Biaqpila |
- Mat Sabu Dedah Punca Tewas PRU13
- LAWAK BLACKOUT
- 10 SURAH DAPAT HALANG 10 UJIAN BESAR DARI ALLAH
- MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA
Mat Sabu Dedah Punca Tewas PRU13 Posted: 10 May 2013 05:44 AM PDT KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini. Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah. Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen. Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai."Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad. Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini. Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini. ~harakahdaily |
Posted: 10 May 2013 12:00 AM PDT |
10 SURAH DAPAT HALANG 10 UJIAN BESAR DARI ALLAH Posted: 09 May 2013 09:00 PM PDT 1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan. 7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? |
Posted: 09 May 2013 06:55 PM PDT Tolong baca dgn ikhlas dan hati terbuka...MENOLAK AUTA DENGAN FAKTA… Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan. Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:- Kerusi Parlimen :- 1. Rafizi (PKR) menang vs Garu Lim (BN) - PANDAN 2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA 3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK 4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT 5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB 6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG 7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA Kesimpulannya : Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli parlimen Melayu Kerusi DUN:- 1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah 2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan 3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu 4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang 5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang 6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor 7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor 8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA. Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan 1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN) 2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN) 3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN) 4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN) 5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN) 6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN) 7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN) 8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN) 9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN) 10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN) 11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN) 12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN) 13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN) Masih percaya dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO. Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar. Suhaimi Saad Ketua Penerangan PAS Pahang. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan