Ahad, 19 Mei 2013

Addin

Addin


BN Turunkan Harga Minyak Tengah Malam Ini

Posted: 19 May 2013 09:45 AM PDT

Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 20 Mei 2013 iaitu esok. Kabinet Baru Barisan Nasional hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat tengahari tadi.

Kabinet dalam Mesyuaratnya petang tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini.

Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini.

Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat. Walaupun tiada dalam manifesto BN, namun atas sikap prihatin kerajaan BN maka penurunan harga minyak di lakukan.

Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,

1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak)
2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk)
3.Minyak Gamat ( Keluaran Pak Mat,Veteran Umno Yang Boikot Air Asia)
4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit
5.Minyak Pengasih dan Minyak Meluat
6.Minyak Belacak

Diharapkan pengundi BN bersyukurlah dengan penurunan harga minyak ini..!!

KAH.. KAH.. KAH.. JANGAN MARAH NANTI KENA JUAL!!



Iklan C (ii)
  


Cabaran Ahmad Maslan Tidak Berani Di Sahut Pengerusi SPR.. Ini Buktinya

Posted: 19 May 2013 08:00 AM PDT


Tempoh hari Ahmad Maslan mencabar Pakatan Rakyat menjemput SPR menjawab dakwaan penipuan pilihan raya. 

Tetapi pada 16 mei ,hari selasa lepas Pakatan Rakyat mengadakan satu forum dan telah menjemput pengerusi SPR ,Tan Sri Abdul Aziz Mohd.Yusof tetapi gagal hadir ke forum tersebut. 

Jikalau benar-benar SPR tidak tipu,bersih dan adil, SPR harus berani hadir bersemuka dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan memberi penerangan kepada orang ramai yg hadir ke forum tersebut. 

Jangan hanya berani di depan tv atau di akhbar-akhbar milik Umno tanpa ada sesi soal jawab dari PR dan rakyat sendiri. 

Rakyat mahukan kebenaran dan keadilan...kalau pengerusi SPR sendiri tidak hadir,ini bermakna,SPR tidak berani untuk menyatakan kebenaran setiap tindakan mereka pada setiap kali PRU. 

Bak kata pepatah, berani kerana benar,takut kerana salah....anda sendiri yang menilainya...



Iklan C (ii)
  


Hanya 50 Orang Hadiri Sambutan Kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang

Posted: 19 May 2013 06:30 AM PDT


GEORGETOWN, 19 MEI : Lebih 50,000 rakyat Pulau Pinang menghadiri sambutan kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Esplanade malam tadi.

Meskipun pihak polis memberi amaran agar orang ramai menjauhi program tersebut, namun ia berlangsung aman dengan majoriti hadirin yang kebanyakannya anak muda berpakaian baju-T hitam, simbol kematian demokrasi di Malaysia.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP kebangsaan, Karpal Singh.Puluhan warung makanan dan pakaian mengelilingi tapak ceramah menjadikan suasana program seperti sebuah pesta demokrasi.

Orang ramai meniup horn vuvuzela dan wisel sambil melaungkan slogan 'Ubah' dan Reformasi' menyambut setiap ucapan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi suasana gamat.Keadaan semakin bingit sebaik nama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai penceramah sambil mengibarkan bendera parti-parti Pakatan Rakyat.

Manakala, sebahagian hadirin yang turut membawa keluarga menjadikan himpunan kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang malam tadi sebagai acara malam minggu paling meriah di Pulau Pinang. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  

Umno Ajak Boikot Air Asia?

Posted: 19 May 2013 04:12 AM PDT

Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.Laporan edisi hujung minggu akhbar tersebut hari ini memetik kenyataan setiausaha Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub yang mahu anggota persatuan tersebut menunjukkan reaksi balas itu atas sikap yang ditunjukkan ketua pegawai eksekutif AirAsia X Azran Osman-Rani.

Tindakan itu juga ekoran kegagalan AirAsia X memecat Azran dari jawatan tersebut, kata Mustapha yang menganggap dakwaan cercaan ke atas Utusan itu sebagai penghinaan ke atas kaum Melayu."Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu.

Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini."Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya.

Menurut Utusan, Azran dalam tulisannya di Facebook menulis:
"I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"Azran juga mengumumkan untuk menarikh balik iklan AirAsia, di Utusan Malaysia dan menyebut: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."AirAsia merupakan antara pembeli ruang iklan utama di media Malaysia.




Iklan C (ii)
  

Ustaz Azizan Makin Stabil

Posted: 19 May 2013 01:00 AM PDT

GEORGETOWN - Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

"Keadaannya masih lemah tapi stabil. Beliau sudah sedar cuma masih lemah.

"Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

"Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis. ~sinar harian




Iklan C (ii)
  

Najib Terpaksa Gula-Gulakan Ahli Parlimen BN

Posted: 19 May 2013 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan pembantu Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri telah memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.

"Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombkan selepas pemilihan Umno," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider. 

Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran. 

Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Datuk Seri Shaziman Mansor dan Datuk Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.

"Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin," tambah beliau.
Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.
"Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi," tambah sumber tersebut.

Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.
Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.

"Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan. Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil," kata seorang panglima perang Umno.

BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.
Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Datuk Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Datuk Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.

Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan. Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.

Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.

"Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu. Siapa yang memikirkan itu," soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Johari Jailani.

Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)
  

Rupanya Menteri BN Ni Masih Di Buai Bermimpi..

Posted: 18 May 2013 10:05 PM PDT

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek hari ini mencabar mana-mana pihak yang mendakwa berlaku kenaikan harga barangan keperluan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 supaya tampil menunjukkan bukti.

Sambil menegaskan tiada kenaikan harga barang keperluan, Hasan berkata tindakan pembangkang yang gemar membuat tuduhan dan dakwaan tanpa bukti jelas membuktikan mereka sengaja mahu membangkitkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap kerajaan.

"Semua cakap berbaur politik tiada langsung pemikiran untuk bangunkan negara. Bagi tahu mana tempat dia (lokasi harga barang naik) supaya kami boleh pergi buat pemeriksaan...saya sendiri sanggup turun walaupun di Kota Kinabalu (Sabah)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Beli Barangan Malaysia 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Ekspo tiga hari bermula semalam itu disertai kira-kira 100 pempamer terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat swasta merangkumi pelbagai sektor termasuk automotif, makanan dan minuman, perabot, hiasan dalaman dan kesihatan.

Mengenai tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) yang mahu umat Islam memulau produk keluaran syarikat Cina, Hasan berkata pihaknya menghormati pendirian semua NGO itu kerana sebagai sebuah badan berkecuali mereka mempunyai hak untuk bersuara.

"Setiap NGO mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kementerian ini tak mahu terlibat...sebab fungsi kami adalah untuk melindungi kepentingan serta hak rakyat," katanya.

Selasa lepas 20 NGO Islam dalam sidang akhbar di ibu negara menggesa umat Islam supaya memboikot beberapa produk yang dikatakan tidak selamat untuk dimakan. 

Hasan bagaimanapun berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil NGO terbabit dalam masa terdekat bagi membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu.

Terdahulu dalam ucapannya Hasan berkata syarikat-syarikat di negara ini tidak seharusnya hanya memandang pasaran tempatan sebagai pengguna utama, sebaliknya perlu membina keupayaan untuk bersaing dengan syarikat terbaik di luar negara.

"Satu-satunya cara untuk kita menembusi pasaran global ialah apabila produk dan perkhidmatan kita mampu bersaing dan memenuhi standard antarabangsa", katanya. 

Mengenai Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, Hasan berkata ia merupakan usaha berterusan kementerian untuk membantu pembangunan ekonomi negara dan memastikan pengaliran wang ke luar negara tidak berlaku.

"Kita mahu ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia dan serantau yang semakin mencabar," katanya. ~bernama

Addin :

Semua rakyat sudah tahu pasal kenaikan harga barang tapi menteri Bn ni masih di buai mimpi. Terlupa, menteri bukan beli pun barang kot..


Iklan C (ii)
  

Al-Fatihah.. Ketua Pemuda Umno Meninggal Dunia

Posted: 18 May 2013 07:49 PM PDT


Calon BN Dun Selinsing yang juga Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Saudara Dr. Sharudin B. Ahmad, telah meninggal dunia . Beliau mendapat rawatan ICU setelah koma beberapa hari kerana di jangkiti kuman.

Pada PRU yang baru ini beliau tewas ditangan calon Pas YB Husin Din dengan majoriti 809 undi di DUN Selinsing.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak. Semoga roh allahyarham dirahmati oleh Allah.

YB Semanggol, Ustaz Zawawi (kopiah putih) sempat melawat Sharudin Ahmad semasa beliau dirawat di Hospital Taiping.



Iklan C (ii)
  


Mesyuarat Pertama Kabinet Najib Tidak Sah

Posted: 18 May 2013 06:21 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 MEI: Kabinet baru dan legitimasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diragui bukan saja kerana Barisan Nasional (BN) mendapat 47% undi popular berbanding 51% undi diperolehi Pakatan Rakyat (PR), tetapi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah paling tidak adil dan kotor di dalam sejarah negara.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata sekiranya PRU-13 bersih, bebas dan adil, dengan padang sama rata untuk kedua-dua perikatan, bukan saja undi popular PR akan meningkat sebanyak 60 peratus atau melebihi 65 peratus, tetapi juga memenangi majoriti daripada 222 kerusi Parlimen.

Katanya, sekarang ini, Kabinet pasca-PRU-13 Najib juga menjadi sandiwara malah jenaka kerana mempunyai dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri tidak sah walaupun mereka melalui upacara mengangkat sumpah yang tidak sah di hadapan Yang Dipertuan Agong, semalam.

"Amat sedih dan mengejutkan apabila Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai jabatan kerajaan lain yang terbabit begitu cuai dan lalai sehingga diabai, malahan dilanggar pematuhan terhadap undang-undang, peraturan, adat dan protokol yang tidak sepatutnya berlaku di dalam demokrasi berparlimen berusia 56 tahun di bawah enam Perdana Menteri. 

"Semalam, selepas upacara mengangkat sumpah Menteri dan Timbalan Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Najib menjalankan sesi Kabinet selama dua jam di Bilik Kabinet Putrajaya. 

"Bagaimanapun, timbul masalah membabitkan kedua-dua prosiding – kerana sehingga waktu ini, Datuk Paul Low dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) bukanlah Menteri yang sah dan Waytha Moorthy (Pejabat PM), Dr J Loga Bala Mohan (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) bukanlah Timbalan Menteri yang sah kerana mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator," katanya dalam kenyataan media, hari ini. 

Menurutnya, ini bermakna mesyuarat Kabinet selama dua jam semalam dicemari dengan penyalahan undang-undang kerana dihadiri dua Menteri tidak sah, Paul Low dan Abdul Wahid. Tambahan, katanya, Paul Low sudah pun diwawancara sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mana dia tidak berhak, memandangkan pelantikan Kementeriannya hanya boleh berjalan apabila dia mengangkat sumpah sebagai Senator, jelas di dalam Perkara 43 (1)(b) dalam kes Menteri dan Perkara 43A(1) dalam kes Timbalan Menteri. 

"Saya difahamkan sehingga sekarang, kelima-lima mereka belum mengangkat sumpah untuk menyandang dua jawatan Menteri dan tiga jawatan Timbalan Menteri. Apakah akan ada upacara angkat sumpah "tergesa-gesa" tengah malam buat kelima-lima mereka sebagai Senator?" ujarnya. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, Najib sepatutnya menjelaskan bagaimana boleh berlaku pelanggaran Perlembagaan dan undang-undang yang turut memalukan Yang di-Pertuan Agong dengan penghasilan satu sandiwara pelantikan Kabinet. 

"Malah Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International-Malaysia yang ditandatangani Najib Razak pada 20 Februari lalu untuk mematuhi dan memerhati empat prinsip tadbir urus baik diabaikan iaitu: 

Kebenaran, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dengan amalan rasuah dalam apa jua cara; 
Mendukung dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat secara keseluruhan; Tadbir urus yang baik serta ketelusan; dan Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan Malaysia.


~roketkini



Iklan C (ii)
  

Tiada ulasan: