DUNIACACAMARBA |
- Obama Telefon Najib: Apa Laporan Utusan? Apa Laporan White House? Apa Kata Anwar Ibrahim?
- [SENARAI PENUH] Kabinet RASMI Najib 2013-2018, KJ & Pemimpin Hindraf Tersenarai
- Petugas SPR DIKURUNG untuk Pangkah Kertas Undi? Magik PRU13
- Kabinet Najib 2013
- [Gambar] Ribuan Warga Johor Demo Bantah Anwar Ibrahim
- Kabinet 2013: Khairy Mungkin Dapat Jawatan, Adik Najib Tiada dalam Senarai
- [Video] Apa Cerita Zul Nordin 101%? Mari Dengar Bodek dan Cerita Liburnya Sebelum PRU13
Obama Telefon Najib: Apa Laporan Utusan? Apa Laporan White House? Apa Kata Anwar Ibrahim? Posted: 15 May 2013 05:00 AM PDT Bacalah laporan Utusan ini sampai habis di sini. Persoalannya di sini bukanlah sama ada Obama ada menelefon Najib atau tidak, tetapi kandungan perbualan telefon antara Najib dengan Obama. Apakah kandungan sebenar perbualan mereka? Adakah perbualan tersebut sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan? Apa pula laporan White House? Baca:
Kalau kurang percaya, sila baca kenyataan White House itu di sini. Bandingkan laporan Utusan dengan kenyataan White House. Ada persamaan? Berapa banyak retorik dan laporan mengangkat diri? Apa kata Anwar Ibrahim? Laporan MK menyebut: Anwar mahu serah bukti penipuan p'raya pada Obama [MK] Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwanya berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. Berucap dalam Himpunan 'Black 505' di Kuantan malam tadi, Anwar berkata Pakatan mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara Malaysia. "Oh, katanya tadi Obama telefon kepada Datuk Seri Najib. Tak apa, tak ada masalah. Tapi saya nak beritahu kepada Presiden Obama... Amerika pun lancar perang di Iraq, untuk apa? Untuk demokrasi di Iraq. "Saya nak beritahu kepada Amerika, kita akan beri bukti penipuan dan (kita) nak tengok kamu akan kata apa. Malaysia ini dimenangi oleh Umno pada pilihan raya baru-baru ini, bukan sahaja dengan undi rakyat Malaysia, tapi undi Banglasia," kata Anwar. Kira-kira 30,000 hadirin yang dihadir di markaz PKR di Jalan Beserah malam tadi bersorak dan meniupkan vuvuzela sebagai sokongan ke atas kenyataan Anwar itu. Tokoh PKR itu mengulas laporan Bernama sebelum itu bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia. Dalam panggilan mengejut itu, Obama menyatakan beliau faham dan menerima proses dan keputusan PRU13 baru-baru ini di Malaysia. Laporan yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri itu menyebut, Presiden AS itu turut diberi taklimat mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil. Dalam ucapannya juga, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya menerima dakwaan undi bukan warganegara Malaysia sebagai "perkara biasa". "Dan SPR terima itu sebagai perkara biasa. Yalah, dia ada kad pengenalan biru. Penipu! Jawapan yang tidak bertanggungjawab. "Sebab itu, saya katakan nak selamatkan negara ini, pertama sekali yang perlu undur, (Pengerusi) SPR mesti diberhenti sekarang juga," katanya yang turut disambut dengan sorakan dan tiupan vuvuzela.-DCM | ||
[SENARAI PENUH] Kabinet RASMI Najib 2013-2018, KJ & Pemimpin Hindraf Tersenarai Posted: 15 May 2013 03:21 AM PDT BARISAN KABINET KERAJAAN MALAYSIA 2013 Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri di Jabatan Perdana Menteri: Datuk Seri Jamil Khir Baharom Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator) Datuk Seri Idris Jala (Senator) Tan Sri Joseph Kurup Datuk Seri Shahidan Kassim Nancy Shukry Datuk Joseph Entulu Belaun Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator) Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator) Kementerian Kewangan Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan Kementerian Pelajaran Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan Kementerian Dalam Negeri Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri: Hamim Samuri Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Menteri: Datuk Seri G. Palanivel Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit Kementerian Pengangkutan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku) Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman Kementerian Pertahanan Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri Kementerian Kerja Raya Menteri: Datuk Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Kementerian Kesihatan Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Kementerian Belia dan Sukan Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan Kementerian Sumber Manusia Menteri: Datuk Richard Riot Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Menteri: Datuk Hasan Malek Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun Kementerian Luar Negeri Menteri: Datuk Seri Anifah Aman Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi Kementerian Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi: Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI: 1 JAWATAN MENTERI: 30 JAWATAN (TERMASUK TIMBALAN PERDANA MENTERI) TIMBALAN MENTERI: 27 JAWATAN JUMLAH 57 JAWATAN JUMLAH KEMENTERIAN 24 JUMLAH SENATOR SEDIA ADA 1 ORANG JUMLAH SENATOR AKAN DILANTIK 5 ORANG (2 MENTERI DAN 3 TIMBALAN MENTERI) JUMLAH BACKBENCHERS 82 ORANG P/s: Tiada wakil MCA dan Gerakan | ||
Petugas SPR DIKURUNG untuk Pangkah Kertas Undi? Magik PRU13 Posted: 15 May 2013 01:09 AM PDT [HD] KUALA LUMPUR: PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Maklumat tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut. Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily. Portal itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR di Besut. Bukti tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa pada hari mengundi 5 mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah dikurung untuk memangkah kertas undi. Salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi. "Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi. Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi. | ||
Posted: 14 May 2013 10:48 PM PDT Senarai Menteri Kabinet Baru 2013 Perdana Menteri (Menteri Kewangan) Najib Tun Razak Timb. Perdana Menteri (Menteri Pertahanan) Muhyiddin Yassin Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom Mohamed Nazri Abdul Aziz Idris Jala Ahmad Maslan Menteri Kewangan Mustapa Mohamed Menteri Pelajaran Idris Jusoh Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai Menteri Pelancongan Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Luar Anifah Aman Menteri Kerja Raya G Palanivel Menteri Kesihatan Wee Ka Siong Menteri Belia Dan Sukan Ahmad Shabery Cheek Menteri Sumber Manusia S Subramaniam Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Noh Omar Menteri Perdagangan Dan Industri Ahmad Husni Hanadzlah Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Shafie Afdal Menteri Sains Teknologi Dan Innovasi Fadillah Yusof Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar Douglas Unggah Embas Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air Chin Fah Kui Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Mahazir Khalid Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi Joseph Salang Gandum Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Ong Ka Chuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Noriah Kasnon Menteri Penerangan Dan Komunikasi Khairy Jamaluddin Menteri Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani Adakah senarai yang tersebar di blog ini seperti yang ada dalam senarai Najib? Senarai di atas juga agak berbeza daripada nama-nama yang didakwa akan menyertai kabinet Najib seperti yang disiarkan oleh BH. Berita BH ini menyebut: "Antara yang disebut bakal dilantik sebagai menteri ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Datuk Halimah Sadique (Tenggara), Datuk Azizah Dun (Beaufort), Datuk Abdul Rahman Dahalan (Kota Belud), Datuk Seri Idris Jusoh (Besut), Datuk Fadilah Yusof (Petra Jaya), Datuk Tajuddin Rahman (Pasir Salak), Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (Rompin), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Ahmad Maslan (Pontian) dan beberapa wakil dari Sabah dan Sarawak. Khairy dikatakan bakal menerajui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Halimah (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Jamaluddin (Kementerian Kewangan), manakala Tengku Adnan sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kese-jahteraan Bandar. Dilantik semula Selain itu, bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat dijangka dilantik semula sebagai menteri berstatus senator. Barisan Kabinet kali ini juga bakal menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertukar ke Kementerian Pelancongan, manakala Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Jamil Khir masing-masing kekal di Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri. Selain itu, Datuk Seri Shafie Apdal yang sebelum ini Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dikatakan berpindah ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Bagi timbalan menteri pula, kebanyakan nama yang akan mengisi senarai itu majoritinya di kalangan muka baru yang menang PRU-13 seperti Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim (Kuala Selangor), Datuk Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading), Datuk P Kamalanathan (Hulu Selangor), Datuk Noor Ehsannudin Mohd Harun Narrashid (Kota Tinggi), Anuar Abd Manaf (Sekijang), Datuk Hasbullah Osman (Temengor) dan Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa). Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (Balik Pulau) juga bakal memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri. Rombak kementerian Perdana Menteri juga dijangka melantik Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata sebagai timbalan menteri berstatus senator dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)." Untuk kepastian, tunggulah pengumuman yang bakal dibuat oleh Najib sedikit masa lagi. Khabarnya pengumuman itu akan dibuat pada petang ini-DCM Berkaitan: [SH] SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media petang ini, dipercayai bagi mengumumkan barisan Kabinet. Sidang media dijadual berlangsung pada jam 5 petang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara jam 12 tengah hari tadi. Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi esok. | ||
[Gambar] Ribuan Warga Johor Demo Bantah Anwar Ibrahim Posted: 14 May 2013 05:15 PM PDT
Kalau ikut cara UMNO atau TV3 mengira, memang jumlah di atas mencecah ribuan orang. Menurut sumber gambar, "ribuan" rakyat Johor ini berkumpul di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Tangkak, Johor bagi membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor bagi Perhimpunan BLACK505 yang dijadualkan akan berlangsung malam pada malam ini. -DCM P/s: Berdasarkan kehadiran di atas, banyak orang yang pelik dan hairan BN dapat mengekalkan kuasa di Malaysia. Itulah magik PRU13!!! | ||
Kabinet 2013: Khairy Mungkin Dapat Jawatan, Adik Najib Tiada dalam Senarai Posted: 14 May 2013 04:59 PM PDT [TMI] KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak akan terus kekal sebagai Menteri Kewangan, dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Berhad Datuk Seri Abdul Wahid Omar akan dijadikan menteri untuk menguruskan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam Kabinet baru yang akan diumumkan hari ini, kata sumber Barisan Nasional (BN). Sehingga lewat malam tadi, Najib dan pasukannya masih membuat perubahan dalam senarai tersebut akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dijangkakan akan diberikan jawatan Kabinet. Terdapat juga cakap-cakap beberapa ahli Parlimen MCA akan mengambil jawatan di kementerian Pengangkutan dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Kabinet tetapi ini masih belum disahkan. MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen ditandingi, telah berikrar untuk tidak mengambil sebarang jawatan Kabinet sekiranya mereka mendapat kerusi berkurangan pada pilihan raya 5 Mei, berbanding 15 mereka perolehi pada Pilihan Raya 2008. Difahamkan Najib telah mengadakan mesyuarat dengan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam berhubung isu tersebut. Sementara Kabinet baru juga akan menyaksikan Datuk Seri Mustapa Mohamed akan dijadikan Menteri Kewangan II, kata sumber BN. Diantara yang tersenarai dalam Kabinet adalah bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pelajaran sementara Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipindahkan ke Kementerian Pelancongan. Sumber Umno sebelum ini mengatakan Zahid akan kekal di Kementerian Pertahanan sementara seorang lagi Naib Presiden Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkemungkinan besar akan kekal sebagai Menteri Dalam Negeri. Difahamkan juga Datuk Noriah Kasnon akan dilantik menjadi menteri wanita dan pembangunan masyarakat. Ahli Parlimen Sungai Besar itu merupakan ahli Exco Wanita Umno dan timbalan menteri di kementerian tersebut sejak tahun lalu. Difahamkan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri. Dua ahli Parlimen MIC, presiden parti Datuk Seri G Palanivel dan timbalannya Datuk Seri S Subramaniam akan turut menerima jawatan Kabinet, menurut sumber bilik perang BN. Diantara ahli Parlimen Malaysia Timur yang dikatakan diberikan jawatan Kabinet adalah Datuk Seri Anifah Aman (Luar Negeri), Datuk Seri Peter Chin Fai Kui (Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air), dan Douglas Unggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar). Kedua-dua Anifah dan Chin telah berkhidmat sebagai menteri dalam Kabinet lalu walaupun Chin, yang juga merupakan presiden SUPP tidak bertanding dalam Pilihan Raya 2013. Satu senarai yang dikatakan mempunyai 28 menteri untuk Kabinet baru Najib telah dimuat naik di sebuah blog lewat malam tadi akan tetapi masih belum disahkan sebagai senarai rasmi. Agensi berita nasional Bernama melaporkan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara, di sini, pada 12 tengah hari hari ini bagi mendapat perkenan terhadap cadangan pelantikan barisan Kabinet baru. Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri semalam, Baginda telah memperkenan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai menteri dan timbalan menteri diadakan di Istana Negara, 9.30 pagi Khamis. P/s: Khabar angin mendakwa adik Najib akan memegang jawatan Mentyeri Kewangan di sini. | ||
[Video] Apa Cerita Zul Nordin 101%? Mari Dengar Bodek dan Cerita Liburnya Sebelum PRU13 Posted: 14 May 2013 04:46 PM PDT |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan