Sabtu, 4 Mei 2013

.

.


Bendera PAS Lebih Banyak Dari Dacing...

Posted: 04 May 2013 01:50 AM PDT

TINJAUAN SEMASA                                                                                                       

Seharian semalam, malam tadi dan hampir separuh hari ini saya membuat tinjau eksklusif mengnai perkembangan pilihan raya Kelantan. Kesibukan itu menyebabkan saya tidak dapat membuat pengepostan baru. Fb juga saya tidak sempat bermain. Untuk kembali ke kawasan saya, di Rantau Panjang juga tidak sempat dan hanya mendengar perkhabaran dari jauh.

Tinjauan pertama saya ialah tinjauan darat. Maksudnya melihat kepada keadaan semasa dengan mata kepala saya sendiri. Seperti selalu saya mengambil pengecaman apa yang berlaku di atas jalan raya, iaini kepada kenderaan yang bertali arus dan juga pesta panji-panji parti.

Seperti  di jalan raya menuju ke Kelantan khasnya menerusi Gua Musang penuh sesak sejak kelmarin. Kemuncak malam tadi. Dan lewat petang ini sudah hampir 70% pengundi luar Kelantan yang berada di Kuala Lumpur sudah pun berada dalam kawasan masing-masing.

Angka yang tidak rasmi yang dikeluarkan oleh kedua-dua parti PAS dan Umno, dianggarkan seramai 70,000 rakyat Kelantan yang menjadi pengundi berada di Lembah Kelang. Adalah dipercayai 60,000 hingga 65,000 orang pengundi akan pulang. Ini bermakna setiap kawasan parlimen PAS akan menerima kemasukan pengundi 4,643 orang. Atau seramai 1,548 untuk setiap Dun.

Baik PAS atau UBN mengharapkan akan kepada undi luar. Kedudukan semasa PAS dengan Umno ialah 35: 35 manakala 10 % lagi ada sumbangan daripada pengundi luar. Tidak dilupakan pengundi atas pagar untuk kedua parti terkira didalam penguasaan 35% itu di mana komponenya sekitar 30%.

Menyedari itulah kedua-dua parti sangat mengambil berat untuk mendapat pengundi di luar. Baik PAS dan UBN telah melakukan apa juga bujukan, penjelasan dan kempen untuk mendapat simpati. Beberapa pertemuan telah diadakan untuk memastikan pengundi luar jinak atau pun memberi sokongan keada masing-masing.

Berbalik kepada tinjauan saya selama 48 jam lalu, keadaan di jalan raya telah memberi 'kelebihan' kepada PAS. Ini berdasarkan kepada kenderaan yang memakai bendera PAS lebih banyak berbanding dengan pemasangan bendera Umno.

Dalam hitungan saya selama enam jam berada atas jalan raya, sebanyak 24 buah lori/treler dan bas memasang bendera Pakatan Rakyat, bulan, PKR bersaiz besar. Hanya satu yang memasang bendera roket DAP. Manakala selama itu hanya sebuah lori saja yang ditemui memasang bendera dacing.

Bersambung... [wm.kl.4:47 pm 04/05/13]

Tiada ulasan: