Rabu, 15 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Senarai barisan kabinet Persekutuan 2013

Posted: 15 May 2013 04:52 AM PDT

SINAR HARIAN

logo parlimen
Logo Parlimen Malaysia.
 
PUTRAJAYA - Berikut ialah senarai barisan kabinet Persekutuan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini:
     
Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
         
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
  
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
 
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

 - Bernama

Noh Omar, Shaziman digugurkan dari kabinet

Posted: 15 May 2013 04:47 AM PDT

MALAYSIA KINI



Beberapa orang pemimpin utama Umno digugurkan dari senarai jemaah menteri yang diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

Paling menonjol adalah MP Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar yang sebelum ini mengetuai portfolio kementerian pertanian dan industri asas tani.

Noh yang juga timbalan pengerusi BN Selangor tidak dikekalkan dalam kabinet kali ini susulan kegagalan BN untuk merampas semula negeri tersebut dalam pilihan raya 5 Mei.

Turut digugurkan ialah ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang sebelum ini mengetuai kementerian kerja raya.

Selain itu, pemindahan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ke kementerian kewangan juga menjadi perhatian memandangkan beliau sebelum ini menjadi menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen dan hal ehwal undang-undang.

Jumlah portfolio kementerian kali ini berkurangan apabila kementeri pelajaran dan kementerian pengajian tinggi digabungkan semula.

Bagaimanapun, jumlah anggota jemaah menteri kali ini adalah lebih besar berbanding sebelumnya.

Paling ketara adalah penyertaan sebilangan besar pemimpin dari Sabah dan Sarawak – seramai 13 orang – di jawatan menteri dan timbalan perdana menteri.

Antara tokoh BN yang menonjol dari blok tersebut ialah MP Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang diberi tanggungjawab untuk mengetuai kementerian perumahan, kerajaan tempatan dan kesejahteraan bandar.

Ketua pemuda BN Khairy Jamaluddin juga mencuri tumpuan apabila diumumkan sebagai menteri belia dan sukan dalam kabinet Najib.

Turut menjadi perhatian ialah pemimpin Hindraf P Waythamoorty yang menjadi timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga pemimpin pertubuhan pemantau rasuah Transparency International Malaysia (TI-M), Paul Low Seng Kuan.

Najib juga menyenaraikan ketua pegawai operasi Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar untuk mengetuai portfolio jabatan perdana menteri.

Dalam ucapannya, Najib berharap "kabinet berimbang" dari wakil golongan berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda itu akan memberi kelangsungan kepada pentadbirannya.

Beliau juga berharap pemimpin berkenaan akan menumpukan kebolehan dan kepakaran masing dalam menangai isu integriti dan rasuah.

"Mereka yang merupakan teknokrat akan sumbang kepakaran khusus yang ada pada mereka, untuk sumbang idea kreatif dan bernas untuk petimbangan kerajaan.

"Selain kebolehan mereka, yang muda akan bawa citarasa golongan muda kepada pertimbangan kerajaan.

"Ini kabinat yang mampu meneruskan dan menjalankan agenda transformasi nasional di samping meningkat kepercayaan dan keyakinan rakyat," katanya.

Anwar: Pakatan tak terlibat himpunan tumbangkan k'jaan

Posted: 15 May 2013 04:46 AM PDT

 


 
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan dari sekumpulan aktivis untuk mengadakan perhimpunan bagi menumbangkan kerajaan tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

kl112 rally people's uprising anwar ibrahim crowd story"Ini tidak pernah dikemukakan pada kami, tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media hari ini.

Tegasnya, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakaan dan juga NGO berkaitan.

Beliau mengulas mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk menghimpunkan seramai sejuta orang pada hari Sabtu ini untuk menumbangkan kerajaan susulan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Phahrolrazi: Letak jawatan bukan protes

Posted: 15 May 2013 04:41 AM PDT

 


 
ADUN Pengkalan Kundor Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata "tidak ada sebab" beliau mahu memprotes pelantikan Datuk Mahfuz Omar sebagai pesuruhjaya PAS Kedah sehingga memutuskan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya 1 PAS negeri itu.

Sebaliknya, beliau menyokong keputusan PAS pusat yang mempunyai hak untuk melantik Mahfuz yang juga naib presiden PAS untuk memegang jawatan tersebut.

NONE"Saya sokong perlantikan Datuk Mahfuz dan (peletakan jawatan) ini cara saya beri kerjasama supaya beliau tidak terikat dengan lantikan pesuruhjaya terdahulu.

"Tiada sebab saya nak protes, itu hak jawatankuasa PAS pusat buat pelantikan pesuruhjaya," kata Phahrolrazi dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Katanya, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Perhubungan PAS Kedah

Musoddak Ahmad kelmarin dan memaklumkan hasratnya itu dalam mesyuarat lajnah politik malam tadi.

Hujung minggu lalu, jawatankuasa PAS pusat bersidang memutuskan untuk melantik Mahfuz sebagai pesuruhjaya PAS Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang keuzuran.

NONEPada pilihan raya umum 5 Mei lalu, PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu gagal mempertahankan kerajaan negeri itu apabila hanya menang 15 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Manakala BN pula menang 21 kerusi.

Ditanya sebab utama beliau melepaskan jawatan yang dipegangnya sejak 2009, Phahrolrazi berkata jawatan tersebut adalah lantikan pesuruhjaya PAS negeri dan bukan dipilih melalui undi ahli akar umbi.

"Jadi (peletakan jawatan untuk) beri laluan kepada Datuk Mahfuz melantik orang yang boleh bekerjasama dan dipercayai untuk melaksana misi beliau (sebagai pesuruhjaya)," katanya.

Mengulas laporan yang memetik Mahfuz tidak berhasrat untuk membuat rombakan kepimpinan PAS, Phahrolrazi berkata perkara tersebut berada dalam bidang kuasa pesuruhjaya.

Bagaimanapun, katanya, Mahfuz yang juga naib presiden PAS boleh melantik sesiapa sahaja untuk mengisi jawatan timbalan pesuruhjaya.

Nurul Izzah mahu gerakkan reformasi di Parlimen

Posted: 15 May 2013 04:15 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Anggota Parlimen Lembah Pantai yang dipilih semula Nurul Izzah Anwar berkata, beliau akan mengetengahkan idea reformasi Parlimen, pilihan raya dan politik dalam sesi Parlimen akan datang ekoran keputusan pilihan raya umum baru-baru ini.

NONENurul Izzah berkata, rakyat Malaysia menuntut pemulihan "demokrasi sebelum pendamaian", selepas wujudnya dakwaan penipuan pilihan raya dan eksploitasi politik berdasarkan kaum sejak dulu dan mencemari keputusannya.

"Rakyat Malaysia semua bangsa dan agama, terutamanya rakyat Malaysia, telah menemui dan memperlihat perpaduan mereka sebagai warganegara yang menentang rasuah dan perkauman.

"Mereka tidak akan berdamai dengan pencuri hak demokrasi mereka, selari dengan lebih jingoisme melampau," katanya merujuk kepada fahaman yang boleh membawa kezaliman kepada kumpulan lain.

Najib paling banyak pengikut Twitter palsu

Posted: 15 May 2013 04:03 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Datuk Seri Najib Razak paling banyak mempunyai pengikut palsu di Twitter berbanding pemimpin-pemimpin dunia lain, menurut Meld Magazine.

NONEPortal atas talian itu melaporkan, Najib mempunyai 40 peratus atau 1.41 juta pengikut palsu - bermaksud pemilik akaun yang mempunyai hanya beberapa pengikut dan tweet tetapi mengikuti banyak akaun.

Sebanyak 15 peratus daripada pengikut Najib tidak aktif, menurut laporan yang disiarkan pada 3 Mei sementara 15 peratus lagi dipercayai pengikut asli.

Di belakang beliau Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra (55 peratus) dan Perdana Menteri India Manmohan Singh (54 peratus) di tempat ketiga.

Enam wakil India dalam pentadbiran Najib

Posted: 15 May 2013 03:54 AM PDT



Pentadbiran kerajaan 'berimbang' yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menampilkan enam wakil India - dua menteri dan empat timbalan menteri.

Ini merupakan pertama kali Najib memberi keutamaan dan kepercayaan kepada dua wakil yang bukannya dari parti MIC, yang membawa perubahan besar terhadap kedudukan sosioekonomi masyarakat India.
  
Mereka ialah Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Loga Bala Mohan, yang akan dilantik sebagai Senator, dipilih sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
  
Sementara itu, mengetuai barisan wakil MIC dalam Kabinet, ialah Presiden parti itu Datuk Seri G.Palanivel yang dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan timbalannya Datuk Seri Dr S.Subramaniam pula dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
  
Naib Presiden MIC Datuk M.Saravanan dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera, P.Kamalanathan pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran II.
  
Dalam pilihan raya umum ke-13, hanya empat ahli politik MIC memenangi kerusi Parlimen daripada sembilan kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu.
  
Mereka ialah Palanivel (Cameron Highlands), Dr Subramaniam (Segamat), Naib Presiden Datuk M.Saravanan (Tapah) dan Penyelaras Nasional bagi pergerakan Putera, P.Kamalanathan (Hulu Selangor).
   
Pada tahun 2008, Najib telah melantik seorang menteri dan dua timbalan menteri untuk Kabinetnya, dan tiga tahun kemudian, Najib melantik Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menerajui pembangunan kaum India.
  
Pada 18 April, Hindraf dan BN menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengandungi enam perkara utama untuk membawa masuk golongan miskin berketurunanIndia ke dalam arus utama pembangunan negara. - Bernama

Khairy, Waytha sertai 'kabinet berimbang' Najib

Posted: 15 May 2013 03:53 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai "kabinet berimbang".

Antara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri.

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib

Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Jabatan Perdana menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Bahrom
Datuk Seri Idris Jala
Datuk Seri Abdul Wahid Omar
Tan Sri Joseph Kurup
Puan Hajah Nancy Shukri
Joseph Entulu
Paul low Seng Kuan
Datuk Seri Shahidan Kassim

Timbalan Menteri di JPM
Datuk Razali Ibrahim
P Waythamoorthy

Menteri Kewangan 1:
Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II
:
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan:
Datuk Ahmad Maslan                              

Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
Menteri I:
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II:
Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan I:
Datuk Mary Yap
Timbalan II:
P Kamalanathan
                                          
Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan: Datuk Rahim Bakri    
                                              
Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar

Menteri Pengangkutan:Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)
Timbalan:
Datuk Abdul Aziz Kaprawi

Menteri Pelancongan:Datuk Seri Nazri Abdul Aziz
Timbalan:
Datuk Joseph Salang Gandum

Menteri Luar Negeri:
Datuk Anifah Aman                                             
Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin

Menteri Kerja Raya:
Datuk Fadhilah Yusof
Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Kesihatan:
Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya

Menteri Belia dan Sukan:
Khairy Jamaluddin                                  
Timbalan: Datuk M Saravanan

Menteri Sumber Manusia:Datuk Richard Riot
Timbalan:
Datuk Ismail Abd Muttalib

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna:Datuk Hassan Malek
Timbalan:
Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Mustapa Mohamad                     

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Ewon Ebin
Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah
                          
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar:Datuk Seri G Palanivel
Timbalan:
Datuk Dr James Dawos Mamit

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau:Datuk Seri Maximus Ongkili 
Timbalan:
Datuk Seri Mahdzir Khalid

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar:
Datuk Shafie Apdal                       

Menteri Industri Perladangan dan Komoditi:
Datuk Douglas Uggah Embas

Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar:Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan:
Datuk Halimah Sadique 

Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Hamim Samuri

Menteri Komunikasi dan multimedia:

Datuk Seri Ahmad Shabery

Menteri Wilayah Persekutuan:

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan: Loga Balamohan

Menteri Pembangunan Wanita:
Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun

Poster ibadat ‘Allah’ hanya untuk Kristian, kata NECF

Posted: 15 May 2013 03:43 AM PDT

Oleh Debra Chong
Penolong Pengarang Berita

KUALA LUMPUR— Kumpulan gereja evangelis Malaysia kelihatan bingung dengan kenyataan melukakan hati oleh kumpulan peguam Islam ke atas kempen ibadat Facebook mereka yang mengandungi perkataan "Allah", mengatakan ia dikhususkan hanya kepada penganut Kristian sahaja dan merupakan mesej untuk menyebarkan kasih sayang kepada negara. 
 
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) semalam menuduh Pengikut Kristian Evangelikal Kebangsaan (NECF) melakukan "jenayah" kekufuran terhadap Islam dengan menyalahgunakan nama tuhan Islam untuk tujuan mereka, walaupun pertikaian itu sedang didengar di Mahkamah Rayuan.

"Projek Malaysia MyHome bertujuan hanya untuk Kristian dan digunakan untuk menyebarkan kasih sayang dan rasa ambil berat terhadap negara," kata setiausaha agung NECF Pastor Eugene Yapp semalam, menjawab kenyataan PPMM yang menggesa pihak berkuasa Islam untuk bertindak terhadap gereja itu.

 "Tindakan yang dicadangkan untuk berdoa dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan adalah ungkapan yang biasa dan luahan keimanan biasa di kalangan penganut semua agama."

Beliau menegaskan NECF menggunakan perkataan "Allah" hanya di poster kempen versi Bahasa Melayu untuk merangkumi jemaah Bumiputera di Malaysia Timur, yang membentuk kira-kira 60 peratus daripada jumlah penduduk Kristian di negara ini dan lebih biasa dengan bahasa kebangsaan.

Jumlah populasi Kristian Malaysia adalah 10 peratus daripada 28 juta penduduk negara dengan satu pertiga daripada penganutnya di Sabah dan lebih separuh di Sarawak, di Borneo Malaysia yang mengikut agama itu.

Akan tetapi agama dan kaum dalam negara yang mempunyai 60 peratus yang didefinasikan oleh Perlembagaan sebagai Melayu dan Islam merupakan isu panas.

Keganasan tercetus menyebabkan beberapa rumah ibadat diserang selepas Mahkamah Tinggi mengatakan Gereja Katolik mempunyai hak untuk memanggil tuhan mereka sebagai "Allah", kerana perkataan Arab itu bukan hak eksklusif Islam, sepertimana yang dipercayai oleh majoriti umat Islam Malaysia.

Ketegangan kekal sehingga hari ini walaupun kemarahan sudah mula reda.

"Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) 1988 tidak merangkumi hak seseorang untuk menganuti dan mengamalkan agamanya, termasuk dalam konteks doa dan tindakan yang baik untuk negara dan rakyat," kata Yapp, sebagai tindak balas kepada rujukan PPMM, undang-undang Islam sama digunakan untuk menghujahkan kes mereka.

Beliau juga membangkitkan hak untuk menganut, mengamalkan dan menguruskan kepercayaan seseorang adalah hak asas yang dijamin oleh Artikel 11, Perlembagaan Persekutuan terhadap semua rakyat.

Dalam laman Facebook mereka, NECF telah menggesa dalam bahasa kebangsaan, semua gereja dan Karistian untuk "merangkul, mengasihi dan memberkati negara ini dengan hadirat dengan kuasa Allah".

Mesej sama juga turut disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Cina.

"Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana pihak yang secara sengaja dan berterusan menggunakan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain yang berakar-umbi dari agama Islam dalam konteks agama bukan Islam bagi sebarang tujuan," kata presiden PPMM Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan penyebaran satu poster di laman sosial Facebook yang dipercayai melanggar peruntukan-peruntukan di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

"Poster pihak NECF yang jelas menyalahgunakan nama suci Allah ternyata merupakan suatu tindakan yang bersifat jenayah dan melanggar JADUAL (Seksyen 9) BAHAGIAN I Enakmen tersebut yang melarang penggunaan nama Allah berserta istilah-istilah Islam yang lain oleh penganut agama bukan Islam," tegas Zainul dalam kenyataannya.

"PPMM menggesa supaya (Badan Bukan Kerajaan Agama Islam) NGI atau mana-mana individu di kalangan umat Islam untuk tampil membuat laporan polis bagi siasatan dimulakan.

"Pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri juga boleh membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan sewajarnya dibuat terhadap pihak yang melakukan pelanggaran enakmen tersebut."

Tiada rancangan demonstrasi jalanan, tetapi protes tempat tertutup berterusan

Posted: 15 May 2013 03:41 AM PDT

TERKINI
Oleh Syed Jaymal Zahiid



PETALING JAYA— Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjauhkan diri dari desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi memberikan peluang kepada pengundi untuk "menyuarakan kemarahan" mereka terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi gabungan tersebut.

"Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan," kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini.

Koordinator Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim bersetuju dengan pandangan tersebut seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today mengatakan pengundi seharusnya menjatuhkan BN melalui demonstrasi jalanan.
 
PR telah berulang kali mengatakan Pilihan Raya 2013 telah dicemari dengan penipuan besar-besaran.

Awal hari ini The Malaysian Insider melaporkan pemimpin PR telah mengakui perhimpunan awam selepas Pilihan Raya 2013, walaupun disokong secara besar-besaran, tidak lama lagi akan kehabisan tenaga dan tidak akan memberikan kesan untuk mengubah keputusan pilihan raya baru berakhir itu.

Disebalik tuntutan untuk diadakan pilihan raya semula, ahli Parlimen PR baru dilantik mengatakan acara tersebut hanyalah bertujuan mengekalkan momentum bagi pembangkang untuk memberi peringatan kepada rakyat Malaysia, majoriti 51 peratus pengundi telah menolak BN, walaupun gabungan itu kembali berkuasa.

Mereka bersetuju sedang berada dalam pertempuran kalah kemungkinan direncanakan untuk mereka, walaupun mengakui kewujudan saluran undang-undang bagi mencabar keputusan di kawasan-kawasan tertentu di mana mereka percaya mempunyai bukti penipuan mencukupi.

Anwar, walau bagaimanapun, menegaskan perhimpunan penting sebagai tempat untuk pengundi menyuarakan kemarahan mereka terhadap penipuan pilihan raya yang itu.

"Kita mesti benarkan rakyat menyuarakan rasa meluat mereka," katanya.

PR gagal merampas Putrajaya pada pilihan raya 5 Mei minggu lepas dengan majoriti kecil, mendapat 89 kerusi Parlimen berbanding BN 133, lebih tujuh kerusi berbanding dengan apa yang mereka perolehi pada Pilihan Raya 2008.

Akan tetapi gabungan pembangkang itu mengadu ditipu apabila keputusan keseluruhan gagal untuk mencerminkan trend undi popular, menyaksikan PR mendapat 51 peratus berbanding BN 48 peratus, keputusan yang mereka dipersalahkan atas amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya dan penipuan undi oleh musuh-musuh politik mereka.

Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan rancangan untuk bersara secara serta merta dan mengadakan bantahan keputusan pilihan raya, mengetuai pasukannya dalam beberapa siri perhimpunan untuk membuktikan majoriti daripada pengundi Malaysia menyokong mereka.

Selepas mengetuai bantahan di Petaling Jaya dan Pulau Pinang, PR mengadakan perhimpunan ketiga di Ipoh, hujung minggu lalu, dimana Anwar berikrar tidak akan mengalah sehingga keputusan pilihan raya disahkan dan dakwaan PR mereka sekarang ini seharusnya berada di Putrajaya.

Karpal buat laporan polis ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan, dakwa cuba menghasut

Posted: 15 May 2013 03:36 AM PDT

Oleh Md Izwan

KUALA LUMPUR— Karpal Singh membuat satu laporan polis hari ini ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan hujung minggu lalu.

Dalam sidang media di luar balai polis Tun HS Lee di sini, pengerusi DAP itu mengecam Mohd Noor sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab dan mahu Pejabat Peguam Negara  mengambil tindakan tegas.

"Kenyataan oleh Mohd Noor yang memberi amaran masyarakat Cina supaya bersiap sedia menerima tindak balas daripada orang Melayu adalah satu hasutan," kata beliau kepada pemberita merujuk kepada laporan polis dibuatnya.

"Saya melakukan ini adalah kerana kepentingan orang awam dan saya harap AG akan mengambil tindakan cepat kerana perkara ini hanya memberikan kesan tidak baik kepada Negara."

Walau bagaimanapun, Karpal mengakui terkejut dengan kenyataan Mohd Noor kerana bekas hakim tersebut adalah seorang yang adil dan baik sepanjang mengenalinya.

"Saya perlu kata beliau adalah seorang baik dan hakim yang adil semasa di mahkamah.

"Malah, saya sendiri terkejut apabila beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian," tambahnya lagi.

Karpal Singh: Terkejut, kerana Mohd Noor "seorang adil dan baik sepanjang mengenalinya". — Gambar failMenurut Karpal lagi, kenyataan Mohd Noor jelas menyalahi undang-undang dibawah seksyen 4 (1) Akta Hasutan, 1948 yang mana hukuman denda tidak melebihi RM5,000 boleh dikenakan atau penjara tidak lebih 3 bulan, ataupun kedua-duanya sekali.

Mohd Noor, yang juga merupakan salah seorang panel dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada hujung minggu lalu mengeluarkan kenyataan hasutan dan berbentuk perkauman pada satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Ekoran kenyataannya itu, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) memberi reaksi balas mengkritik dan mengecam Mohd Noor yang dilihat cuba mencetuskan ketegangan antara masyarakat Cina dan Melayu di dalam negara.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh PR, lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Kekuatan PAS meningkat walaupun Kedah tewas

Posted: 14 May 2013 09:18 PM PDT

DETIK DAILY

PAS catat peningkatan positif pada PRU13, sehingga dapat membantu Pakatan Rakyat menafikan suara dua pertiga majoriti BN di Parlimen. Walaupun kalah di Kedah, PAS berjaya kekalkan kuasa di Kelantan, dan pertingkatkan pencapaian di Selangor danPulau Pinang. Malah PAS hampir berjaya membentuk kerajaan di Terengganu, di samping mencapai kemenangan di beberapa kerusi di negeri-negeri lain.

Ini semua mukadimah kejayaan PAS yang lebih besar pada masa PRU14. Ikuti pandangan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli ketika ditemubual wartawan kanan, AZIZ MUDA pada 6 Mei lalu.
 
WARTAWAN: YB berpuashati dengan pencapaian PAS pada PRU13, Ahad lalu. 

DR MOHD HATTA RAMLI: Pilihan Raya Umum (PRU13) merupakan pilihanraya yang memberikan pelbagai kesan kepada PAS. Walaupun Pakatan gagal memerintah negara, namun PAS berjaya mencapai beberapa kemenangan.

Dalam kemenangan ada kekalahan, dalam kekalahan pula ada kemenangannya.
Kita berjaya mendapat 21 kerusi parlimen. Tak banyak bezanya dengan pilihanraya 2008 (PRU12).

Namun, PAS menang di beberapa tempat baru termasuk di Sepang yang cukup payah untuk kita menangi satu ketika dulu. Kita berjaya merampas balik Dungun dan Kuala Nerus di Terengganu.

Ini merupakan satu petanda yang amat baik. Ini menunjukkan PAS boleh menang kembali kalau kita berkerja kuat. Jentera kita jangan kecewa. Kalau kita berkerja kuat, kita boleh menang kembali di tempat-tempat yang pernah kita menang sebelum ini.

Macam calon-calon PAS di kalangan Muslimat?

Kita juga berbangga dengan kejayaan calon-calon muslimat kita termasuk di Selangor dan Kelantan. Ini menggambarkan PAS semakin diterima oleh pelbagai golongan masyarakat. Kali ini PAS ramai meletakkan calon Muslimat. Inilah antara beberapa pemerhatian-pemerhatian awal kita tentang pencapaian PAS sekarang.

Tapi PAS kalah di Kedah....

Memang. Kita sedih kerana kehilangan Kedah. Kehilangan Kedah merupakan satu mala petaka kepada PAS, setelah kita berusaha menguruskan Kedah dengan baik. PAS perlu kaji punca kekalahan di Kedah.
Sepatutnya kejadian itu tak berulang setelah kita mempunyai pengalaman di Terengganu.

Jadi, ada faktor-faktor yang perlu dijadikan pengajaran kepada PAS mengenai perkara itu. Kalau kejadian itu berlaku disebabkan ketidakcekapan, kita perlu perbaiki. Kalau berpunca daripada kecuaian, kita harus buat tindakan-tindakan yang sepatutnya supaya ia tak akan berlaku lagi di tempat-tempat lain.

Di Selangor PAS menang sekali ganda, ini agak luar biasa.

Alhamdulillah, kita menang 15 kerusi Dun di Selangor. Selangor adalah sebuah negeri elit, negeri yang kaya dan mempunyai tahap pembangunan yang tinggi. Dengan kejayaan PAS memenangi 15 kerusi Dun di Selangor meletakkan PAS pada kedudukan yang penting, malah peneraju penting dalam Pakatan Rakyat.

Ini memecahkan imej PAS sebagai parti kampung kerana PAS tidak hanya memerintah Terengganu dan Kelantan sahaja, tetapi juga berjaya memerintah Selangor, negeri yang begitu hebat daripada segi pembangunannya.

Inilah yang amat ditakuti oleh Umno-BN kerana PAS kini telah diterima di bandar-bandar dan di pinggir-pinggir bandar. PAS mesti melaksanakan amanah rakyat dengan sebaiknya. PAS mesti meneruskan pembangunan di Selangor. Ini merupakan satu cabaran kepada para pemimpin PAS Selangor.

Para pemimpin PAS Selangor mestilah menunjukkan kehebatannya dalam mendepani pelbagai ujian dan memerintah Selangor dengan sebaiknya.

Kejayaan PAS di Selangor memang amat dicemburui oleh Umno-BN.

Walaupun Umno-BN menang di Kedah, tetapi kejayaan mereka merampas kembali Kedah itu tidak tertampung dengan kekecewaan mereka merampas kembali Selangor. Jadi ini tentunya satu cabaran baru kepada PAS bagi membawa imej PAS ke tempat yang lebih jauh, tidak hanya sebagai parti kampung.

Pencapaian PAS di Melaka macam mana?

PRU13 menciptakan kejayaan yang gemilang kepada PAS kerana berjaya menembusi Melaka. PAS menang di satu Dun di Melaka, iaitu di Bukit Baru, manakala KeADILan pula menang di Parlimen Bukit Katil.

Kejayaan itu memecahkan kebuntuan PAS selama ini kerana Melaka sebelum ini begitu kebal untuk ditembusi oleh PAS. Malah, kita dari Pakatan Rakyat juga berjaya menumbangkan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di Bukit Katil. Ini merupakan kejayaan besar bagi Pakatan.

Ini pasti akan memberikan semangat kepada rakan-rakan kita di Melaka. Ia juga adalah mukadimah untuk PAS terus meningkat dalam pilihanraya akan datang.

Di Johor, PAS juga turut menempa kejayaan gemilang.

Alhamdulillah, PAS juga berjaya memenangi empat kerusi Dun di Johor. Selebihnya adalah daripada DAP. Saya yakin, kita bersama Pakatan Rakyat akan dapat mempertingkatkan lagi pencapaian PAS di Johor dalam pilihanraya akan datang.

Slogan "Ini Kali Lah" daripada Sabah telah mempengaruhi gerak perubahan rakyat tetapi agak meleset jumlah kerusi yang dipungut Pakatan. Kenapa?

Di Sabah, walaupun kita gagal, tetapi Pakatan Rakyat berjaya juga mengambil beberapa kerusi.
Memang keputusan di Sabah itu agak mengejutkan kita.

Walaupun kalah, jumlah undi yang kita perolehi tidaklah mengecewakan sangat. Ini akan menambahkan lagi semangat ahli-ahli PAS di Sabah. Malah, kita tetap bersedia untuk menghadapi pilihanraya di Sabah.
Kesungguhan jentera PAS di Sabah memang cukup membanggakan.

Mereka juga mempunyai kecekapan tersendiri. Malah mereka mungkin sudah tidak memerlukan bantuan daripada PAS di Semenanjung lagi pada masa akan datang.

PAS langsung tak menang kali ini.

Walaupun PAS kalah di Sabah, tetapi rakan-rakan kita dari DAP dan KeADILan turut berjaya.
Awalnya kita memang jangkakan menang, tetapi kekalahan kita itu kerana adanya pertembungan banyak penjuru, sehingga tiga atau empat penjuru.

Kita sebenarnya hanya memerlukan satu lawan satu sahaja di Sabah. Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu sedar perkara itu untuk pertandingan pada pilihanraya akan datang.

PAS di Sarawak juga alami nasib yang sama seperti di Sabah. Ini Macam mana YB?

PAS bertanding di lima kerusi parlimen di Sarawak. Walaupun kita gagal, tetapi jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon PAS di Sarawak meningkat. Kini PAS dah lebih 20 tahun berada di Sarawak.

Dengan peningkatan bilangan undi yang diperolehi oleh caloncalon PAS itu, menunjukkan kita telah berjaya mengurangkan sedikit ketakutan dan prejudis masyarakat Sarawak terhadap PAS. Saya yakin, pada masa akan datang, PAS akan mendapat sokongan yang semakin baik daripada rakyat Sarawak.

Pencapaian PAS di Pahang pula macam mana.

Perkembangan di Pahang memang agak menarik juga.

Walaupun PAS tak berjaya memerintah Pahang, tetapi PAS berjaya mencapai kemenangan di Parlimen Temerloh menerusi Ustaz Nasrudin Hassan, dengan mengalahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah yang agak popular.

Selain itu, PAS juga menang di tiga Dun di Pahang. Awalnya, banyak pihak mengatakan PAS akan ditolak di Pahang, tetapi ternyata rakyat Pahang menerima PAS. Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa.

Ini juga petanda Pahang akan dapat PAS tawan dalam pilihanraya akan datang. Di Bentong dan Raub, Pakatan Rakyat turut menang. Ini menandakan masa depan yang cukup baik bagi Pakatan di Pahang.

Di Terengganu PAS hampir mengulangi kemenangan PRU10.Jelas kini PAS mula disokong rakyat.

Itu adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Setelah dua kali kalah, PAS meningkat perlahan-lahan di Terengganu.

Sekarang tak ada tempat di Terengganu yang tidak menerima PAS termasuk di Kemaman.

Walaupun PAS belum juga berjaya menawan Terengganu pada PRU 13 ini, tetapi kita berjaya meletakkan Umno-BN pada kedudukan yang cukup lemah, sehingga Umno-BN gagal mendapat majoriti suara dua pertiga di Dun Terengganu.

Jadi Umno-BN tak mungkin dapat buat sembarangan kerana mereka akan diperiksa oleh pembangkang yang kuat. Kita tak menentang pembangunan, tetapi pembangunan yang hendak dibuat itu mestilah yang memberikan keutamaan kepada rakyat, dinikmati oleh rakyat.

Kita berharap agar pemimpinpemimpin PAS Terengganu akan mengambil peluang ini untuk memahami cara-cara mentadbir negeri dengan lebih efektif untuk kepentingan masa akan datang.

Apa yang terjadi dengan calon-calon PAS di Negeri Sembilan?

Memang mengecewakan kerana PAS gagal di Negeri Sembilan, malah turut kehilangan kerusi tunggal di Paroi. PAS juga gagal membantu Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Sembilan.

Namun, dalam masa yang sama, PAS tetap juga berjaya menambah bilangan undi. Di Paroi, walaupun kalah, tetapi hanya dengan kekalahan kecil.

Di Kelawang, calon kita, Dr Rosli Yaakop juga hanya kalah kecil. Ini memberikan harapan baru kepada PAS untuk PRU14.

Peluang untuk PAS menang di Negeri Sembilan memang ada pada masa akan datang. Saya berharap agar pemimpin-pemimpin PAS di Negeri Sembilan akan mengambil kesempatan untuk melakukan usaha-usaha tertentu memperbaiki keadaan ini. Pemimpin PAS di Negeri Sembilan perlu menyediakan pemimpin-pemimpin yang berkeupayaan untuk di ketengahkan. Satu perkara lagi, janganlah memilih calon di saatsaat akhir.

Nampaknya pelbagai strategi digunakan BN untuk menawan kelantan gagal. PAS masih diberi mandat oleh rakyat memerintah. Apa komen YB?

Kita bersyukur kepada Allah kerana PAS berjaya memerintah Kelantan. Walaupun Kelantan diserang dengan hebat oleh Umno- BN, dengan keupayaan pemimpin mereka yang kuat seperti Dato' Mustapha Mohamad dan Dato' Dr. Awang Adek Hussin untuk membolehkan mereka merampas Kelantan, tetapi PAS dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menghadapi cabaran-cabaran besar itu dengan baik.

Kita dapat pertahankan majoriti dua pertiga. Ini adalah sesuatu yang amat menggembirakan Pakatan Rakyat. Namun dalam masa yang sama, kita juga kecewa kerana turut kehilangan tiga kerusi yang ditandingi oleh KeADILan di Kelantan. Jadi, pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat perlu mengambil pengajaran dari kejadian itu.

Di Machang, walaupun kita menang tiga Dun, tetapi kita kalah Parlimen Machang. Punca kekalahan itu mestilah dikaji dengan teliti oleh pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat.
Kekalahan itu tidak akan berlaku jika tiada masalah.

Setiakawan Pakatan Rakyat teruji

Posted: 14 May 2013 09:12 PM PDT



Oleh Lim Hong Siang

Tiada makna bergembira jika rakan seperjuangan kalah

KEPUTUSAN pertarungan antara Lim Kit Siang dengan Abdul Ghani Othman menjadi tumpuan sebermulanya dalam laporan media. Undi Kit Siang ketinggalan pada peringkat awal, memintas dan kemudian melebarkan jurang perbezaannya dengan undi bekas Menteri Besar Johor ini, sehingga berakhir dengan majoriti 14,764 undi. 

Namun, keghairahan saya pula semakin terhakis, apabila mengesan "sesuatu yang tidak mengena" dari PAS dan KeADILan. Tidak kurang kawan Cina saya yang bertanya, apa yang terjadi kepada calon PAS dan KeADILan, memandangkan keputusan agak lambat, malah dikhabarkan beberapa orang tokoh PAS kecundang, termasuk Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa, Dr Dzulkefly Ahmad dan lain-lain.

Akhirnya kita terpaksa berdepan dengan keputusan di mana kerusi yang diperolehi PAS dan KeADILan, masing-masing tidak setanding dengan jumlah kerusi yang diperolehi DAP.

Untuk saya, kegembiraan daripada kemenangan DAP sahaja tidak cukup untuk mengubati kepiluan lantaran kekalahan KeADILan dan PAS.

Kesedihan itu bukan kerana Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan dari segi realiti politik, tetapi lebih kepada kesetiakawanan -- tiada makna untuk kita bergembira seandainya rakan seperjuangan kita kalah.

Malah sepanjang perjalanan saya pulang untuk mengundi di kampung, adegan-adegan perjuangan kita sepanjang lima tahun ini bermain dalam otak.

Kita turun ke jalan raya bersama, berkongsi garam dan air untuk meredakan kepedihan setelah dibedil gas pemedih mata; kita berganding bahu membina benteng untuk berdepan dengan FRU, malah melarikan diri bersama ketika ditembak meriam air.

Untuk saya, proses ini lebih manis dikenang berbanding kesudahannya. Apapun kesudahannya, kalah atau menang, ia bersifat sementara.

Saya tidak perlekehkan maknanya, kerana seandainya kita berjaya mengubah kesudahannya pada saat-saat penentuan, semestinya masa depan kita berbeza.

Maksud saya, proses perjuangan ini terpahat dalam hati, kerana ia merobohkan tembok perkauman dan agama yang cuba dibentengkan untuk memisahkan kita. Setiap keputusan dan tingkahlaku kita sepanjang proses ini memberi makna kepada orang lain.

Misalnya, kesungguhan Unit Amal PAS telah mengubah persepsi ramai Cina terhadap PAS, dari negatif kepada positif.

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh, ketika berceramah, merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada PAS kerana telah menandatangani watikah untuk beliau, ketika DAP berdepan dengan risiko menggunakan logo sendiri dalam PRU13.

Jelas, jalinan PAS-KeADILan- DAP dalam Pakatan Rakyat bukan gandingan politik sematamata, tetapi satu langkah yang penting untuk menyatukan rakyat Malaysia yang cuba dipecah-belahkan Umno-BN.

Saya tidak menafikan bahawa percanggahan pandangan wujud di kalangan komponen parti Pakatan Rakyat, tetapi sebagaimana yang diketahui, perbezaan adalah sesuatu yang lumrah dalam politik.

Perkembangan terbaru memperlihatkan bagaimana Umno-BN cuba mendendangkan propaganda perkauman.

Sementara Najib Razak menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "tsunami kaum Cina", Chua Soi Lek dari MCA-nya yang hampir dikuburkan itu pula memperlekehkan hasrat ke arah "sistem dua parti" itu berakhir sebagai "sistem dua kaum" (Melayu dalam kerajaan, Cina dalam pembangkang).

Tuduhan sedemikian langsung tidak berasas. Kerusi Dun Selangor yang ditawan PAS melonjak daripada lapan kepada 15, dengan sendiri membuktikan bahawa pengundi Melayu di Selangor tidak beralih sungguhpun diasak dengan pelbagai propaganda perkauman dan agama, malah termasuk pemecatan Dr Hasan Ali yang didakwa bakal "menggugat PAS", seketika dahulu.

Dan saya jangkakan angin perubahan yang kencang di kalangan komuniti Cina turut memanfaatkan calon PAS, misalnya Nasrudin Tantawi di Temerloh, yang terdiri daripada 24.22 peratus pengundi Cina.

Saya sengaja mengambil contoh ini kerana ia amat penting jika diteliti dari konteksnya.

Kerusi Parlimen Temerloh disandang Saifuddin Abdullah, pemimpin Umno yang dianggap paling "terbuka" (di kalangan Umno) daripada kaca mata rakyat Malaysia; sebaliknya, dari kaca mata Cina, Nasrudin Tantawi seorang pemimpin yang cukup "konservatif", terkenal sebagai pemimpin "menghalang konsert" dan "mengharamkan Hari Kekasih".

Pertembungan kedua-dua tokoh ini meletakkan sesetengah orang dalam dilema, sama ada memilih "calon yang baik", mahupun "parti yang baik".

Namun demikian, masyarakat Cina kali ini lebih cenderung kepada wacana "parti didahulukan, calon dikemudiankan".

Ia menjadi arus perdana dalam kempen di masyarakat Cina, sehingga berjaya menenggelamkan sesetengah calon MCA yang cuba melabelkan dirinya "calon baik dari parti bobrok".

Maksud saya, mesej ini jelas di kalangan masyarakat Cina, untuk menolak sistem bobrok yang ditunjangi BN. Jika dibandingkan secara individu, saya ramalkan majoriti Cina lebih sukakan Saifuddin, tetapi demi satu tekad "tukar kerajaan", maka mereka sanggup korbankan Saifuddin.

Saya gagal mengupas selanjutnya lantaran masanya terlalu suntuk untuk membedah keputusan PRU13.
Sememangnya kita ditipu, dengan penyelewengan dan daftar pemilih yang tidak bersih, malah "pengundi asing yang meragukan", tetapi untuk bergerak ke depan, saya masih menaruh harapan agar Pakatan Rakyat berganding bahu menangani saat-saat yang genting ini.

Padahal BN telah kalah apabila menggunakan segala taktik kotor untuk menang dalam PRU13; padahal Pakatan Rakyat telah menang apabila kita kekal bersama menangkis serangan propaganda perkauman dan agama. PAS telah berjaya apabila non-Muslim menitiskan air mata untuk kekalahannya.

Saya berharap kemenangan ini dipertahankan sehingga kita menang di gelanggang PRU akan datang.

Lim Hong Siang ialah bekas editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. E-mel: hongsiang27@gmail.com

Anwar : Api Perkauman Umno-BN Untuk Alih Perhatian Rakyat

Posted: 14 May 2013 09:05 PM PDT


anwar taman ampang 1 mei 02

SHAH ALAM : Umno-BN cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada realiti bahawa mereka adalah kerajaan yang menerajui negara tanpa undi popular dengan mengapi-apikan sentimen perkauman.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sentimen itu ditujukan khasnya kepada parti komponen Pakatan Rakyat (PR), iaitu Pas, DAP dan PKR.

Anwar berkata PAS yang didominasi golongan Melayu Islam dilabel sebagi pengkhianat bangsa dan agama, DAP pula sebagai 'chauvinist' Cina sementara PKR yang diterajuinya dimomokkan sebagai musuh utama negara.

"Tanpa undi popular dan setelah mencuri lebih 30 kerusi parlimen daripada Pakatan (Rakyat), mereka (BN) sebenarnya perampas.

"Justeru, tiada pilihan lain, mereka cuba untuk mengalihkan tumpuan dari penipuan tersebut dengan menabur elemen hasutan kebencian bangsa dan perkauman," tegas Anwar.

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu, BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, menurun daripada 140 kerusi yang diperolehinya pada pilihanraya 2008.

Manakala Pakatan berjaya menawan 89 kerusi parlimen, lebih tujuh daripada 82 yang dimenanginya pada 2008.

DAP memperolehi 38 kerusi, PKR 30 kerusi sementara PAS memenangi 21 kerusi.

Walaupun BN berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, peratusan undi popular PR adalah lebih tinggi dengan 51 peratus berbanding BN yang hanya berjaya memperoleh 47 peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengulas keputusan PRU13, mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan raya kali ini adalah "tsunami Cina".

Kenyataan itu disokong pula paparan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia milik Umno yang mengeluarkan artikel bertajuk 'Apalagi Cina Mahu?'.

Dua hari lepas pula, seorang bekas hakim, Datuk Mohd Noor Abdullah mengeluarkan kenyataan menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan PRU13 pada 5 Mei lalu.

Ekoran kerancakan sentimen perkauman yang terus dimainkan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk menolak propaganda jahat BN dalam menyulam benang kebencian.

"Saya menyeru semuanya tidak kira anda Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan atau etnik lain untuk menolak BN.

"Lebih lama lagi bersama BN, ini bermakna lebih lamalah kita akan bersama parti yang akan membawa negara ini ke arah kemusnahan," tambahnya lagi.

PKR Minta Polis Selangor Siasat Kenyataan Perkauman Bekas Hakim

Posted: 14 May 2013 09:03 PM PDT


Saifuddin Nasution Ismail putih 01

PETALING JAYA: PKR menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menyiasat kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail siasatan ini sebagai kesinambungan tindakan polis yang akan memanggil beberapa pimpinan Pakatan Rakyat(PR) berhubung kenyataan di dalam ucapan Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Kelana Jaya minggu lalu.

"Saya suka mencadangkan juga kepada Ketua Polis Selangor agar menambah lagi dibawah Akta Hasutan, bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah di mana kenyataan beliau lebih berbaur hasutan berbanding dengan slogan ucapan pimpinan Pakatan di Kelana Jaya.

"Saya menggesa Ketua Polis Selangor dapat menyemak semula kenyataan yang menyebut di mana orang Melayu pantang dicabar, orang Cina hanya menunggu masa menerima balasan kerana mengkhianati kepercayaan orang Melayu dan sebagainya," katanya dalam satu sidang media di Ibupejabat PKR.

Sebelum ini Mohd Noor mendakwa kononnya masyarakat Cina mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Menurut Saifuddin lagi, setakat ini Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dipanggil memberikan kenyataan.

Sementara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihubungi polis dan masih menetapkan tarikh perjumpaan.

Dalam pada itu, Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersedia untuk turut sama dalam Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat selain mengemukakan cadangan untuk mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Nasional memandangkan polemik perkauman dibangkitkan semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Cadangan ini akan dibawa kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Tambah Saifuddin lagi, konvensyen ini akan membincangkan formula pengukuhan antara kaum di Malaysia.

Sementara itu, Pakatan Rakyat akan mengadakan sesi suai kenal bersama semua calon PR yang memenangi kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara bagi mendengar amanat dan taklimat berhubung tatacara kerja dan penghujahan semasa persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU-13, Pakatan Rakyat menang di 89 daripada 222 kerusi Parlimen dan 229 daripada 505 DUN yang dipertandingkan

Kisah Azizan: Antara amanah dan nyawa

Posted: 14 May 2013 08:52 PM PDT



Oleh MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Khamis 9 Mei  jam 5.30 pagi, Kak Faekah (isteri pertama Ustaz Azizan) menelefon memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Mendengar itu saya bingkas capai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas juru iring Ustaz.

Sepanjang jalan saya berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengah hari nanti. Tiba di wad CCU  HPP, Ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lutut.

Terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulut saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam Pas Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada?

Ada sebaran SMS dan  blog  konon  Ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1 tengah hari, telefon tidak henti  menjerit, saling bertindih panggilan masuk. Jawapan saya ringkas. "Ustaz masih hidup, sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2 petang Rabu 8 Mei, saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan.

Saya membayangkan perasaan keluarganya Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan.

Saya masukkan telefon bimbit ke dalam beg sandang. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, ALHAMDULILLAH, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu.

Telefon bimbit ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya beritahu Ustaz Hafiz Nordin apa yang berlaku dan dia cuba dail nombor saya. Tiada jawapan. Dia hubungi kawannya di syarikat telekomunikasi untuk tamatkan talian saya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari sekitar tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat kemaskini keadaan semasa Ustaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke Maxis, ambil sim kad baru dan sain kontrak untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya kemaskini di Facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang,  saya tak fikir lagi tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan jadi rezeki pencuri.

Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad, itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika bawa dua anak kecil Ustaz ke Chowrasta  beli pakaian dan keperluan diri, saya dihubungi  seorang wanita. "Encik kehilangan iPad?

"Ya!"Saya terkedu, seperti tak percaya bila dengar beg saya ada padanya. Saya tunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya.  "Panjang ceritanya. Encik mahu report polis ?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya."

Saya belanja mereka minum. Mereka cerita bagaimana penemuan beg berkenaan. si pencuri yang juga penagih dadah, anggota keluarga mereka sendiri juga. Ibunya sedang terlantar sakit.

Saya pulang ke Alor Setar selepas lima hari di Pulau Pinang. Anak saya demam dan isteri saya sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar.

Jam 4.petang Khamis 9 Mei, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH), Presiden Pas dan isteri, diiringi setiausaha politiknya, Dr Syamsuri Mokhtar tiba untuk menziarahi Ustaz Azizan.

Saya menyambutnya dari kereta, bersama pengarah hospital dan pasukan pakar perubatan yang merawat Ustaz Azizan. Dia di bawa ke bilik CCU.

Dalam bilik itu ada ramai pelawat lain, termasuk Datuk Seri Mahdzir Khalid, mantan MB Kedah, kini MP Padang Terap.  TGHH meluru terus ke katil dan memerhati. Saya lihat matanya sayu memandang wajah dan tubuh kaku  terkujur seorang sahabat yang telah lama bersama mengharungi perjuangan.

TGHH sangat mengenali Ustaz Azizan, dia tahu kehebatan insan yang sedang bertarung dengan maut itu. Jemaah Islam pimpinannya kukuh dan teguh dengan hadirnya insan yang sedang terbaring koma itu.

Saya memperkenalkan Datuk Dr Hamzah (pakar bedah) kepada TGHH supaya dia mendapat gambaran penyakit Ustaz Azizan. TGHH menganggukkan kepalanya beberapa kali sepanjang penerangan itu.

Turut mendengar penjelasan itu Mahdzir yang berdiri di sebelah TGHH, wajahnya turut cemas dan simpati.

TGHH masuk sekali lagi ke sebalik tirai yang menempatkan Ustaz Azizan, membuka selimut kaki sahabatnya itu...

Dia bercakap serius dan tegas dengan isteri kedua Ustaz Azizan, Ustazah Samsiah yang sentiasa menunggu dan membaca Yaasin di situ sejak pagi.  Ustazah Shamsiah anak saudara dua pupu kepada TGHH).

TGHH bersungguh sungguh menjelaskan dan cuba meyakinkan sesuatu kepada warisnya itu.

"Sediakan bilik mesyuarat, panggil semua ahli keluarga yang ada, dan jemput doktor-doktor pakar datang, saya mahu berbincang dan mendengar pandangan," kata TGHH.

Saya mengekorinya ke sebuah bilik di sebelah kiri ruang yang sesak itu.

Memang sejak doktor memaklumkan keadaan Ustaz Azizan terutama mengenai kuman yang merebak ke tubuhnya, risiko dan kesan yang ada, pendirian keluarga dan kawan-kawan terbahagi dua.

Satu pihak menyokong nasihat doktor untuk dipotong kedua belah kakinya, sebelah pihak lagi memegang pesanan Ustaz Azizan supaya jangan dipotong.

Kalau tak di potong, 100 peratus fatality (kematian), kalau di potong, masih ada peluang untuk hidup.

TGHH bertanya punca-punca Ustaz Azizan sakit hingga ke tahap ini.

Saya bercerita panjang sebelum ahli keluarga dan doktor pakar berkumpul. Saya juga ceritakan usaha membawa membawa Ustaz Azizan ke klinik di Bukit Minyak yang tertangguh.
"Jangan buang masa yang ada, jangan sampai kita terlambat buat keputusan. Mesyuarat inipun sudah memakan setengah jam," kata TGHH.

Hj Ismail Wan Teh bertanya. "Anta secara peribadi, pada tahap dan keadaan ini, apakah pendirian anta, potong atau tidak?" Saya merenung wajah TGHH, dia menanti jawapan saya.

Saya masih berharap dia akan sedar dan saya akan ikhtiarkan rawatan alternatif untuk tidak dipotong. Bila doktor menjelaskan bahawa mesin bantuan hayat itu tidak mungkin dapat ditanggalkan, bermaksud, jalan alternatif yang ada sudah tertutup.

"Ayah Chik, dalam keadaan di mana jalan alternatif yang saya usahakan sudah tidak dapat dibuat kerana Ustaz tidak boleh dibawa keluar dari sini, saya serahkan pendirian saya kepada keputusan  Ayah Chik. Muktamad!

Ustazah Samsiah masih bertegas tidak bersetuju kaki suaminya dipotong. "Ini amanah suami saya," katanya.

"Saya reda kalau sudah sampai masa nyawanya diambil, dia pergi dalam keadaan itu. Itu pesannya kepada saya dan anak-anak malam Rabu sebelum dia koma.

"Ayah Chik, saya yakin ada unsur lain dalam sakit Ustaz, saya mahu cuba merawatnya dengan kaedah perubatan Islam pula," kata Ustazah Samsiah sambil cuba mendail satu nombor supaya TGHH dapat bercakap dengan pihak itu.

"Jangan begitu Samsiah, tak boleh bersikap begitu dalam keadaan ini. Itu perkara tidak nampak. Kita kena tengok apa yang nampak dulu. Zahirnya bagaimana? Soal yang tidak nampak kita kira kemudian. Ini persoalan hidup dan mati. Kita perlu buat keputusan untuk menyelamatkan nyawa dia," kata TGHH.

"Dari segi syarak pun, inilah kewajipan orang yang masih waras dan sedar, Ustaz Azizan sudah tidak boleh buat keputusan untuk dirinya. Sanusi pun terima amanah itu, dia sudah cuba yang termampu.

"Ustaz Azizan dalam bahaya, mengikut keterangan pakar-pakar, kaki perlu dipotong untuk elak kuman merebak ke seluruh tubuh.

Paling bahaya jika sudah meresap ke organ-organ penting. Kita kena dengar cakap mereka kerana kita bukan pakar. Mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya lagi.

Panggil Faekah ke sini,"! TGHH kelihatan sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.

Ustazah Samsiah minta diri untuk keluar kerana di situ tiada liputan talian. Dia masih cuba memuat panggilan telefon.

Kak Faekah dan anak-anak masuk. Kak Faekah sudah ada keputusan. Aku berlalu keluar. Ini ruang untuk keluarga membuat pendirian sesama mereka. Bila aku masuk semula, Kak Faekah dan Ustazah duduk bersebelahan di hadapan TGHH dan pasukan doktor.

Kedua-duanya sugul dan menundukkan wajah. Keputusan sudah dibuat. Kak Faekah akan menandatangani surat mengizinkan pembedahan.

Ketegasan TGHH telah memandu keluarga besar itu membuat pendirian dalam keadaan yang sangat getir untuk mereka semua, untuk menyelamatkan nyawa insan yang mereka sayangi, yang sangat berjasa kepada ummah dan perjuangan Islam.

* Muhammad Sanusi Md Nor adalah Setiausaha Politik kepada  Datuk Seri Azizan Abdul Razak
http://sanusisetpol.blogspot.com/

[PANAS] Gabungan NGO Desak Anggota SPR Letak Jawatan Serta Merta - Video Inside

Posted: 14 May 2013 08:45 PM PDT


KELAB GREENBOC

Sekumpulan NGO semalam telah membuat lima tuntutan, termasuk mendesak kesemua anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meletakkan jawatan mereka di atas dakwaan wujudnya keraguan dan berlaku penipuan di dalam pilihanraya umum yang baru lalu.

Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), melibatkan 25 NGO berkata mereka merasa dukacita di atas dakwaan berlaku penipuan dan membuat tuntutan-tuntutan berikut:

* Perletakan jawatan serta-merta anggota SPR;
* SPR dijadikan sebuah badan bebas dan hanya bertanggungjawab kepada Parlimen;
* Sebuah jawatankuasa melibatkan semua parti dibentuk untuk membersihkan daftar pemilih;
* Pindaan perlembagaan dilakukan, supaya prinsip "satu orang satu undi" diperkenalkan
* Mendesak satu pembaharuan besar-besaran terhadap sistem proses pemilihan proses bagi mengatasi beberapa isu berkaitan persekongkolan, dan perlaksanaan terhadap sebuah manual yang absah ke atas sistem komputerasi bagi menjamin kredibiliti ke atas proses dan melindunginya dari sebarang bentuk penipuan.

"Orangramai jelas sudah hilang keyakinan terhadap SPR dan daftar pemilih. Jika mereka mahu mengekalkan professionalima mereka, mereka perlu berundur," kata Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH , Tan Yew Sing, yang juga merupakan anggota gabungan.

Tan menekankan tuntutan mereka terhadap keperluan jawatankuasa dibentuk untuk pembersihan Daftar Pemilih.

"Kami sebagai NGO amat gembira untuk membantu parti-parti politik dari kedua-dua pihak bagi melakukan pembersihan Daftar Pemilih berkenaan," katanya di sidang konferens di KLSCAH.

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kumpulan Bertindak Bagi Hak Kaum India (NIAT) dan Persatuan Tindakan Wanita (AWAM) adalah diantara NGO yang menyertai gabungan berkenaan.

Adil untuk tuntut perletakan jawatan

Setiausaha Agung IKRAM Zaid Kamaruddin kerata menjadi satu kelaziman untuk pihak berkuasa di dalam negara-negara lain untuk meletakkan jawatan mereka setelah wujud dakwaan keraguan dan penipuan.

"Melihat kepada semua dakwaan keraguan dan penipuan semasa pilihanraya umum 5 Mei lalu, saya rasa adil untuk meminta anggota SPR untuk meltakkan jawatan mereka kerana mereka perlu bertanggungjawab terhadap keseluruhan pemilihan," tambahnya.

Presiden NIAT Thasleem Ibrahim berkata SPR gagal menjalankan tan ggungjawabnya kerana beberapa isu telah ditimbulkan sejak pilihanraya umum 2008.

"Apa yang SPR lakukan untuk melindungi daftar pemilih apabila mahkamah sendiri pernah memutuskan terdapat ribuan pengundi hantu yang membolehkan berlaku lebih banyak penipuan? Lansung tak ada!" bentaknya.

"Oleh kerana mereka tidak tahu nak jalankan tugas merekayang menyebabkan timbul banyak aduan penipuan, anggota SPR perlu akui kelemahan dan kesilapan mereka dan letak jawatan secdara terhormat," tambahnya.


LIHAT VIDEO DI SINI


[VIDEO] SPR Malaysia ‘Curi’ Kemenangan Pakatan Rakyat – CNN

Posted: 14 May 2013 08:41 PM PDT


KELAB GREENBOC

Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13 (#Black505) 8 Mei lalu mendapat liputan luas media antarabangsa termasuk Cable News Network (CNN) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah 'dicuri' berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

CNN"Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.

"Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.

"Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil," lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.

Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang.

Dalam pada itu lapornya, sebuah tribunal rakyat dituntut supaya ditubuhkan di Malaysia bagi menyiasat setiap bukti penyelewengan PRU 13 yang dikemukakan.

CNN turut melaporkan kenyataan SPR bahawa sebarang petisyen bantahan pilihan raya boleh dibuat melalui mahkamah.

"Namun ada maklumat mengatakan pengendali pilihan raya (SPR) di Malaysia tidak akan melakukan apa-apa, meskipun (penipuan) dibuktikan di mahkamah.

"Ini kerana ia (SPR) adalah institusi di bawah kawalan kerajaan," laporan CNN dipetik. -KD

LIHAT VIDEO DI SINI


90 Peratus Pengundi Cina Undi PAS Di Selangor

Posted: 14 May 2013 08:38 PM PDT


KELAB GREENBOC

Sebanyak 90 peratus pengundi Cina undi Pas di Selangor, lapor Suara Keadilan edisi terbaru, 7 Mei ini kerana ia berasaskan semangat Pakatan Rakyat.

Misalnya di Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon Pas berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.

Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada semua calon-calon Pakatan Rakyat.


"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib calon Pas yang menang di DUN Taman Templer.

Zaidy bersama rakan-rakannya di Selangor mencipta rekod tersendiri bagi Pas di Selangor apabila berjaya dengan cemerlang dalam pilihanraya ini.

Pas dan DAP berkongsi kemenangan bersama iaitu 15 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) diikuti dengan PKR, 14 kerusi.

Kerusi-kerusi DUN yang dimenangi Pas adalah Dusun Tua, Bangi, Gombak Setia, Hulu Kelang, Tanjung Sepat, Meru, Selat Kelang, Seri Serdang, Taman Templer, Cempaka, Lembah Jaya, Sabak, Sijangkang, Morib dan Paya Jaras.

Di Parlimen pula, Pas menang lima kerusi iaitu Shah Alam, Kota Raja, Hulu Langat, Sepang dan Sungai Besar. -SK

Ulasan GB

Ini membuktikan tuduhan Najib dan UMNO bahawa masyarakat Cina itu rasis sepanjang PRU13 yang lalu adalah tidak benar.

Mereka (kaum Cina) boleh menerima orang Melayu/Islam tetapi sokongan mereka kini beralih dari UMNO kepada PAS/PKR.

Jadi yang penipu dan rasis itu sebenarnya UMNO!

Mufti Perak dakwa bukan Melayu taksub perkauman, gunakan Anwar untuk jajah Melayu

Posted: 14 May 2013 04:46 PM PDT

TERKINI 
THE MALAYSIAN INSIDER
 


KUALA LUMPUR— Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria telah menuduh bukan Melayu sebagai taksub perkauman dan menggunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjajah Melayu.

Mengikut naratif dimulakan golongan kanan Umno, beliau memberitahu Utusan Malaysia bukan Melayu marah kerana rancangan mereka untuk menjajah "kita" tidak berjaya.

Harussani (gambar) tidak menamakan kaum mana yang beliau maksudkan akan tetapi mengulangi menggunakan perkataan "mereka" sebagai rujukan kepada dakwaannya untuk menjajah Melayu.

"Ini sebenarnya bukan politik sahaja tapi taksub perkauman. Bila kehendak sendiri tak tercapai yang jadi mangsa rakyat. Mereka ikut sertai dia membantah supaya dapat jajah kita, hapuskan Perlembagaan tapi rancangan mereka tak jadi begitu, ini yang mereka marah.

"Mereka undi Melayu langsung tidak, kita pula tolong mereka kalahkan Melayu. Tetapi tetap kalah dan bila begitu, kata tak betul," katanya dipetik dari akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia.

Kumpulan berhaluan kanan dalam Umno, termasuk Utusan Malaysia telah berusaha untuk mewujudkan  pertarungan antara masyarakat Cina dan Melayu susulan keputusan pada Pilihan Raya 2013 baru-baru ini.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel "Apa lagi Cina Mahu?" serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti "Golongan Muda Cina Monopoli
Persahabatan haram" dan "DAP Terus Cetus provokasi", serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi Datuk Zulkifli Noordin, juga merupakan calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.

Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada "tsunami Cina", malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Malah, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana "khianat" terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

Khalid: Proses pemilihan Exco Selangor bermula

Posted: 14 May 2013 04:42 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 
 Khalid juga enggan memberitahu sama ada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali akan dilantik menjadi exco kerajaan negeri. - Gambar failKLANG— Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata proses pemilihan barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) telah bermula dan akan diumumkan kepada orang ramai setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata pihaknya tidak akan membuat pengumuman awal berhubung pelantikan barisan Exco itu sebab ia adalah sebahagian daripada aku janjinya sebagai Menteri Besar, selain bagi mengelak spekulasi.

"Saya berjanji tidak akan mengumumkan (senarai Exco) kepada awam sehingga semua proses selesai," katanya kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor di Istana Alam Shah di sini hari ini.

Abdul Khalid juga enggan memberitahu sama ada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa Azmin Ali akan dilantik menjadi exco kerajaan negeri.

Bernama difahamkan, Sultan Selangor sebelum ini tidak memberi perkenan kepada senarai calon Exco yang dicadangkan baru-baru ini oleh Azmin, yang juga Pengerusi PKR Selangor.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) 2008, PKR yang menang 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (13 kerusi) dan PAS (lapan kerusi) muncul dengan formula 4:3:3 iaitu empat kerusi Exco bagi calon daripada PKR manakala PAS dan DAP masing-masing tiga kerusi.

Tetapi sumber mengatakan mungkin berlaku perubahan komposisi dalam barisan Exco kali ini, dengan formula 3:3:4 iaitu masing-masing tiga kerusi Exco bagi calon daripada PKR dan DAP, manakala empat untuk PAS.

PAS dan DAP masing-masing menguasai 15 kerusi DUN, berbanding 14 kerusi yang dimenangi PKR pada PRU13.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman dilaporkan berkata PAS akan mengekalkan tiga wakil dalam barisan Exco pada penggal lalu.

Tiga wakil itu ialah Iskandar Abdul Samad yang memenangi kerusi DUN Cempaka, Dr Halimah Ali (Selat Kelang) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang).

Bagi DAP, sudah pasti akan ada dua muka baharu dalam barisan Exconya memandangkan Teresa Kok dan Ronnie Liu tidak bertanding bagi kerusi DUN pada PRU13.

Sumber mengatakan DAP akan mengekalkan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dalam barisan Exconya.

Antara calon-calon baru yang disebut-sebut akan menjadi anggota Exco mewakili DAP adalah bekas speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim (Adun Sungai Pinang), Hannah Yeoh (Adun Subang Jaya), Lau Weng San (Adun Kampung Tunku) dan V. Ganabatirao (Adun Kota Alam Shah).

Bagi PKR pula, sumber mengatakan parti itu mungkin menggugurkan Dr Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Xavier Jayakumar (Sri Andalas) dan Rodziah Ismail (Batu Tiga).
PKR membisu mengenai muka baru yang akan dicalonkan sebagai anggota Exco.

Sementara itu difahamkan bahawa Dr.Jayakumar sedang giat mengumpul tandatangan dari badan bukan kerajaan kaum India untuk mendapatkan sokongan mereka agar beliau dikekalkan sebagai anggota Exco dari PKR. 

‘Bilik perang’ BN mahu Hisham kekal di KDN, kata sumber

Posted: 14 May 2013 04:37 PM PDT


THE MALAYSIAN INSIDER
 
Gambar fail Datuk Seri Hishamuddin Hussein.KUALA LUMPUR— Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkemungkinan besar akan kekal sebagai Menteri Dalam Negeri kerana ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) percaya beliau yang terbaik untuk tugas itu, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan, ahli strategi berhujah agar naib presiden Umno itu kekal untuk jawatan kanan tersebut walaupun prestasinya tidak begitu baik semenjak mengambil alih jawatan pada 2009.

"Sehingga kini, nama beliau masih kekal sebagai Menteri Dalam Negeri, kerana beliau bagus," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

8 Adun angkat sumpah jawatan anggota Exco Melaka

Posted: 14 May 2013 04:24 PM PDT

SINAR HARIAN

8 Adun angkat sumpah jawatan anggota Exco Melaka
Idris Haron (dua, kiri) berbincang dengan sebahagian Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas perlantikan di Melaka hari ni. - Foto Bernama
 
MELAKA - Lapan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka termasuk lima muka baru mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Tiga Adun yang dilantik semula sebagai anggota Exco ialah Adun Ayer Molek Datuk Md Yunos Husin yang memegang portfolio Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi; Adun Asahan Datuk Wira Abd Ghafar Atan (Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek) dan Adun Telok Mas Datuk Wira Latiff Tamby Chik (Komunikasi, Perpaduan, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi).

Lima muka baru yang dilantik sebagai anggota Exco ialah Adun Pantai Kundor Datuk Ab Rahaman Ab Karim (Kesihatan dan Pembangunan Sukan); Adun Taboh Naning Datuk Latipah Omar (Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan) dan Adun Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman (Pertanian dan Pembangunan Usahawan).

Selain itu, Adun Kuala Linggi Datuk Ismail Othman pula dilantik Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar manakala Adun Gadek Datuk M S Mahadevan (Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron memegang portfolio Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan.

Dalam pada itu, dua kuota parti MCA dalam barisan anggota Exco dikosongkan buat sementara sehingga parti berkenaan membuat resolusi untuk kembali memegang jawatan dalam kerajaan.

Idris dalam sidang akhbar selepas istiadat itu berkata beliau akan melakukan rombakan kecil sekiranya anggota MCA menerima kembali jawatan yang ditawarkan.

"Bagaimanapun saya tidak akan lupakan kawan-kawan kaum Cina, saya ketua menteri kepada semua kaum," katanya.

Mengenai barisan exconya, Idris yakin mereka akan mampu memacu Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana masing-masing mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam portfolio yang ditugaskan.- Bernama

Pakatan cadang Konvesyen Perpaduan Nasional

Posted: 14 May 2013 04:20 PM PDT

Muhammad Faizal,



(Zairil, Mustafa, Saifudin dan Anthony Loke dalam sidang media hari ini)

PETALING JAYA: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan satu Konvesyen Perpaduan Nasional diadakan bagi mewujudkan perpaduan semua kaum di negara ini.

Perkara tersebut di jelaskan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Setiausaha dan ia akan dibawa ke menyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat esok.

Jelasnya lagi, konvesyen ini amat penting bagi membincangkan serta mencari satu formula untuk penyatuan pelbagai kaum bagi menghindarkan sentimen perkauman.

"Hari ini melalui mesyuarat Majlis Setiausaha kita telah mencadangkan agar satu Konvensyen Perpaduan Nasional diadakah dalam masa terdekat, cadangan ini akan dibawa esok pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk diperincikan.

"Saya melihat ia amat penting kerana sejak pilihanraya yang lepas isu perkauman telah dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional, kita tidak mahu isu perkauman terus menjadi agenda utama dalam negara ini," jelas beliau.

Tambah beliau lagi, isu perkauman atas rasis sudah menjadi bahan kepada pimpinan Umno-BN sehinggakan keputusan pada plihan raya umum ke-13 (PRU13) mereka menuduh ia sebagai tsunami cina.

Katanya lagi, isu perkauman ini semakin tegang sehinggakan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular yang didakwanya bukan sahaja memecahbelahkan masyarakat malah tidak diiktiraf perlembagaan.

"Sudah sampai masanya kita memperkukuhkan perpaduan kaum, kita tidak mahu isu ini terus dimainkan oleh pimpinan kerajaan ataupun mereka yang hampir dengan pimpinan.

"Pakatan Rakyat perlu memastikan satu pendekatan terbaik diambil untuk mencari perpaduan kaum semoga suasana harmoni dapat diwujudkan," sambung beliau lagi.

Saifuddin yang memberitahu perkara ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci bagi mementukan bila dan dimana ia akan diadakan.

Sebelum itu, Mohd Noor dalam kenyataannya selain memberitahu sekolah vernakular yang memecah belah masyarakat malah tidak diiktiraf oleh perlembagaan.

Beliau yang turut memberitahu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) perlu dihapuskan.

Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan juga pimpinan DAP.

PR sahut cabaran Ahmad Maslan

Posted: 14 May 2013 04:14 PM PDT

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

Ahmad Maslan
Datuk Ahmad Maslan 
 
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) sedia bersemuka dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof bagi mendengar penjelasan berhubung permasalahan yang timbul dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat majlis setiausaha PR yang diadakan semalam.

"Kita sahut cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan untuk menjemput pengerusi SPR dalam program kami.

"Kami harap Tan Sri Aziz juga bersedia hadir dalam majlis yang dianjurkan PR," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata, jika pengerusi SPR itu menolak jemputan perikatan itu, Ahmad bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

"Kalau Tan Sri tolak, Ahmad Maslan bantu dapatkan Tan Sri Aziz," katanya.

Hadir pada sidang media sama ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, dan Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke.

Semalam Ahmad mencabar pembangkang menjemput SPR bagi menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku pada 5 Mei lalu.

Menurut Saifuddin, PR juga bersetuju menjayakan himpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' di negeri-negeri berikutnya.

Katanya, ia adalah saluran terbaik rakyat Malaysia untuk menyampaikan rasa tidak puas hati mereka melalui lunas undang-undang ditetapkan.

Ketika ditanya kenapa PR begitu angresif menolak keputusan PRU13 sedangkan di negeri-negeri yang dimenangi, PR dengan cepat mengangkat sumpah membentuk kerajaan mendakwa, mereka punya bukti kukuh penyelewengan yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).

"Secara khusus kita telahpun mengenalpasti tidak kurang daripada 29 kawasan parlimen yang kita telah mengumpul bukti yang kita mempunyai sebab kukuh wujudnya penyelewengan dalam PRU13.

"Terbaru, ada laporan daripada petugas SPR di kawasan Parlimen Terenganu, calon BN kurung mereka di dalam bilik dan minta mereka memangkah kertas undi beserta nombor siri, laporan polis telah dibuat dan pengadu telah menghantar salinan laporan itu kepada skretariat PR, ini hanya secebis daripada beberapa bukti yang sedang kami kumpulkan," katanya.

Menurut beliau, kejadian yang berlaku di Besut Terenganu itu hanya salah satu contoh kejadian yang diterima, dan pihaknya sedang mengumpul bukti di kawasan lain.

"Isunya wujud beberapa bukti kuat, yang pada pandangan kami mempunyai asas yang kukuh untuk diangkat dalam tajuk penipuan PRU13 ini," katanya.

Tiada ulasan: