Jumaat, 24 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

Posted: 24 May 2013 08:12 AM PDT

Harakahdaily, 24 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

"Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya," kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

"Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk," tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

"Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai," saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

PAS sertai himpunan aman “SuaraRakyat 505” esok

Posted: 24 May 2013 06:00 AM PDT

PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman "Suara Rakyat 505" anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam.

Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.

Semalam penggerak utama kepada himpunan itu, Solidariti Anak Muda Malayisa (SAMM) menegaskan, mereka tetap bertekad untuk memastikan himpunan mencapai matlamat, walaupun terpaksa berdepan dengan penangkapan.

Mereka mengulas beberapa pemimpin serta aktivis rakyat yang ditahan sejak bebarapa hari lalu di bawah akta hasutan.

Ianya termasuk aktivis pelajar Adam Adli , aktivis PAS Tamrin Ghafar, Naib Presiden PKR Tian Chua dan penggerak ABU Haris Ibrahim.


Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah turut memaklumkan bahawa PAS Kedah juga turut akan turun menyertai himpunan itu esok.


"Saya harap pihak polis dapat memberi kerjasama untuk mengawal himpunan itu esok dan tidak menggunakan kekasaran yang boleh mengeruhkan suasana," katanya.

Azmin: Operasi tangkapan kembalinya 'Mahathirisme

Posted: 24 May 2013 02:58 AM PDT

Tangkapan pemimpin Pakatan Rakyat dan aktivis pro-demokrasi baru-baru ini merupakan isyarat jelas kembalinya 'Mahathirisme', apabila taktik keras didakwa digunakan bagi menghalang pembangkang, dakwa PKR.

Penangkapan mereka semalam bawah Akta Hasutan "kembali pada hari-hari (bekas perdana menteri) Mahathir", apabila orang awam yang ditahan kerana "mempertegas hak-hak sivil" mereka, kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini.

Azmin mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi cuba mengatasi pemimpin sebelum itu dengan cara "lebih tinggi dan kuat", dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi "sunyi sepi", PKR menjangkakan lebih banyak tangkapan dan pendakwaan terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi.

"Saya menyeru kepada rakyat supaya tetap teguh dalam usaha mereka memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Ia adalah hak perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan kemarahan dan rasa tidak puas hati kami dengan penipuan dan penyelewengan.

"Mereka akan cuba untuk menakut-nakutkan kita supaya menyerah. Kita mesti terus mempertahankan hak-hak dan maruah kita," kata Azmin dalam satu kenyataan.

Semalam polis menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, manakala aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dituduh mengeluarkan kata-kata hasutan melalui satu ucapan pada 13 Mei lalu.

Sebelum ini, ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dituduh menganjurkan perhimpunan haram mempertikaikan keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga memberi amaran mengenai satu lagi Operasi Lalang dan kembalinya "Mahathirisme" ekoran siri penangkapan ahli politik dan aktivis semalam.

Katanya, beliau agak terkejut dengan Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memutuskan untuk menangkap mereka yang menghadiri perhimpunan nyalaan api menyokong aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim yang didakwa menghasut.

Semalam, polis juga menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Datuk Tamrin Abdul Ghafar dan Haris Ibrahim dari ABU (Asal BUkan Umno).

Tiada ulasan: