Sabtu, 11 Mei 2013

.

.


Minta Najib dan Mustapa Buang Telor..

Posted: 11 May 2013 01:59 AM PDT

BERITA MARAH                                                                                                             

Seorang pemimpin Umno Kelantan yang ikut sama bertanding di dalam pilihan ke-13 lalu tidak dapat melindugi rasa marahnya dan melepas garam kerana Umno gagal kuasai Kelantan meminta saya memberi tahu Preiden Umno, Mohd Najib Razak dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed supaya buang 'telor' mereka dan berikan kepada anjing.

"Demo tulislah apa yang 'kawe' (saya) nak kata ini. Kawe minta Najib dan Mustapa, buang 'telor' dia, dan bagi makan ke anjing lebih molek," begitulah tutur pemimpin berkenaan. Katanya tidak guna kedua orang itu memimpin Umno kerana mereka takut dan tidak berani untuk melalukan sesuatu yang boleh membawa keadaan positif kepada parti.

Beliau memberi contoh dan mendakwa Najib walaupun presiden parti tetapi tidak berani bertindak tegas dan masih takut kepada ugutan dan mempercayai kepada laporan palsu. Pemimpin itu tidak menyebut apakah bentuk laporan palsu itu tetapi dipercayai ia ada sangkut paut dengan jaminan yang Umno Kelantan akan menang dan dapat menguasai Kelantan kalau calon-calon tertentu yang buruk telinga diberikan peluang.

Tekan beliau juga Najib tidak boleh jadi pemimpin kerana pengecut; "Suruhlah Najib berhenti dia lebih pengecut dan lemah daripada Pak Lah (Abdullah BAdawi)," ujarnya penuh rasa geram dan marah. Difaham apa yang dimaksudkan oleh pemimpin berkenaan ialah kerana tidak ada apa-apa tindakan ke atas Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang enggan menyerahkan borang pencalonan kerana ingin memberi laluan kepada Inchek Ibrahim Ali.

"Apa yang boleh kita hormati kepada parti dan ketua kita kalau ada orang yang terang-terang buat kesalahan kita tidak mengenakan apa-apa tindakan, di sinilah menunjukkan integriti mereka sebagai ketua sudah hiulang. Jadi masam mana orang hendak hormati,?" tanya beliau.

Begitu juga dengan Mustapa Mohamed katanya, Mustapa juga tidak layak kerana dia seorang yang pengecut. Orang pengecut dan tidak berani membuat keputusan sendiri tidak wajar berada dalam parti. Sampai ke bila-bila pun kalau parti dipimpin oleh si pengcut dan masih membuat keputusan untuk diri sendiri tidak layak jadi pemimpin dan mereka harus ditolak. Kehadiran mereka akan menyusahkan rakyat saja.

Pemimpin itu mengecam Mustapa kerana masih mengekalkan calon lama dan tidak berani membuat perubahan dengan mengemukaka orang baru yang lebih bertenaga dan belum ada dosa dengan rakyat. Paling dikesali ialah apabila Mustapa masih mengekalkan orang lama yang bercepuah dengan dosa sebagai calon.

Katanya, Mustapa seorang yang lemah dalam tindakan politik dan banyak mementingkan dirinya serta tidak bijaksana. Menurutnya sepatut Mustapa bertanding di kerusi Negeri sahaja dalam pilihan raya lalu untuk memberi gambaran beliau dan Umno yakin akan ambil Kelantan dalam pilihan raya.

Tetapi apabila Mustapa bertanding di dua kerusi - parlimen dan state yang secara tidak langsung memberi gambaran Umno khasnya Mustapa sendiri tidak yakin akan dapat menguasai Kelantan. Jadi kalau pemimpin sudah tidak yakin macam mana dia boleh menyakinkan ahli dan penyokong bawahan.

Beliau yang membayangkan dirinya sudah tua kerana berusia 57 tahun, akan bertindak tegas kali ini dengan menjadi pengkritik kepada apa-apa yang tidak kena dalam parti dan apa dilakukan pemimpin tanpa perlu ada rasa segan silu dan hormati berlebihan. "KAwe tidak peduli kali ini kawe akan menjadi seorang pengkritik kepada parti dan orang parti atas nawaitu untuk kebaikan," ujarnya serius.

"Nak marah kepada kawe, marahlah kawe sudah nekad," tegasnya.

Sebelum mengakhiri perbualan beliau sekali lagi menegaskan kekalahan Umno Kelantan sehingga tidak dapat mengambil alih kerajaan Kelantan adalah disebabkan gaya politik takut Najib Razak dan Mustapa Muhamed. "Kedua-dua mereka itu dua kali lima saja," katanya. [wm.kl.4:48 pm 11/05/13]

Husam dan Azmin Senasib, Seirama

Posted: 10 May 2013 07:05 PM PDT

NGEPEK PAGI                                                                                

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PAS Husam Musa boleh menerima hakikat mereka tidak berpeluang untuk menjadi menteri besar. Husam di Kelantan, Azmin di Selangor. Husam paling parah dan 'jiwa terseksa' kerana dia sudah berkhidmat sebagai Exco selama 10 tahun tetapi belum sempat menjamah (lagi) jawatan itu. Paling memarahkan jiwa Husam tidak disenaraikan semula sebagai anggota Exco.

Azmin tidak pun menjadi Exco tetapi seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Azmin meletakkan dirinya lebih layak dan mendapat sokongan parti berbanding Khalid Ibrahim.

Mengapa tidak, menurutnya selepas pilihan raya kecil Ijok Anwar Ibrahim sudah menyuruhnya menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim tetapi dia tidak mahu. Kenapa?

Sebenarnya penolakan itu satu kesilapan besar. Sebab dalam politik peluang tidak akan menjelma dua kali. Kadang-kadang sekali pun tidak menjelma. Hanya bagi mereka bernasib baik saja didatang Santa Claus untuk menerima hadiah. Seperti saya yang tidak bertanding dan ada cita-cita politik, peluang untuk jadi MB tidak akan datang! Hehe.

Azmin kata dia tidak kemaruk hendak jadi MB, begitu juga dengan Husam dia bekerja dan berjuang bukan untuk jadi MB tetapi untuk menegakkan yang haq dan mencegah yang batil. Husam mengambil peribadi Khalid al Walid panglima jihad Islam yang dipecat tetapi redha dengan apa yang berlaku. Begitulah kira-kira.

Tetapi yang kedua orang ini seperti gelisah memenjang dan terkilan dengan apa yang berlaku kerana beberapa teknikal yang mungkin mereka kira menyebabkan mereka terpinggir.

Husam kata beliau tidak dijemput atau diberi tahu semasa mesyuarat hendak lantik MB atau susun Exco yang diadakan sebelah pagi pada 6 Mei. Menurut pihak badan perhubungan dia memang di jemput. Mohd Amar Nik Abdullah juga mengesah bila ditanya wartawan Husam dijemput tetapi dia tidak hadir.

Jawaban Mohd Amar itu menyebabkan Husam seperti marah dan minta bukti kalau dia dijemput? Katanya tidak ada surat, tidak ada pesanan sms dan sebagainya. Sebenarnya Husam tidak perlu menunggu jemputan dan orang datang mengambilnya. Surat atau notis mesyuarat 14 hari tidak perlu dalam keadaan kritikal dan darurat begitu. Dia sebagai Timbalan Pesuruhjaya II perlu peka kepada perkembangan semasa dan berada dalam keadaan siap siaga. Dengan jawatan itu beliau harus memantau apa-apa perkembangan di dalam parti, dan seharusnya dia menampakkan dirinya berada di hadapan. 

Adalah 'wajib mustahil, perut buncit masuk air' kalau Dewan Harian PAS Kelantan tidak menjemput Husam atau memaklum dengan apa cara untuk hadir mesyuarat. Saya tidak yakin PAS tidak akan maklumkan kepadanya. Sebab mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tokguru Nik Aziz. Kebiasaanya Tokguru kalau dia lihat ada yang tidak hadir akan ditanya. Lagipun bilangan ahli Dewan Harian tidak sampai 10 orang muda mudah untuk diketahui Nik Aziz.

Perihal Husam tidak hadir mesyuarat atau suka datang lewat dan kadang-kadang meninggalkan mesyuarat yang sedang berjalan ikut suka hatinya sudah menjadi sebutan. Ribuan pengikutnya tidak pernah tahu hal ini, mereka melihat Husam seorang yang punctual, tetapi bagi mereka yang rapat dan kenal yang bekerja dibawahnya tahu akan fiil Husam ini. Kelemahan Husam inilah yang memalangkan nasibnya.

Sambil mengakui beliau tidak berjuang untuk jawatan dan tidak kisah kalau tidak dilantik, malahan gembira, namun secara halus Husam mengkritik apa yang berlaku. Masih ada sindir meyindir dan Husam cuba memberi konotasi dia seolah dianiaya atau pun dipinggirkan. 

Penjelasan MB, Ahmad Yaacob sudah jelas dan sepatutnya ia diterima semua pihak. Usahlah diperpanjangkan lagi kerana malunya kelak akan menimpa diri. Penjelasan Ahmad kepada 100 orang rombongan penyokong Husam yang menyerbu rumahnya menjawab segala-galanya. Begitu juga 'surat' yang dilihat oleh rombongan Dewan Pemuda PAS juga menjawab segala persoalan. Ia tidak perlu berdolak dalih lagi.

Saya hendak tambah di sini seperti apa difahamkan kepada saya. Soal penyerahan jawatan atau cadangan agar Ahmad Yaacob menjadi MB dilakukan Nik Aziz tiga hari sebelum hari mengundi. Satu surat telah dikeluarkan memaklumkan kepada presiden mengenai pengganti Nik Aziz dan presiden membalas menyatakan persetujuan. Tidak timbul perlantikan Ahmad Yaacob itu tanpa pengetahuan Tokguru.

Husam kata dia akan berjuang dalam PAS hingga akhir hayat. Dia juga kata akan berdiri dalam Dewan untuk menegur kerajaanya demi kebaikan. Silakan... alhalan wasalah. Itulah tugas beliau sebaik-baiknya setelah tidak menjadi Exco. Husam boleh di lantik menjadi 'Ketua Pembangkang' - bukan ketua kelab penyokong, bagi pihak kerajaan di samping ketua pembangkang dalam DUN Kelantan yang mungkin akan dipegang oleh Mustapa Mohamed atau Noor Zaidi Omar.

Kita percaya dengan pengalaman, kecekapan dan gaya berfikir yang kreatif Husam mampu menjadi "ketua pembangkang" yang baik dalam DUN Kelantan. Saya juga percaya dengan sifat Husam begitu nanti tidak adalah mana-mana Exco yang cuba hendak 'ranggah' balak atau pun baham tanah lombong. Atau tidak akan adalah nanti mana-mana Exco yang makan gaji buta atau asyik hayun 'palak' ke luar negara.

Mungkin di sinilah hikmahnya Tuhan tidak memberi keizinan kepada Husam untuk jadi Exco atau MB. Kerana kalau dia jadi MB atau Exco dia tidak boleh jadi pengkritik lagi. Peranan dan tanggungjawab Husam nanti saya yakin akan diperhati oleh semua orang bukan saja, rakyat Kelantan tetapi Sultan yang juga dikatakan ambil berat mengenai perjalanan pentadbiran negeri akan memerhati sama.

Husam boleh buktikan kebolehannya dalam aspek ini serta buktikan keikhlasannya. Selainan itu pihak kerajaan juga perlu memberi tugas dan tanggungjawab lain sesuai dengan kapastiti otak beliau. Peranan atau fungsi baik eloklah ia diberi kebenaran bagi beliau meneruskan pelaksanaan projek yang ditelorinya. Kalau Husam dapat melaksanakan tugas dan tangungjawab dengan sempurna insya-Allah beliau akan dihormati oleh dunia.

Berbalik kepada soal Azmin pula, Azmin juga hendak menyalahkan orang lain apabila beliau tidak dapat jadi MB. Juga soal teknik. Azmin marah sebab hanya nama Khalid Ibrahim saja dihantar dan parti tidak berunding atau mendapat pandangan pimpinan lain sebelum hantar nama Khalid.

Ada betulnya. Tetapi logiknya kalau PAS dan DAP sudah menyatakan persetujuan kepada Khalid, Azmin tidak dapat berbuat apa-apa juga, 'tersongeh' juga. Kalaupun PKR bersetuju hendakkan Azmin tetapi kalau DAP dan PAS tidak bersetuju ia tidak boleh dilakukan juga. Azmin walaupun macam mana perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP dulu? Apa-apa keputusan berhubung jawatan itu harus kolektif. Azmin juga faham bahawa jawatan MB bukan mutlak hak PKR.

Bila Abdul Hadi Awang bersetuju Khalid jadi MB, Azmin sudah serang Abdul Hadi. Katanya kekalahan Pakatan Rakyat di Kota Damansara adalah tanggungjawab Abdul Hadi Awang. Betul tetapi bukan masa dan ketikanya untuk meletakkan kesalahan itu kepada Abdul Hadi sesudah pilihan raya selesai. Kalau Azmin ikhlas dan benar-benar berani dia perlu sebut perkara itu sebelum hari mengundi. Baru ada faedah.

Dia perlu pergi ke Kota Damansara ceritakan perkara itu kepada penyokong PAS. Kalau Azmin menceritakan itu sebelum hari mengundi, mungkin undi dia di Gombak dan Bukit Antarabangsa juga akan susup. Orang PAS tidak akan beri undi kepadanya. Azmin makrifat mengenai ini.

Kepada Husam dan Azmin bertenanglah. Istiqamahkan diri anda dengan perjuangan. Kedua-dua anda orang yang bestari dan adalah pemimpin parti masing-masing. Untuk Husam saya cadangkan dalam muktamar ini bertanding jawatan lebih tinggi daripada naib, misalnya Timbalan Presiden. Kalau merasakan diri 'rak' lawan.. presiden terus. Apabila kita jadi presiden kita akan mendapat kuasa penuh maka ketika itu kita boleh melakukan atau merombak apa saja yang kita fikir tidak betul, tidak benar dan tidak ikut prosuder.

Kepada Azmin juga begitu, sekarang anda sudah timbalan presiden. Dari segi hirearki anda adalah nombor dua di dalam parti tetapi hakikatnya anda adalah nombor tiga. Nombor pertama dalam PKR ialah Anwar Ibrahim selepas isterinya Azizah baru anda. Jadi anda kena lonjak naik ke presiden baru anda jadi orang nombor dua (presiden). Bila anda presiden anda boleh merubahkan keadaan yang sedia ada. Mudah cerita pecat Khaliud ganti dengan anda. Melihat kepada ramai 'lalat-lalat' politik yang menguhurungi anda semasa sidang akhbar anda cukup bertenaga untuk melawan nonaku, Azizah.

Itulah cara yang dapat disyorkan kepada anda kedua sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat. Kalau anda sudah teduh fikiran dan redha, alhamdulilah itulah sebaik-baiknya. Kata orang tua kalau fikiran terganggu tidak boleh tidur berwudud dan bacalah Quran. Marilah kita sama-sama memeluk tangga 'mardiah' untuk sampai ke tahkha 'mutmainan.'

Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Tugas anda kedua kalau bercita-cita hendak peluk gunung anda kena membuang kabus. Nantilah mentari terbit dan hari hari cerah nescaya kabus dan asap akan lenyap. Ambillah masa, tenangkan jiwa dan kuatkan semangat. Allah bersama-sama orang yang sabar. Waaki musolah. [wm.kl.9: 16 am 11/05/13]

Guru Suruh Murid Pindah ke Sekolah Arab Sebab Umno Kalah

Posted: 10 May 2013 03:49 AM PDT

BERITA SORE                                                                                      

Saya ingin memberi maklumat sedikit kepada Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai sikap dan fiil hudud seorang guru besar di sebuah Sekolah Kebangsaan di kawasan Dun Chetok Pasir Mas Kelantan yang dianggap sebagai tidak wajar dan mencemar profesion perguruan.

Saya percaya kes ini adalah kes terpencil saja tetapi ia tidak boleh dibiarkan kerana disebabkan kerbau sekor yang bermain lumpur habis yang lain terpalit. Kerbau yang bermain lumpur ini kerbau jenis kampung yang tidak mengikut perkembangan semasa dan berfikir secara masak sebagai seorang guru. Dia juga merupakan kerbau jantan.

Saya diberi tahu, guru itu adalah merupakan seorang penyokong kuat kepada parti Umno. Perkara ini biasa, kebanyakan guru-guru adalah penyokong Umno dan sesetengah yang lain dipaksa menyokong Umno. Kalau sokong PAS akan ditukar hingga ke Hulu. Parti Umno kalah di Dun Chetok dan kerusi berkenaan dimenangi oleh Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman dari PAS.


(Walaupun untuk kerusi Parlimen UBN tidak letak calon kerana calonnya pengecut, tetapi sebagai wakilnya Inchek Ibrahim Ali. Jadi orang Umno di Chetok akan undi Ibrahim).

Kemenangan Abdul Halim itu adalah kali ketiga. Kekalahan itu telah menimbulkan kemarahan kepada guru bersar berkenaan. Juga biasa kalau kalah orang akan marah dan meradang. Selalunya orang aka melepas kekalahan itu dengan cara berbagai-bagai. Kalau kerbau dia hendak marah dia akan tanduk pusu atau batang pisang. Kadang-kadang anaknya yang tidak tentu pasal juga dirembasnya.

Malang dan sedihnya guru ini melepaskan kemarahan tidak bertempat dan tidak menggambarkan dia sebagai seorang pendidik. Katanya, dia telah menyuruh mana-mana murid yang orang tua mereka menyokong PAS supaya pindah sekolah ke sekolah agama. Sekolah agama adalah sekolah bantuan penuh kerajaan negeri Kelantan. Sekolah ini juga disebut sebagai sekolah Arab.

Guru berkenaan tidak mahu anak-anak orang PAS bersekolah di sekolah kebangsaan atas alasan kerana mereka anak penyokong PAS dan bapak mereka tidak menyokong calon Umno. MasyaAllah... perbuatan guru itu amat tidak patut dan satu perbuatan keji. Apa lagi murid yang dihadapnya ialah anak-anak yang masih jahil dan 'bole' --- bole ni gak buta renggalah, dalam politik.
Apa yang mereka tahu dengan politik?

"Menete ar geram ni..." Untuk apa kamu menghemburkan perasaan marah atas kekalahan Umno dengan minta budak-budak pindah sekolah? Apakah ada dalam peraturan sekolah baik di PPD Pasir Mas atau kementerian membuat pekeliling kepada guru besar jenis kerbau begitu, arahan kepada murid agar pindah sekolah ke sekolah agama bila bapa mereka tidak pangkah Umno? Adakah?

Cis.

Rasanya tidak sehrusnya guru besar berkenaan dibiarkan bertindak sendiri yang boleh menjejaskan imej seorang pendidik. Guru sebagai seorang pegagawai kerajaan ada peraturan dan tatacaranya sendiri untuk berdepan dengan orang ramai. Apalah pendidik atau guru. Pendidik adalah satu golongan yang diberi tugas memberi didikan yang benar mengikut falsafah tabligh yang menjadi salah satu sifat agung Rasulullah.

Apakah guru besar berkenaan semasa di sekolah dia mengajar pendidikan mata pelajaran "Perlu sokong Umno". Kalau subjek itu ada di sekolah kebangsaan berkenaan tetapi anak muridnya tetap pulang ke rumah menyuruh orang tua mereka pangkah PAS, maka jelas guru besar berkenaan gagal menjadi seorang guru. Tetapi apakah ada subjek itu, atau guru itu ada buat subjek tambahan?

Elok kalau Kementerian Pelajaran memantau perkara ini untuk menjaga imej kependidikan negara agar ia berjalan dengan harmonis tanpa dicampuri unsur-unsur mungkar oleh si jahil. Tindakan perlu dikenakan kepada guru berkenaan. Elok kalau dia ditukar kepada mana-mana sekolah Kemas yang sudah pasti ibubapanya terdiri daripada orang-orang Umno, di mana bila tiba pilihan raya dia akan berpuas hati kerana mak bapa murid di sekolah Kemas akan undi Umno.

Lagi sekali diulang ke sini jangan dianggap sebagai remeh dan kes terpencil di pinggir kampung namun apabila ia sudah menjadi pengetahuan umum, kes ini adalah serius. Kes ini boleh ditakfsirkan dibawah ke jenayah pendidikan. [wm.kl.6:49 pm10/05/13]

Tiada ulasan: