Isnin, 13 Mei 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Himpunan rakyat berdepan puak rasis

Posted: 13 May 2013 05:22 AM PDT

Abdul Shukur Harun,




Isyarat yang sangat jelas apabila menyaksikan himpunan rakyat menentang penipuan dalam PRU yang lalu di Kelana Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, ialah majoriti yang hadir adalah pengundi muda pelbagai kaum dan pengundi bandar yang juga pelbagai kaum.

Himpunan yang dinamakan Himpunan Black 505 – seterusnya akan diadakan dari negeri ke negeri, seluruh negara mencerminkan kemarahan rakyat terhadap pelbagai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU baru-baru ini.

Namun kebangkitan rakyat ini kelihatan berdepan dengan golongan rasis yang mengapi-apikan semangat perkauman dari pelbagai pihak yang dapat disimpulkan bahawa mereka dari golongan yang sangat kecewa dengan prestasi lemah Umno/BN.

Mengenai golongan perkauman ini, saya memetik pandangan Dr. Asri Zainal Abidin  dalam tulisannya di Sinar Harian baru-baru ini yang menentang semangat rasis ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyah yang diharamkan syarak. Tindakan ini kata beliau, boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara 'multiracial' seperti Malaysia ini.

Kerana, katanya, sikap ini akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. "Lantas akan menimbulkan ketegangan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas 'prejudice' perkauman," kataya.

Dr. Asri menyebut, antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.

Islam, kata Dr.Asri, adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi dan keadilan Islam itu merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Sebenarnya pandangan para ilmua agama sudah lama didengar bagaimana Islam menentang fahaman perkauman, namun fahaman jahiliyah ini masih juga berkembang. Maka menjelang PRU yang lalu dan sesudahnya, suara perkauman terus kedengaran dan dihembus dengan kerasnya lagi oleh media yang mendukung fahaman itu.

Oleh itu, kebangkitan rakyat – terutama rakyat  bandar dan generasi muda – yang berlaku sekarang akan terus berdepan dengan golongan rasis ini, namun golongan perkauman ini, akan dapat dikalahkan.

Kemenangan Pakatan Rakyat, khususnya kemenangan besar DAP bukan semata-mata undi Cina, bahkan undi Melayu juga. Umpanya kemenangan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah, Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan calon DAP di tempat lain bukan semata-mata kerana undi Cina, tetapi juga undi pelbagai kaum.

Begitu juga kekalahan calon BN, Ali Rustam di Bukit Katil di tangan calon PKR, bukan semata-mata kerana penolakan undi Cina di situ, tetapi juga penolakan pengundi Melayu yang ramai di kawasan itu.

Ada puluhan contoh lagi di mana ramai pengundi Melayu bandar dan semi bandar menolak calon BN, di samping pengundi Cina yang  secara besar-besara menolak calon BN sama ada calon BN itu Melayu, Cina atau India. Pengundi bandar dan semi bandar serta pengundi generasi pemuda sudah jelas menolak calon BN bukan kerana bangsa atau keturunan, tetapi kerana BN dipenuhi rasuah, nepotisme, penyelewengan dan lain-lain.

Jelaslah keputusan PRU ke-13 itu tidak memihak kepada Barisan Nasioal, walaupun ia menang tipis, bukan kerana perkauman, tetapi hal-hal yang sudah diketahui umum.

Oleh itu sentimen perkauman itu cuba disemarakkan oleh golongan berkepentingan justeru mereka ini tidak mampu menerima hakikat sebenar.

Sebenarnya, api perkauman ini tidak mudah padam kerana ia akan terus dinyalakan oleh pihak berkepentingan, walaupun sikap mereka ini ditentang oleh Islam. Oleh itu golongan pengundi muda dan pengundi Melayu bandar yang kini sedang bangkit ini akan terus berdepan dengan golongan rasis ini.

Hari-hari mendatang, semakin hangat sambutan terhadap kebangkitan rakyat, semakin besar 'kemurkaan' golongan ini. Namun saya sekali lagi yakin golongan tersebut akan hanyut bersama sampah saraf sejarah.

Oleh itu, saya percaya bahawa negara ini yang rakyatnya berbilang kaum dan agama, yang selama ini hidup dengan harmoni, tidak akan menjadi sebuah negara rasis dan diktator seperti negara German di zaman Adolf Hitler.

Saya juga yakin, tidak akan wujud di negara ini kumpulan samseng dan rasis seperti Klu Klux Klan yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat sendiri selepas perang saudara di negara itu dulu, semata-mata untuk mempertahankan supremacy kulit putih yang anti pendatang dengan melakukan tindaka keganasan.

Sementara kita menyaksikan terus kebangkitan rakyat, terutama pengundi muda dan pengundi bandar, kita mendengar berita bahawa Pakatan Rakyat sedang menyiasat 27 kes keputusan pilihanraya peringkat parlimen yang dimenangi oleh BN di mana ada laporan mendakwa ada berlaku penipuan.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang mengetuai jawatan kuasa penyiasat itu berkata, pihaknya telah menerima 237 aduan dari pelbagai pihak mengenai apa yang terjadi dalam PRU yang lalu itu.

Menurut beliau, 27 kerusi parlime yang akan disasat ialah Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu, Beaufort, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Bharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan and Saratok.

Mari kita berdoa kepada Allah s.w.t. semoga kes-kes ini akan menang ketika di bawa ke mahkamah nanti. Ini adalah perjuangan yang panjang.

Isu Lahad Datu : 12 Jun pendengaran membatalkan pernyataan pembelaan Tian Chua

Posted: 13 May 2013 05:18 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 Jun untuk mendengar permohonan Umno bagi membatalkan pernyataan pembelaan Naib Presiden PKR, Tian Chua dan dua lagi dalam kes saman berhubung artikel berkaitan pencerobohan di Lahad Datu.
 
Hakim Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Raihanah Ariffin yang mewakili Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh dan peguam S.H Tan mewakili Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dan dua yang lain.
 
Bercakap kepada pemberita, Raihanah berkata Umno memfailkan permohonan itu 7 Mei lepas atas alasan pembelaan ketiga-tiga defendan itu bersifat remeh, menyusahkan dan menyalahguna proses mahkamah.
 
Pada 11 April lalu, Ab Rauf memfailkan saman fitnah terhadap Tian Chua, Editor KeadilanDaily.com, Fazallah Pit dan penulis artikel itu, Aisha Geoffrey yang diterbitkan dalam portal KeadilanDaily.com.
 
Dalam pernyataan tuntutan, Ab Rauf mendakwa Tian Chua mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel "Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno" yang telah dilaporkan dan diterbitkan oleh KeadilanDaily pada 1 Mac lepas ketika ditemu ramah oleh wartawan portal itu.
 
Beliau juga menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, permohonan maaf secara bertulis oleh defendan untuk diterbitkan dalam semua akhbar, faedah, kos dan lain-lain perintah selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - Bernama

Polis : Himpunan Blackout 505 di JB Rabu ini haram

Posted: 13 May 2013 05:16 AM PDT

SINAR HARIAN

JOHOR BAHRU - Polis Johor menyifatkan Perhimpunan Hitam anjuran parti pembangkang yang dijadualkan di sini Rabu ini sebagai haram kerana tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
     
Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, notis awal yang diberikan pihak penganjur perhimpunan tersebut adalah kurang daripada 10 hari, iaitu tempoh ditetapkan oleh akta itu.
    
Beliau berkata: "Sabtu lalu, memang ada wakil pihak penganjur datang ke balai polis untuk memohon permit bagi mengadakan perhimpunan tersebut...tapi jarak masa tersebut sudah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan".
     
Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Promosi E-Alerts dan CommAlerts (aplikasi telefon pintar) di sini beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap penganjur dan peserta jika mereka berdegil dan meneruskan perhimpunan itu dijadualkan di Dataran Bandaraya.
     
Menurut beliau, orang ramai membantah perhimpunan tersebut kerana khuatir tentang keselamatan mereka selain inginkan sebuah negara yang aman dan damai.
     
"Sejak berita mengenai penganjuran perhimpunan itu tersebar, polis menerima banyak aduan serta laporan daripada orang awam yang membantah perhimpunan itu," katanya.

Mengenai E-Alerts, Mokhtar berkata ia merupakan aplikasi pertama yang hanya dimiliki oleh Polis Johor dan mempunyai direktori secara online yang diwujudkan bertujuan menerima dan menghantar maklumat yang akan dipaparkan di laman web www.polisjohor.gov.my.
     
"E-Alerts kini menjadi satu medium perantaraan polis dengan masyarakat secara interaktif bagi membuka ruang penyaluran maklumat dan menjadi interaksi komunikasi khusus yang lebih berkesan," kata beliau.
   
Ia merupakan yang kedua diperkenalkan oleh Polis Johor selepas 'Community Alerts', aplikasi sistem bantuan kecemasan yang berfungsi untuk melaporkan sebarang kejadian termasuk jenayah dan kemalangan dalam tempoh lima saat.
     
Selepas dua bulan pelancarannya, jumlah pengguna Community Alerts telah mencapai sehingga 8,801 dengan 7,161 pengguna mendaftar melalui OS Google Android manakala bakinya mendaftar dengan Apple IOS (iPhone, iPad, iPod Touch). - Bernama

27 kerusi dimenangi BN dalam pilihan raya umum diragui, kata Rafizi

Posted: 13 May 2013 05:10 AM PDT

TERKINI
Oleh Mohd Farhan Darwis

 Rafizi Ramli: Kerjasama siasatan diantara PKR, DAP dan PAS. — Gambar failPETALING JAYA — PKR hari ini berkata mereka telah menerima 237 laporan penipuan yang berlaku ketika Pilihan Raya 2013 di 27 kawasan Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN).

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata, pasukan #siasatPRU13 yang diketuainya turut menemui keraguan di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak, Kedah dan Pulau Pinang, dan akan meneliti kesemua kerusi berkenaan.

"PKR akan bekerjasama dengan DAP dan PAS untuk menjalankan siasatan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Oleh kerana 19 daripada kerusi ini dimenangi tipis oleh BN adalah kerusi PKR, proses mengumpul maklumat dan bukti bagi tujuan petisyen pilihan raya sedang giat dijalankan."

Rafizi juga mengesahkan Pakatan Rakyat (PR) juga akan mengemukakan petisyen mengenai penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 pada hujung Mei ini, namun mendakwa undang-undang pilihan raya tidak "mesra" pembangkang.

"Kami akan kemuka petisyen hujung Mei ini ... bagaimanapun undang-undang semuanya menentang kami kerana BN yang buat undang-undang," katanya.

"Saya tidak menjangkakan petisyen akan berpihak kepada pembangkang," katanya dan menambah, beliau tidak mempercayai gesaan pemimpin BN supaya menyuarakan rasa ketidak puasan hati mereka berhubung perjalanan pilihan raya melalui petisyen.

Ketika sidang media itu juga, Rafizi turut mengemukakan senarai antara kerusi yang diraguinya, termasuklah Bentong; Kuala Selangor; Baram; Sungai Besar; Pasir Gudang; Labis; Machang; Ketereh; Titiwangsa; Tebrau; Bagan Serai; Kota Marudu; dan Beufort.

Rafizi turut menyenaraikan kerusi Setiawangsa; Segamat; Ledang; Balik Pulau; Kulim Bandar Baharu; Pulai; dan Kuala Kangsar; Muar; Pendang; Hulu Selangor; Sabak Bernam; Merbok; Pensiangan; dan Saratok.

Ahli Parlimen Pandan itu turut menegaskan, daripada 27 kerusi Parlimen berkenaan, hanya dua sahaja yang mereka masih lagi belum menerima laporan penipuan iaitu di kerusi Parlimen Machang dan Hulu Selangor.

Antara kriteria utama yang menjadi fokus siasatan mereka jelas Rafizi adalah termasuk margin kemenangan tipis bawah 5 peratus; margin kemenangan tidak sepadan dengan undi rosak apabila undi rosak lebih besar daripada margin kemenangan; peratusan undi pos dan undi awal mengatasi margin kemenangan undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undian kedua-dua undi berkenaan yang diragukan; serta kerusi yang dilaporkan bukti kukuh beserta laporan polis.

PKR juga jelas Rafizi turut menumpukan kepada enam senarai penipuan yang jelas iaitu; pengundi dilarang mengundi kerana undi mereka dibuang orang lain; BN membeli undi; dakwat kekal tidak kekal; kesalahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menandatangani Borang14 sebelum pengiraan; dan pengundi warga asing.

"Kami mempunyai bukti bergambar dan video untuk menyokong dakwaan kami di kerusi Parlimen Balik Pulau," katanya mendakwa berjaya memperolehi gambar pengundi menukarkan vaucer kepada wang tunai.

"Kami sedang berusaha mendapatkan pengundi yang berani tampil mendedahkan tentang kewujudan vaucer berkenaan," tambah pemimpin muda PKR itu lagi

Rafizi bagaimanapun turut berkata, pihaknya juga kini sedang mengesan beberapa penipuan yang dipercayai wujud di kerusi yang dimenangi pembangkang, seperti di Parlimen Lembah Pantai, Selayang dan juga kawasan yang dimenanginya, di Pandan.

Pasukan yang diketuainya itu jelas Rafizi mengandungi seramai 67 anggota sukarela, yang meliputi mereka yang bekerja sebagai peguam, dan akauntan.

Jelasnya lagi, laporan berkenaan penipuan yang berlaku ketika pilihan raya itu juga sedang diteliti dan pasukannya memanggil pengadu untuk mengambil keterangan dan bukti untuk tindakan susulan.

"Selain penyiasatan kualitatif, #siasatPRU13 juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenalpasti pelbagai perkara yang menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU13 dimenangi BN melalui penipuan," kata Rafizi.

Segala bukti yang berjaya dikumpulkan jelas Rafizi lagi akan dikumpulkan dalam tempoh seminggu dari sekarang setelah kesemua saksi selesai memberikan keterangan.

Sebagai bantahan kepada keputusan Pilihan Raya 2013, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menganjurkan beberapa siri perhimpunan besar-besaran di seluruh negara termasuk di Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Ipoh sejak minggu lepas.

Individu bersifat perkauman seperti Mohd Noor punca BN ditolak, kata Guan Eng

Posted: 13 May 2013 05:05 AM PDT

Oleh Md Izwan

Lim Guan Eng mencabar Umno dan BN untuk mengambil tindakan ke atas Mohd Noor Abdullah kerana dikatakan mencetuskan kebencian terhadap masyarakat Cina. - Gambar failKUALA LUMPUR— Lim Guan Eng mengecam keras ahli jawatankuasa rayuan disiplin Umno, Datuk Mohd Noor Abdullah kerana kenyataan berbau perkaumannya semalam, sambil menambah individu seperti ini punca Barisan Nasional (BN) ditolak oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum.

Setiausaha agung DAP itu juga mencabar Umno dan BN untuk mengambil tindakan ke atas Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan menggugut masyarakat Cina supaya berhadapan tindak balas daripada masyarakat Melayu.

"Mampukah Umno membuktikan ciri-ciri 1Malaysia nya dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor?

"Jika gagal berbuat demikian, Umno tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan-Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Lim kemudiaan menyerang Mohd Noor kerana membuat tuduhan tanpa bukti disamping menyoalnya apakah tanggungjawabnya di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah.

"Apa yang telah Mohd Noor lakukan sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang hilang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin?

"Kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir pun tentang Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion?" soal Lim lagi.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi, kenyataan berbentuk perkauman adalah cubaan Mohd Noor dan Umno cuba menutup masalah rasuah dan salah laku yang berlaku pada pilihan umum ke-13.

"Apabila Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksplotasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka," katanya lagi.

Selain Lim, awal hari ini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membidas Mohd Noor dengan mengatakan kenyataan tersebut menyebabkan diktator Nazi Jerman Adolf Hitler berbangga.

"Ucapan perkauman bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah memalukan Klu Klux Klan dan membuatkan Hitler berbangga," kata Anwar merujuk kepada pemimpin Perang Dunia Kedua Jerman Adolf Hitler yang mana parti Nazinya melakukan 'Holocaust', pembunuhan beramai-ramai terhadap dijangkakan enam juta Yahudi Eropah.

Bekas hakim itu dilaporkan menuduh Cina merancang untuk "merampas kuasa politik" daripada Melayu, walaupun sudah mendapat manfaat dari segi ekonomi dari "setia kawan" Melayu.

BN menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, "Apa lagi Cina Mahu?".

Akhbar itu - dilihat bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin parti lain - secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.

Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR, PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Polis sahkan balu pengasas Al-Arqam ditahan di KLIA

Posted: 13 May 2013 04:21 AM PDT

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan Hatijah Aam, balu pengasas Al-Arqam, Asaari Muhammad, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 11.30 pagi, hari ini.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman berkata peranan polis dalam penahanan itu hanya sebagai membantu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan siasatan. 

"Penahanan Hatijah Aam bukan di bawah bidang kuasa polis sepenuhnya tetapi kita hanya membantu (Jais) sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

Hatijah Aam yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba di KLIA dari Jeddah, Arab Saudi dan terus dibawa ibu pejabat Jais di Shah Alam, Selangor.

Usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Jais mengenai siasatan yang dijalankan ke atas Hatijah bagaimanapun gagal. - Bernama
 

Saifuddin: Jatuhkan Najib atau tolak kesederhanaan akan membunuh Umno

Posted: 13 May 2013 04:10 AM PDT

Oleh Ida Lim

KUALA LUMPUR — Umno diibaratkan seperti membunuh diri sekiranya cuba menjatuhkan preisennya, Datuk Seri Najib Razak atau menolak kesederhanaan, kata Datuk Saifuddin Abdullah, ahli politik yang dilihat lebih progressif dalam parti itu.

Beliau yang lantang bersuara dan memperjuangkan politik baru itu berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya berhenti merungut berkenaan kegagalan parti pemerintah itu memperolehi dua pertiga majoriti Parlimen, sambil menjelaskan senario berkenaan tidak seharusnya wujud dalam negara demokrasi.


"Hanya jika kamu menuntut perdana menteri meletak jawatan, ia KPI yang salah!" kata Saifuddin (gambar), merujuk kepad Najib, yang juga merupakan perdana menteri dan juga Pengerusi BN.

"Lebih-lebih lagi, Umno menunjukkan peningkatan keputusan berbanding pilihan raya pada 8 Mac, ia sepatutnya dihargai oleh ahli Umno, prestasi Najib lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi," kata bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu lagi dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Dalam Pilihan Raya 2013 lalu, Najib mengetuai Umno dan memenangi 88 kerusi Parlimen, peningkatan berbandng 79 kerusi pada Pilihan Raya 2008.

BN pula sebaliknyamemenangi 133 kerusi Parlimen, kurang tujuh berbanding 2008 apabila mereka berjaya memperolehi 140 kerusi Parlimen dan 148 kerusi diperlukan untuk membentuk dua pertiga majoriti. BN turut kehilangan undi popular, pertama kali selepas Pilihan Raya 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Parti Perikatan.

Walaupun mengalami penurunan jumlah kerusi dan prestasi yang merosot, Saifuddin mengingatkan ahli Umno bahawa Najib adalah produk terbaik BN dan menjadi penyebab kemenangan gabungan kerajaan tersebut, dan mengingatkan cubaan menjatuhkan Najib akan menyebabkan tindakan bunh diri.

Najib dilihat pemerhati telah membawa BN dan Umno menggunakan kempen popularitinya, dan beliau kekal popular berbanding parti.

Saifuddin juga mengingatkan Umno perlu meneruskan perjalanan kesederhanaan mereka, dan cubaan meninggalkan cara berkenaan turut akan menguburkan Umno.

"Masa depan Umno ditentukan oleh ahli Majlis Tertinggi selepas pemilihan tahun ini," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

Beliau menjelaskan ahlijawatankuasa berkenaan terbahagi kepoada tiga, yang dinamakannya sebagai kumpulan "Yes, Presiden", kumpulan kecil "ekstremis Melayu", dan kumpulan lebih kecil yang progressif.

Dengan kehadiran kumpulan "Yes Presiden" lebih besar, Saifuddin menganggarkan polisi Najib akan diteruskan dan akan menerima sokongan yang kuat.

Walaupun Najib mengekalkan konsep 1 Malaysia, kumpulan haluan kana Umno seringkali mempunyai polisi yang bertentangan.

Semua pihak kini sedang menunggu pemilihan Umno, parti yang memenangi 240 daripada 275 kerusi DUN akan menentukan sama ada Najib akan kekal sebagai presiden atau timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 66 akan mencabar Najib yang berusia 59 tahun untuk jawatan itu.

Dalam temuramah bersama Sinar Harian, Saifuddin turut membangkitkan soal penyertaan terus sebagai ahli BN berbanding menyertai parti komponen.

"Sekarang kita sudah ada 'rakan BN' tapi saya fikir itu tidak cukup, mereka ingin jadi ahli BN, mereka membawa kad sebagai ahli BN.

Segala susunannya haruslah difikirkanlah, maknanya parti-parti komponen boleh terus beroperasi seperti biasa, tiada masalah, saya pun akan kekal dalam Umno, tak terfikir nak keluar dan sebagainya, tetapi ada orang seperti anak saya, atau orang muda yang lain, mereka tak nak jadi ahli Umno, mereka nak jadi ahli BN," katanya dipetik Sinar Harian.

Jelas beliau, generasi muda kini melihat kebanyakan anggota komponen BN adlaah berasaskan kaum yang mrupakan model ketika zaman kemerdekaan.

Mereka, tegas Saifuddin mahukan model baru yang mana lebih menerima keahlian terus.

Abdul Khalid sah angkat sumpah sebagai MB Selangor esok

Posted: 13 May 2013 04:05 AM PDT

Oleh Md Izwan

SHAH ALAM— Teka-teki siapa akan menjadi Menteri Besar Selangor terjawab selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sah akan mengangkat sumpah esok di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara ini disahkan setiausaha politik beliau, Faekah Husin, selepas dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

"Ya, beliau (Abdul Khalid) akan angkat sumpah jam 9 pagi esok di Istana Alam Shah," kata Faekah.

Perkembangan ini sekali gus menamatkan spekulasi yang sudah berlarutan selama seminggu tentang siapa pemimpin daripada gabungan parti PAS, PKR dan DAP (PR), yang akan mengisi kerusi menteri besar selepas pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei.

Abdul Khalid (gambar) ketika ditemui pemberita selepas menghadap Sultan Selangor di luar pintu masuk utama Istana Bukit Kayangan di sini berkata barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

"Senarai barisan exco dah ada. Sasaran kami, paling lebih dua minggu, paling awal seminggu exco baharu akan dilantik," katanya.

Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Beliau juga merupakan orang pertama dalam kalangan pemimpin pembangkang yang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Kesemua 13 MB Selangor sebelum ini daripada Umno, parti komponen utama Barisan Nasional (BN).

Pada PRU13, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.

Beberapa hari lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyatakan sokongan mereka kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Kit Siang nafi slogan ‘Malai-seh’, gelar Zul Noordin ‘penipu tak bertanggungjawab’

Posted: 13 May 2013 03:57 AM PDT

TERKINI
OLEH CLARA CHOOI
PENOLONG PENGARANG BERITA

 Lim Kit Siang: Mencemuh Zulkifli Noordin sebagai calon ditolak. — Gambar failKUALA LUMPUR— Lim Kit Siang menafikan hari ini beliau dan DAP mahu kematian orang Melayu dengan menggunakan terma "Malai-seh", mengatakan Datuk Zulkifli Noordin melakukan hasutan dan jenayah fitnah dengan petuduhan itu. 
 
Lim seringkali menjadi sasaran pemimpin berhaluan kanan Melayu — menuduhnya di belakang rusuhan kaum terburuk dalam sejarah, mengatakan kenyataan Zulkifli adalah penipuan oleh seorang yang ditolak rakyat dalam Pilihan Raya 2013.

"Selepas ditolak di Shah Alam oleh orang Melayu, beliau terus mengatakan penipuan yang tidak bertanggungjawab," kata Lim kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di sini.

"Sekarang dia bercakap tentang 13 Mei, menuduh saya bertanggungjawab terhadap rusuhan dan slogan 'Malai-seh'. Semuanya tidak semuanya benar, saya tiada di Kuala Lumpur pada ketika itu."

Ahli Parlimen Gelang Patah itu mengatakan pertuduhan itu hanyalah "khayalan" dalam minda Zulkifli dan menerangkan perkataan "Malai-seh" tidak pernah dikaitkan dengan dirinya atau mana-mana pemimpin DAP dalam Kertas Putih mengenai insiden 13 Mei 1969.

Beliau menambah Kertas Putih telah menyatakan perarakan haram telah diadakan dan slogan "Malai-seh" dilaungkan pada ketika itu akan tetapi ia tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana individu.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter semalam, Zulkifli menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan 1969, dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai "tsunami Cina" yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.

"Esok 13 Mei ... ulangtahun ke 44 rusuhan kaum d M'sia angkara cauvinis trmsuk parti Kit Siang yang membawa slogan Malai-Seh!Mampos Melayu!," tulis Zulkifli melalui akaun Twitternya @zulkiflinoordin lewat malam tadi.

Akan tetapi bekas ahli Umno Tamrin Ghafar telah membersihkan Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 dengan mengatakan Umno sendiri di belakang rusuhan tersebut.

Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba mengatakan beliau diberitahu oleh bekas menteri dalam negeri, Tun Ghazali Shafie, insiden 13 Mei disebabkan oleh rampasan kuasa dalaman Umno terhadap Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman.

Menurut rekod polis, 196 orang terbunuh dalam rusuhan diantara kumpulan Melayu dan Cina, beberapa hari selepas keputusan pilihan raya umum.

Dalam pilihan raya 1969, gabungan Perikatan Umno, MCA dan MIC hilang undi popular tetapi menang pilihan raya.

Lim mengatakan beliau menganggap kenyataan Zulkifli itu sebagai "kenyataan menghina" akan tetapi tidak mengatakan sama ada akan mengambil tindakan terhadap bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu dan melabelnya sebagai "terdesak".

"Jika beliau mengatakannya semasa kempen, tindakan serta merta saya sudah pasti mengambil tindakan saman dan laporan polis boleh dibuat, atau tindakan undang-undang diambil.

"Sekarang saya menganggapnya sebagai perkataan menghina," katanya.

Apabila dihubungi, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua mengatakan Zulkifli telah hilang hak untuk mewakili rakyat Malaysia selepas kalah di kerusi Parlimen Shah Alam di tangan penyandang Khalid Abdul Samad dari PAS.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu menambah, kenyataan Zulkifli "mencerminkan Umno hari ini".

"Umno menjadi semakin kanan kerana mahu menyelamatkan undi mereka yang semakin kurang," katanya.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan "tsunami Cina" menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.

Semenjak DAP menjadi sasaran serangan Umno, ia telah disokong oleh rakan PR PKR dan PAS yang sebahagian besarnya adalah Melayu.

Jabatan Perpaduan Negara gesa media, ahli politik hentikan isu perkauman

Posted: 13 May 2013 03:52 AM PDT

Oleh Boo Su-Lyn

KUALA LUMPUR -- Putrajaya menggesa pihak media dan ahli politik hari ini berhenti daripada cuba mewujudkan ketegangan kaum selepas Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin (gambar) menuduh DAP dibelakang rusuhan kaum 13 Mei semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Bin Hassan juga berkata Utusan Malaysia dan penerbitan media lain supaya "bertanggungjawab ke atas apa yang mereka laporkan", sejurus selepas akhbar harian milik Umno tersebut mengeluarkan artikel bertajuk "Bersatulah Melayu" di hadapan muka depan mereka sempena ulang tahun ke-44 tragedi tersebut.

"Pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mewujudkan perasaan permusuhan dan kebencian," kata Azman kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Bukan sahaja Utusan, tetapi seluruh komuniti media dan ahli politik tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan perasaan orang lain," katanya.

Pihak polis ketika ini sedang menyiasat Utusan Malaysia kerana menghasut selepas akhbar tersebut menghasilkan artikel "Apa lagi Cina Mahu?" serta menuduh pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN.

Utusan Malaysia juga mengeluarkan beberapa artikel lain seperti

"Golongan Muda Cina Monopoli Persahabatan haram" dan "DAP Terus Cetus provokasi" hari ini, serta mengeluarkan gambar pemuda Cina membantah di perhimpunan baru-baru ini di Pulau Pinang dan Petaling Jaya bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil.

Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) yang tewas di Shah Alam dalam Pilihan Raya 2013, membuat tuduhan Lim Kit Siang bertanggungjawab dalam insiden berdarah tersebut dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut semalam.

Lim Kit Siang seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.

Namun, bekas ahli Umno Tamrin Ghafar tampil membersihkan nama Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 baru ini dengan mendakwa Umno adalah dalang disebalik rusuhan itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba berkata beliau dimaklumkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bahawa 13 Mei adalah hasil daripada rampasan kuasa dalaman Umno terhadap pengasas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Pemimpin Umno tidak henti-henti menyalahkan prestasi buruk mereka pada pilihan raya kali ini adalah berpunca daripada "tsunami Cina", malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga memberikan cadangan sama.

Barisan Nasional (BN) menang tipis pada 5 Mei dengan hanya 133 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR), lebih rendah daripada 140 kerusi yang mereka menangi dalam Pilihan Raya 2008.

Azman berkata hari ini "tidak adil" untuk menyalahkan masyarakat Cina dan menggesa semua pihak untuk bermain isu perkauman.

"Kita perlu hentikannya," katanya.

"Kita perlu fikirkan tentang negara kita dahulu, barulah parti dan kumpulan. Sekarang kita perlu bercakap tentang perpaduan; Kita perlu memberi tumpuan bagaimana untuk membina negara dan kemajuan," kata Azman.

Semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah juga menyertai perdebatan kaum apabila beliau memberi amaran kepada komuniti Cina agar bersedia dengan tindak balas daripada Melayu kerana "khianat" terhadap BN dalam Pilihan Raya 2013.

BN gagal martabatkan wanita pasca PRU13

Posted: 13 May 2013 03:43 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) gagal memartabatkan wanita pasca keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, dengan hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen wanita daripada jumlah 133 kerusi yang dimenanginya.

Berbanding peratusan yang diperoleh Pakatan Rakyat, BN hanya berjaya meletakkan 9.8% wakil wanita di Parlimen manakala Pakatan Rakyat berjaya meletakkan 10.1% wakil wanita daripada jumlah wakil rakyat yang dimenanginya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming turut menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya mengangkat martabat wanita dengan mengetengahkan lebih ramai calon wanita di peringkat Parlimen dan DUN.

Pakatan Rakyat menawarkan 22 calon Ahli Parlimen dan 55 calon ahli DUN pada PRU-13, 5 Mei lalu.

"Daripada 9 Ahli Parlimen wanita Pakatan Rakyat, 3 adalah daripada PKR, PAS (2) dan DAP (4). Daripada 32 ADUN wanita Pakatan, 8 adalah daripada PKR, PAS (6) dan DAP (18)," ujar Kian Ming sambil menjelaskan wakil rakyat wanita dalam BN lebih didominasi oleh UMNO.

Daripada 15 ADUN DAP di Selangor, 5 daripadanya adalah wanita; manakala daripada 12 ADUN di Johor, 4 adalah wanita.

"Malah bagi pertama kali dalam sejarah DAP, tiga wakil rakyat wanita India dilantik; iaitu Kasturi Patto (P46 Batu Kawan, Pulau Pinang), Kamache A/P Doray Rajoo (N35 Sabai, Pahang) dan Mary Josephine Prittam Singh (N22 Rahang, Negeri Sembilan),

"DAP juga berjaya mencalonkan dua wanita dalam kawasan yang sama – Teo Nie Ching di P163 Kulai dan Wong Shu Qi di N22 Senai – kedua-duanya menang dengan majoriti lebih 10,000 undi," kata Kian Ming yang juga strategis Pilihanraya DAP.

Menurutnya lagi, DAP akan terus bekerja keras demi mengangkat martabat wanita dengan menarik seberapa ramai ahli berkelayakan dan menawarkan mereka sebagai calon pada PRU akan datang.

"Teresa Kok dan Kasturi Patto adalah contoh yang mendapat pengalaman berharga sebagai Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang sebelum keduanya menjadi wakil rakyat. Terbaru Kit Siang melantik saudari Dyana Sofya Mohd Daud sebagai Setiausaha Politiknya di Gelang Patah," tambah Kian Ming.

Namun bagi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang turut hadir pada sidang media berkenaan bersama Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; ini masih lagi tidak memadai memandangkan peratusan Ahli Parlimen wanita masih di bawah kadar 30% daripada keseluruhan Ahli Parlimen.

Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP kesal dengan keadaan kabinet Perdana Menteri Najib Razak pada penggal lalu yang terpaksa meletakkan Najib sendiri sebagai Menteri Wanita menggantikan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Najib sampai terlupa untuk menyambut Hari Wanita Sedunia, tahun lalu. Begitu sibuk sekali beliau," ujarnya. – Roketkini.com

“Cina bukan pengkhianat, Melayu bukan bodoh”

Posted: 13 May 2013 03:40 AM PDT

Dr Ariffin Omar



KUALA LUMPUR: UMNO didesak menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka dan menghentikan sentimen perkauman kerana rakyat negara ini sudah sedar bahawa parti berasaskan kaum tidak lagi relevan.

Mengulas laporan media dan tuduhan UMNO yang seolah-olah mahu rakyat menyifatkan pengundi Cina sebagai 'pengkhianat', Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Ariffin Omar menganggap tuduhan seperti itu amat berbahaya dan tidak bertanggungjawab.

"UMNO kena sedar, pada satu ketika, pengundi Cina pernah memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) kepimpinan Tun Dr Mahathir.

"Pada masa sama UMNO juga perlu sedar bahawa bukan pengundi Cina saja memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, sokongan pengundi Melayu juga jelas meningkat," ujar beliau ketika dihubungi hari ini.

Katanya, peningkatan sokongan pengundi Cina kepada PR adalah disebabkan mereka tidak boleh lagi menerima beberapa dasar UMNO yang ekstrim.

"Sokongan pengundi Cina kepada PR bukan atas sebab perkauman tetapi disebabkan mereka menolak politik perkauman yang dimainkan UMNO. UMNO kena sedar dan terima perkara itu.

"Pengundi Cina menolak BN sebab sudah tidak lagi tahan dengan gejala rasuah, peningkatan kos hidup, mainan perkauman BN, monopoli perniagaan dan kronisme. Mereka lebih tertekan sebab kebanyakan mereka tinggal di bandar," jelas Dr Ariffin.

Justeru beliau yang juga bekas Ahli Dewan Negara mahu agar seluruh rakyat Malaysia terus bersatu dan menolak permainan politik perkauman yang berbahaya.

"Jangan tertipu dengan sentimen perkauman UMNO, pemimpin mereka ada kepentingan peribadi.

"Orang Melayu juga tidak bodoh dan UMNO tidak boleh lagi anggap mereka pelindung Melayu kerana hakikatnya, setelah sekian lama memerintah, masih ramai orang Melayu hidup miskin dan ketinggalan, apa ini?" soal beliau.-Roketkini.com

Kerjasama Erat PAS-PKR-DAP Bolehkan PR Tawan Bukit Baru, Duyong & Tumbangkan Ali Rustam

Posted: 13 May 2013 03:37 AM PDT


Ikatan PR buka laluan 'anak sulung' PAS di Melaka 
 
Oleh LanH14

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Renungan: "Maafkanlah dan suruhlah (mengerjakan) yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang jahil." - Q.S. Al-A'raf: 199)

KETIKA berceloteh mengenai suasana hari penamaan calon di Melaka 20 April lalu, saya menyatakan ada 'kemajuan menarik' antara PAS dan DAP tatkala melihat buat pertama kalinya penyokong kedua-dua parti saling bercampur dengan bendera mereka (bulan dan roket) berkibaran berselang seli. Situasi itu tidak saya lihat pada PRU 2008 dan sebelumnya.

'Percampuran' itu terbukti membantu PAS dalam melahirkan anak sulungnya di bumi Hang Tuah (PAS melalui calonnya Dr Mohd Khalid Kassim menang di Bukit Baru, N17 dengan majoriti 48 undi) manakala DAP meraih manfaatnya apabila akhirnya berjaya mengakhiri legasi BN (MCA) di kawasan seperti Duyong (N23). Di Duyong, Pengerusi MCA Melaka yang juga penyandang kerusi itu, Dato' Gan Tian Loo ditewaskan oleh Pengerusi DAP negeri, Goh Leong San dengan majoriti 205 undi.

Tentunya kejayaan itu dibantu KeADILAN, dan ia menjadi lebih manis lagi apabila ikatan padu ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat itu melenyapkan ego Ketua Menteri, Dato' Seri Mohd Ali Rustam yang kecundang di kawasan Parlimen Bukit Katil (P137) dengan majoriti agak besar (5,447 undi) di tangan Pengerusi KeADILan Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.
Kekalahan Mohd Ali yang pernah mengadakan majlis kahwin anaknya yang dihadiri lebih 100,000 tetamu, diselubungi 'misteri' seperti terpadamnya lampu ketika pengiraan undi. Beliau menyalahkan rakyat terutama orang Cina yang dakwanya tidak pandai 'mengenang budi'.

Berdasarkan senario di Dun dalam Parlimen Bukit Katil (Bukit Baru, Bachang, Ayer Keroh dan Ayer Molek) dan Parlimen Bukit Katil sendiri, ada iktibar menarik yang boleh dijadikan panduan. Hanya kawasan inilah yang mencatatkan perubahan di Melaka; kawasan lain (luar bandar) tetap didominasi oleh BN manakala di bandar (terutama Kota Melaka) dimonopoli DAP.
 
Di Dun Bukit Baru, pengundi Melayunya ada kira-kira 55 peratus, Cina lebih kurang 40 peratus manakala India kira-kira 5 peratus. Dipercayai pengundi Melayu berpecah dua; dan apabila situasi ini berlaku, dengan undian pengundi Cina terutama daripada DAP menyebelahi calon PAS, maka tercatatlah sejarah Dr Khalid yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Hospital Melaka, 'melahirkan anak sulung' PAS di negeri Hang Tuah.

Bagi Parlimen Bukit Katil (pengundi Melayunya 51 peratus, Cina 42 peratus dan India 6 peratus) faktor kebangkitan anak muda dan kesedaran sesetengah pengundi akan amalan korupsi dan seumpamanya, dibantu kejituan jentera dan penyokong PAS, KeADILan dan DAP serta kewibawaan dan kelantangan calonnya (Shamsul Iskandar), memberi sumbangan kepada kejatuhan Mohd Ali, ketua menteri selama lebih sedekad.

Jika ditinjau kemenangan DAP (Goh Leong San) di Duyong pula (pengundi Cina lebih 50 peratus, Melayu 45 peratus dan India 4 peratus), saya percaya selain daripada sokongan pengundi tegar DAP, kesediaan ahli dan penyokong PAS dan KeADILan untuk memberi undi kepadanya berdasarkan suntikan semangat Pakatan Rakyat; menyebabkan Tian Loo beserta penyokongnya daripada orang Cina dan Melayu tersungkur sama.

Rumusannya, kerjasama erat PAS, DAP dan KeADILan, membolehkan ketiga-tiga pihaknya mencatat kejayaan ditandingi calon mereka yang merupakan sejarah di bumi Hang Tuah. Penyokong rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutama DAP telah membuka laluan untuk PAS mencatat 'kelahiran anak sulung' dengan memenangi Dun Bukit Baru manakala penyokong PAS telah membantu calon DAP untuk menang di Dun seperti Duyong.

Berkenaan sahabat saya, Harun Mohamed yang bertanding di Dun Telok Mas (N23) seperti dicoretkan dalam keluaran lalu; syabas diucapkan kerana beliau berjaya merapatkan jurang majoriti kekalahan kepada hanya 701 undi (beliau mendapat 7,332 undi berbanding Latiff Tamby Chik memperolehi 8,033 undi), Mungkin undian penyokong DAP sebagai bantuan kepadanya masih tidak memadai untuk beliau menang kerana kawasan itu mempunyai pengundi Melayu yang tinggi (70 peratus) sedangkan Cina hanya 28 peratus.

Akhir sekali, syabas PAS Melaka kerana berjaya melahirkan anak sulung; pada PRU berikutnya diharapkan dapat melahirkan kembar yang banyak pula seterusnya mengetuai kerajaan baru rakyat; jadi terus bekerja keras dan berdoalah mulai sekarang!

Rakyat tolak BN, tetapi pemimpin UMNO terus cetus kebencian kaum

Posted: 13 May 2013 03:31 AM PDT

Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia daripada kalangan Melayu, India, Cina, Kadazan dan Iban menolak politik ketakutan dan kebencian Barisan Nasional (BN), tetapi pemimpin UMNO masih terus mencetuskan kebencian kaum terhadap orang bukan Melayu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata hari ini calon BN yang kalah di Shah Alam, Zulkifli Nordin pula berbohong kononnya DAP mahukan Melayu mati dan menuduh Lim Kit Siang sebagai pencetus rusuhan 13 Mei di Kuala Lumpur, sedangkan ketika itu Kit Siang berada di Sabah.

Katanya, kenyataan pemimpin UMNO itu ternyata menimbulkan kemarahan bukan saja orang Cina tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Pada ulangtahun ke-44 tragedi rusuhan 13 Mei 1969, rakyat Malaysia diingatkan bagaimana mereka membuat pilihan tepat pada PRU-13 dengan menolak perkauman BN dan UMNO. 51% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan menolak BN dan UMNO, diperlihatkan daripada akhbar UMNO, Utusan Malaysia untuk menyambut 13 Mei sebagai 'hari suci', seolah-olah mahu meraikan kematian ratusan malah mungkin ribuan rakyat Malaysia yang tidak berdosa," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, selain itu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan dan Ahli Jawatankuasa Rayuan Disiplin UMNO, Datuk Mohd Noor Abdullah juga mengugut masyarakat Cina supaya bersedia untuk tindak balas masyarakat Melayu kerana 'pengkhianatan' mereka pada PRU-13 lalu.

Katanya, Mohd Noor pasti merujuk kepada tindak balas Melayu UMNO dan bukan Melayu yang mengundi DAP dan Pakatan Rakyat.

"Bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menganggap kenyataan Datuk Mohd Noor itu sebagai 'memalukan Klu Klux Klan (KKK) yang membanggakan diktator Nazi Jerman, Adolf Hitler'. KKK adalah sebuah pertubuhan haram ultra-kulit putih yang menindas orang kulit hitam dan Hitler adalah rasis paling agung dalam sejarah dunia.

"Anwar berjanji Pakatan Rakyat akan memperlihatkan perbezaan yang jelas berbanding UMNO dengan tidak menyebarkan perbalahan kaum tetapi menyebarkan kedamaian dan rasa hormat sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum," katanya.

Menurutnya, bolehkah Datuk Mohd Noor membuktikan tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu.

Beliau berkata, apa yang Mohd Noor sebagai ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lakukan bagi memerangi rasuah, terutamanya skandal kehilangan RM52 bilion saham Bumiputera, yang sebelum sempat sampai kepada Melayu dan Bumiputera miskin.

"Kalau Pakatan Rakyat berkuasa, suatu siasatan penuh pasti akan dilakukan dan memaksa mereka yang 'menelan' RM52 bilion itu membayar balik kepada rakyat Melayu dan Bumiputera miskin. Sama juga, RM3 bilion yang dicuri daripada masyarakat India dan RM14 bilion daripada masyarakat Cina mesti dikembalikan," katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenar siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah ialah mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorok kegagalan mereka.

Katanya, kenapa Datuk Mohd Noor tidak terfikir mengenai Melayu miskin yang terlepas saham RM52 bilion dan tidak mendesak supaya tindakan diambil terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang enggan bekerjasama dengan SPRM serta mencabar dan menyerang SPRM yang disebutnya sebagai tidak jujur dan 'nakal'.

"Bagi seorang Ketua Menteri Sarawak, tindakan beliau yang enggan bekerjasama dengan SPRM mengenai tuduhan rasuah adalah satu pelanggaran serius terhadap tugas dan tanggungjawab.

"Mengikut Sekseyn 47 dan 48 Akta SPRM 2009, keengganan bekerjasama dengan SPRM apabila seseorang disiasat adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagaimanapun SPRM gagal bertindak terhadap Abdul Taib tanpa sebarang protes daripada seorang bekas hakim seperti Datuk Mohd Noor," ujarnya.

Menurut beliau, mampukah UMNO membuktikan ciri 1Malaysia dengan bertindak terhadap Datuk Mohd Noor kerana mencetuskan kebencian, ketakutan dan mengugut masyarakat Cina supaya bersedia menerima tindak balas daripada Melayu UMNO.

Katanya, jika UMNO gagal berbuat demikian, UMNO tidak patut menyalahkan MCA atau Gerakan kerana gagal mendapatkan sokongan bukan Melayu tetapi mesti bertanggungjawab sepenuhnya kerana kejatuhan merudum dua parti komponen BN itu pada PRU-13 lalu.-Roketkini.com

Siasat PRU 13 Terima 237 Aduan, Lebih 25 Laporan Polis Dibuat

Posted: 12 May 2013 11:09 PM PDT


rafizi pc white stripes 02

PETALING JAYA: Pasukan siasatan penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 (#Siasat PRU-13) PKR, mengumumkan sehingga kini telah menerima 237 aduan daripada pengundi berhubung dakwaan salahlaku proses pilihanraya.

Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli yang mengetuai pasukan itu berkata terdapat juga sekurang-kurangnya 25 laporan polis sudah dibuat oleh pengundi di seluruh negara.

Antara laporan polis dan aduan kepada #Siasat PRU-13 itu termasuklah aduan pengundi yang tidak dibenarkan mengundi kerana namanya sudah digunakan pihak lain untuk mengundi dan isu dakwat kekal yang tanggal pada hari yang sama.

Api-apikan perkauman perbuatan jahiliah

Posted: 12 May 2013 11:03 PM PDT

 


 
ULASAN Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliah yang diharamkan syarak.

Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara pelbagai kaum seperti Malaysia ini.

Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar.

Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudis perkauman.

Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad SAW ialah sikap fanatik perkauman ataupun 'asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.

Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, Melayu, Cina atau India. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang.

Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu.

Buta warna bangsa
Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya) "Dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. Dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." (Surah al-Isra, ayat 15)

Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya.

Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi SAW: "Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas 'ajam (bukan Arab), atau 'ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan." (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh Al-Albani)

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau rasisme akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah.

Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal "I have a dream" menyebut:

"I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character."
Kesejagatan Islam
Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuan-Nya. (Surah al-Hujurat: 13)

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil "wahai manusia", panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.

Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini: "Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian.

"Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunaikan tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.

"Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu – sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu". (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Kaherah: Dar al-Syuruq)

Maka, haram bagi seorang Muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya.

Wajib kita mempamerkan keindahan kesejagatan Islam kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis. 

Kartunis enggan iktiraf Najib sebagai PM

Posted: 12 May 2013 10:59 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Sekumpulan kartunis diketuai Zunar mengancam tidak mengiktiraf Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri jika pilihan raya umum tidak diadakan semula dengan pemantauan badan berwibawa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau yang menubuhkan gerakan kartunis bagi memberi tekanan kepada kerajaan melalui kerja kreatif berkata, BN tidak layak dari segi perundangan untuk memerintah ekoran dakwaan penipuan pilihan raya.

NONEDikenali sebagai Kartunis Lawan Penipuan Pilihanraya (CAEF), mereka berpendapat, penipuan jelas kelihatan melalui angka undi popular yang menunjukkan Pakatan Rakyat mendapat 50.3 peratus berbanding BN yang hanya 46.8 peratus.

"Kami sedia bekerjasama dengan BERSIH serta lain-lain NGO di seluruh negara.

"CAEF juga akan berusaha menjalin rangkaian dengan gerakan kartunis dan NGO di peringkat antarabangsa di seluruh dunia atas tujuan yang sama," kata Zunar.

Antara kartunis terlibat, Mohd Afendi Ramli (Ronasina), Abdullah Jones, Nor Azlin Ngah (Jonos) dan Johnny Ong.

CAEF akan dirasmikan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Sabtu ini di sebuah kompleks membeli belah di Petaling Jaya.

Mahfuz diharap beri 'sinar baharu' pada Kedah

Posted: 12 May 2013 10:57 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) berharap pelantikan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai pesuruhjaya PAS Kedah yang baru dapat memberi "sinar baharu" kepada Pakatan Rakyat di Kedah ekoran kekalahan mengejut pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Ketua Penerangan PAS WP Mohamad Suhaimi Abdul Aziz menyifatkan pelantikan Mahfuz itu wajar dan bijak memandangkan keadaan bekas menteri besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang uzur untuk memikul tanggungjawab sebagai pesuruhjaya.

"Dengan pengalaman, ketokohan serta kewibawaan Datuk Mahfuz Omar dapat melonjakkan sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat Kedah serta mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PAS untuk memerintah kembali Kedah dalam pilihan raya umum ke-14," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Suhaimi berkata pihaknya yakin ahli parlimen Pokok Sena itu mampu melakukan "perubahan yang besar" dengan mengembalikan kemenangan kepada Pakatan di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Semalam dilaporkan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang memutuskan melantik Mahfuz sebagai pesuruhjaya PAS Kedah yang baru bagi menggantikan Azizan.

Pada pilihan raya umum minggu lalu, PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu gagal mempertahankan kerajaan negeri itu apabila hanya menang 15 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan. Manakala BN pula menang 21 kerusi.

DAP: Ucapan Mohd Noor langgar Akta Hasutan

Posted: 12 May 2013 10:56 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
Setiausaha Biro Guaman DAP Gobind Singh Deo menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut dan menggalakkan permusuhan kaum dalam satu ucapan semalam.

"Kenyataan yang diberi oleh bekas hakim ini menunjukkan sisi kegelapan sistem kehakiman negara yang mana sebelum ini sering dilaungkan bahawa sistem kehakiman negara sentiasa bebas.

"Sekarang kita boleh lihat dengan jelas pemikiran seorang hakim seperti Mohd Noor yang juga pernah menjadi hakim dan membuatkan Lim Guan Eng disabitkan di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak serta Akta Hasutan pada tahun 1997," katanya.

Beliau mengulas ucapan Mohd Noor dalam satu forum di Kuala Lumpur semalam, yang antara lainnya mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu.

Mohd Noor yang mengulas keputusan pilihan raya umum 5 Mei berkata: "Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

"...Bagi orang Melayu, pantang-larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah."

Gobind berpendapat bahawa kenyataan berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.

Selain itu, beliau juga melihat bahawa serangan ke atas masyarakat Cina yang tidak henti-henti sejak keputusan pilihan raya umum ke-13, menunjukkan kelemahan dan ketidakupayaan perdana menteri untuk bertindak.

Katanya, Perdana Menteri sebelum ini telah berulang kali berjanji untuk menjadi seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia di bawah konsep 1Malaysia – yang sepatutnya menjadi dasar untuk menghapuskan politik perkauman.

Bagaimanapun, Gobind berkata, beliau jelas beliau gagal mempertahankan rakyat Malaysia yang telah melaksanakan hak perlembagaan mereka dengan mengundi.

"Beliau telah gagal untuk menunjukkan rasa hormat dan menerima hakikat bahwa rakyat mempunyai hak untuk mengundi sesiapa yang mereka mahu tanpa takut terhadap ancaman atau paksaan.

"Apa yang paling membimbangkan ialah kerajaan Malaysia kini secara terbuka menggalakkan ancaman yang menyalahkan rakyatnya sendiri terutama kaum Cina.

"Ini salah dan mesti dihentikan. Perdana menteri mesti mengamalkan apa yang sebelum ini dia laungkan," katanya lagi.

Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam

Posted: 12 May 2013 10:44 PM PDT


Dr Firdaus Rahim

 

"Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (Barisan Nasional) kalah" Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman.Itu pun setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti.

Kami sayang Ahmad Said (gambar) selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar diutarakan beliau.

Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin bermula dengan aksara 'A' yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara 'A' dan 'Z'.

Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini? Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.

Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama' yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai 'Sheikhul Islam of British Isle'.

Makanan percuma Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan.

Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian. Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap. Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin 'disuap'.

Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.

Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.


Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti? Guru hebat, murid sama hebat Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam.

Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja. Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milih beliau. Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.

Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim.

Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.

Indah sekali apabila 'orang kita' dibiaya, 'orang mereka' turut sama merasa. Islam mendidik keadilan Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil.


Mereka bertindak sebagai 'khadimul ummah', iaitu pelayan kepada ummah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia. Nama 'Said' itu sendiri secara literalnya sudah bermaksud 'kebahagiaan'.

Justeru, kami mengharapkan keadilan Datuk Seri memancarkan sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami selaku rakyat. Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat Barisan Nasional daripada 'team B' berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan? Adilkah jika seorang Menteri Besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat?

Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah? Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri?

Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab. Rakyat, samada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu. Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan. Legasi keadilan Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.

Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris. Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.

Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata. Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Isu MB : Khalid enggan ulas panjang

Posted: 12 May 2013 10:40 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid (tengah) bersama mangsa kebakaran Taman Ikan Mas, ketika lawatan beliau semalam.
 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil jalan selamat dengan enggan mengulas panjang berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, perkara tersebut tidak seharusnya dijadikan isu sebagai menghormati istana di samping bagi menjaga disiplin dalam parti.

"Sebagai seorang yang terlibat dalam pemilihan, tidak boleh membuat kenyataan akhbar sehingga perkara itu dapat dihadapkan kepada duli yang maha mulia sultan.

"Saya tidak boleh buat (kenyataan). Itu cara Azmin (buat sidang media), kita dalam parti ada disiplin," katanya di sini, semalam.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tindakan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan proses penamaan calon bagi jawatan itu yang disifatkan membelakangkan pimpinan parti yang lain, dalam sidang media yang dibuat sebelum ini.

"Tidak timbul isu berhubung penamaan Menteri Besar dalam pentadbiran negeri Selangor," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, proses cadangan bagi pemilihan barisan exco negeri telah pun dimulakan dengan mengambil kira pandangan pimpinan dalam parti.

"Perkara ini sudah diselesaikan dan sekarang proses pemilihan mencadangkan nama-nama exco juga sudah dimulakan tetapi selepas MB dinamakan kemudian baru ada perbincangan secara teratur tentang perkara ini," katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa  melawat mangsa kebakaran melibatkan lebih 20 kediaman, di Taman Ikan Mas, Cheras, dalam kejadian kelmarin.

Beliau turut menghulurkan sumbangan buat mangsa.

"Sumbangan ini tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah, namun pihak pejabat ahli parlimen akan uruskan proses bagi menempatkan mangsa ke unit-unit lain.

"Dalam masa sama, punca unit kosong yang dibiarkan sehingga menjadi penyebab berlakunya kebakaran perlu diambil perhatian pihak bertanggungjawab," katanya.

4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini

Posted: 12 May 2013 10:39 PM PDT

ROSLINDA HASHIM

4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini
4 muka baru dijangka angkat sumpah Exco Kedah Rabu ini
 
ALOR SETAR - Seramai lapan Adun Kedah dijangka mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baru, di Istana Anak Bukit, Rabu ini.

Majlis angkat sumpah jawatan dijadualkan berlangsung di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah sekitar 10 pagi.

Difahamkan, semua lapan Adun terbabit belum pernah dilantik ke jawatan itu termasuk empat daripada mereka adalah wakil rakyat penggal pertama.

Kerajaan negeri sebelum ini melantik 10 exco memegang pelbagai portfolio namun, terdapat desas-desus mengatakan hanya lapan exco dilantik dalam pentadbiran kali ini.

Ini berikutan pendirian MCA untuk tidak meletakkan wakil rakyat parti itu dalam kerajaan negeri kerana prestasi buruk pada PRU13 selain tiada calon MIC Kedah yang menang pilihan raya umum itu.

Daripada 21 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Kedah, hanya Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berpengalaman sebagai exco.

Tidak mustahil, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir bakal mewujudkan jawatan khas setaraf exco bagi mewakili kaum Cina dan India.

Mukhriz juga dikhabarkan telah memilih barisan kabinet beliau ketika pertemuan tertutup dengan semua wakil rakyat BN di Wisma Darul Aman, semalam.

Difahamkan, Adun yang terpilih sudah dimaklumkan secara tidak rasmi, sehingga pengumuman rasmi Rabu ini.

Adun yang dijangka membarisi kabinet Kedah ialah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang berpengalaman dalam sektor korporat, selain pernah memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri dijangka mengisi portfolio industri.

Adun Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid yang mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Arab, Siam selain bahasa Inggeris pula bakal memegang portfolio pelancongan.

Adun Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob yang memasuki penggal ketiga perkhidmatan disebut-sebut layak memegang portfolio wanita dan keluarga.

Adun Belantek, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dikatakan bakal memegang portfolio luar bandar manakala, Adun Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain (pendidikan).

Muka baharu yang mendapat perhatian Mukhriz termasuk Adun Kuala Nerang, Badrol Hisham Hashim yang diuarkan memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan manakala Adun Jitra, Amiruddin Omar bakal memegang portfolio belia dan sukan.

Adun Bandar Baharu, Datin Noor Sabrina Mohd Noor juga ahli biologi dikatakan tersenarai untuk portfolio teknologi maklumat.

Exco: Sultan Johor mahu wakil Cina

Posted: 12 May 2013 10:35 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Sultan Johor
Sultan Johor
 
SENAI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, betapa pentingnya ada wakil daripada pemimpin Cina dalam barisan exco kerajaan negeri pada  penggal yang baru.

Titah berkenaan disuarakan Tuanku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Adun Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi di sini, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, tuanku bertitah mahu barisan exco kerajaan negeri yang bakal dilantik turut dibarisi wakil daripada  pemimpin kaum Cina kerana baginda amat mengambil berat soal perpaduan antara kaum di Johor.

"Tuanku mahu ada wakil pemimpin Cina dalam barisan exco. Jadi, saya harap titah tuanku ini akan diterima baik dan dijayakan wakil pemimpin Cina dari- pada MCA atau Gerakan yang menang pada PRU13," katanya ketika kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut  meminta semua pihak agar menunggu keputusan rasmi berhubung senarai barisan exco kerajaan negeri sehingga tarikh mengangkat sumpah yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

Tambahnya, tunggu sehingga keputusan rasmi barulah diketahui siapa yang dilantik.

Terdahulu, akhbar ini, semalam, melaporkan pertemuan Najib yang diiringi  Mohamed Khaled menghadap Sultan Ibrahim.

Pertemuan perdana menteri bersama Sultan Ibrahim itu  difahamkan bertujuan membincangkan perlantikan Menteri Besar Johor yang baru bagi menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman selain mempersembahkan cadangan nama barisan exco kerajaan negeri untuk penggal baru.

Surat Terbuka Untuk Dato Seri Najib Tun Razak

Posted: 12 May 2013 06:45 PM PDT

INIKALILAH!.BLOGPOT
 

Kepada Dato Seri Najib Razak,
Saya adalah salah seorang anak malaysia yang berumur 27 tahun dan bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat multinasional di Kulim. Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan pandangan saya mengenai cara kerajaan bawah pimpinan anda melayan pandangan rakyat mengenai isu-isu yang mereka hadapi dan menjadi buah mulut sekarang.Saya boleh merumuskan bahawa pihak kerajaan BN melepaskan diri malah gagal menjawab sebahagian kesangsian rakyat mengenai - Rasuah, Kronisme,salah laku piliharaya dan sebagainnya. Malah iannya di layan dengan angkuh dan memberi jawapan berbaur perkauman sekaligus menyekat suara rakyat.

Pertama kali, tahniah diatas "kemenangan" parti Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas. "Kesungguhan" jenteran BN yang "bekerja kuat dan bertungkus lumus" memang "amat mengkagumkan" saya. Tahniah...

Selama kini, pihak menteri Barisan Nasional hanya pandai membuat pengumuman,memberi ayat-ayat yang cukup cantik dengan susunan subjek dan predikat yang teratur, memberikan sesuatu kepada rakyat dalam apa jua rancangan kerajaan. Barisan kabinet BN duduk dalam bilik Air Cond, dapat kereta dengan pemandu (gaji and duit petrol di bayar oleh wang kerajaan dari cukai rakyat), rumah kerajaan di mana kesemua perbelanjaan ini ditanggung oleh kerajaan pusat. Cuba letak diri anda dan barisan kabinet anda dalam pandangan rakyat miskin dan cuba menjalani kehidupan mereka dengan bergaji biasa seperti

1. Tanpa pemandu, body guard.
2. Sesak dalam kesesakam lalu lintas. Bangun awal ambil LRT tanpa sepcial route..
3. Bebanan hutang PTPTN..
4. Bebanan ansuran kereta..
5. Guna petrol pakai duit poket anda...
6. Beli sayur dan keperluan barangan harian..
7. Bayar bil bil bulanan..

Baru anda memahami apa itu keperitan dan kesusahan rakyat yang sebenarnya.Sebagai contoh, di Malaysia seorang graduan jurutera akan memperolehi ijazah sarjana muda dalam lingkungan 23-24 tahun. Dia bermula kerja pada usia 25 dengan gaji pokok RN 2500 dan dalam masa empat tahun, hasil akaun2 dalam KWSP nya adalah cuma mencecah jumlah ~ RM 10K di mana duit sebanyak itu memang tidak cukup untuk bayar wang pendahuluan (10%) bagi rumah idamaanya yang berjumlah RM280K. Tambahan pula, dengan bebanan PTPTN, ansuran kereta, di mana akhirnya hanya tingaal beberapa ringgit sahaja dalam akaunnnya. 
BR1M, MR1M KR1M adalah cuma "gula-gula" sahaja di mana rakyat tiada sentiasa mengharapkan untuk menyelesaikan masala seharian mereka. Adalah mustahil bagi COCA COLA sekali kala sahaja kepada rakyat, padahal rakyat sengsara di sebabkan dahaga. Fahami kehendak rakyat yang asas. Kita memerlukan satu penyelesaian yang kolektif dan menyeluruh yang dapat membendungkan masalah mereka. 
Setakat memberitahu depan pemberita dan klik cahaya lens kamera "Kita turun padang" di bawah bilik air cond, memang tiada hasil kepada rakyat... Jangan turun padang, malah sentiasa berada di padang. Itu yang kita hendak semua pemimpin laksanakan. Ambilah Mahatma Gandhi, Nelson Mandela sebagai contoh kepimpinan untuk kerajaan anda.Pemimpin yang sebenarnya adalah bukan setakat memahami kesusahan rakyat malah mengalaminnya dengan perasaanya sendiri. Cubala keluar dari lingkungan GELOMBANG BIRU BN YANG SELESA KRONI itu dan masuk, bertapak dalam lingukungan kehidupan rakyat yang biasa and feel the pain and gain. Trust me, you will be appreciated !!!.... Memang kebanyakkan pemimpin BN berasal dari keluarga miskin tapi zaman itu kita boleh beli roti kosong dengan 20sen dan hari ini ia adalah RM1.80. Jangan bandingkan kehidupan masa sila anda dengan kehidupan mereka sekarang.

Selain itu, saya menyeru supaya jalanilah kehidupan sederhana seperti Tok Guru Nik Aziz, yang menjadi ulama model saya, walaupun saya beragama Hindu. Kehidupan beliau yang begitu sederhana, sekaligus menjadi contoh kepimpinan ulama yang berlandaskan Islam memang menarik perhatian ramai pemuda, bahkan bukan sahaja Melayu, tapi Cina dan India. Tapi dalam barisan BN, terdapat banyak pemimipn yang hidup mewah, dapat kontrak, bersifat perkauman, yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang mengguriskan hati oran lain dan Dato seri masih menyokong mereka. 
Tiada tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun beratus-ratus laporan dibuat. Ini yang membuatkan rakyat marah dengan BN. Mereka hendak penjelasan mengenai rasuah Taib Mahmud, Misteri Altantuya, Defisit hutang kerajaan yang tidak pernah tinggi, rasional di sebalik membeli jack kereta sebiji dengan harga RM5000 dan bukan setakat menerima BR1M dan cium tangan BN..

Kita memerlukan Pemimpin seperti DSAI, LGE,TGNA,LKS, Rafizi, Nurul Izzah, Surendran, Mat Sabu dalam pentadbiran kerajaan menguruskan kewangan/ ekonomi.Dengar pandangan/idea mereka. Harus diingat, pembangkang dan kerajaan bekerja untuk rakyat. Pembangkang bukan musuh negara !.. Tetapi di Malaysia, sejak dari zaman Mahathir sampai zaman anda, idea mereka dicemuh malah langsung tidak dipeduli. Ajakan debat terbuka supaya rakyat boleh menilai rasional dan logik di sebalik kewibawaan idea itu dengan menganalisa dan mengupas keberkesanan, ditolak malah mengatakan debat bukan budaya kita. Tapi anda memberi hadiah kepada pertandingan Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Ape nie Dato Seri ? ?

Pembangkang terdiri daripda darah-darah muda seperti Rafizi. Cara mereka untuk memanifestokan kempen mereka melalui Youtube dengan memberitahu secara terperinci bagaimana menurunkan harga kereta dengan menggariskan kaedah-kaedah perlaksanaanya yang merangkumi nombor-nombor dan carta memang memenangi hati pemuda di laman web sosial, Tidak kira India, Cina dan Melayu,kempen mereka dipenuhi dengan gambaran kehidupan rakyat sekarang dan cara/kaedah penyelesaiaanya. 
Sebab itulah Tsunami pilihanraya berlaku kali ini, menyebabkan BN kalah dalam usaha memenangi majoriti 2/3 dalam Parlimen. Tetapi kempen BN, kebanyakkan konsep hanya meliputi BR1M, KR1M, video lucah, BIRIBURIBU TANIA, sewa Youtube bahagian iklan dengan tiada button SKIP, fitnah, dan unsur perkauman. Rakyat sudah mual dengan cara-cara kotor sebegini. Malah, bila kita menyuarakan pendapat/soalan, jawapan yang kami terima adalah SYUKURLAH APE YANG BN BUAT.... 
Pada pandangan saya,semua yang dibuat oleh BN selama ini adalah TANGGUNJAWAB sesebuah kerajaan walaupun ia tidak meliputi skop kehendak rakyat sebenarnya.. Hanya orang bodoh sahaja yang memuji sikap ayah seseorang yang membelikannya beg sekolah yang langsung tiada zip padahal anak dia meminta beg yang ada zip banyak, memudahkan urusan simpanan buku-bukunya... Itula tanggungjawab yang sebenar !!!..Kalau anda rasa pembangkang membuat tohmahan, cuba buktikannya salah berdasarkan kaedah yang telus dengan mendekati rakyat.....Bukan dengan angkuh...

Konsep Satu Malaysia pula,memang tidak mencapai objektif. Hapuskan politik perkauman dalam BN dulu. PKR ada Melayu, Cina dan India. DAP ade Melayu, Cina dan India. PAS pula ada Melayu, kelab penyokong PAS Cina dan India. Saya bangga mengatakan..

PAS letak calon wanita India...
DAP mempunyai 3 calon melayu memenangi Parlimen menentang calon Cina dari MCA..
PKR meletakkan calon India Surendar dan merampas kerusi Padang Serai...

MIC ada letak calon Cina ?
UMNO ada letak calon India ?
MCA ada letak calon Melayu ?
Apa yang nampak, letak BANGLA aje...
Apa yang nampak, menyaksikan Earth Hour pada hari semakan undi....

Hapuskan mentaliti perkauman. Terapla nilai kesaudaraan dan semangat kemalaysiaan dalam pentadbiran anda. Semangat persaudaraan ini dilihat di Pakatan Rakyat yang menarik saya sememangnya, bahkan ramai pengundi2 Melayu dan Cina. Setakat reka tema, lagu dan goyang bendera 1Malaysia, memang tidak berbaloi untuk zaman ini. Apa gunannya mencantikan muka bayi dengan bedak wangi, padahal punggungnya yang bertahi dengan perkauman dibiarkan tanpa mencuci selama-lamannya ?

Cuba buat kajian "kekalahan" BN dalam pilihanraya dan jangan sekali-kala menuding jari ke pihak lain. Baki ketiga-tiga jari itu menuding pada diri anda.Harap kerajaan yang baru dbentuk cuba menukarkan style pentadbiran anda. Bekerjasama dengan pembangkang menjamin masa depan rakyat... Nobody is perfect but if team work is achieved, we can make it as perfect !!!

Bagi racist yang inginkan saya keluar Malaysia..

Ini adalah tanah kami bersama dengan kawan-kawan Melayu dan Cina saya..

Datuk member Melayu saya berjuang dengan askar menentang British YANG SEKARANG SEMUA BOLEH FACEBOOK DUK GOYANG KAKI...

Datuk member India saya pula menghapuskan hutan-hutan dan memajukan kawasan ladang getah,mengayakan ekonomi yang sekarang jadi PUTRAJAYA...

Datuk member Cina saya pula turun siang di bawah serikan matahari, memajukan kawsan perlombongan YANG SEKARANG ADALAH KUALA LUMPUR....

Jangan rosakkan semangat kerjasama ini..Ini terbukti dalam Sejarah...

Darah saya tumpah di sini masa kecil..
Titik peluh semua di erap masuk de dalam tanah ini..
Maka nafas saya juga berakhir di sini....

Racist OR Macai BN,
Anda boleh menjadi HERO yang ZERO tapi adalah mustahil bagi anda memadamnkan

1.Memori saya menonton rancangan Peter Russel tanpa berbaju dengan member Cina dan Melayu saya masa di UnimAP dalam satu katil.....

2. Memori saya dengan seorang member Melayu saya yang menyuruh Makcik supaya jangan terbagi Nasi Goreng daging kepada saya masa makan kat cafe...

3. Memori saya tidur dikatil yang sama dengan member saya dari Kelantan and Sabah...

4. Memori saya pegang Tanglung dan ronda-ronda di sekitar hostel bersama amoi- amoi Cina...

5. Memori saya berpakat dengan member Melayu dan mengurat awek India...

6. Cinta crush saya pertama masa sekolah menegah adalah gadis Melayu dari kelas saya..

7. Memori saya menerima surat "secret admirer" dari gadis Melayu idaman saya di UniMAP...

Ini adalah persahabatan dan nilai kesaudaraan yang saya kecapi selama ini....

HARAP MAAF JIKA TATABAHASA SAYA SILAP...

Anak Malaysia,
Theeban

Petisyen: PR yakin BN tumbang

Posted: 12 May 2013 05:03 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR

JOHOR BAHRU -  Pembangkang menaruh keyakinan akan dapat menumbangkan kerajaan BN termasuk menerusi cadangan memfailkan petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi parti pemerintah.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika usaha itu berjaya, kerajaan BN akan tumbang dan PR akan mengambil alih Putrajaya.

"BN sekarang ada 133 kerusi Parlimen. Sekiranya daripada petisyen yang kita akan buat, kita berjaya dapat 22 kerusi, yang akan tinggal pada BN hanya 111 kerusi. Ini bermakna kita akan dapat majoriti dan jadi kerajaan," katanya di sini, semalam.

Kit Siang berkata, mengambil kira undi popular, PR sudah dapat 51 peratus berbanding BN yang hanya dapat 47 peratus.

"BN dapat sokongan minoriti daripada undi popular," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai petisyen yang akan dikemukakan, Kit Siang berkata, DAP sudah melantik Gobind Singh Deo untuk mengetuai jawatankuasa yang akan meneliti perkara itu.

"Kita tunggu keputusan PRU13 diwartakan, selepas itu dalam tempoh 21 hari, kita boleh buat petisyen. Kita jangka boleh kemuka petisyen di 20 hingga 30 kerusi Parlimen yang dimenangi BN," katanya.

Ditanya mengenai cabaran Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan supaya 89 calon PR yang memenangi kerusi Parlimen pada pilihan raya lalu tidak angkat sumpah kerana menolak keputusan PRU13, Kit Siang berkata: "Tidak perlu hirau cabaran ini. Kita  tak perlu jawab apa-apa cabaran."

Tiada ulasan: