DIALOG RAKYAT |
- Zahid, Noh disaran ambil cuti pergi belajar
- Pengarah Tabung Haji didakwa atas tuduhan khalwat
- BN menang selesa tiap kali persempadanan semula
- Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib
- Teras kesal kenyataan biadap menteri
- Kerajaan tak kreatif, GST zalimi rakyat
- KDN rampas ribuan naskhah Harakah, Suara Keadilan
- Chegubard: Himpunan Sabtu ini tetap diteruskan
- Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghaffar Pula Ditahan, Harakah & Suara keadilan Dirampas
- SAMM Tempelak Zahid Pertahan Rampasan Kuasa Perak
- UMNO cetus ketegangan kaum, klasifikasi Melayu tidak undi BN pengkhianat
- Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat, 23 Mei
- Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri
- 'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar'
- Tidak wajar gaji naik mendadak
- Hilang jawatan,masih angkuh juga
- Peguam, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain
- Pakatan menang dua pertiga di kerusi campuran pada PRU13, dedah kajian
- RON97 turun 20 sen mulai malam Selasa
- Adam Adli didakwa di bawah Akta Hasutan, dibebas dengan ikat jamin RM5,000
- Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM
- Kemelampauan Cybertrooper UMNO Menyebabkan Rakyat Tolak UMNO BN
- 18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam
- Felda gagal dapat perintah penghakiman ingkar terhadap Saifuddin
- PRU13 : SPRM terima tujuh laporan politik wang
Zahid, Noh disaran ambil cuti pergi belajar Posted: 23 May 2013 04:19 AM PDT
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar diseru bercuti dan mendalamkan pengetahuan mereka mengenai sistem pilihanraya 'first-past-the-post' sebelum menyuruh rakyat keluar dari negara ini atau tinggal di hutan. (Ong Kian Ming cadang Zahid dan Noh pergi belajar semula) Anggota Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata walaupun Zahid betul ketika menyatakan bahawa sistem pilihanraya Malaysia diwarisi daripada United Kingdom sejurus selepas mencapai kemerdekaan, tapi beliau terlupa beberapa perkara penting. Antaranya ialah cadangan Suruhanjaya Reid untuk mengehad perbezaan jumlah pengundi antara kawasan kepada 15 peratus dan kurang daripada purata mengundi setiap kawasan dalam negara. "Jurang maksimum untuk kawasan pedalaman yang dibenarkan ialah 2 kepada 1 – yang bermaksud saiz pengundi kawasan terbesar hanya boleh dua kali lebih besar daripada saiz kawasan terkecil," kata Ong. Tapi di Malaysia, beliau berkata perkara ini tidak berlaku di mana parlimen Kapar mempunyai jumlah pengundi seramai 144,369, sembilan kali lebih banyak daripada parlimen terkecil iaitu Putrajaya yang hanya mempunyai 15,798 undi. Pada 2011, kata Ong, UK telah meluluskan satu undang-undang untuk mengehadkan perbezaan itu kepada 5 peratus, di Australia pula dihadkan kepada 10 peratus manakala Kanada berada di 25 peratus. Proses pensempadanan semua di Australia, kata Ong, pula terpaksa mematuhi had 3.5 peratus perbezaan jurang pengundi antara kawasan. "Jika Australia, yang kawasannya sebegitu luas, boleh mengikuti sistem satu rakyat satu undi, tiada sebab Malaysia tidak boleh mengikutnya," kata Ong. Zahid dan Noh kini dikecam pelbagai lapisan masyarakat selepas menyeru rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya di negara ini untuk berhijrah ke negara lain atau tinggal di hutan. BN memenangi pilihanraya di pilihanraya umum ke 13 dengan majoriti 34 kerusi parlimen meskipun tewas undi popular sebanyak 4 peratus di tangan Pakatan Rakyat dengan memenangi majoriti kerusinya di kawasan parlimen yang jumlah pengundinya rendah dan di kawasan pendalaman. | ||||
Pengarah Tabung Haji didakwa atas tuduhan khalwat Posted: 23 May 2013 04:16 AM PDT MALAYSIA KINI Pengarah Tabung Haji Pulau Pinang Rozimin Ahamed Kamil dan seorang staf wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di Balik Pulau hari ini atas tuduhan berkhalwat. Rozimin, 46, dan Nor Hamiza Ahmad, 35, dituduh melakukan kesalahan itu di bilik bernombor 328C di sebuah hotel di Kompleks Tabung Haji di Bayan Lepas pada kira-kira jam 6.10 petang 20 Mei lepas. Rozimin dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996 manakala Nor Hamiza mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Hakim Syarie Mohamed Zaidi Abdullah membenarkan kedua-duanya, masing-masing diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes. Kedua-dua mereka diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff manakala pendakwaan dikendalikan Ketua Pendakwa Syarie Mohd Zulkhairi Aziz.- Bernama | ||||
BN menang selesa tiap kali persempadanan semula Posted: 23 May 2013 04:14 AM PDT Parti pemerintah BN biasanya mendapat kejayaan selesa dalam pilihan raya setiap kali persempadanan semula kerusi pilihan raya dibuat, kata Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel). Dalam sejarah Malaysia, BN secara puratanya mendapat undi popular sehingga 60 peratus setiap kali selepas persempadanan semula dilakukan, kata timbalan pengarah Umcedel Amer Saifude Ghazali dalam sebuah forum semalam. Beliau juga berkata, berdasarkan undang-undang, syarat-syarat persempadanan semula amat longgar bagi mencapai perwakilan seimbang. Katanya, tiada juga garis panduan jelas atau pemetaan untuk proses persepadanan semula, yang seterusnya menyebabkan kawasan parlimen baru dibentuk antara dua kawasan parlimen sedia ada. Amer berkata demikian dalam forum anjuran pusat kajian bebas Merdeka Centre di Petaling jaya semalam. | ||||
Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib Posted: 23 May 2013 04:12 AM PDT
BELUM pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Rakyat Malaysia telah bangun daripada tidur panjang. Kesedaran politik yang tersemai, putiknya sudah menjadi bunga. Sebab itu, BN hanya sekadar mampu senyum terpaksa menduduki semula Putrajaya. Mereka sedar bahawa kemenangan tipis mereka kali ini diselamatkan oleh sempadan kawasan pilihan raya dan kesaktian tangan-tangan ghaib. Merai dan memanfaat jaminan Perlembagaan tetapi… BN tidak lagi berhadapan dengan PR semata-mata. PR pula tidak akan sekuat sekarang tanpa dokongan pelbagai peringkat lapisan masyarakat berbilang kaum termasuk golongan masyarakat siswa yang baru keluar daripada bungkaman suara mereka. Mahasiswa sedar, mahasiswa bangkit, mahasiswa yang ditunjangi anak-anak muda sudah tidak kekok untuk turun ke jalan berdemonstrasi menuntut hak mereka. Inilah suasana baru demokrasi di Malaysia. Hak berhimpun secara aman sebaik mungkin dimanfaat seperti yang dijamin Perlembagaan. Bagaimanapun, suara rakyat, suara anak muda diperlakukan seperti dahulu. Saling tak tumpah seperti zaman Mahathir dan 1001 hikayat Melayunya. Demokrasi masih pra-matang di Malaysia, transformasi yang diwar-warkan pemerintah BN hanya sekadar transformasi tong sampah. Suara rakyat, suara anak muda terus diperleceh. Kita tidak perlu hairan mengapa Adam Adli ditahan mengikut Akta Hasutan lantaran beliau bangun melawan tirani kuasa pemerintah BN yang mahu agar demokrasi negara ini berdaulat. Bermulanya era Aerosmith dan AUKU Kebangkitan masyarakat siswa dan golongan cerdik pandai bukan perkara baru. Barisan nama seperti Abu Zer, Yunus Ali, Kamarazaman Yacob, Hishamuddin Rais, Anwar Ibrahim dan ramai lagi aktivis mahasiswa sangat sinonim dengan zaman kegemilangan mahasiswa sebaris dengan kemunculan Deep Purple, Led Zeppelin dan Aerosmith. Arus kebangkitan masyarakat siswa ini juga menyebabkan kerajaan memperkenalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 1971 untuk mengekang pembabitan mahasiswa daripada berpolitik. Bermulalah saat malap bagi dunia akademik dan aktivisme mahasiswa. "Satu orang pemuda dapat mengubah dunia.." Sukarno Kita masih ingat lagi kepada sebuah daerah bernama Sidi Bouzid. Adapun pembangunan di Kuala Lumpur ini jauh bezanya dengan pembangunan di sana, jauh juga melangkaui sudut fikir dan budaya. Apapun bezanya, Kuala Lumpur dan Sidi Bouzid tetap dihuni manusia yang punya hati dan perasaan; cita-cita dan wawasan. Sidi Bouzid dan Kuala Lumpur dihuni oleh manusia yang fitrahnya bebas. Kalaulah Bouazizi tidak dizalimi, kalaulah gerainya tidak disita dan kalaulah beliau tidak dikasari. Maka beliau tidak akan mati. Kematian mahasiswa bernama Bouazizi ini rupanya menghidupkan lagi jutaan Bouazizi yang lain. Kerajaan Tunisia akhirnya tumbang dimakan sumpah rakyatnya yang setia. Bouazizi telah mengubah Tunisia, Bouazizi telah mengubah dunia, Bouazizi telah mencetuskan Arab Spring yang menggugat keangkuhan pemerintah. Kita mahu aman, damai, undang-undang didaulatkan Beza Bouazizi dan Adam Adli cuma pada ras dan fizikalnya. Sebagai anak manusia, jiwa kita tetap bebas merdeka. Kita tidak mahu penahanan dan penganiayaan terhadap Adam Adli menjadi titik tolak kepada Malaysia Spring yang dipropagandakan media kawalan pemerintah. Kita mahu keadilan diberikan terhadapnya dan kita juga ingin agar Perlembagaan Persekutuan dihormati. Keamanan Malaysia harus dijaga dan ini adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat dan pemerintah. Atas nama Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang, Adam Adli wajib dibebaskan. BN harus akur, BN haru sedar, BN harus tegas; Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Perlembagaan ini juga yang menjamin hak warganya untuk bersuara, berpersatuan dan berhimpun secara aman. Ini adalah hak asasi kita sebagai rakyat yang sering dipandang mudah pemerintah BN. Pemerintah harus bermuhasabah, kembali bertaut pada Perlembagaan yang menjamin kebebasan dan hak asasi rakyat. Ini adalah perkara paling pokok dan perlu menjadi keutamaan yang perlu dipelihara sebaik mungkin melampaui batas agama, bangsa mahu pun ideologi politik. | ||||
Teras kesal kenyataan biadap menteri Posted: 23 May 2013 04:10 AM PDT
KUALA LUMPUR: Pemimpin politik yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung di balik kuasa yang ada di tangan mereka. "Jika mereka berbuat demikian jelas ia memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan kepimpinan," ujar Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan. Katanya, adalah memalukan untuk mereka yang berstatus menteri dan bekas menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada di medan politik kerajaan. Berikut ialah kenyataan penuh beliau. Teras Pengupayaan Melayu (Teras) kesal terhadap semakin terserlahnya gejala menteri dan ahli parlimen yang hilang adab dalam pernyataan awam bila mengenengahkan reaksi politik mereka. Dengan pernyataan yang tersiar sehingga ini jelas mereka melambangkan kerendahan budi dan emosi yang tidak sihat. Dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang menyarankan supaya rakyat keluar dari negara ini sehingga Datuk Noh Omar, bekas Menteri Pertanian yang bereaksi supaya rakyat tinggal dalam hutan, sangat mengejutkan rakyat yang kini boleh berfikir kritikal terhadap pelbagai isu yang berlaku. Kenyataan Zahid sangat dangkal bila menyarankan mereka yang tidak bersetuju dengan pilihanraya di Malaysia harus hijrah ke negara lain. Soalnya apakah menuntut agar pilihanraya dijauhkan dari amalan penipuan itu satu tuntutan yang salah. Apakah menuntut supaya penipuan dihalang dalam proses pilihanraya itu satu dosa besar sehingga perlu mencabut kewarganegaraan rakyat? Tidak kurang memalukan juga bila para editor akhbar yang pro pemerintah jelas turut tidak menghormati kematangan rakyat dalam berfikir. Api perkauman terus dibakar dengan memaparkan berita kebencian kepada satu kaum dan meningkatkan semangat perkauman yang semakin tajam. Nampaknya sehingga hari ini semua kenyataan yang bersifat menghasut dan membawa kepada kebencian antara kaum itu tidak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa. Datang dari pemimpin kerajaan yang berkedudukan tinggi adalah jauh lebih bahaya jika dibanding dengan kenyataan yang diungkap oleh rakyat biasa. Lebih kesal lagi pemimpin kerajaan turut memberi komentar yang meningkatkan kebencian yang boleh menegangkan keadaan. Teras mengingatkan pemimpin politik yang punya kedudukan dalam kerajaan perlu bertanggungjawab dengan kenyataan masing-masing dan tidak mengambil kesempatan dengan melemparkan kata-kata yang sensitif tetapi berselindung di balik kuasa yang ada di tangan mereka. Jika mereka berbuat demikian jelas ia memaparkan sikap politik yang sangat tidak matang dan tidak layak menempati barisan kepimpinan. Adalah memalukan untuk mereka yang berstatus menteri dan bekas menteri bersikap demikian walaupun sudah lama berada di medan politik kerajaan. Ternyata emosi yang mengatasi rasional kini menguasai pemimpin pemerintah sehingga sukar bersikap berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata. Tatkala rakyat berhak untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap proses PRU13, pemimpin kerajaan Pusat nampaknya lebih celupar dalam membuat kenyataan yang menimbulkan lagi kemarahan rakyat. Mereka tidak wajar bersikap curiga terhadap rakyat bila rakyat menunjukkan bantahan kepada proses pilihanraya. Jika dari dulu rakyat telah membangkitkan pelbagai isu mengenai fungsi SPR yang kelihatan tidak bebas dan tidak adil, maka perhimpunan rakyat yang puluhan ribu itu seharusnya dianggap suatu pernyataan yang serius dan kerajaan harus memberi maklum balas untuk menjelaskan apa yang dibangkitkan. Kerajaan dan para pemimpin kerajaan seharusnya jangan mengherdik rakyat dan bertindak dengan menyalahguna kuasa untuk mengugut rakyat dengan tindakan undang-undang. Mohd Azmi Abdul Hamid Presiden Teras | ||||
Kerajaan tak kreatif, GST zalimi rakyat Posted: 23 May 2013 04:06 AM PDT
Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita. "Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam. "Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini. Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata Malaysia akan dapat menambah pendapatan sebanyak hingga RM27 bilion jika cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di negara jiran, Singapura. Katanya mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang. | ||||
KDN rampas ribuan naskhah Harakah, Suara Keadilan Posted: 23 May 2013 03:56 AM PDT MALAYSIA KINI Tiga organ parti dalam Pakatan Rakyat hari ini menjadi sasaran penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menjalankan operasi merampas naskhah akhbar berkenaan di beberapa negeri hari ini. KDN dalam kenyataannya petang ini menyebut, operasi rampasan naskhah Harakah, Suara Keadilan dan The Rocket itu dibuat kerana penerbitan itu didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012. Ia didakwa melanggar Seksyen 5 undang-undang tersebut yang meperuntukkan syarat edaran untuk ahli sahaja. "Operasi penguatkuasaan ini telah dilaksanakan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara bermula pada 22 Mei 2013 dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh pihak KDN sebelum ini. "Operasi ini akan dilakukan secara berterusan dengan bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 bagi memastikan semua pihak tidak melanggar Akta tersebut," kenyataan itu dipetik. Menurut KDN lagi, sejumlah 1,408 naskhah Suara Keadilan, 1,062 naskhah Harakah dan 70 naskhah The Rocket dirampas dalam operasi itu. Pengurus pemasaran Harakah, Ahmad Faisal Tawang ketika dihubungi mengesahkan operasi berkenaan dijalankan ke atas pengedar mereka di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, kedah dan Perak hari ini. "Pengurusan Harakah sehingga kini masih mengumpul data mengenai jumlah rampasan tersebut," katanya. Edisi yang terlibat dalam rampasan tersebut menonjolkan isu penguatkuasaan cukai barangan dan perkhidmatan "GST) dengan tajuk besar 'GST hadiah BN untuk rakyat'. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pula dalam satu kenyataan berasingan menyatakan pegawai KDN menjalankan tindakan tersebut sejak 24 jam lalu. Selain merampas nashkhah berkenaan, pegawai KDN juga dakwanya mengancam untuk menangkap pembekal dan pengedar akhbar itu di beberapa tempat. Ia antara lainnya melibatkan operasi di Ipoh pada malam tadi, di mana seramai tujuh pegawai KDN telah menyerbu premis salah seorang pembekal Suara Keadilan dan merampas 214 naskah akhbar. Pegawai berkenaan juga dakwanya enggan memberi sebarang bukti surat kuasa rampasan. Manakala, di Melaka pula sebanyak 70 naskah telah dirampas dari seorang pengedar yang didakwanya, bahawa pegawai KDN hanya memberi alasan ia telah menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kata Saifuddin. Kejadian yang sama juga telah berlaku hari ini di Johor Bahru, Johor, Seremban, Bangi dan Kota Bharu, Kelantan, tambahnya lagi. | ||||
Chegubard: Himpunan Sabtu ini tetap diteruskan Posted: 23 May 2013 03:50 AM PDT MALAYSIA KINI Di sebalik tangkapan beberapa pemimpin pembangkang dan NGO, perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Sabtu ini di Petaling Jaya akan tetap diteruskan, kata penggerak utamanya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Pemimpin SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata, NGO anak muda itu bertekad memastikan himpunan yang dinamakan "SuaraRakyat505" itu mencapai matlamat, walaupun beliau sendiri mungkin ditahan. "Himpunan ini adalah himpunan rakyat, semua yang hadir tanpa pangkat tetapi sebagai rakyat menuntut demokrasi yang dirampas regim legasi penjajah untuk kekal berkuasa," katanya yang lebih dikenali sebagai Chegubard. Dalam kenyataan hari ini, Badrul juga mengutuk keras "tindakan tidak bertamadun" pihak berkuasa membuat tangkapan demi tangkapan bermula sejak aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dicekup minggu lalu. "Negara seolah-olah berada dalam keadaan 'belum merdeka' ketika mereka yang bersuara bercakap benar disumbatkan ke dalam lokap seterusnya didakwa atas akta yang sepatutnya telah dimansuhkan. "Ini bukti kegagalan transformasi Najib, ketika kerajaan yang ada hari ini tidak punya sokongan majoriti," katanya. | ||||
Tian Chua, Haris Ibrahim & Tamrin Ghaffar Pula Ditahan, Harakah & Suara keadilan Dirampas Posted: 23 May 2013 03:47 AM PDT KELAB GREENBOC Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini. Tian Chua dalam tulisannya di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari. "Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya. Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan. Sementara itu, pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis. "Di KL, baru dihubungi isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh) Sulu," tulisnya di Twitter. Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut. Haris pagi ini muncul di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini. Beliau turut berucap dalam forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu. Sementara itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta Hasutan. Beliau juga berkata, aktivis PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini dalam satu operasi polis di Bangsar. Katanya, Tamrin juga dibawa ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian. Operasi berkenaan berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti 'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa. Sebaliknya, perhimpuan di Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak demokrasi kepada rakyat, katanya. Gabungan 50 NGO yang menjadi penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di padang berhampiran Amcorp Mall. Antara yang dijangka mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia. -mk
Ulasan GB Yang terang-terangan bercakap dan berucap meniupkan api perkauman dari UMNO dan PERKASA tak pernah ditangkap. Blogger pro-UMNO yang terangan-terangan bikin dan siar video lucah di blog masing-masing dan menyiarkan tulisan berbentuk perkauman tak nak pulak ditahan. Allah tempat kita berlindung dan semuga Dia menurunkan hukumanNya kepada pihak yang zalim. | ||||
SAMM Tempelak Zahid Pertahan Rampasan Kuasa Perak Posted: 23 May 2013 03:45 AM PDT KELAB GREENBOC Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menempelak Datuk Ahmad Zahid Hamidi dengan bertanya mengapa Naib Presiden Umno itu mempertahankan rampasan kuasa di Perak pada Februari 2009. "Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU 12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?," kata Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shahrin. Beliau juga mendakwa Zahid sengaja memutar belit isu perhimpunan Ahad ini. "Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan," katanya dalam satu kenyataan. Perhimpunan di depan Amcorp Mall di sini disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan jawatankuasa tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama. Badrul Hisham mendakwa SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. "Malah, kononnya SPR direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit. "Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan," tambahnya. SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Dalam Negeri jangan mengulangi kesilapan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa. "Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor," katanya. -FMT
| ||||
UMNO cetus ketegangan kaum, klasifikasi Melayu tidak undi BN pengkhianat Posted: 23 May 2013 03:39 AM PDT Roketkini.com RAUB: UMNO tidak sepatutnya mengklasifikasikan lebih 50 peratus pengundi Melayu yang tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, sebagai pengkhianat. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz sangat kecewa dengan sikap UMNO yang kononnya mendakwa membela Melayu sanggup berbuat demikian. Katanya, UMNO juga menyangkal politik perkauman yang dimainkan sedangkan menuduh keputusan PRU-13 itu sebagai 'Tsunami Cina'. "Setelah keputusan PRU-13 diumumkan, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya menyalahkan orang Cina kerana tidak mengundi BN, sedangkan UMNO yang memainkan isu perkauman. "Di Semenanjung Malaysia, jumlah pengundi adalah seramai 9.45 juta dan 70 peratus daripadanya adalah pengundi Melayu iaitu sekitar 6.62 juta. "UMNO dan BN hanya memperolehi 4.35 juta undi. Jika 70 peatus Melayu bermakna pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO," ujar beliau dalam satu kenyataan. Berdasarkan fakta itu, Mohd Ariff Sabri mempertikaikan tindakan Najib dan UMNO yang mengklasifikasikan Melayu yang tidak mengundi BN sebagai pengkhianat. Menguatkan lagi hujah, beliau membuat perbandingan bahawa di Semenanjung sahaja, orang Cina yang menolak BN berjumlah 2.27 juta manakala orang Melayu yang menolak BN ialah 3.57 juta. Beliau turut menegaskan bahawa undi adalah hak setiap rakyat Malaysia dan tidak ada siapa yang boleh memaksa rakyat untuk memilih parti mana yang mereka suka. "1Malaysia ternyata alasan untuk membalun duit rakyat. Jutaan Ringgit dibelanjakan untuk program dan iklan di merata tempat. Orang tidak akan bercakap sebab tidak ada orang percaya BN serius untuk membangunkan konsep 1Malaysia yang hanya ada rupa, tapi roh tiada," katanya. Mohd Ariff Sabri pada masa sama kecewa dengan permainan sentimen perkauman melampau yang diteruskan media kawalan UMNO kerana mengetepikan hakikat sebenar 'Tsunami Rakyat' pada PRU-13 lalu. Beliau mengingatkan bahawa menolak parti pemerintah bukan bererti tidak setia kepada negara kerana sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia membenarkan kerajaan diubah pada pilihan raya. "Adakah dengan menolak BN itu sama dengan menolak ketaatan kepada negara? Apapun, Majoriti orang Melayu terbukti tidak memilih BN, ini bermakna UMNO bukan lagi suara majoriti orang Melayu," ujar beliau.-Roketkini.com | ||||
Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat, 23 Mei Posted: 23 May 2013 03:37 AM PDT Roketkini.com. KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan terus membantah terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang tidak bersih dan adil dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana memberikan sokongan yang cukup hebat kepada PR di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, berkata Di Selangor dan Wilayah Persekutuan, PR bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di negeri Selangor, malah meningkatkan jumlah kerusi dan majoriti yang diperolehi calon PR. Sehubungan itu, katanya, DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya (Hadapan Amcorp Mall) pada 23 Mei ini (Khamis) jam 7 malam. Menurutnya, antara pemimpin PR yang akan menyampaikan ceramah pada perhimpunan itu ialah Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam), Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Tamrin Ghafar, Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh), Teng Chang Khim, Tony Pua dan lain-lain. "Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana memberi kerjasama untuk mengadakan Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat pada 23 Mei ini (Khamis) 7 malam di Padang Timur supaya berjalan lancar. "Pihak polis akan membantu mengawal trafik dan mencadangkan supaya hadirin menggunakan tempat letak kereta yang sedia ada yang ditunjukkan dalam peta yang dilampirkan. "Untuk mengurangkan kesesakan jalan raya, kami menggalakkan hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.-Roketkini.com. | ||||
Demo jalanan tak jejas pelancongan, kata Nazri Posted: 22 May 2013 09:26 PM PDT Peningkatan demonstrasi jalanan 'haram' di Malaysia secara umumnya tidak memberi kesan buruk kepada pelancongan, kata Menterinya, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz. Sebaliknya, kata beliau, sektor tersebut mencatatkan peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini, Mohd Nazri berhujah bahawa data pelancongan tidak menunjukkan sebarang impak daripada demonstrasi jalanan. Sejak beberapa tahun lalu, tambahnya, trend menunjukkan bahawa setiap tahun terdapat peningkatan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan, kecuali pada tahun 2003, kerana SARS dan kemelesetan ekonomi global. Berikutan trend itu, katanya, antara tahun 2008 sehingga kini terdapat banyak demonstrasi haram yang telah berlaku, tetapi ia tidak mengurangkan jumlah pelancong dan pendapatan daripada pelancongan." | ||||
'Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar' Posted: 22 May 2013 09:23 PM PDT MALAYSIA KINI Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah". Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat. Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum. Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit. Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu. Di bawah ini bahagian kedua daripada tiga bahagian: Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita? Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi. Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan. Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina. Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja. Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja. Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak. Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak. Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu. Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya. Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau. Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang. Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi. Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat. Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak. Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan. Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream. Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada. Kontraktor pula, kita dah katakan 67 peratus tadi, minta lesen, pasti dapat oleh kerana sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu (untuk) kontraktor tadi. Dalam negara yang amalkan demokrasi, bilangan penduduk amat penting. Dalam memilih kerajaan tadi, one vote counts. Jadi bilangan penduduk kita harus kita ketengahkan. Orang Melayu harus dengar. Tadi saya katakan, siapa sepupu kita? Siapa saudara mara kita? Tadi saya terangkan tafsiran orang Melayu, kita ini Melayu Nusantara, Jangan kita ada perasaan tak suka, iri hati, katakan kepada Indian Muslim (atau) Chinese Muslim oleh kerana mereka adalah ummah dan seagama dengan kita. Bila kita ramai, sebab itu kuota kita tadi, saya tingkatkan kepada 67 peratus. 67 peratus dalam kiraan saya, two-thirds majority. Jadi kita pegang two-thirds majority itu dalam segala urusan, perniagaan, lesen dan sebagainya. jadi kita perlu ramaikan orang Melayu. Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India. Saya galakkan kerana melahirkan keturunan Melayu sampai bila-bila. Mengapa kita tidak relakan orang kita kahwin dengan orang Cina dan India? Ramai lagi contoh orang Islam Cina yang boleh mengajak orang Cina dan India masuk Islam. orang Cina ini dia sombong sikit, dia takkan masuk Islam kerana Melayu, tetapi dia boleh masuk Islam kerana saudaranya Cina. Jadi kita bagi kemudahan-kemudahan, kayakan orang Cina ini, supaya kalau dia kaya nanti dia jaga saudara mara dia, mak ayah dia yang belum masuk Islam lagi, sebagai contoh yang baik untuk diteladani orang Cina dan orang Islam. Selama ini kita tak kenal saudara mara kita, sepupu kita, kita abaikan. Jangan sekali-kali kita derhaka kepada sepupu kita orang asli tadi oleh kerana kalau kita derhaka kepada dia maka orang akan menderhaka pada diri kita sendiri. Kita nyatakan kita bertamadun, kita dah maju, tetapi apa kita buat kepada Orang Asli? Jangan minta dia minta daripada kita. Dia tidak tahu hendak minta. Minta dari kita pun dia tak tau. Jadi kita kena bagi pada dia. Sekolah mana kita buka kepada dia, kita ambil dari kampung itu hantar ke sekolah, seperti mana anak Melayu dihantar ke Kolej Kuala Kangsar kan, ataupun university college. Bahagian I: 'Pengkhianatan orang Cina itu benar' | ||||
Tidak wajar gaji naik mendadak Posted: 22 May 2013 09:10 PM PDT KL TODAY PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak kelmarin.Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi. "Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut," kata Jofri dalam kenyataannya. Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012. Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda. "Kalau dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji yang mereka terima selama ini. "Kita mahu setiap wakil rakyat termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari gaji yang mereka terima," kata Jofri dalam kenyataannya. Sepatutnya kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan, katanya. "Kita mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih," cadang Jofrie. Katanya, untuk wakil rakyat yang dipilih terutama sekali wakil rakyat pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak diberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN. Dengan adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN tersebut. "Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN," tambah beliau. Tambahnya lagi, setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna kuasa dan rasuah. Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja. "Kita harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya lagi. | ||||
Hilang jawatan,masih angkuh juga Posted: 22 May 2013 09:04 PM PDT Shahbudin Husin Bekas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Noh Omar menuruti jejak langkah Zahid Hamidi, sebagai pemimpin kedua dalam UMNO yang masih mengekalkan sifat sombong dan angkuh dalam menangani kehendak dan rasa tidak puas hati yang wujud di kalangan sesetengah rakyat.Jika Zahid yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menyarankan mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihanraya negara ini berpindah ke negara lain, Noh Omar pula menyarankan mereka ini supaya tinggal di dalam hutan. Mereka yang tidak suka dengan sistem pilihanraya negara ini sewajarnya tinggal di dalam hutan, katanya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor. Sebagaimana kenyataan Zahid yang membangkitkan kecaman umum, termasuk Khairy Jamaluddin yang baru dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan seakan tidak bersetuju dengan pandangan separa matang itu dan menganggapnya hanyalah pandangan peribadi, kenyataan Noh Omar ini tentunya juga mencetuskan naluri yang sama. Sesiapa pun yang normal tidak akan bersetuju seorang pemimpin bercakap seperti itu kerana ia menyerlahkan keangkuhan dan kesombongan sebagai pemimpin, suatu sikap yang amat tidak wajar dimiliki oleh mana-mana pemimpin sekali pun. Yang lebih parah, dengan sikap sedemikian. UMNO akan dilihat oleh rakyat sebagai tidak mahu berubah dan pemimpinnya kekal dengan sikap sombong, angkuh dan enggan memahami perasaan rakyat. Andai ramai yang boleh memahami kenapa Zahid mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa yang mungkin disebabkan keghairahan terlampau kerana dilantik mengepalai kementerian baru, tetapi ramai yang tidak faham dengan sikap Noh Omar ini. Setelah hilang jawatan menteri dan tidak dipercayai oleh pucuk pimpinan pun tetapi masih juga mengekalkan ego sombong serta angkuhnya. Biasanya seseorang yang hilang jawatan secara mengejut, tambahan pula misinya untuk menawan Selangor juga gagal yang sekaligus mencerminkan kegagalannya sebagai pemimpin, akan terduduk menginsafi kesilapan dan keterlanjuran selama ini sambil berusaha menjadi lebih berhemah, lebih baik dan memahami rakyat tetapi Noh Omar seperti tidak memiliki sifat muhasabah diri itu. Ketika menjadi menteri pun sombong dan angkuh, setelah hilang jawatan juga kekal seperti itu. Seharusnya dalam keadaan sekarang, beliau bukan saja harus bermusabah kenapa Selangor gagal ditawan kembali dan rakyat secara majoritinya lebih meyakini PR di negeri itu tetapi sekurang-kurangnya juga memahami perasaan rakyat yang sedang bergelora dihatinya dan membantah keputusan pilihanraya lalu. Sebagaimana Zahid, Noh juga menempelak rakyat yang didakwanya mempertikaikan sistem pilihanraya sedangkan apa yang dipertikaikan rakyat ialah proses pengendalian pilihanraya oleh SPR yang mereka yakini ada kecacatan dan kelemahan, berat sebelah dan perlu diperbaiki. Beliau sepatutnya memahami isu yang dibangkitkan dan menyemak fakta-faktanya terlebih dahulu. Dalam isu dakwat kekal yang dipertikaikan misalnya, semua orang tahu ia tidak sekekal sebagaimana yang dipropakan oleh SPR, malah akhirnya SPR juga bersetuju untuk menubuhkan panel penyiasat bagi menyiasat isu yang paling banyak diperkatakan itu. Dalam memahami hati dan perasaan rakyat, Noh Omar harus membuang jauh-jauh sifat sombong dan angkuhnya. Fahamilah bahawa rakyat makin menolak UMNO dan BN. Kekuatan parti itu hanya tinggal di kampung-kampung dan desa pedalaman saja sedangkan penduduk bandar, separa bandar, golongan muda dan profesional semakin menjauhkan diri. Daripada menang 140 kerusi pada 2008, pada pilihanraya lalu makin berkurangan kepada 133 kerusi saja dan lima tahun lagi belum tentu apakah nasib UMNO dan BN lagi. Sementara baru ditolak sebagai menteri oleh Najib, eloklah beliau memikirkan memperbaiki apa-apa yang patut sebelum ditolak oleh rakyat pula. Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com | ||||
Peguam, tiga pekerja ladang ke tali gantung kerana bunuh Sosilawati dan tiga individu lain Posted: 22 May 2013 08:57 PM PDT Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, (gambar fail) pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44. Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani. Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. — Bernama | ||||
Pakatan menang dua pertiga di kerusi campuran pada PRU13, dedah kajian Posted: 22 May 2013 08:55 PM PDT Badan pengkaji atas talian bebas tersebut berkata parti pemerintah BN memenangi banyak undi di kawasan luar bandar manakala PR meningkatkan sokongan di kawasan bandar dan separa bandar di negara yang sedang mengejar status negara maju 2020. "BN mewakili majoriti luar bandar dan dapat mengekalkan kuasa dengan luar bandar dan kerusi separa bandar sahaja. Pilihan raya kali ini menunjukkan PR lemah di luar bandar yang terdiri daripada kerusi majoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak," kata laporan itu, yang boleh didapati dalam blog rasmi PoliTweet. Menurut PoliTweet, 108 daripada 133 kerusi (81 peratus) dimenangi BN adalah di kerusi luar bandar, manakala PR memenangi kerusi bandar atau separa bandar hampir dengan peratusan sama (72 daripada 89 kerusi). PR memenangi semua 16 kerusi bandar majoriti Cina, 12 kerusi bandar Melayu dan 12 kerusi bandar campuran, memberikan mereka 40 daripada jumlah keseluruhan 43 kerusi bandar (93 peratus). Sebagai perbandingan, BN hanya memenangi 4 kerusi bandar Melayu dan 1 kerusi bandar campuran. Daripada 54 kerusi separa bandar, PR memenangi 34 daripadanya (63 peratus). BN menang baki daripada kerusi separa bandar dengan kawasan separa bandar Melayu adalah sebahagian besarnya 12 kerusi tersebut.] PoliTweet juga menunjukkan PR memenangi lebih banyak kerusi bandar dan separa bandar majoriti Melayu berbanding BN, ia menunjukkan kerusi majoriti Melayu bukan lagi jaminan kemenangan untuk BN. Dalam kajiannya, PoliTweet mengkategorikan kerusi kepada tiga kategori yang tidak mengikut klasifikasi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tetapi lebih berdasarkan imej satelit peta Google dan peta SPR. PoliTweet menggariskan kawasan "pendalaman" terdiri daripada kampung, bandar kecil atau tanah ladang dan kelihatan lebih besar secaara fizikal dengan populasi yang kecil. Kawasan "bandar" pula terdiri daripada bandar yang diliputi dengan betuk pembangunan bandar. Kawasan "separa bandar" adalah gabungan kedua-duanya sekali. Dibawha tiga kategori itu, PoliTweet membahagikan 125 kerusi sebagai luar bandar, 54 separa bandar dan 43 adalah bandar. Kawasan bandar terdiri sedikit melebihi daripada setengah kerusi majoriti Cina, tetapi kerusi majoriti Melayu masih lagi didominasi di luar bandar. Walaubagaimanapun terdapat lebih banyak kerusi separa bandar yang majoritinya adalah Melayu berbanding majoriti Cina dan kawasan campuran dicampur-aduk sekali. Firma kajian itu juga menekankan kebarangkalian rendah BN untuk memenangi semula kerusi bandar, memandangkan BN hanya memperoleh 47 peratus undi popular di kerusi separa bandar dan 36 peratus di kerusi bandar, berbanding 57 peratus yang diperolehnya di kerusi luar bandar. Dalam Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia terkini pada tahun 2010 menunjukkan populasi di bandar Malaysia berlaku peningkatan mendadak sejak tahun 1960-an, dengan 71 peratus daripada rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Bank Dunia bagaimanapun meletakkan jumlah sedikit lebih tinggi sedikit pada 72 peratus. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kedua-duanya telah mencapai 100 peratus status kemajuan, manakala Selangor dan Pulau Pinang - kedua-dua kini diperintah oleh PR - merupakan yang tertinggi selepas kedua-dua bandar utama itu adalah dengan lebih 90 peratus status kemajuan. Kebetulan, Selangor adalah negeri yang paling ramai penduduk dengan 5.46 juta orang, dan seiring dengan Putrajaya, mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi di Malaysia disebabkan oleh penghijrahan dan peluang pekerjaan. Dalam forum yang dianjurkan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) minggu lepas, pemerhati bebas pilihan raya Merdeka Centre mendapati pengundi jelas berpecah antara kelas-kelas yang berbeza, dengan kelas bekerja dan berpendapatan rendah kebanyakannya mengundi BN, dan kelas pertengahan dan atasan memilih PR. Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian menekankan perbezaan antara kaum mencadangkan pengundi tidak berpecah mengikut kaum tetapi lebih kepada ideologi yang berbeza yang dikemukakan oleh kedua-dua BN dan PR. | ||||
RON97 turun 20 sen mulai malam Selasa Posted: 22 May 2013 08:53 PM PDT Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini Rabu. Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012. Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat. "Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi. Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan. Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RO N97 dalam masa terdekat ini. Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. — Bernama | ||||
Adam Adli didakwa di bawah Akta Hasutan, dibebas dengan ikat jamin RM5,000 Posted: 22 May 2013 08:48 PM PDT Hakim Norsyaridah Awang membebas dan melepaskan Adam dengan ikat jamin RM5,000 oleh seorang penjamin di Mahkamah Seksyen di sini. Adam (gambar fail) didakwa di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), yang mana sekiranya didapati bersalah, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh dikenakan tindakan denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun. Adam yang berbaju T hitam diwakili peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, N. Surendran, Afiq M. Noor dan Shamsul Iskandar Mat Akin. Hakim ketika pendakwaannya berkata ucapan Adam yang dibuat pada 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor mempunyai kecenderungan bagi membangkitkan rakyat Malaysia supaya cuba menukar kerajaan pemerintah dengan cara yang tidak sah. Adam bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. "Ini akta hasutan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) sudah kata akan hapuskan, tetapi beliau masih gunakan akta ini untuk mendakwa Adam," kata N. Surendran yang juga ahli Parlimen Padang Serai. "Kita akan fail permohonan untuk batalkan pendakwaan ini di Mahkamah Tinggi secepat mungkin." Hakim bagaimanapun berpendapat cadangan pemansuhan akta berkenaan masih sedang dikaji diperingkat cadangan dan bersifat pramatang, menjadikan akta berkenaan masih boleh digunakan. Adam telah ditahan pada 18 Mei di Bangsar Utama. Antara kenyataan Adam yang terkandung dalam kertas pertuduhan yang dibacakan hari ini adalah: "Ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini, saya nak ajak semua yang ada di sini, kita harus susun dan kita akan turun ke jalan raya untuk rampas kembali kuasa kita! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Boleh atau tidak?! Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalan raya sebab akhirnya dalam dunia ketiga macan negara Malaysia, pilihan raya takkan tumbangkan kerajaan kita. "Yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat. Sedara, ingat, ini sahaja peluang yang kita ada ..." | ||||
Gaji Taib Mahmud Lebih Besar Daripada Gaji PM Posted: 22 May 2013 08:46 PM PDT KUCHING: Bernama semalam melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan. Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak. Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri. | ||||
Kemelampauan Cybertrooper UMNO Menyebabkan Rakyat Tolak UMNO BN Posted: 22 May 2013 08:43 PM PDT Pengerusi Media Prima Johan Jaaffar memperakui peranan dan keterbukaan media baru; internet, Fb, blog, twiter dan sebagainya telah mengalahkan UBN. Katanya anak-anak muda lebih percaya kepada maklumat dari media baru yang ganas. Ini bermakna Johan mengikhtiraf peranan media baru ini lebih berfungsi dan mengalahkan media konservetif seperti radio dan televisyen dan akhbar arus perdana dalam menyebar dan menerima maklumat. Katanya walaupun Umno juga mempunyai perwira maya (cyber trooper) tetapi ia tidak cukup kuat dan perkasa untuk melawan propaganda oleh pihak Pakatan Rakyat. Persembahan atau maklumat yang ditaburkan oleh cyber tooper UBN seperti tidak diterima dan ditolak atau tepatnya tidak terlawan "keganasan" maklumat pihak Pakatan Rakyat. Kalau Johan sedar kenapa media baru lebih diterima berbanding dengan media konservatif, ia mempunyai jawaban yang mudah. Johan tidak perlu pening kepala memikirkannya dan mencari punca dan alasan. Tidak perlu kepada satu kajian yang menyeluruh pun. Johan mungkin sedar apa yang dilakukan oleh media konservatif seperti radio, TV3 dan RTM dan juga media arus perdana (PB) sepanjang pilihan raya lalu. Apakah peranan media berkenaan berada atas role yang benar atau sebaliknya. Apakah mereka masih mempertahankan etika dan falsafah jornalisme sebenarnya. Kehebatan atau sehebat mana minda sesebuah media ia tidak boleh menipu dan memperbodohkan minda rakyat untuk selamanya. Media konservatif itu bukan bertindak menjadi pembentuk fikiran dan saksiah rakyat lagi sebalik menjadi racun kepada minda dan keperibadian rakyat. Ia bukan saja menyiarkan berita yang diputar belitkan tetapi turut sama menyiarkan laporan-laporan porno yang tidak wajar dimainkan. Johan saya yakin mengetahui dan sedar perkara ini. Johan boleh semak kepada laporan-laporan ataupun bagaimana sikap media konservatif semasa pilihan raya lalu. Cuba tenguk apakah mereka menurut atau patuh kepada etika dan berpegang kepada falsafah sebenarnya. Berapakah nilai keadilan dan kesamarataan media konservatif berkenaan yang boleh kita berikan? Sejujur cuba buatkan satu necara untuk itu? Hari ini pembaca sudah celik dan mempunyai media alternatif. Apabila media koservatif sudah menjadi iseng dan gila (tahap gila babi) - tidak waras, maka mereka akan lari kepada media alternatif. Kalau media koservatif tidak memperbetulkan sikap dan peranan mereka, tidak mustahil mereka akan dipulau dan orang menonton tv atau membaca akhbar (media PB) hanya untuk tahu maklumat-maklumat mengenai perniagaan, sport atau alam wanita sahaja, bukan politik. Penurunan jumlah edaran dan permintaan kepada media konservatif itu terutama akhbar PB boleh dijadikan kayu ukur sejauh mana media PB itu masih diperlukan. Johan sedar sekuat mana media arus perdana spin berita pihak pembangkang? Begitu juga kenapa maklumat atau laporan (propaganda) yang dimainkan oleh cyber trooper Umno lemah atau tidak agresif seperti mana kata Johan. Bukan apa melainkan juga kerana masalah kualiti dan propaganda yang berlebih-lebihan dari cyber trooper Umno. Bahan-bahan yang dimuatkan ataupun disediakan oleh cyber trooper Umno melampau dan ada sesetengahnya meloyakan di mana jijik untuk dibaca dan dilihat oleh pengikut media baru. Medium media baru UBN bukan tidak meriah tetapi kerana ia digerakkan secara berlebihan dan diluar batas yang boleh diterima akal manusia waras maka ia tidak dipedulikan. Ia tidak jadi sepopular media baru di pihak pembangkang. Walaupun media bebas dan tidak terikat dengan terma-terma tertentu, namun pembaca atau pengikutnya masih ada maruah. Di sini penjenguk media baru lebih bermaruah daripada apa yang cyber trooper Umno persembahkan. Meskipun tidak ada siapa yang mengawal mereka, tetapi sebagai seorang pengikut bermaruah mereka tidak tergamak untuk melibat bahan-bahan lucah dan melampau yang disajikan oleh cyber trooper. Ambil saja contoh pendedahan video lucah yang cuba mengaitkan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Pendedahan melampau yang melewati akhlak dan tata budaya orang Melayu khasnya menyebabkan bahan itu tidak memberi kesan sebaliknya menjadi over kill kepada Umno? Ia memakan diri sendiri. Johan boleh buat kajian berapa peratus video lucah itu telah menurunkan undi Pakatan Rakyat? Di sinilah kesabronoaan cyber trooper Umno menyebabkan apa yang mereka dedahkan tidak memberi impak besar dan boleh dipersoalkan. Selain daripada memuat turun klik video sex yang direka, gambar-gambar super impose dibuat ke atas pemimpin Pakatan Rakyat juga berlebih-lebihan dan melampau. Daya kreatif cyber trooper Umno terlebih tinggi dalam soal ini sehingga ia tidak dijangkau oleh pembaca atau pengikut media baru. Saya ingin tegaskan cyber troper Umno bukan lemah dari segi prasarana dan kewangan. Mereka mempunya daya kewangan dan sokongan yang cukup. Bahkan mereka dilindungi oleh undang-undang. Saya difahamkan ada yang diupah mencecah ratusan ribu ringgit. Tetapi kenapa mereka dilihat lemah dan tidak boleh menjadi bentang kepada serangan media baru terhadap UBN kerana bahan-bahan mereka yang disajikan terlampau dan memualkan. Itu saja. Mengenai kekalahan UBN seperti mana disifatkan Johan kerana keganasan media baru, sebenarnya tidak tepat. Jika diukur daripada bahan-bahan yang disediakan oleh pihak cyber trooper Umno bahan disajikan cyber trooper Umno lebih ganas dan kejam dari apa yang dihidangkan oleh pihak Pakatan Rakyat. Cyber trooper Pakatan Rakyat lebih terancang dalam menyiarkan sesuatu dan mereka ukur dengan kapasiti penerimaan minda rakyat Malaysia. Mereka tidak mereka-reka cerita atau terlampau membawa cerita personal yang teruk, sebaliknya lebih kepada menyerang secara psikolgis. Inilah perbezaannya. Jika hendak dihitungkan cyber trooper UBN lagi ganas dan tidak bertanggungjawab. Saya bersetuju dengan Johan peranan media baru ini akan menjadi lebih penting untuk masa akan datang dan ia bakal memusnahkan kerajaan UBN. Anak-anak muda atau mereka yang mesra IT akan menggunakan medium baru ini untuk mengakses maklumat ataupun menyampaikan sesuatu perkara yang mereka tidak puas hati. Media konservatif seperti radio, tv dan akhbar tidak akan popular lagi dan tidak menjadi medium rujukkan mereka kerana beberapa sebab. Sebab utama ialah kerana sikap melampau media berkenaan dalam memberi menyokong UBN dan menghentam Pakatan Rakyat. Kedua ialah media konservetif itu lambat tidak secepat dan sesegera maklumat yang diterima menerusi media baru Fb, blog atau twiter. Dunia hari ini semua orang mahukan kecepatan dan ketepatan. Disamping itu sudah ramai orang percaya media koservatif bukan berperanan sebagai pembentuk fikiran rakyat tetapi peracun minda dan sikap rakyat. — msomelayu | ||||
18 ditahan sewaktu nyalaan lilin untuk Adam Posted: 22 May 2013 05:12 PM PDT MALAYSIA KINI Polis menahan 18 orang daripada mereka yang telah berkumpul di hadapan balai polis Jinjang malam ini untuk menyatakan sokongan terhadap aktivis pelajar Adam Adli.Dipercayai 18 orang yang ditangkap sewaktu program nyalaan lilin malam ini terdiri daripada 14 lelaki, termasuk Peter Chong yang merupakan pembantu Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa serta empat orang wanita. Kira-kira 1,000 sebelum ini telah berkumpul di luar balai polis tersebut pada kira-kira jam 8.30 malam, di tengah-tengah kehadiran ramai anggota polis yang menutup pintu masuk ke balai. Program nyalaan lilin itu berjalan dengan lancar sehingga kira-kira jam 10 malam, apabila, ketika Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berucap kepada orang ramai, pihak polis mengeluarkan notis memberi mereka masa 10 minit untuk bersurai. Aktivis pelajar Khalid Ismath kemudian cuba berunding dengan pihak polis supaya diberi tambahan 30 minit. Bagaimanapun, pihak polis hanya bersetuju memberi tambahan 10 minit. Polis mengeluar notis kedua untuk masa 10 minit ketika Ahli Parlimen (MP) Puchong, Gobind Singh Deo berucap kepada hadirin. Polis kemudian mula bergerak memperluaskan "kawasan yang ditutup" di luar balai Jinjang, dan mereka enggan mengosongkan kawasan itu ditahan. ketika tangkapan dibuat, beberapa peguam, termasuk MP DAP Segambut, Lim Lip Eng (kiri); MP PKR Petaling Selatan, Hee Loy Sian, Sivarasa dan anggota jawatankuasa PAS pusat, Zulkifli Ahmad, cuba masuk ke dalam balai polis Jinjiang untuk memberi bantuan kepada mereka yang ditahan . Mereka pada mula didakwa tidak dibenarkan berjumpa dengan tahanan, dengan Lim mendakwa beliau pada satu ketika diberitahu oleh polis bahawa dia tidak boleh masuk dan polis "hanya mengikut arahan". Polis akhirnya membenarkan tiga daripada peguam tersebut masuk. Mereka kemudian terus mengalah lagi dan membenarkan seorang peguam masuk pada satu masa. Menurut Sivarasa, 15 daripada tahanan adalah orang Cina, selebihnya Melayu. Beliau juga berkata dua orang berusia 16 tahun, manakala selebihnya berumur antara 18 hingga 24 tahun. Pada masa ini, anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat, yang telah tiba tempat kejadian, memberitahu kira-kira 300 hadirin yang masih berada di luar balai itu supaya duduk di situ sehingga semua mereka yang ditahan malam ini dibebaskan, yang dijangka dalam masa sejam . 3 dipukul sebelum ditangkap Sementara itu, difahamkan bahawa Lim, bersama dengan peguam Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty NGO dan Haji Ismail, dapat bertemu dengan 18 orang yang ditahan itu selama kira-kira 25 minit, di mana mereka secara ringkas menasihati mereka tentang bagaimana hendak berdepan dengan soal siasat polis. Bercakap kepada Malaysiakini selepas menemui mereka yang ditahan, Lim berkata para peguam bagaimanapun, tidak dibenarkan untuk menemani tahanan ketika kenyataan mereka dirakam. Lim berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram. "Kami menasihatkan mereka supaya tidak berkata apa-apa dan menjawab semua soalan di mahkamah," katanya. Beliau juga mendakwa tiga daripada mereka yang ditahan itu, telah dipukul oleh polis sebelum mereka ditangkap (kanan). Ketiga-tiga mereka dinasihat supaya untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu. Apabila beliau telah memberi taklimat kumpulan itu, Lim berkata, polis telah berjanji kepadanya bahawa semua mereka akan dibebaskan kemudian, selepas semua kenyataan mereka dirakam. Malah, 15 daripada mereka kemudiannya dibebaskan pada jam 2 pagi, manakala tiga tahanan yang mendakwa dipukul telah dibawa oleh keluarga mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Menurut MP Kapar, G Manivannan, ketiga-tiga mereka akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut pada sebelah pagi. Adam ditahan Sabtu lalu ekoran kenyataan yang dibuatnya dalam satu forum selepas pilihan raya yang dianjurkan oleh Suara Anak Muda Malaysia (SAMM), pada 13 Mei, dan dijangka didakwa atas tuduhan hasutan esok. | ||||
Felda gagal dapat perintah penghakiman ingkar terhadap Saifuddin Posted: 22 May 2013 05:05 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) gagal memperoleh perintah penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam kes saman fitnah berhubung kenyataan penjualan minyak sawit. Pesuruhjaya Kehakiman Leng Heng Cheong membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Abu Bakar Isa Rahmat yang mewakili Felda, peguam Puspawati Rosman serta Azhana Mohd Khairuddin, masing-masing mewakili Saifuddin dan enam defendan lain. Abu Bakar memaklumkan media bahawa mahkamah menetapkan tujuh hari sebelum 29 Mei ini untuk Saifuddin mengemukakan pembelaan manakala Felda dibenar memfailkan jawapannya sebelum 7 Jun. Felda memfailkan permohonan untuk perintah penghakiman ingkar terhadap Saifuddin pada 5 April selepas beliau gagal mengemukakan memorandum kehadiran di mahkamah dalam kes saman fitnah oleh Felda terhadapnya dan enam yang lain. Defendan lain sudahpun memfailkan memorandum kehadiran dan pembelaan masing-masing. Pada 7 Jan lepas, Felda memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali, Saifuddin dan empat lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel. Empat defendan lain ialah Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd. Penyataan tuntutan Felda mendakwa Mazlan memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial Facebook miliknya pada 19 Nov tahun lepas, dan empat hari selepas itu, defendan turut mengeluarkan kata-kata fitnah pada satu perhimpunan di depan pejabat Felda. Felda mendakwa kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel dalam akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas. Felda mendakwa kenyataan fitnah itu menjejas reputasinya dan kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan serta keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi. Sehubungan itu, Felda menuntut ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos daripada semua defendan. Felda juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi bagi menghalang Mazlan dan ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah itu di Internet atau media cetak. Pembelaan enam defendan mendakwa Felda tidak mempunyai hak dari segi ndang-undang untuk memfailkan saman fitnah terhadap mereka. Selain itu, mereka akan bergantung kepada perlindungan bersyarat serta ulasan wajar berkaitan perkara yang mempunyai kepentingan awam itu. - Bernama | ||||
PRU13 : SPRM terima tujuh laporan politik wang Posted: 22 May 2013 05:02 PM PDT SINAR HARIAN GEORGETOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tujuh laporan berhubung politik wang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Pengarah SPRM negeri Pulau Pinang Samarajoo Manikam. Beliau berkata pihaknya juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan yang diterima dan siasatan masih diteruskan. "Semasa tempoh berkempen ketika PRU13, kita juga ada menerima maklumat tetapi SPRM hanya buat pemantauan sahaja, tetapi selepas PRU13, semua laporan yang kita terima, khususnya yang melibatkan politik wang, kita buka kertas siasatan," katanya kepada pemberita di sini. Terdahulu, Samarajoo membentang kertas kerja bertajuk 'Rasuah Menjejaskan Perkembangan Ekonomi Negara dan Peranan Agensi Swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Dalam Memperbaiki Skor Indeks Persepsi Rasuah' pada majlis makan tengah hari dan dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) dan GLC hari ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut laporan itu memandangkan ia masih di peringkat siasatan. Samarajoo juga berkata bagi tempoh Januari hingga 21 Mei 2013, SPRM Pulau Pinang menerima 215 maklumat berkaitan rasuah dan melakukan 14 tangkapan. "Daripada 14 tangkapan itu, lapan orang adalah penjawat awam iaitu tujuh di kumpulan pengurusan dan profesional dan seorang lagi adalah daripada kumpulan sokongan manakala enam orang lagi terdiri daripada orang awam," katanya. Selain itu, daripada keseluruhan 215 kes, sebanyak 39 dibawa ke mahkamah. Samarajoo juga menasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan gejala rasuah dan berkata SPRM sentiasa mengambil langkah proaktif untuk mempertingkat kesedaran orang awam. "Semuanya bermula daripada diri sendiri, jika kita tidak memulakan, maka gejala ini tidak akan berleluasa dan keharmonian negara akan tetap terjamin," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan