Biaqpila |
- GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI MRR2 PETANG TADI
- SAPA TAK SUKA GST SILA BERAMBUS
- LAWAK AHAD: BARU ADA AKAI
GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI MRR2 PETANG TADI Posted: 19 May 2013 10:49 AM PDT Ngeri...mangsa kemalangan putus kepala terbaring di atas jalanraya. Keadaan kereta Proton Satria yang terbabas ke laluan bertentangan selepas dikatakan mengalami masalah brek ketika turun dari susur Bukit Antarabangsa. Mangsa yang terkorban di dalam kereta Perodua Viva. -Gambar: Ohtidak.com Remuk... Perodua Viva yang dirempuh Proton Satria yang terbabas ke laluan bertentangan. -Gambar: Ohtidak.com KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Empat maut dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bukit Antarabangsa, di sini Ahad. Jurucakap polis trafik berkata dua lelaki dan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva mati di tempat kejadian apabila kereta mereka dilanggar dua kereta lain. Beliau berkata kemalangan pada pukul 5.30 petang itu melibatkan tiga kereta dan sebuah motosikal. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Proton Satria yang turun dari susur keluar Bukit Antarabangsa mengalami kegagalan brek menyebabkan kereta yang melalui laluan MRR2 menuju ke Ampang terlanggar pembahagi jalan dan terbabas ke laluan MRR2 arah Hulu Klang. Jurucakap itu berkata Proton Satria itu dipercayai melanggar sebuah Perodua Viva yang dinaiki empat orang. Seterusnya, Perodua Viva itu dilanggar pula oleh sebuah kereta lain yang datang dari arah belakang, katanya. Seorang penunggang motosikal turut terbabit dalam kemalangan itu, cedera dan dirawat di Hospital Ampang. -- BERNAMA NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... |
SAPA TAK SUKA GST SILA BERAMBUS Posted: 19 May 2013 06:12 AM PDT DEY MACHA!!! SAPA TAK SUKA CUKAI GST SILA BERAMBUS KE NEGARA LAIN YANG TAKDAK GST BIAQ PENGUNDI BN SAJA YANG BAYAQ KAH! KAH! KAH! LEPAS PILIHANRAYA TERUS TEKAN RAKYAT SUPAYA DEKAT NAK PILIHANRAYA RAKYAT TENAT MAKA DIBERI WANG BR1M RAKYAT PUN BERSYUKUR MACAM TU LAH PUSINGAN RODA KEHIDUPAN TU PUN TAK SEDAQ-SEDAQ KAH! KAH! KAH!!! |
Posted: 18 May 2013 06:09 PM PDT Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata.. "Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya." Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak. "Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau." Razak terdiam beberapa minit,lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut... NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan