihantar ke negara pilihan mereka," dakwanya lagi. | ||||||
BN S'gor: 'Kalau dua tiga kepala sukar keluar arahan' Posted: 25 May 2013 04:09 AM PDT MALAYSIA KINI BN Selangor perlu mengatur strategi mulai sekarang dalam usaha parti gabungan itu untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 termasuk menyusun semula kepimpinan di peringkat negeri, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata BN Selangor perlu mempunyai hanya seorang ketua untuk mengurus dan mentadbir politik di negeri itu termasuk mengeluarkan arahan kepada pimpinan lain. "Kalau ada dua atau tiga kepala sukar untuk keluarkan arahan, jadi kena lantik seorang sahaja ketua untuk berikan arahan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutupan Program Integrasi Ilmu dan Budaya Pembangunan Masyarakat Nelayan anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Kampung Parit 3, Sungai Burung di Tanjong Karang hari ini. Selain itu, katanya, perpaduan dalam kalangan pimpinan BN negeri juga perlu dipertingkatkan dalam memastikan parti gabungan itu mendapat kepercayaan daripada penyokong dan penduduk Selangor. "Kita perlu akui kelemahan dan masalah dalaman parti antara punca kekalahan BN di Selangor, jadi untuk hadapi PRU akan datang kita kena sedia mulai sekarang," katanya. Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang berkata beliau turut bersedia sekiranya pimpinan tertinggi parti BN mahu muka baharu menerajui BN Selangor dan berjanji akan memberikan sokongan penuh kepada siapa juga yang dipilih. "Kalau saya dipertanggungjawabkan, saya akan meneruskannya... siapapun bukannya masalah. Pemimpin datang dan pergi yang penting ialah perjuangan parti perlu diteruskan. "Saya tidak penting, saya boleh jadi imam dan boleh jadi makmum, apapun terpulang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN di Selangor," katanya. Mengenai ketua pembangkang di negeri itu, Noh berkata perkara itu juga diserahkan kepada Najib. Dalam PRU13 lepas, BN memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lima daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.- Bernama | ||||||
Perwakilan cadang pengerusi SPR pula berhijrah Posted: 25 May 2013 04:07 AM PDT KONGRES PKR Seorang perwakilan di Kongres Nasional PKR ke-9 mencadangkan agar pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalan, Datuk Wan Ahmad Wan Omar agar berhijrah ke negara lain ekoran penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei. Wakil Kedah, Azman Nasrudin antara lainnya membangkitkan isu dakwat kekal, yang didapati tanggal dengan mudah dalam beberapa kejadian pada hari pengundian tersebut. Azman yang juga merupakan ADUN Lunas dalam ucapannya turut mencadangkan agara pegawai di pusat mengundi terdiri daripada individu yang tidak berpihak pada mana-mana parti serta telah dipersetujui bersama oleh Pakatan dan BN. "Kita minta supaya ketua SPR dan timbalannya untuk letak jawatan dan keluar dari negara ini. "Mereka kata dah laksanakan permintaan pembangkang untuk buat dakwat kekal, kepala otak dia," katanya dengan penuh bersemangat semasa membentangkan satu usul dalam kongres di Petaling Jaya hari ini. Beliau berkata demikian bagi menjawab saranan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga merupakan naib presiden Umno, agar golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari. Zahid yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan saranan tersebut kepada golongan pengikut parti politik membantah keputusan pilihan raya umum ke-13. | ||||||
Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti' Posted: 25 May 2013 04:05 AM PDT KONGRES PKR Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik. Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara. "Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain. "Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain? "Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya. PKR, bersama-sama dengan PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat,memperolehi 51 peratus undi popular tetapi hanya menang 40 peratus kerusi Parlimen berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus undi popular tetapi menang 60 peratus kerusi. Sebelum ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke negara lain. Sementara itu, dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke seluruh negara. "PKR dengan ini mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi. Beliau berkata hanya satu daripada lapan tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH yang dilaksanakan SPR, iaitu dakwat kekal, yang berakhir dengan kegagalan. Wan Azizah berkata parti itu tetap komited kepada perhimpunan Black 505 di seluruh negara bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya. Beliau berkata sebilangan besar orang muda menghadiri perhimpunan tersebut dan beliau menyifatkan golongan itu sebagai generasi harapan masa depan. Wan Azizah berkata, penangkapan dan pendakwaan Adam Adli baru-baru ini menunjukkan kerajaan BN takut kepada orang muda yang berani bercakap kebenaran dan menentang penipuan pilihan raya. | ||||||
Blackout 505: Seorang lagi akan didakwa di P Pinang Posted: 25 May 2013 04:03 AM PDT MALAYSIA KINI Seorang daripada anggota penganjur Perhimpunan Blackout 505 di Pulau Pinang pada 12 Mei akan didakwa pada hari Isnin di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA).Setiausaha kerja sekretariat Pakatan Rakyat, Ong Eu Leong dari PKR Pulau Pinang berkata beliau diminta hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth pada jam 8.30 pagi Isnin ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Ong berkata, pada 23 Mei 2013, ASP Govind datang ke pejabat PKR untuk menyerahkan saman ke atasnya dan beliau akan didakwa di bawah Seksyen 9(1) (yang memerlukan penganjur memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan diadakan). Perhimpunan tersebut - yang diadakan di Batu Kawan - menyaksikan puluhan ribu hadir di stadium di situ untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya umum pada 5 Mei. Ong berkata pihak penganjur telah memaklumkan beberapa kali kepada pihak berkuasa mengenai perhimpunan tersebut. Menurutnya, pada 11 Mei akhbar The Star melaporkan bahawa Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi (kiri) sebagai berkata pihak penganjur telah mengemukakan notis kepada ketua polis daerah seperti yang dinyatakan dalam APA itu. Laporan itu juga memetik Abdul Rahim sebagai berkata pihaknya akan menggerakkan anggotanya ke tempat perhimpunan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, dan akan memastikan kelancaran aliran trafik. Ong berkata beliau telah mengemukakan notis kepada ketua polis daerah Bukit Mertajam dan telah membincangkan perkara dengan mereka pada pada 10 Mei. "Kami kemudiannya memutuskan untuk memindahkan perhimpunan itu ke stadium Batu Kawan," katanya. Sebagi rakyat yang mematuhi undang-undang, Ong berkata, beliau turut memaklumkan ibu pejabat polis Nibong Tebal mengenai perhimpunan di Stadium Batu Kawan walaupun beliau telahpun berbuat demikian kepada IPD Bukit Mertajam. | ||||||
Leman Raja Lawak, Abby Abadi jadi tarikan perhimpunan Posted: 25 May 2013 03:54 AM PDT Selepas berlangsungnya lapan siri perhimpunan Blackout 505 di seluruh negara, kini perhimpunan kesembilan dan terakhir yang digelar 'Perhimpunan Suara Rakyat 505' - akan berlangsung di Petaling Jaya jam 5 petang ini. Perhimpunan, di mana NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah antara penganjur utamanya, diadakan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya dan salahlaku dalam pilihan raya umum baru-baru ini. Pihak berkuasa menyiasat atau medakwa mereka yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan Blackout 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA), kerana didakwa gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dilaporkan berkata perhimpunan hari ini merupakan "satu tindakan provokasi" dan tidak mengikut peruntukan di bawah APA. Perhimpunan sebelum ini telah menarik puluhan ribu orang - yang terbesar diadakan di stadium Kelana Jaya tidak jauh dari tempat perhimpunan hari ini. Kira-kira 120,000 orang membanjiri perhimpunan pada 8 Mei itu - sama ada di luar atau di dalam stadium yang penuh sesak. Bagi perhimpunan hari ini - di Dataran Petaling Jaya - mempunyai kapasiti maksimum kira-kira 80,000. Jika mengambilkira perhimpunan sebelum ini, maka ia juga dijangka dibanjiri puluhan ribu hadirin. LAPORAN LANGSUNG 6.27pm: Seorang pelawak Leman Raja Lawak dan seniwati Abby Abadi turut muncul di pentas pidato petang ini. Leman dalam ucapannya turut mengambil peluang untuk menyindir gaya rambut isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor. "Tanya sama Rosmah, kenapa rambut kembang, nanti jawab Rosmah, tupai buat sarang," kata Leman yang menyanyikan lagu 'Tanya Sama Pokok' dengan lirik diubah suai. 6.22pm: Jumlah peserta semakin meningkat, kira-kira 10,000 orang kini memenuhi padang. 6.10pm: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara pemimpin Pakatan Rakyat yang paling awal muncul di Dataran Petaling Jaya. Menurut Azmin, beliau hadir ke himpunan ini pada sebelah petang kerana akan menghadiri majlis di Batu Caves anjuran ADUN Batu Caves, Amir Shari pada sebelah malam. 5.45pm: Seorang wakil dari NGO menuntut bayaran Royalti minyak kepada Kelantan dalam ucapannya menggesa agar SPR diletakkan di bawah tanggungjawab parlimen dan bukannya di bawah jabatan perdana menteri. "Kami, anak muda Malaysia, mahu pilihan raya umum diadakan semula," katanya. 5.40pm: Imam masjid yang pernah dipenjarakan kerana membaling selipar kepada hakim, Imam Hoslan dalam ucapannya memberitahu orang ramai isterinya melahirkan anak ke-11 mereka sewaktu beliau dipenjarakan. "Jangan takut untuk beranak ramai-ramai tuan-tuan dan puan-puan kerana anak-anak kita yang ramai ini akan menumbangkan semua mereka yang zalim," laung Imam Hoslan disambut sorakan orang ramai. 5.30pm: Hanya beberapa orang anggota polis dilihat berkawal di perhimpunan hari ini. Sebilangan anggota tersebut dilihat mengawal lalulintas. 5.27pm: Aktivis siswa Safwan Anang menjadi individu pertama berucap. "Ada sesetengah orang tak faham bahasa, mereka kata jika orang yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya, boleh keluar dari Malaysia. Ini kenyataan bodoh, betul atau tidak?," katanya yang disambut dengan laungan "Ya" oleh para peserta. 5.24pm: Orang ramai berdiri tegak apabila acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Malah, individu yang dilihat sedang menyeberang jalan dari kompleks Amcorp Mall juga berhenti di tengah jalan dan berdiri tegak sewaktu lagu kebangsaan dinyanyikan. 5.15pm: Pengerusi majlis memulakan acara dengan mengumumkan tiga tujuan utama untuk mengadakan perhimpunan hari ini:
4.45pm: Jumlah peserta meningkat kepada kira-kira 500 orang dalam suasana yang semakin meriah. Salah seorang peserta, Yusri Mohd Yusof berkata perhimpunan ini bagi menyatakan kemaharan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya atas dakwaan penipuan yang berlaku dalam pilihan raya. Pensyarah berusia 41 tahun itu yang turut hadir di perhimpunan di Kelana Jaya berkata beliau berharap perhimpunan kali ini sebagai perhimpunan paling besar. Ditanya mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa perhimpunan hari ini tidak menepati keperluan Akta Perhimpunan Aman 2012, Yusri berpendapat sebaliknya. Katanya, para peserta tidak menyebabkan kekacauan atau mengadakan perhimpunan jalanan. "Kita hanya berhimpun di sini secara aman," katanya. 4.42pm: Salah satu gerai yang dibuka di kawasan perhimpunan ini didapati cuba mengumpul 100,000 tandatangan individu yang menuntut demokrasi. Individu yang mengusahakan projek tersebut, yang enggan dinamakan berkata beliau akan menyerahkan nama berkenaan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menekan kerajaan agar mendengar tuntutan rakyat. 4.30pm: Kelihatan beberapa trak FRU yang melalui jalan dekat padang Dataran PJ. Bagaimanapun, tidak ada anggota polis dilihat berhampiran padang. 4.15pm: Jumlah orang berpakaian hitam semakin meningkat kepada ratusan orang, tetapi padang masih kosong. Sebaliknya, orang ramai berkumpul di sekitar gerai makanan di luar padang. Kira-kira 50 peserta protes berbaris Persiaran Barat, melaungkan "Reformasi", "Hidup Rakyat" dan beberapa slogan lain. Mereka menggesa kereta yang melalui jalan utama untuk membunyikan hon tanpa sokongan. Pemimpin DAP, Hew Kuan Yau aka 'Superman' menjual baju-T yang memaparkan foto wajahnya bersama logo Superman. Dari masa ke semasa, penceramah popular itu diminta peminatnya untuk bergambar. 3.01pm: Kira-kira 100 orang kini berada di sekitar dataran tersebut, kebanyakannya berpakaian hitam dan mencari perlindungan dari pancaran panas matahari yang sekitar 33 darjah Celsius dengan yang terang. Ada yang memilih untuk membeli-belah di Amcorp Mall yang berhawa dingin di seberang jalan, dengan berpakaian baju hitam perhimpunan Blackout 505. Setakat ini tidak kelihatan kehadiran kehadiran polis dan penganjur masih sibuk menyediakan pentas, tetapi laluan kaki lima di padang itu dan berhampiran stesen LRT Taman Jaya sudah dipenuhi gerai menjual makanan dan barangan. Walaupun notis mempromosi perhimpunan itu - yang diedarkan melalui media sosial - termasuk amaran "Vuvuzelas diharamkan", tetapi ia masih dapat didengar. Beberapa penyokong juga telah berbaris di sepanjang jalan untuk melaungkan slogan politik, manakala pemandu yang lalu di situ turut membunyikan hon. Lalulintas masih lancar di kawasan itu, tetapi jalan empat lorong di luar padang semakin sesak apabila lebih banyak kereta diletak di tepi jalan, memaksa trafik menggunakan hanya satu lorong di setiap arah. | ||||||
DAP Pulau Pinang tidak fail petisyen keputusan PRU13 Posted: 25 May 2013 03:41 AM PDT GEORGETOWN - DAP Pulau Pinang tidak berhasrat untuk menfailkan petisyen berhubung keputusan PRU13 baru-baru ini. Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, sehingga kini ia tidak menerima sebarang laporan atau bukti mengenai kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya untuk membolehkannya membuat petisyen Selain itu, faktor kemenangan besar DAP di Pulau Pinang pada PRU13 juga memberi kepuasan kepada parti itu untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri bagi penggal kedua sejak 2008. "Semua kerusi yang DAP tandingi memperolehi kemenangan besar dan saya belum terima sebarang laporan yang membolehkan kita kemukakan petisyen. "Bagaimanapun, DAP menyokong tindakan PKR untuk menfailkan petisyen mengenai kemenangan tipis BN yang meragukan bagi kerusi parlimen Balik Pulau dan tiga kerusi Dun," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan pembukaan sebuah syarikat pengurusan kredit, SK iWealth Sdn Bhd, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Tanjung, Ng Wei Aik dan Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu. Sementara itu, mengulas cadangan pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn agar BN bergabung menjadi satu parti bagi mengembalikan sokongan rakyat dan mengelakan masalah perkauman, Kon Yeow berkata, ia adalah satu perkembangan positif yang perlu dilakukan. Namun beliau berkata,cadangan itu tidak bermakna jika BN hanya menukar nama kepada parti 1Malaysia sebaliknya perlu menukar dasar secara keseluruhan jika benar mahu menjadi sebuah parti tunggal. Menurutnya, sudah tiba masanya arena politik negara tidak lagi bergantung kepada sokongan berteraskan kaum seperti yang diamalkan selama ini. | ||||||
Anwar bertegas tidak akan undur Posted: 25 May 2013 03:39 AM PDT PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada persada politik tanah air. Katanya, tindakan itu kerana mendakwa Pakatan Rakyat (PR) kalah dengan penipuan dalam pilihan raya lalu. "Jika tanpa ada penipuan, kita akan berada di Putrajaya hari ini, saya bukan tidak boleh terima kekalahan, tapi jika pilihan raya kalah dengan proses yang dijalankan secara telus saya akan bersara. "Tapi dalam kes ini, kita menang, apa sebab saya nak undur, dia (Barisan Nasional) dapat undi 47 peratus dengan tipu takkan hendak minta orang (PR) dapat undi 51 peratus undur, kamu tidak malu ke? "Saya putuskan kita tidak akan undur," katanya ketika menyampaikan ucapan pengggulungan pada Kongres PKR ke-9 di sini, hari ini. Sebelum ini, Anwar dilaporkan pernah menyuarakan hasrat meninggalkan dunia politik dan kembali mengajar sekiranya pakatan pembangkang gagal menguasai Putrajaya tetapi tidak menyatakan sama ada di universiti dalam atau luar negara. Anwar juga pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat. Mengulas lanjut, katanya beliau bukan mengubah fikiran, tetapi mahu teruskan perjuangan kerana mendakwa penipuan didalangi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membantu kemenangan BN. "Bagi kita, kita sudah menang pilihan raya, tetapi kekalahan ini melibatkan bawa masuk (orang) Bangladesh, ini penipuan," dakwanya. Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, sekiranya kerusi parlimen yang ditandingi turut dicurigai berlaku penipuan, beliau sedia jika berhadapan dengan pemilihan semula. "Saya sedia bertanding semula, tetapi jika parti memilih saya kembali," katanya. | ||||||
Zahid, media sosial kerjasama banteras aktiviti menyalahi undang-undang Posted: 25 May 2013 03:38 AM PDT SINAR HARIAN BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu. Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar. "Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan. Ahmad Zahid berkata dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu. Bagaimanapun beliau berkata prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna. "Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya. Beliau berkata 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan. Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. - Bernama | ||||||
Jangan Lepas Dendam Kepada Guru Posted: 24 May 2013 10:26 PM PDT MS0 Kegagalan UBN untuk mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan kekurangan undi popular buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya menjadikan beberapa jabatan dan individu tertentu yang sedia menjadi perkakas buruk (baca juga perut labuh) kepada parti itu bertindak diluar batas kepada pihak-pihak yang disangka tidak memberi sokongan hatta walaupun sesama seprofesyen. Salah satu kumpulan yang menjadi mangsa golongan menjadi perkakas buruk kepada UBN ialah, masyarakat guru. Pilihan raya tidak memberi keadaan kondusif buat golongan ini. Pilihan raya yang merupakan intipati kepada sistem demokrasi negara ini tidak menjamin hak kebebasan untuk mereka bersuara. Malahan pilihan raya menjadi malapetaka buruk sekiranya parti yang memerintah tidak menang. Mereka dijadikan "punching beg" oleh bos-bos atau orang atasan. Guru adalah sebahagian pengundi yang berotak dan dapat menilai sendiri untuk memilih calon atau parti mana yang relevan mengikut keadaan semasa. Mereka adalah pengundi yang tahu membuat penilaian dan bukan jenis 'lembu rumput cerut'. Tetapi sayang pengokongan ke atas mereka secara keterlaluan membuat aset yang ada kepada mereka untuk menjadi pemilih yang tepat disia-siakan begitu saja. Lebih malang lagi mereka dipaksa hidup-hidup melakukan apa yang mereka tidak 'hingini'. Bayangkan betapa zalimnya tindakan orang atasan (tentulah arahan pegawai di PPD), ada setengah yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya diminta mengundi atau pangkah di hadapan guru besar. Lebih 'biawak cabuk' lagi guru besar itu apabila guru besar berkenaan dikatakan sedia untuk menghulurkan upah sebanyak RM50 atau mengikut (roma) guru berkenaan kalau perempuan yang cantik dan 'gelenyer' dengan guru besar akan diberi sampai RM200 ringgit. Apakah ini SOP guru-guru apabila tiba pilihan raya? Saya tidak mahu mengimbau ke seluruh negara untuk bercerita mengenai nasib serta keadaan guru-guru ini. Tetapi saya akan bercerita apa yang ada di hadapan mata saya atau apa yang saya dengar sendiri. Saya akan mengisahkan apa yang berlaku ke atas guru-guru di Kelantan Darul Naim saja. Cerita di negeri lain juga di kalangan guru tidak banyak bezanya kerana mereka bementerikan sama, berketua pengarahkan sama dan juga berperdana menterikan orang yang sama. Arahan dan tindakan adalah standard. Tekanan dan paksaan ke atas golongan guru di Kelantan sudah lama dilakukan. Mereka dipaksa menghadiri berbagai majlis; kursus, seminar atau majlis semata-mata bagi dipengaruhi agar menyokong UBN dan jangan sokong PAS. Mereka disogok bukan saja dengan makanan dan elaun sekadar RM10 atau RM20 tetapi juga dibekalkan bahan-bahan kempen yang sangat huduh dan tidak tergamak untuk disebutkan di sini. Video seks, buka-buku yang penuh dengan fitnah disediakan kepada guru. Mereka dibekalkan dengan bahan-bahan tambahan dan rujukan yang tidak ada kena mengena dengan sekolah. Bahan itu bukan menambah minda kependidikan guru tetapi merosakan pemikiran guru. Menyedari ini saya pernah mengkritik Ketua Pengarah Pelajaran Kelantan bernama Hussein Awang itu. Beliau tidak boleh menafikan tidak terlibat dalam jenayah politik ini kerana beliau adalah Ketua Pengarah Pendidikan di Kelantan. Setiap apa yang berlaku dalam majlis guru di Kelantan atau di sekolah adalah dalam poket seluar dan bajunya. Bukan jenis lembu rumput cerut. Kita hairan macam mana seorang ketua pengarah boleh bertindak sedemikian? Bukankah cara itu membiarkan guru-guru dijadikan bahan paksaan adalah tindakan salah dan tidak profesional? Di sinilah saya katakan guru sebagai pemilih yang berotak telah dan cuba dilakukan seperti mereka semacam tidak ada otak kerana boleh diperkotak katikkan ilmu mereka. Jadi kalau ada yang pejal dan konsisten dengan prinsip mereka tidak boleh disalahkan kerana guru-guru memang ada ilmu boleh buat keputusan sendiri dan diperlakukan macam lembu ruput cerut. Kita faham tidak ada kuasa guru-guru untuk melawan. Walaupun guru-guru ada kesatuan, tetapi kesatuan tidak akan mempedulikan soal hak asasi guru sebagai seorang manusia dan hak profesyen berkenaan. Kesatuan juga awal-awal lagi telah menjadi tali barut UBN atas nama tidak mahu mencampuri politik? Kesatuan akan bersetuju dengan apa juga tindakan asalkan kepentingan guru, soal gaji, elaun dan perkhidmatan lain dijanjikan kepada mereka. Soal minda guru dirogol dengan berbagai bentuk paksaan bukan menjadi tanggungjawab mereka. Kini apa yang terdengar di Kelantan ialah nasib malang yang diterima oleh sesetengah guru ekoran kegagalan UBN untuk merampas Kelantan. Kegagalan itu telah diletakkan di atas kepala guru walaupun guru tidak pun sampai 20 peratus sebagai penentu kerajaan Kelantan. Tindakan balas dendam kini sudah mulai diambil ke atas guru-guru. Di Pasir Puteh katanya seramai 69 orang guru di seluruh daerah itu sudah dikenal pasti akan dikenakan tindakan ditukar sekolah. Begitu juga di Bachok dan di daerah-daerah lain. Setengah sudah pun mula berkuatkuasa, sementara yang lain menanti surat pertukaran baru. Dipercayai ia akan selesai selepas cuti dua minggu ini. Masa sedang menikmati cuti dua minggu ini ada guru-guru yang cemas mengenai nasib mereka. Bukan saja guru yang terlibat dengan pertukaran atas dendam dan khianat politik itu marah dengan tindakan berkenaan tetapi kaum keluarga dan orang ramai juga. Mereka mengira tidak patut tindakan sebegitu dikenakan terhadap guru-guru. Alasan mereka ditukar bukan kerana melakukan kesalahan yang digariskan dalam perkhidmatan perguruan, tetapi kerana melanggari undang-undang yang ditetapkan oleh Umno? Apakah jabatan pendidikan hari ini tidak ada garis panduan sendiri dan terpaksa serahkan tindakan ke atas guru kepada Umno? Mereka yang disenaraikan akan ditukar katanya mempunyai atau melakukan beberapa sebab. Sebab utamanya kerana tidak menyokong UBN dalam pilihan raya lalu. Pengesanan atau bukti dibuat berdasarkan kepada beberapa keadah berupa laporan dari kalagan ahli Umno sendiri. Kaedah yang paling popular ialah keengganan guru-guru berkenaan menunjukkan sokongan terbuka kepada UBN. Salah satu ukuran (dan ini paling melucukan) kerana tidak memakai stiker "T" di kereta masing-masing. Stiker "T" adalah bermaksud Tukar kerajaan PAS kepada UBN. Jadi mana-mana guru yang dikeretanya tidak dilekatkan stiker T akan disenaraikan sebagai penentang kerajaan. Selain itu guru-guru yang jelas bertugas membantu parti PAS atau PKR baik sebagai tukang kempen, menjaga pos atau pun tampal poster. Mereka ini juga akan disenaraikan sebagai 'penentang' kerjaan dan perlu ditukar. Bagaimana pun apa yang menyedihkan ialah tindakan atau satu mekanisme dikenakan oleh pihak tertentu ke atas guru-guru Kafa atau Farduin yang dikatakan enggan melakukan taklik sumpah sesuatu yang keji. Manamana guru Kafa ini yang enggan bersumpah taklik mereka akan dikenakan tindakan termasuk ditukar. Guru-guru ini dipanggil ke dalam satu majlis dan kena berhadapan dengan seorang panel khas yang meminta mereka bertaklik. Bunyi takliknya ialah; bersumpah mereka tidak mnyokong PAS atau PKR didalam pilihan raya lepas. Mana-mana guru yang tidak hadir untuk bertaklik ini, mereka disenaraikan sebagai penentang kerajaan dan akan sedia untuk ditukar. Tindakan taklik ini sebenarnya lebih busuk dan buruk dari tindakan bersumpah lakukan sesetengah si jahil di hadapan Kabbah? Celaka. Tindakan menukar guru-guru ini adalah satu huhuman kejam tanpa melihat kepentingan kepada pembangunan pendidikan anak bangsa. Ia dibuat berdasarkan atas naluri Umno semata-mata. Menerusi tindakan ini ada yang merungut akan ditukar jauh ke negeri lain, terpaksa berpisah dengan anak isteri atau suami. Ada juga guru yang baru menyiapkan rumah, di mana duit loan belum habis dibayar tetapi sudah terpaksa meninggalan rumah kerana laki bini ditukar bekerja di negeri lain. Bukan itu tindakan itu memisah guru yang suami istri sebagai zalim? Banyak implikasi buruk dari tindakan ini. Selain ianya satu tindakan kejam dan diluar semangat demokrasi, ia juga memberi kesan kepada dunia kependidikan. Guru-guru yang ditukar terpaksa berpisah dengan anak isteri atau suami akan mengalami kemelut peribadi, ini menyebabkan kulaiti pendidikan mereka akan terjejas. Kesan daripada berlaku penindasan ke atas mereka ini ialah anak-anak kita juga. Di sini saya meminta kepada Umno khasnya Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed memantau kejadian ini. Beliau kena membuat penyelidikan apakah maklumat yang saya terima ini benar atau tidak. Jika ianya benar, beliau harus menggunakan kuasanya sebagai pengerusi menghentikan tindakan zalim ini. Percayalah tindakan membelas dendam dan menzalimi guru-guru ini tidak akan memberi kelabaan kepada Umno. Mereka yang ditukar tidak akan serit atau pun berpaling tadah pergi melutut kepada Ketua-ketua Bahagian untuk sokong Umno. Kalau pun yang ada berbuat begitu jumlah tidak sampai satu persen. Mustapa harus mempelajri dari apa yang berlaku sebelum ini. Pada tahun 60-an 70-an dan 80-an dulu sudah pun berlaku tindakan kejam sebegini. Guru-guru yang dikenal pasti tidak menyokong UBN ditukar ke hulu-hulu, mereka dipisah dengan kaum keluarga sampai di hantar ke pedalaman Sabah dan Sarawak. Beratus orang guru yang menyokong PAS menerima nasib malang itu. Pengarah atau orang besar Jabatan Pelajaran yang melaksanakan undang-undang cronian itu masih hidup sampai ke hari ini dan beliau boleh dirujuk untuk mengetahui apakah tindakan beliau itu memberi kelabaan atau kerugian kepada Umno. Tindakan sadis itu tetap tidak memberi kemenangan kepada UBN. Sebaliknya pertukaran itu menyebabkan PAS khasnya, laba besar kerana guru-guru yang dihantar ke hulu atau luar negeri itu dapat mngembangkan parti mereka di sana. Contohnya wujudnya cawangan PAS di Hulu kelantan, Gua Musang dan Jeli ialah kerana adanya gur-guru yang menyokong PAS berasal dari Pasir Mas atau Kota Bharu dihantar ke pedalaman itu. Merekalah yang memberi pencerahan dan mengajak rakyat menyokong PAS dengan membuka cawangan PAS di hulu Kelantan. Begitu juga dengan kewujudan PAS di negeri-ngeri yang sebelum ini tidak ada cawangan PAS seperti Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak, ianya tumbuh apabila aktivis PAS dihantar ke daerah itu sebagai satu hukuman. Di sinilah hikmat Tuhan. Saya hendak mengingatkan Mustapa Mohamed. Mungkin isu pertukaran guru-guru di Kelantan yang menyokong Pakatan Rakyat itu tidak dalam pengetahuannya. Mungkin ia adalah idea atau pandai-pandai Ketua Pengarah Pendidikan Kelantan sekarang ini kerana mengambil ilham apa yang pernah berlaku sebelum ini. Mungkin. Kalau itu bukan atas tindakan dan arahan Mustapa, jelas tindakan itu sebagai hendak sabotaj Mustapa. Ia mungkin di sengajakan untuk membangkitkan kemarahan dan kebencian kalangan guru kepada Mustapa. Dalam hal ini mungkin ada hantu atau dalang lain yang memberi semangat dan sokongan kepada Pengarah Pendidikan Kelantan agar berbuat demikian. Mungkin dalang itu sudah dapat membaca apakah bidasan politik dari tindakan itu. Jadi apabila semua orang marah kepada Mustapa, maka beliau diminta untuk berundur atau melepaskan jawatan Ketua Perhubungan. Desakan dan kecaman ke atas Mustapa tidak dapat tidak akan berlaku kalau kemelut ini tidak diredakan. Dalam perhimpunan agung Umno kelak isu ini akan dimainkan. Ketika ini Mustapa akan senak perut dan ketika ini si dalang yang licik itu akan tampil untuk menjadi hero baru kepada Umno. Mungkinkah ini formulanya dan Mustapa harus bijak memahaminya. Justeru Mustapa kena arahkan segera tindakan menukar guru-guru yang tidak berdosa kepada perkhdimatan mereka dihentikan. Zaman politik dendam, benci dan timbuk sudah pun berakhir. Sekiranya benar Mustapa ingin membawa alunan politik baru di Kelantan, berbaik-baik dengan sesiapa saja untuk kepentingan rakyat, maka jangan izinkan warga guru diperlakukan sedemikian rupa. Yang patut ditukar dalam masa 24 jam bukan guru-guru yang tidak sokong UBN itu tetapi pengarah pendidikan dan pegawai-pegawai di PPD yang menjadi tukang salak yang tidak pun menakutkan guru agar menyokong UBN. Mengambil tindakan ke atas penarah dan pegawai PTD terlibat itulah paling tepat dan auliyanya. | ||||||
Akhirnya Parti-parti Berasaskan Kaum, UMNO, MCA, MIC Bakal Berkubur! Posted: 24 May 2013 09:56 PM PDT KELAB GREENBOC Cadangan BN parti tunggal adalah rasional PHUKET: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas. "Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN. "Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik," katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas. Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya. Mekanisme pelaksanaan Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera. "Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik," katanya. Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan. "Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan. "Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan," katanya. Struktur BN Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: "di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan. Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum. Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini. Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas. "Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya. – Bernama | ||||||
Palanivel mahu unit hal ehwal India diletakkan di bawah MIC, bukan Hindraf Posted: 24 May 2013 09:45 PM PDT KUALA LUMPUR— Tetap dengan pendirian bahawa MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel (gambar) mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf. Oleh itu, beliau berkata unit itu tidak boleh diketuai pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam barisan baharu Kabinet baru-baru ini. "Unit itu perlu diletakkan di bawah MIC. Kita tidak boleh ada dua pertubuhan dengan fungsi yang berbeza untuk masyarakat yang sama. MIC adalah parti induk bagi masyarakat India sejak 1946 dan kita melakukan kerja yang baik dan meneruskan usaha menangani masalah yang sudah begitu lama," katanya. Beliau menegaskan bahawa jawatankuasa khas kabinet bagi orang India di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang diketuai MIC telah mengubah kehidupan ribuan masyarakat India dan membawa mereka dalam pembangunan arus perdana negara. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC di ibu pejabat parti di sini, Palanivel juga berkata beliau akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan, bagi membawa isu berhubung usaha memperkukuh keperluan masyarakat India. Palanivel berkata perbincangan itu juga akan menyentuh agenda ekonomi masyarakat India. "Ini memerlukan perbincangan serius. Saya akan bertemu Perdana Menteri sama ada Isnin atau Selasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu. Palanivel juga berkata MIC akan mengadakan perbincangan dengan Parti Progresif Penduduk (PPP), Barisan Progresif India (IPF), Makkal Sakhti dan semua pihak yang berasaskan kaum India berhubung cara meningkatkan undi kaum itu kepada BN. Beliau juga mengumumkan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera dan Timbalan Menteri Pendidikan II P.Kamalanathan dilantik sebagai pengerusi majlis pendidikan India MIC. — Bernama | ||||||
Ahmad Zahid: Pembangkang setuju berhimpun secara aman tapi buat sebaliknya Posted: 24 May 2013 09:43 PM PDT Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka. "Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam tadi. Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini. Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. Pembangkang telah menganjurkan beberapa perhimpunan di seluruh negara, kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 dan mendakwa mereka yang sepatutnya mentadbir di Putrajaya berdasarkan undi popular. Ahmad Zahid (gambar) pada rancangan temu bual itu, berkata kebanyakan perhimpunan terbabit diadakan tanpa permit polis dan juga berbentuk provokasi. "Bila dengan saya, setuju dengan pendapat saya (berhubung perhimpunan aman), tetapi bila dengan penyokong mereka, lain pula ceritanya. Dah macam budaya tempe. Pagi kacang, petang dah ada kulat dan jadi tempe pula," katanya. Ahmad Zahid berkata beliau menghormati pemimpin PAS kerana menerima keputusan pilihan raya. Beliau menyifatkan tindakan pemimpin pembangkang lain yang tidak bersetuju dengan pandangan pemimpin PAS sebagai 'desperado' kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai objektif menawan Putrajaya. Ahmad Zahid berkata mereka menjadi desperado kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan pada pilihan raya umum, 5 Mei lepas. Sebenarnya mereka lebih kecewa kerana tidak dapat mencapai impian untuk menguasai kerajaan persekutuan berbanding Barisan Nasional yang tidak mendapat majoriti dua pertiga, katanya. Mengenai tindakan polis menahan dua tokoh pembangkang dan seorang aktivis sosial serta merampas akhbar dan majalah terbitan pembangkang kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, beliau berkata polis dan agensi di bawah kementeriannya hanya menguatkuasakan akta terbabit. Beliau berkata mereka bertindak secara profesional tanpa campur tangan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. "Salah ke kalau polis bertindak dalam menguatkuasakan peraturan dan akta yang sedia ada," katanya. —Bernama | ||||||
Polis kemuka rayuan keputusan tolak permohonan reman tiga individu Posted: 24 May 2013 09:40 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis. "Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi. Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian. Dua hari lalu, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar dari PAS ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan. Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta semalam. — Bernama | ||||||
Posted: 24 May 2013 09:32 PM PDT SHAH ALAM – Cadangan supaya kesemua parti komponen BN digabungkan dan BN dijadikan hanya satu parti boleh mengelak polarisasi kaum dalam politik negara ini. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, keputusan PRU13 menunjukkan elemen polarisasi sudah mula meresap dalam politik dan ini tidak sihat bagi negara. "Jika kaum tertentu cenderung sokong hanya satu pihak, ini tidak sihat apabila pihak satu lagi pula hanya diwakili kaum lain. Misalnya pada PRU13, orang Cina menolak MCA dan Gerakan hingga parti itu seakan sudah mahu pupus, ini tidak elok untuk politik apabila sudah ada elemen polarisasi," katanya. Sehubungan itu kata beliau, cadangan BN sebagai satu parti, bukan gabungan parti-parti komponen sebagaimana sekarang satu pendekatan yang baik untuk mencegah polarisasi berasaskan parti politik. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam menyifatkan cadangan menjadikan BN parti tunggal sebagai rasional dan perlu dikaji secara mendalam. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam kenyataan selepas PRU13 menyifatkan keputusan pilihan raya itu sebagai tidak sihat apabila majoriti pengundi Cina terpedaya taktik pembangkang, memilih jauhi BN. Ini sekali gus mewujudkan keadaan seolah-olah negara ini ditadbir secara sistem dua parti apabila orang Cina di pihak pembangkang dan majoriti orang Melayu pula di pihak kerajaan. Mustafa bagaimanapun berkata, apa dicadangkan Ko Youn ini bukan perkara baru. "Pada 1950-an, cadangan ini pernah disuarakan Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno sendiri untuk buka keahlian kepada semua kaum. Tetapi oleh kerana cadangan itu dianggap terlalu ke hadapan pada masa itu, ia ditolak orang Umno sendiri hingga Datuk Onn berundur daripada Umno dan mengasaskan IMP dan kemudian Parti Negara. "Tahun ini, kita dengar semula cadangan itu, mungkin kerana prestasi BN semakin hambar dalam pilihan raya. Soalnya, apakah parti komponen BN sudah sedia (untuk terima cadangan itu)?" katanya. Menurut Mustafa, apa yang paling penting dalam BN ialah persetujuan parti komponen terutama daripada tiga parti yang memegang kunci iaitu Umno, MCA dan MIC. Ditanya mengenai mekanisme, beliau berkata, jawatan presiden dan timbalan presiden seelok-eloknya daripada kaum majoriti. Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata, cadangan seperti itu sukar untuk diterima orang Melayu sebagai kaum majoriti yang bimbang kedudukan mereka terjejas. "Orang Melayu sejak dulu kuasai politik terutama melalui Umno. Saya yakin majoriti orang Melayu tak akan setuju dengan cadangan ini. Bukan soal nostalgia yang akan dipersoalkan tetapi kelangsungan hidup orang Melayu di negara ini," katanya. | ||||||
SKMM: Suspek hina Sultan Terengganu dalam Facebook ditahan Posted: 24 May 2013 09:30 PM PDT SINAR HARIAN CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah berjaya mengesan suspek yang menghina DYMM Sultan Terengganu di laman Facebooknya. Dengan kerjasama Polis, suspek berkenaan telah ditahan untuk disoal siasat. Jika didapati bersalah, dia boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali. SKMM memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuatnaik kandungan yang berunsur menghina terutamanya institusi DiRaja Malaysia. "Undang-undang negara berkuatkuasa tidak kira di mana-mana, baik di luar mahupun di dalam talian. Jenayah tetap jenayah, walaupun di dalam media sosial," kata Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi. "Pengguna media sosial perlu sedar bahawa mereka tidak sekebal seperti yang disangkakan. Oleh itu, kami menyeru kepada orang ramai supaya berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab semasa berkomunikasi di alam maya. Sesiapa yang melanggar lunas undang undang akan dibawa ke muka pengadilan," tambah Dato' Sharil. - Bernama | ||||||
PKR mahu s'jaya baru teliti persempadanan p'raya Posted: 24 May 2013 09:26 PM PDT PKR hari ini mahu sebuah suruhanjaya baru yang bebas, telus dan profesional dibentuk untuk meneliti urusan persempadanan kawasan pilihan raya. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada persempadanan semula yang didakwanya didalangi Umno dan dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan. "Peranan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan syor-syor persempadanan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR," katanya. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang ini. Dalam ucapannya yang bertajuk 'Laksana Satu Nyawa', Azmin yang juga ahli parlimen Gombak berkata Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Katanya, antara kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5% rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. "Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013. "Justeru saya mencadangkan supaya Angkatan Muda dan Wanita supaya proaktif untuk memulakan usaha berbincang dengan pihak yang mempunyai kepakaran untuk mengesyorkan kewajaran persempadanan baru berasaskan etika demokrasi sebagai cadangan balas terhadap syor-syor persempadanan semula oleh SPR pada hujung tahun ini," katanya. Dalam ucapannya juga, Azmin berkata parti itu mempunyai tempoh lima tahun lagi bagi membina kekuatan untuk memperkukuh organisasi dan struktur sebelum berdepan dengan pilihan raya umum akan datang. Katanya, persediaan parti tidak terbatas kepada gerak kerja pilihan raya sahaja, tetapi juga pembangunan parti secara menyeluruh yang melibatkan pembangunan kepimpinan, perkaderan, organisasi dan kewangan. "Bagi merealisasikan hasrat ini, saya ingin mencadangkan penubuhan Institut Ta'dib Siyasi (Institute for Political Education) dengan tenaga pelatih yang wibawa, fasilitator yang tetap, kemudahan latihan yang berteknologi canggih serta sejumlah peruntukan yang dapat memenuhi keperluan institusi ini," katanya. Menurut Azmin lagi, satu aspek yang juga penting dalam pembangunan parti adalah kewangan dengan memetik kata-kata pemikir strategi Von Clausewitz yang berbunyi: "war is an extension of politics by other means". "Politik adalah sejenis peperangan. Dalam perancangan perang, terdapat dua unsur wajib; pertama persepsi dan kedua sumber. Dalam perang politik, kita perlu membina dan mengurus persepsi rakyat melalui manifesto dan komunikasi politik. "Tetapi segala ini akan menjadi 'lame duck' sekiranya kita tidak mempunyai sumber. Apakah kita mahu Keadilan menjadi 'lame duck' political party?" katanya. Sehubungan itu bagi memastikan PKR terus relevan dan sejajar dengan aspirasi rakyat, Azmin menyeru parti itu perlu memperkukuh organisasi, menggilap idealisme dan citra perjuangan agar perjuangan parti terus meraih dokongan rakyat. | ||||||
Zahid anggap perhimpunan hari ini 'tindakan provokasi' Posted: 24 May 2013 09:20 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah. Beliau berkata perhimpunan 'suara rakyat 505' itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka. "Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik," katanya dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi. Ahmad Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. "Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis,"katanya. Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak tanggapan tindakan polis dan agensi di bawah kementerian berkenaan menggambarkan ketegasan beliau sebagai menteri dalam negeri yang baharu. Tanggapan itu timbul ekoran penahanan tiga aktivis pembangkang di bawah Akta Hasutan dan rampasan akhbar serta majalah pembangkang yang melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan oleh agensi di bawah kementerian berkenaan baru-baru ini. Beliau berkata tindakan tegas pihaknya adalah bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada. "Saya menyerahkan kepada pihak profesional untuk melakukan tindakan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang harus dikuatkasakan oleh mereka sendiri dan tidak ada campur tangan daripada saya selaku Menteri Dalam Negeri,"katanya.- Bernama | ||||||
Reformasi politik: PKR tuntut BN bersama 'suara majoriti' Posted: 24 May 2013 09:18 PM PDT Sebagai suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi politik. Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara. "Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain. "Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain? "Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya. Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya. PKR, bersama-sama dengan PAS dan DAP di bawah Pakatan Rakyat,memperolehi 51 peratus undi popular tetapi hanya menang 40 peratus kerusi Parlimen berbanding BN yang hanya mendapat 47 peratus undi popular tetapi menang 60 peratus kerusi. Sebelum ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN. Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya agar berhijrah ke negara lain. Sementara itu, dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke seluruh negara. "PKR dengan ini mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi. Beliau berkata hanya satu daripada lapan tuntutan kumpulan reformasi pilihan raya BERSIH yang dilaksanakan SPR, iaitu dakwat kekal, yang berakhir dengan kegagalan. Wan Azizah berkata parti itu tetap komited kepada perhimpunan Black 505 di seluruh negara bagi membantah dakwaan penipuan pilihan raya. Beliau berkata sebilangan besar orang muda menghadiri perhimpunan tersebut dan beliau menyifatkan golongan itu sebagai generasi harapan masa depan. Wan Azizah berkata, penangkapan dan pendakwaan Adam Adli baru-baru ini menunjukkan kerajaan BN takut kepada orang muda yang berani bercakap kebenaran dan menentang penipuan pilihan raya. | ||||||
PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505 Posted: 24 May 2013 09:14 PM PDT
Bahkan, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad, PAS Selangor menyeru semua ahlinya menyertai himpunan itu. "Saya diberitahu, Astro Awani ada menyiarkan berita kononnya PAS Selangor menghalang ahlinya menyertai himpunan di padang Amcorp Mall malam ini. "Saya ingin beritahu, ia tidak benar bahkan kita menyeru semua ahli dan penyokong menyertainya malam ini," kata Khalid (gambar kanan) ketika menghubungi Harakahdaily. Sebelum ini, PAS Pusat mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling itu. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. "PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily. Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam hari ini. Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing. | ||||||
Wan Azizah tututut pemimpin SPR letak jawatan Posted: 24 May 2013 09:10 PM PDT
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun tuntutan rakyat yang dibuat berkali-kali melalui Bersih ditolak kesemuanya melainkan penggunaan dakwat kekal. "Dakwat kekal yang tidak kekal ini adalah bukti jelas bahawa proses PRU13 yang dikendalikan oleh SPR tidak telus dan dicemari dengan penipuan,"katanya. Namun, apa yang berlaku katanya, dakwat hitam yang dikatakan kekal selama lima hari rupanya indah khabar dari rupa dan lebih mengejutkan alasan-alasan SPR untuk menutup penipuan kononya dakwat itu perlu digoncang terlebih dahulu. Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Keadilan Ke-9 yang sedang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini. Malah katanya, seluruh rakyat Malaysia merasa amat kesal atas kegagalan SPR melaksanakan amanah yang diberi rakyat dengan adil dan saksama. "Tindakan SPR ini mengingatkan kita kepada nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seorang sahabat Abu Dzar Al-Ghiffari. "Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat. Di tanya kepada Baginda SAW, "Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?" Rasulullah bersabda "Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan," katanya memetik sabda Rasulullah SAW. Kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara mengikuti kongres kali ini, rata-rata di kalangan mereka mengenakan baju berwarna hitam sebagai membantah penipuan yang dilakukan oleh SPR dalam PRU13 baru-baru ini. Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan di dalam kongres ini termasuklah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP Karpal Singh. Kongres Nasional yang berlangsung dua hari bermula semalam, hari ini merupakan kongres penuh yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution kira-kira jam sembilan pagi. Persidangan kali ini dijangka akan ditangguhkan jam 7.00 malam nanti. | ||||||
Petisyen salah satu cara, debat pun perlu juga Posted: 24 May 2013 09:08 PM PDT
Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, alasan bahawa sebarang ketidakpuasan hati boleh dibawa melalui petisyen di mahkamah adalah betul, tetapi terlalu bayak dakwaan penipuan yang memerlukan penjelasan sendiri dari SPR melalui medium selain petisyen tersebut. "Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu Pru ke 13. Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlau banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU ke 13. "Mengelakkan diri bertemu, dialog dan berdebat menguatkan persepsi rakyat bahawa SPR di pihak yang bersalah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Riduan, memfailkan petisyen di mahkamah adalah suatu mekanisme yang akan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Namun selain itu, banyak kaedah lagi yang akan dibuat termasuk bersidang di Parlimen, perhimpunan aman, memorandum dan lain-lain lagi kerana penipuan ini terlalu ketara dan perlu diketahui umum. Tambahnya lagi, alasan kononnya tidak mahu memberi publisiti percuma kepada Pakatan Rakyat dengan debat itu merupakan alasan tidak boleh diterima, dan hanya mempamerkan sikap angkuh dan sombong Wan Ahmad. "Sudahlah tidak mahu bertemu, diajak debat juga tidak mampu. Jika Datuk Wan Ahmad takut bertemu dengan pelbagai alasan yang beliau kemukakan, sebaiknya beliau meletakkan jawatan. "Pemimpin atau pengadil perlu berani menanggung risikonya serta bersedia bertemu dengan sesiapa sahaja, bukan berselindung di sebalik media dan kuasa undang-undang," katanya. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan