Anak Sungai Derhaka |
- Shamsul Iskandar belasah TG Haji Hadi..
- Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar akan dibebaskan..
- Zahid dedahkan 133,000 MyKad hilang ketika Hishamuddin jadi Menteri Dalam Negeri..
- Ooo.. patutlah wakil Dewan Pemuda PAS tiba-tiba muncul waktu Adam Adli dibebaskan..
Shamsul Iskandar belasah TG Haji Hadi.. Posted: 24 May 2013 07:17 AM PDT Shamsul Iskandar Mohd Akin menyelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti. Selain itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR. "Kita mencela tindakan mencerca calon parti rakan tanpa membawa sebarang bukti," kata Shamsul dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9 di sini hari ini. "Mewakili saf kepimpinan AMK, rasa kesal tidak boleh kami sembunyikan di saat masih ada pimpinan Pakatan Rakyat yang seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia," tambah ahli Parlimen Bukit Katil itu. Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah "pil kuda" dan berideologi komunis. "Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut. "Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin," kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin. Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013. "Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus "Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto," kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh "AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat. Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat," katanya lagi. Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka. ~ The Malaysian Insider |
Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar akan dibebaskan.. Posted: 24 May 2013 06:07 AM PDT Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bersama dengan Haris Ibrahim dari ABU (Asalkan Bukan Umno) dan ahli PAS, Tamrin Ghafar akan dibebaskan selepas permohonan reman oleh pihak polis ditolak oleh majistret hari ini. Perkara ini didedahkan oleh peguam Ashok Kandiah, yang berkata, ketiga-tiga mereka dalam proses untuk dibebaskan dari balai polis Jinjang, tempat mereka ditahan sejak ditangkap semalam. Ketiga-tiga mereka sedang disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berikutan penyertaan mereka dalam forum pasca pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) pada 13 Mei. Mereka ditahan polis petang semalam. Polis kini perlu membuat permohonan reman yang baru jika ingin terus menahan mereka. Ashok memberitahu Malaysiakini bahawa pihak polis memohon tahanan reman selama tujuh hari. Bagaimanapun, katanya, peguam yang mewakili ketiga-tiga mereka membantah kerana pihak polis tidak menyediakan transkrip ucapan yang didakwa menghasut. Tambahan pula, katanya, nama Haris dan Tamrin tidak ada dalam laporan maklumat pertama polis dan dengan itu mereka tidak perlu ditahan lagi. "Kami mendapat tahu bahawa mereka mahu ketiga-tiganya kemungkinan sebagai saksi dan jika demikian, kami berhujah mereka tidak perlu berdepan dengan tahanan reman yang lama. "Mereka bukannya suspek pembunuhan, dan jika suspek seumpama itu pun, mahkamah tidak membenarkan tempoh tahanan reman yang panjang," katanya. Ashok berkata, akhirnya, majistret Norashikin Sahat mungkin memutuskan bahawa pihak polis sepatutnya telah melengkapkan siasatan mereka dan permohonan pihak berkuasa itu satu penyalahgunaan kuasa dan proses mahkamah. Peguam Sivarasa Rasiah, Datuk S Ambiga, N Surendran dan Afiq M Noor mewakili Tian, yang juga naib presiden PKR, manakala Ashok, Pavendeet Singh, John Skelchy dan Adam Haris Ibrahim diwakili. Tamrin diwakili peguam KA Ramu dan MV Nathan. Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim, yang turut menghadiri majlis di KLSCAH itu, telah pun didakwa atas tuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam, selepas ditahan reman selama lima hari. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) minggu lepas kerana membantu menganjurkan perhimpunan pertama pertama Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya. Hari ini, dilaporkan bahawa Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su akan didakwa minggu depan di bawah APA berhubung penganjuran perhimpunan di Ipoh. |
Zahid dedahkan 133,000 MyKad hilang ketika Hishamuddin jadi Menteri Dalam Negeri.. Posted: 23 May 2013 11:00 PM PDT Apa yang didedahkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri yang baru ini ialah apa yang telah berlaku semasa sepupu Najib menjadi Menteri Dalam Negeri.. Entah apa yang dia buat tah.. sampai 133,000 MyKad boleh hilang.. Dari 133,000 MyKad yang hilang itu berapa agaknya telah dimiliki oleh pendatang-pendatang asing yang turut mengundi menentukan hala tuju negara ini baru-baru ini? Walau siapapun yang menjual atau memberikan MyKad itu kepada warga asing.. merekalah pengkhianat sebenar negara ini... |
Ooo.. patutlah wakil Dewan Pemuda PAS tiba-tiba muncul waktu Adam Adli dibebaskan.. Posted: 23 May 2013 09:10 PM PDT Rentetan dari pembebasan Adam tu, dua gambar keping gambar di atas dan juga di bawah bawah ni cukup hangat kat facebook. Mungkin bagi sesetengah orang gambar ni biasa ja, tapi bagi sesetengah golongan terutama sekali dikalangan yang berkampung di depan Balai Polis Jenjang ramai yang tak puas hati. Malah ada yang sampai gelar depa dua ni sebagai oppertunis, parasit, hipokrit dan talam dua muka. Depa tak puas hati pasai masa Adam Adli ditahan reman 5 hari langsung tak nampak muka tapi bila Adam dibebaskan depa berdua ni sambut depan mahkamah, siap buat PC lagi. Dari satu sudut memang ada kebenarannya tapi dari sudut lain aku nampak kebijakan politik depa berdua ni. Nak salahkan depa berdua ni pun rasanya tak berapa nak kena, pasainya depa dua ni kalau hadir apa-apa acara bukan takat bawak batang tubuh depa tapi bawa juga nama Dewan Pemuda PAS Malaysia. Raja Iskandar adalah Naib Ketua manakala Khairil Faizi adalah setiausaha. Depa berdua tak pi pun takpa pasai ada lagi 2 orang kat atas depa yang lebih mewakili, Ketua Pemuda dan Timbalan ketua Pemuda. Lain la kalau depa berdua diarahkan untuk pi. Ada kemungkinan jugak depa berdua diarahkan untuk hadirkan diri lepas teruk Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua kena belasah kata DPPM langsung tak peduli. Tapi aku dok rasa bukan macam tu, depa berdua tu pi atas inisiatif depa sendiri demi untuk jaga nama baik DPPM, Pemuda PAS tetap ada pi jugak walaupun agak terlambat. Disamping tu ada jugak kemungkinannya depa pi tu untuk menonjolkan nama depa, biasa la, muktamar dah semakin dekat dan tahun ni tahun pemilihan. Apa pun, pada aku, walaupun aksi depa memang boleh dikategorikan sebagai 'publicity whore' tapi aku tetap sokong kalau depa berani mencalonkan nama depa untuk jawatan nombor satu dan dua dalam pemilihan pimpinan DPPM tahun ni. Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan