Anak Sungai Derhaka |
- Tahniah Pengkhianat PAS Kedah! Sumbangan anda dihargai BN akhirnya..
- Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi.. Ini dalih Timbalan Pengerusi SPR
- Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017.. sebab PRU14 tahun 2018 ke?
- Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?
Tahniah Pengkhianat PAS Kedah! Sumbangan anda dihargai BN akhirnya.. Posted: 28 May 2013 02:43 AM PDT Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah. Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti.. Oleh itu bersyukurlah.. sumbangan anda kini dihargai oleh Barisan Nasional!! ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas berjaya merampas semula pentadbiran dari PR pada PRU13. Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain menyokong pelaksanaan AES kerana mahu rakyat mematuhi undang-undang jalan raya. Bagaimanapun, pelaksanaan itu bergantung kepada persetujuan dan perbincangan yang akan diadakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kelak. "AES bukan untuk membebankan rakyat tetapi mahu membudayakan pemanduan selamat di samping mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negeri ini. "Kalau kempen jalan raya pun tidak ada kesan, maka kita terpaksa guna kaedah ini supaya pemandu dapat mematuhi had laju di jalan raya," katanya. Menurutnya, pelaksanaan AES bukan bertujuan memerangkap kelajuan pemandu secara tersembunyi, sebaliknya mahu pemandu lebih berhati-hati. "Kita akan pasang AES di kawasan yang selalu berlaku kemalangan. Kita tidak menganiayai pengguna, malah akan letak papan tanda amaran tiga kilometer lebih awal dari kamera supaya pemandu dapat memperlahankan kenderaan masing-masing," katanya. Ditanya masa yang sesuai menguatkuasaan AES, Tajul berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan dan perlu perbincangan lanjut. "Kita tidak tahu lagi bila akan pasang di Kedah tetapi kemungkinan besar kita akan pasang," katanya. Penangguhan itu turut dipersetujui tiga negeri lain yang ditadbir PR iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan ~ Sinar Harian Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan. "Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan. "Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily Disini ada contoh bagaimana pengkhianatan dalam Pakatan Rakyat dilakukan.. sila baca di SINI |
Setelah cubaannya memperbodohkan rakyat Kantoi.. Ini dalih Timbalan Pengerusi SPR Posted: 27 May 2013 11:00 PM PDT Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi. "Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut. "Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon. "Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang. "Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya. Wan Ahmad berkata sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas. "Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak. "Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya apabila mendapat 'tweet' mengatakan lampu padam oleh 'cybertrooper' yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tdak ada apa-apa," katanya. Itu adalah kata-kata Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad yang dilaporkan oleh Bernama Jumaat lalu.. kononnya kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya. Bagaimanapun setelah pembohongannya itu disangkal oleh ADUN Seri Serdang (baca di SINI ) dan Rafizi Ramli pula mendedahkan laporan Polis yang telah dibuat mengenai insiden Black-out di Kulim (lihat di SINI ).. Ini pula dalihnya... Tanpa sebarang rasa bersalah kerana telah memfitnah penyokong Pakatan Rakyat yang telah bertugas pada hari pengundian itu.. beliau berkata.. "Baguslah kalau ada bukti kukuh dengan laporan polis dan sebagainya. Saya sedia berjumpa mereka yang mempunyai bukti ini, mendengar masalah yang mungkin terjadi. "Dengan cara ini (bersemuka) lebih elok, kita dapat elak prasangka buruk kerana SPR sememangnya ikhlas untuk laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Mengulas mengenai tindakan jawatankuasa #siasatPRU13 yang mengemukakan bukti laporan polis yang dibuat pada 9 Mei lalu berhubung kejadian 'lampu padam' di Parlimen Kulim Bandar Baharu, Wan Ahmad berkata, pihaknya sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menyiasat perkara itu. "Eloklah ada laporan polis biar polis siasat dan kita sentiasa bersedia untuk beri sebarang kerjasama dalam mengetahui keadaan sebenar. Kita ada 26,000 pusat mengundi dan ribuan petugas yang mungkin berlaku kecualian tidak dilaporkan di pihak petugas SPR sendiri," katanya. Bagaimanapun, beliau berkata, kenyataannya sebelum ini adalah berdasarkan laporan 24 jam yang diterima selepas hari pengundian. "Sebarang kenyataan saya sebelum ini adalah berlandaskan laporan selepas hari pengundian berlaku, kita hubungi petugas kita, polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan tiada laporan (lampu padam) diterima. Sudah-sudahlah jangan nak spin dan perbodohkan rakyat lagi.. macai UMNO bolehlah diperbodohkan sebab mereka memang bodoh... Letak jawatan adalah cara paling baik.. |
Pengurangan harga kereta berperingkat hingga 2017.. sebab PRU14 tahun 2018 ke? Posted: 27 May 2013 08:31 PM PDT Semalam aku siarkan.. firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.. Dalam nota yang disiarkan oleh Bernama ( SINI ), firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara.. Hari ini kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu dan agensi-agensi di bawahnya di Kuala Lumpur, kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017. Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed. Kadar pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.. satu langkah bijak untuk memperbodohkan rakyat sekali lagi.. 2017 tahun yang sangat sesuai kerana 2018 ialah tahun PRU ke 14 bakal diadakan.. oleh itu ianya merupakan tahun akhir bagi UMNO/BN untuk menunjukkan kepada rakyat mereka menepati janji.. Jika ianya boleh dilaksanakan secara berperingkat mengapa perlu berakhir pada tahun 2017?.. Nak dijadikan manifesto PRU14 pulak ke? |
Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun? Posted: 27 May 2013 09:09 AM PDT Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat.. Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu.. Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya.. Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu.. Hari ini firma penyelidikan, JF Apex Securities mendedahkan Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.. Dalam nota hari ini, firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. KUALA LUMPUR - Kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton, kata JF Apex Securities. Kesimpulan dari hasil penyelidikan JF Apex ini ialah.. masa yang lebih lama diperlukan untuk menurunkan harga kereta.. Lebih lama itu mungkin empat tahun lagi atau lebih iaitu ketika menghampiri PRU14 nanti.. Selain itu untuk mengelakkan Proton dan Perodua yang dikuasai kroni UMNO/BN terkorban dengan penurunan cukai kereta itu adalah lebih baik rakyat diperah untuk membayar cukai itu.. Ini kerana..'Melayu mudah lupa....' bila tiba PRU14 nanti ramai yang dah lupa manifesto UMNO/BN ini terutama sekali macai-macai UMNO.. Kalau nak mencekik rakyat dengan GST mereka kata kita perlu mencontohi negara maju untuk turut maju.. tapi pasal apa harga kereta ni tak boleh diikut apa yang negara maju amalkan? Tak cukupkah lagi 27 tahun Proton dilindungi oleh Kerajaan? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan