Anak Sungai Derhaka |
- Ini sebabnya kenapa calon UMNO/BN Pulau Pinang tak perlu diundi dalam PRU13 ini..
- Gambar: Puluhan Ribu rakyat Kelantan bermunajat di Stadium Sultan Muhammad IV jam 3.00 pagi tadi.
- Video Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan.. dan KANTOI lah pulak...
Ini sebabnya kenapa calon UMNO/BN Pulau Pinang tak perlu diundi dalam PRU13 ini.. Posted: 03 May 2013 01:30 AM PDT Kepada seluruh pengundi Muslim.. Assalamualaikum…. Izinkan kami mengambil sedikit perhatian dari pengundi Islam di seluruh negeri Pulau Pinang.. Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Pinang adalah merupakan sebuah negeri yang tidak dikuasai oleh orang-orang Melayu dan Islam dari segi politik. Percaturan politik bagi menentukan penguasaan kerajaan negeri ditentukan oleh bukan Islam, iaitu bangsa Cina secara khusus. Kawasan majority Cina adalah sebanyak 23 DUN berbanding dengan kawasan majority Melayu yang hanya 15 DUN dan kawasan campuran 2 DUN. Perlu diingatkan buat masa ini 11 ADUN Islam yang dilantik dari UMNO berada diluar kerajaan sebagai pembangkang dan hanya terdapat 4 ADUN sahaja berada di dalam pentadbiran Kerajaan. Keadaan semasa menunjukkan sentiment pengundi Cina telah berubah hamper 90% kepada menyokong DAP dan sudah hampir pasti DAP akan mengekalkan kuasa dalam kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cuba bayangkan sekiranya kesemua 23 DUN majority Cina dimenangi oleh DAP dan kesemua 15 DUN majority Melayu dimenangi oleh UMNO, maka akan terbentuklah kerajaan dari DAP dan tiada langsung wakil Melayu di dalam Kerajaan Negeri. Pada masa itu EXCO Agama dengan sendirinya akan dipegang oleh orang bukan Islam dan akan membuat dasar dan bertindak atas pentadbiran Majlis Agama Islam. Cuba fikirkan sedalam-dalamnya.. adakah itu yang kita orang-orang Islam mahukan?? Jika tidak, maka wajiblah kita mempertahankan 4 DUN yang telah dimenangi oleh PKR dan PAS dalam PRU12 yang lalu dan menambahkan lagi bilangan kerusi untuk PKR dan PAS dalam PRU13 ini demi untuk kepentingan, survival dan masa depan orang-orang Melayu yang beragama Islam di Pulau Pinang ini.. Demi untuk menjaga kepentingan orang-orang Melayu yang beragama Islam dinegeri ini agar suara orang Melayu kuat dan didengar oleh pihak Kerajaan.. maka kami dengan rendah hati menyeru dan merayu agar pengundi Islam memberikan undi kepada calon-calon Islam dari parti yang berkerjasama dengan DAP iaitu samada PKR atau PAS Gunalah kuasa undi yang ada dengan berhemah, dengan menggunakan akal yang waras dan bukannya mengikut nafsu amarah yang akan merugikan semua.. Wassalam… * Sekretariat Muslim Prihatin Pulau Pinang * |
Gambar: Puluhan Ribu rakyat Kelantan bermunajat di Stadium Sultan Muhammad IV jam 3.00 pagi tadi. Posted: 02 May 2013 11:30 PM PDT Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan. Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai. Katanya: "Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat," katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai. Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara. "Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan. "Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa yang dibacakan dalam Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi. |
Video Saiful Bukhari Depan Kaabah Amat Meragukan.. dan KANTOI lah pulak... Posted: 02 May 2013 07:44 PM PDT Mungkin beliau menyangka semua rakyat di negara ini yang berugama adalah bodoh... oleh itu beliau cuba memperbodohkan rakyat Malaysia yang berugama Islam sekali lagi... Video ini disebarkan kepada umum sejurus bapa Saiful membuat "u turn" dan mendakwa kejadian liwat terhadap anaknya benar-benar berlaku. Lebih terserlah agenda sebenar puak ini ialah apabila video yang kononnya dirakamkan pada 9 April 2012 ini disiarkan dan disebarkan 3-4 hari sebelum PRU13. Ini ullsan seseorang yang terlibat dalam industri grafik.. Assalamualaikum w.b.t. Dah tengok video Saiful Bukhari mengangkat sumpah laknat di depan Kaabah. Video tersebut pada 9 April 2012 tetapi baru dipublish di youtube sempena lagi 3 hari akan mengundi. Firstly aku tengok, wahh biar betul. Kalau betul Saiful Bukhari betul, harap kebenaran akan menjelma bagi pihak beliau. Tetapi kalau tidak benar, aku harap ALLAH melaknat dia kerana mempersendakan kekuasaan ALLAH S.W.T. Aku tak sure sama ada aku akan ditangkap atau tidak kalau aku buat pendedahan yang aku rasa aku betul. First aku tengok, memang aku percaya video nie benar sebab video bewarna dan mempunya suara. Tak macam video-video UMNO/ BN buat yang video lucah. So aku pon tengok berulang-ulang kali untuk trace wajah muka Saiful samaada terdapat perbezaan tone. Ada sedikit. Oh it tdak boleh dijadikan bukti. Then ada something aku rasa tak kena. Cuba perhatikan pada minit 1.03 saat. Cuba perhatikan di saat ada seorang hamba ALLAH berbaju putih melalui di belakang badan Saiful. Seperti bertindih dengan Saiful walhal badan Saiful tidak sama sekali bergerak mahupun tersentuh. Aku pon jadi tanda tanya. Adakah ini hanya video menggunakan skrin hijau macam filem Cicakman dan Merong Mahawangsa. Aku tak mahu tuduh siapa yang create video ini. Tapi aku rasa ini satu penipuan. Mereka dah mula belajar edit video bewarna dan bersuara, tapi hampa perasan tak,di kalangan ramai-ramai, suara Saiful amat jelas sekali berbanding background belakang. Itu mustahil. Cuba pergi market, rakam, background sangatlah bising. Allahuakbar. Sampai begini sekali politik Malaysia. Sedih ooii. P/S : Ya Allah Ya Tuhanku, tunjukkan lah kebenaran kepada semua rakyat Malaysia. Amin....~fizgraphic.com Ini pula ulasan oleh seorang Mutawif.. Bagi masyarakat biasa yang tidak pernah sampai ke Mekah mungkin tidak dapat mengesan kejanggalan video tersebut, mamun bagi mereka yang pernah pergi menunaikan haji atau umrah, atau pembimbing orang mengerjakan haji dan umrah (mutawif), kesilapan jelas kelihatan. Kejanggalan pertama yang ditimbulkan, adalah mustahil bagi Saiful untuk berdiri tegak di sisi kaabah dalam suasana orang sedang tawaf apa lagi berada berhampiran dengan Multazam. Kejanggalan kedua pula, dipersoalkan kenapa ketika berada di Hijr Ismail, tiba-tiba timbul gambar Maqam Ibrahim di sebelah belakang dan kiri bahu Saiful. "Kalau betul dia berdiri di hadapan Multazam, sepatutnya Maqam Ibrahim berada di sebelah kanan bahu si Saiful dan kamera pula di sebelah kiri bahu dia. "Perhatikan betul-betul Maqam Ibrahim pula bergerak, mengesahkan lagi gambar super imposed, " kata seorang pengguna facebook yang juga seorang mutawif. Selain dari kantoi dengan dengan teknik Advanced Green Screen , ada satu lagi bukti yang memang menampakkan tembelang Saiful sendiri. Sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan