AdukaTaruna |
Posted: 05 May 2013 11:29 PM PDT [1] Kedua gua ucap takziah kepada BN kerana walau pelbagai teknik kotor dan salah guna kuasa, majoriti parlimen mereka merosot. Ketiga gua ucap padan muka pada PAS Kedah sebab kalah. Supaya Allah menjelaskan batil itu jelas kebatilannya. Dan semoga Allah membersihkan jemaahNya dengan takdirNya itu. Keempat, gua sedih sebab PR gagal di kerusi negeri terutama Melayu Hutan. Dan tajuk keempat inilah yang gua nak share. [2] 2.1 Hebat menyerang. Terlupa bertahan. PR dalam aspirasi mereka terlalu hebat menyerang. Terutama isu nasional. Tetapi, mereka tidak bersungguh bertahan dalam isu yang musuh guna. Di antaranya : DAP - Cina - Negara Kristian - Kalimah Allah Isu perkauman ini sangat laku, mudah dijual di kalangan capaian intelek Melayu. Sejarah membuktikan swing Melayu berpaksi atas isu ini. A. Melayu swing ketika Natrah B. Melayu swing bila isu Kuli pakai tengkolok Kristian C. Melayu swing ketika di awal pemecatan Anwar kerana Anwar dilihat tokoh Melayu dan Islam ketika itu. D. Melayu swing bila isu pelayar solo dikatakan murtad di zaman Paklah. Sampai Paklah terpaksa jemput si pelayar tu dalam satu majlis untuk declair status pegangangannya. Walau status kebenaran isu2 ini boleh dibahaskan, tetapi isinya ialah, dengan capaian intelek Melayu dan capaian maklumat Melayu ketika ini, terutama Melayu Hutan, isu perkauman dan agamama sangat2 memberi kesan terhadap Melayu. Bersambung... Data Tenet dah habes. Jangan lupo malam ni. Sesi mengumpek. Insyaallah. |
Posted: 05 May 2013 10:10 PM PDT Ofkos ramai yang masih mahukan TGNA. Tapi kesian la weii orang tua tu. Nak menangis pun ada bila tenaga dia kena perah sana sini. Nak2 lagi time pilihanraya. Mengikut tinjauan rakan Kelantan sekeliling (ramai rakan sekeliling gua bukan aliran agama), rata2 mahukan Husam. Tapi di Kelantan ni, gua nampak, golongan bukan agama terbuka kalau golongan agama menjadi MB. Cuma golongan agama memberontak sekiranya bukan agama menjadi MB. Ini mendatangkan mudarat. So, gua tanya ke rakan2 Kelantan soalan begini : "Selain Husam dan mahu ahli agama, demo nak siapa MB Kelantan kalau bukan TGNA?" Kebanyakannya jawab Ust Nasrudin Speaker. Gua tak kenal dia. Dia pun tak kenal gua. So, no komen. Cumanya, gua berharap, jika berlaku perubahan, exco ekonomi harus dikekalkan kepada Husam. Gua tak nampak lagi sesiapa setakat gua menulis N3 ni. |
You are subscribed to email updates from ADUKATARUNA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan