Jumaat, 10 Mei 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


KECEWANYA AZMIN ALI

Posted: 10 May 2013 06:06 AM PDT

Pakatan Rakyat menyokong ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai menteri besar Selangor untuk penggal kedua, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata berteraskan prinsip konsensus, parti itu telah mencalonkan dua individu di kalangan ADUN PKR di Selangor untuk jawatan tersebut untuk dibincangkan bersama dengan rakan-rakan Pakatan, PAS dan DAP.

Menurutnya, PAS menerusi presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng telah bersetuju memilih Abdul Khalid bagi membolehkan beliau meneruskan khidmat cemerlangnya menerajui pentadbiran kerajaan Selangor.

Terdahulu hari ini, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menyuarakan kekecewaan berhubung proses penamaan calon menteri besar, dengan berkata kepimpinan tertinggi parti itu telah bertindak secara unilateral dan mengenepikan kepimpinan negeri.

AZMIN:KAMI TAK KECIL HATI SEPERTI KAMU

Posted: 10 May 2013 12:18 AM PDT

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan berhubung pesanan tweet beliau yang sinis terhadap perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Ini kerana beliau merasakan terdapat kaedah lebih baik untuk menguruskan isu penipuan dalam pilihan raya.

Beliau memberitahu pemberita bahawa daripada mengadakan NONEperhimpunan, apa yang patut ahli Pakatan lakukan ialah mengumpul maklumat penipuan daripada semua agen pengundian dan pengiraan undinya dan bekerja ke arah petisyen pilihan raya.

Sambil menegaskan beliau tidak menentang hak berhimpun seperti yang termaktub dalam perlembagaan, beliau sempat bertanya:

"Adakah kita hendak berhimpun setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan?"
Sebaliknya, tegas Azmin, mereka perlu mula bekerja dan bukannya terlalu banyak berpolitiking kerana pilihan raya umum yang akan menjelang beberapa tahun saja lagi.
Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menghadiri perhimpunan raksasa di Stadium Kelana Jaya bukan kerana protes tetapi kerana beliau ada "mesyuarat".

"Saya tidak hadir kerana ada mesyuarat dengan rakan-rakan mengenai perkara ini (pelantikan menteri besar Selangor)... tetapi saya akan hadir di perhimpunan yang lain," katanya. 

HILANG KUASA HILANG ANGGOTA BADAN

Posted: 09 May 2013 06:14 PM PDT

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak selesai menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya sekitar jam 11.30 malam ini.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid dalam sms kepada Harakahdaily memberitahu, Ustaz Azizan telah dimasukkan ke bilik pembedahan Hospital Pulau Pinang sekitar jam 6.30 petang tadi.

"Sekitar jam 8.30 malam, kaki kanan beliau telah dipotong dan kaki kiri turut dipotong selepas itu, pembedahan selesai sekitar jam 11.30 malam," jelas Helmi.

Tiada ulasan: