ALHUSSEYN |
- Tabik spring untuk Adam Adli !
- Noh Udang suruh orang duduk dalam hutan ...
- Polis patut tangkap Pengerusi SPR yang tipu pembelian dakwat kekal
Tabik spring untuk Adam Adli ! Posted: 22 May 2013 09:00 AM PDT Agak mengejutkan sekali apabila Nik Abduh menyuarakan penentangannya terhadap 'spring' atau kebangkitan golongan muda yang yang mula semakin berani membuat protes membantah penipuan pilihanraya ke-13 pada 5 Mei lalu. Saya tak mahu mengulas lebih lanjut tulisan Nik Abduh yang menyindir dan menyifatkan protes membantah penipuan pilihanraya atau yang dikenali sebagai 'BLACKOUT 505' sebagai gopoh. Walaupun Nik Abduh telah menjelaskan bahawa tulisannya pasal 'spring', bukan hal Adam Adli atau kezaliman pemerintah terhadap aktivis pelajar dan rakyat, dan menegaskan "Solidariti DPPM untuk Adam Adli," aku ingin cakapkan kepada Nik Abduh, bahawa action speaks louder than words. Apa yang telah kamu buat mengenai penangkapan Adam? Tak ada teksi nak pergi ke Jinjang ker? Aku tabik spring terhadap anak muda, Adam Adli ini.Walaupun masih muda dan mungkin ada yang menganggapnya belum 'masak ranum' dalam perjuangan, tetapi aktivis semuda ini telah melalui beberapa cabaran dan ujian getir dalam perjuangan menuntut keadilan. Berbeza dengan Nik Abduh, Adam tidak mempunyai apa-apa pertalian kepada mana-mana parti politik.Dia bukan seorang opportunis.Itulah Adam Adli! Apa yang dapat kita lihat melalui sikap anak muda Adam ini ialah kekentalan dan keikhlasannya dalam perjuangan menuntut keadilan terhadap golongan yang ditindas dan dizalimi. Lantaran itu, kita dapat lihat betapa sokongan padu dari pelbagai kaum telah sama-sama bersatu tenaga membantah penahanan Adam yang ditahan di bawah akta hasutan. Saya bukan mahu membandingkan karisma antara Adam dan Nik Abduh.Tapi kalau nak tahu , suruhlah PDRM cekup Nik Abduh dan kita lihat bagaimana riaksi rakyat negara ini! Kah! Kah! Kah!Ada beranikah? Saya bukan bertujuan mahu menghasut, tapi kita tidak dapat lari daripada memperkatakan mengenai beberapa perkara yang persis pernah berlaku di Mesir yang menyebabkan kebangkitan rakyat negara tersebut. Saya ingin mengajak kalian melusurinya :
Apakah ketiga-tiga perkara diatas tadi belum lagi berlaku dinegara kita Malaysia ini? Jawapannya ada pada kalian semua. Jangan ada dikalangan kita yang mahu mengaku sebagai 'Pejuang keadilan rakyat' berebut-rebut menjadi opportunis politik dan menggunakan gerakan protes rakyat sebagai cara untuk merebut kuasa politik. Bahawa perubahan atau reformasi adalah lebih penting dari kuasa atau jawatan politik semata-mata. Kita telah sama-sama lalui melalui protes BERSIH beberapa siri yang lalu semata-mata untuk menuntut beberapa perubahan, tapi terus tidak diendahkan. Tuntutan dakwat kekal itu pun depa tipu kita hidup-hidup! Phui! Bahawa bukan kekuatan ketenteraan, tapi kekuatan rakyat dan pertolongan Allahlah yang mampu membawa perubahan. Sebagai orang Islam saya suka mengingatkan saudara-saudara saya dalam perjuangan suci ini supaya jangan ada yang bermuka-muka dalam Islam. "Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu." [Ali Imran: 160] |
Noh Udang suruh orang duduk dalam hutan ... Posted: 22 May 2013 07:06 AM PDT Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, yang tercicir dari kabinet baru PM Najib, nampaknya dari 'Noh Udang' dah bertukar menjadi 'Noh Orang Utan' pula. ini adalah gara-gara gatal mulutnya yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas dan tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan" Baca di sini |
Polis patut tangkap Pengerusi SPR yang tipu pembelian dakwat kekal Posted: 22 May 2013 01:02 AM PDT Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri), sebelum ini cakap, dakwat kekal tu boleh tahan sekurang-kurang lima hari. Kemudian apabila lepas pengundian awal, rakyat mulai protes dan mendedahkan bahawa dakwat itu mudah larut dan hilang , Aziz yang sombong bodoh ini menyalahkan pula petugas kerana kononnya tidak menggoncang botol dakwat ! Pptui! Ada-ada saja jawapannya.Bukan dia kisah nak siasat betul-betul rungutan orang ramai mengenai perkara tersebut. Setelah heboh rakyat memperkatakan tentang mudahnya dakwat kekal itu luntur dan tanggal hanya dengan sabun dapur biasa dengan bukti-bukti yang jelas, mangkuk ini mulalah sibuk-sibuk dengan menubuhkan 'Pasukan Khas Menyemak Masalah-Masalah Penggunaan Dakwat Kekal PRU Ke-13'. Antara perkara yang akan disiasat, katanya adalah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, cara penggunaan dakwat kekal, kaedah calitan dakwat kekal di jari dan hasil ujian-ujian yang telah dibuat sebelum dihantar ke Malaysia dan selepas dakwat itu sampai di Malaysia.Lihat Di sini Hoi Mangkuk! Jangan nak berdolak dalih dengan rakyat! Bahawa ternyata dakwat yang dibeli oleh pihak SPR adalah tidak berkualiti dan tidak kekal sepertimana yang diwar-warkan.Tengok rakaman di atas tu; tak sampai 3 minit dakwat tu dah hilang kat jari.Tak ada alasan sebab botol tak digoncang! Kalau benar SPR nak tunjuk dia tu bagus sangat, sepatutnya tubuhkanlah Jawatankuasa Penyiasat yang bebas dan bukan hanya terdiri dari kalangan orang-orang SPR sendiri. Polis patut tangkap dan soalsiasat Pengerusi SPR dan Timbalannya mengenai pembelian dakwat yang tidak bermutu ini kerana ia melibatkan jutaan wang rakyat . Entah-entah diaorang beli dakwat tu dari kedai 'bundle' tak? Aziz ingat rakyat ni bahalol macam dia! |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan