Isnin, 20 Mei 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rumah Kakak Muhyiddin dan Adik Ketua Polis Negara dirompak.. Rugi 300,000?

Posted: 20 May 2013 05:25 AM PDT

Malaysia menduduki tangga ke-19 daripada 153 negara sebagai negara paling selamat di dunia dan berada di kedudukan teratas di kalangan negara Asia Tenggara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pencapaian itu diiktiraf secara global menerusi Indeks Keamanan Global (GPI) 2011 yang diumumkan tahun lalu.

Beliau berkata, ia merupakan peningkatan yang amat membanggakan berbanding 2009 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan ke-26..

Hari ini Malaysiakini melaporkan.. Rumah kakak Muhyiddn, adik IGP dirompak..

Hanya dalam masa lima jam, dua kediaman milik anggota keluarga orang kenamaan negara dirompak dalam dua kejadian berasingan pada hujung minggu lalu.

Laporan China Press menyebut, kejadian pertama berlaku di kediaman milik seorang kakak kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di SS3, Petaling Jaya.


Kediaman tersebut, sebuah rumah banglo, dilaporkan dipecah masuk pada jam 10 malam pada hari Sabtu.

Pada jam 3 pagi selepas itu, satu lagi kejadian rompakan dilaporkan berlaku di Mantin, Negeri Sembilan di sebuah rumah banglo milik seorang adik kepada ketua polis negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Seramai lima orang dalam keluarga terbabit diikat oleh lima orang perompak, dipercayai warga asing.

Menurut satu kiriman berita Nanyang Siang Pau, perompak berkenaan menghilangkan diri tanpa dikesan manakala mangsa enggan mendedahkan jumlah kerugian ~ Malaysiakini

Jumlah kerugian yang terpapar pada portal China Press ialah 300,000

China Press

副首相姐家被竊損失30萬 匪綁全家警總長妹遭搶劫 = Deputy Prime Minister sister home stolen loss of 300,000 bandits tied family Police General's sister robbed = Rumah Kakak Timbalan Perdana Menteri dipecah masuk, rugi 300,000 , Penyamun ikat keluarga adik Ketua Polis Negara dan rompak..

Fuh!!.. nasib baik Malaysia negara paling selamat.. kalau tak selamat rasanya dengan banglo itu sekali dilarikan perompak..

Yang merompak itu pula warga asing... mungkin part time sebelum pulang ke negara asal selepas mengundi kot...

Mak Aih!!! Tamaknya Menteri Besar Pahang ni...

Posted: 20 May 2013 02:45 AM PDT


Dengan melantik diri sendiri sebagai EXCO kepada 6 portfolio yang ada akan menjadikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob sebagai Menteri Besar yang paling banyak jawatan dalam dunia..

Enam Exco itu ialah Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran; Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat, Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan, Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam, dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.

Samada beliau tidak mempercayai lain-lain YB, takut kepada bayang-bayang sendiri atau sememangnya tamak, gila kuasa atau yakin bahawa hanya beliau yang mampu mengendalikan kesemua Jawatankuasa itu hanya beliau yang tahu..

Adnan Yaakob pegang 6 portfolio 20

KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.

Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran; Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian; Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat; Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan; Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam; dan Jawatankuasa Khas Perpaduan. Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan) Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar).

Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran)

Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).

Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan)

Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda)

Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan)

Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas)

Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia)

Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas). - Bernama

Tak apalah.. kita kena berbaik sangka dengan tindakan pemimpin UMNO yang nyaris hilang telinga ni.. Kemungkinan besar beliau yakin bahawa kenyataan Mahathir di ( SINI ) adalah benar.. oleh itu semua jawatan terpaksa dipegangnya..

Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?.. Ini jawapan Zahid buat Anwar

Posted: 20 May 2013 12:12 AM PDT


Ini adalah jawapan dari seorang pemimpin UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi yang baru-baru ini telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Najib mengenai soalan oleh DS Anwar Ibrahim "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?"..

Soalan tersebut telah ditanya oleh Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu merujuk kepada tulisan tulisan Zahid dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei lalu..

'Ya, negeri ini pun bukan bapa Anwar punya'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.

"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik. "Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian ~ Malaysiakini

Dah jadi macam budak-budak bergaduh pulak dah...

Baguslah kalau dia dah sedar negarai ini bukan milik Bapak dia.. kalau dah sedar tu lain kali janganlah nak halau orang tak tentu hala...

Marah lain macam saja Zahid kali ni.. marah sebab kena tukar Kementerian ke?.. dulu kan dia jaga lubuk emas...

Tapi hakikatnya... Negara ini bukan hak sesiapa pun, tubuh badan kita pun hanya pinjaman Allah yang akan dipersoal di Hari Akhirat, tetapi Allah telah lantik kita sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkannya, bukan membinasakannya dengan ucapan-ucapan sombong..

Patutlah depa sanggup sabotaj kawan.. tengok nih berapa gaji yang menanti..

Posted: 19 May 2013 09:32 PM PDT

Image dari The Star di atas menunjukkan jumlah pendapatan bulanan bagi seorang Ahli Parlimen, Menteri serta Timbalan Menteri.

Dengan pendapatan sebanyak itu yang masih belum dicampur dengan pelbagai elaun maka tidak hairanlah jika perebutan telah berlaku hingga menyebabkan berlakunya sabotaj dalam PRU13 yang lalu sesama Pakatan Rakyat.

Jika semasa zaman Rasulullah S.A.W. perang Uhud menyaksikan sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. berebut rampasan perang setelah berjaya memenangi peperangan.. malah mereka sanggup melanggar arahan Baginda..

Dalam Pakatan Rakyat pula perebutan berlaku sebelum berjaya memenangi PRU13 disebabkan keyakinan yang terlalu tinggi yakni Putrajaya bakal kita miliki berdasarkan sokongan rakyat.. dan arahan pimpinan juga dilanggar mereka..

Oleh itu jawatan perlu direbut sebelum nama lain dari parti lain ditetapkan disitu.. hatta sabotaj teman seperjuangan dari parti lain sekalipun ianya tidak mengapa.. asalkan jawatan itu milik kita.

Kerana kita lebih kuat dari mereka.. jentera kita lebih effektif dari mereka.. kita lebih lama berjuang dari mereka.. jadi kita lebih berhak dari mereka..

Oleh itu demi membuktikan kita lebih kuat dari mereka.. sabotaj calon mereka.. biar mereka sedar betapa kuatnya kita..

Haram jadah betoi depa tu!!

Alhamdulillah... Pakatan Rakyat gagal ke Putrajaya akhirnya.. kerana apa?.. kerana dalam keikhlasan kita berjuang ini.. kita telah bangkit bersama pengkhianat yang lebih buruk perangainya dari pemimpin UMNO yang ada..

Siapa pengkhianat itu.. kalau korang nak tahu.. sila buat analisa tentang keputusan PRU13 hari tu, perbezaan undi antara DUN dan Parlimen di banyak kawasan menjelaskannya... kalau aku dedahkan semua nanti ada pulak orang kata UMNO dah bayar aku...

Jadi.. biar bangkit seluruh anak muda di negara ini sekalipun untuk menentang Barisan Nasional.. kita tetap akan kekal disini selagi ada manusia-manusia yang meletakkan kepentingan peribadi mereka mengatasi kepentingan bersama..

Ni lain-lain pendapatan yang akan diperolehi oleh seorang Ahli Parlimen.. tak termasuk lain-lain elaun..

PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu. ~the star

Ni pesan aku kepada yang sedang buat Post Mortem keputusan PRU13 lalu.. jangan letakkan semua kesalahan kepada Barisan Nasional...

Polis bawa Adam Adli ke Radio Bangsar Utama untuk cari bukti?.. (Video Inside)

Posted: 19 May 2013 10:31 AM PDT


Sebelum ini pemimpin kesayangan UMNO Zulkifli Noordin dalam ucapannya yang menghina agama lain yang berbau perkauman dan merupakan satu hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dibiarkan begitu sahaja walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat.

Beberapa hari lepas Menteri KDN baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menghina rakyat Malaysia dengan kenyataan mengarahkan rakyat meninggalkan negara jika tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara.

Ini merupakan satu kenyataan angkuh dan penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang boleh mengundang hasutan, tetapi pihak polis biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Itu bila yang bersuara itu bersama UMNO.. tetapi ini yang berlaku bila yang bersuara datangnya dari yang tidak bersama UMNO...

Semalam 18/5/2013 Adam Adli telah ditahan atas dakwaan Akta Hasutan dan bermalaman di lokap Balai Polis Jinjang. Hari ini Makamah Majistret telah mengeluarkan reman selama 5 hari dengan tuduhan dibawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Ini berikutan kenyataan Adam bersama beberapa NGO lain dalam satu Forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 yang meminta rakyat malaysia turun ke di jalanraya untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyat yang ditipu dalam pilihanraya ke13 telah disifatkan berunsur hasutan.

Hari ini Malaysiakini melaporkan sepasukan polis telah membawa Adam Adli ke satu pejabat yang sering dikunjungi aktivis pelajar tersebut di Bangsar Utama, Kuala Lumpur untuk mengesan bahan bukti berhubung siasatan yang dijalankan ke atas anak muda itu.

Seramai lebih 10 orang anggota polis berpakaian preman tiba di pejabat tersebut, yang terletak di tingkat atas di deretan rumah kedai itu, pada kira-kira jam 4.15 petang ini.


Adam, yang bergari dan dikawal ketat anggota polis, kelihatan letih tetapi ceria apabila disapa teman-temannya di pejabat tersebut.

Beliau yang digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga sempat menjamah beberapa suap laksa dan menghirup minuman bertenaga 100 Plus yang diberikan oleh rakannya sekalipun dalam keadaan bergari.

Beliau turut dibawa ke satu kenderaan yang digunakan Adam, bagi mengesan bahan bukti tersebut, sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang pengerusi jawatankuasa BERSIH, Mandeep Singh, yang turut berada di kediaman tersebut ketika operasi berkenaan berkata, polis bagaimanapun tidak membuat apa-apa rampasan.

Bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid, 52, yang ditemui ketika operasi polis di Bangsar Utama itu berkata beliau berbangga dengan anak lelakinya itu.

"Saya dengan keluarga memang daripada dulu tidak pernah sekat dia untuk memperjuangkan kebebasan rakyat, kebebasan akademik dan kebebasan media, asalkan tidak mencetus perkara yang memburukkan keadaan," katanya.

Polis kini menjalankan siasatan ke atas Adam mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Sekalipun kurang sihat, Abdul Halim - yang tiba dari Pulau Pinang semalam - menggagahkan diri ke ibu negara bagi memberi sokongan moral kepada anak lelakinya itu.

"Kami terus berdoa dan bermunajat kepada Allah... Seorang Adam tumbang atau dilokap, saya yakin jutaan Adam akan muncul. (Perjuangan ini) bukan untuk Adam (sahaja), tetapi untuk generasi akan datang untuk merasainya.

"...Bukan untuk tujuan lain, tetapi untuk menentukan hak rakyat (supaya mereka) betul-betul melihat demokrasi. Demokrasi bukan hanya di atas kertas atau (diungkap) di bibir mulut," katanya.


 Ini pandangan Peguam mengenai tangkapan ini..

Tiada ulasan: