Ahad, 19 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


zmin: Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'

Posted: 18 May 2013 11:50 PM PDT

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.
Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

"Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara," kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

"Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar," katanya.
Naib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular," katanya.

"Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka," katanya.
Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

DINEGARA LAIN TIPU PILIHANRAYA KITA KEJALAN RAYA:ANWAR

Posted: 18 May 2013 08:49 PM PDT

Walaupun polis memberi amaran bahawa ia adalah perhimpunan haram, namun puluhan ribu membanjiri majlis 'kesyukuran' kerajaan negeri di Esplanade di Pulau Pinang malam tadi.

Orang ramai, kebanyakannya para belia yang berpakaian Baju-T hitam bersama vuvuzela plastik, penuh dengan semangat Blackout 505 Pakatan menentang dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum pada pada 5 Mei.

penang save democracy rally 180513 anwar lim guan engPenceramah terakhir di majlis tersebut, pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata di kebanyakan negara jika berlaku penipuan seperti itu, maka akan berlaku mogok awam yang besar.

Oleh itu, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak patut berterima kasih kepada Pakatan kerana mengekalkan keamanan dan tenang dalam semua bantahan yang diadakan.

"Di semua negeri, dari Pulau Pinang ke Perak, Johor, Negeri
Sembilan dan Pahang, kita mengadakan perhimpunan yang aman tetapi Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata ianya haram," katanya.

"Saya ingin memberitahu mereka (bahawa), mereka boleh cuba untuk mengisytiharkan perhimpunan kita haram tetapi mereka tidak boleh menghalang kuasa rakyat kerana Suara rakyat Suara keramat," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anwar berkata, adalah mustahil untuk menerima keputusan pilihan raya umum apabila terdapat hampir 30 kerusi yang meragukan, dengan BN mengekalkan Putrajaya walaupun ia hanya mendapatkan 48 peratus undi popular.

penang save democracy rally 180513 pakatan leadersBeliau yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, walau
apa cara sekali pun, rakyat Malaysia tidak boleh menerima penipuan tersebut.

"Jika terdapat mana-mana kerusi yang Umno atau BN telah menang, dan tidak ada bukti penipuan, kita akan terima keputusannya, " katanya.

"Tetapi jika terdapat 30 kerusi yang kita kalah, kita ada bukti penipuan pilihan raya dan kita akan mencabar keputusan ini," ikrarnya.

Tiada ulasan: