Jumaat, 31 Mei 2013

Addin

Addin


Najib Pening, Menterinya Mula Tunjuk Belang

Posted: 31 May 2013 08:01 AM PDT

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy mengecam tindakan yang dianggap ringan terhadap anggota polis yang sedang disiasat berhubung kematian N Dharmendran dalam tahanan, dengan berkata langkah itu hanya akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada pasukan tersebut. Sambil menegaskan bahawa kes pembunuhan merupakan suatu kesalahan tidak boleh dijamin, Waythamoorthy berkata, empat anggota polis berkenaan sepatutnya telah digantung tugas dan ditahan reman sehingga siasatan selesai, dan bukan hanya ditugaskan melakukan kerja pejabat.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini atas sifatnya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia (Hindraf)."Undang-undang adalah sama bagi anggota polis serta orang awam.

Oleh itu apa-apa tindakan yang kurang, hanya akan terus mengecewakan orang ramai kerana amalan dwi-standard terhadap anggota polis dengan kekebalan secara terang-terangan diberikan kepada mereka.

"Tindakan yang tidak berkesan seperti ini oleh pegawai atasan mereka dalam pasukan polis hanya akan terus merendahkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis dan integriti mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk kepentingan awam," kata kenyataan itu.

Waythamoorthy juga mempersoalkan bagaimana polis hendak mengharapkan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap "profesionalisme, kecekapan dan keberkesanan" mereka dalam mengurangkan jenayah, jika mereka tidak dapat mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang disyaki.

Tambahnya, tindakan seumpama itu mencerminkan kurangnya rasa hormat pihak polis terhadap "hak asasi dan nilai kehidupan manusia", seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Tindakan memastikan tiada lagi kematian dalam tahanan di kalangan kaum India, adalah antara tuntutan Hindraf apabila menandatangani perjanjian bersejarah dengan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak pada bulan April, satu langkah yang menyebabkannya menjadi sasaran kritikan. ~malaysiakini




Iklan C (ii)
  



Ketua Pengarah Imigresen Tak Bermoral

Posted: 31 May 2013 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

"KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara," kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran."Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara.

Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih."Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi," tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenaraihitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka," bidas Nik Nazmi. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  



Punca Kekalahan PAS Dalam PRU13 Tersebar

Posted: 30 May 2013 11:10 PM PDT


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. ~harakahdaily




Iklan C (ii)
  



Safwan Anang Di Bebaskan Hari Ini

Posted: 30 May 2013 07:44 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 MEI: Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh selepas bersetuju menandatangani borang ikat jamin.

"Safwan bersetuju untuk tanda tangan ikat jamin. Dia akan dibebaskan jam 9 pagi ini dari penjara Sungai Buloh," kata Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Ismath membuat pengesahan.

Pada 29 Mei lalu, Safwan menolak ikat jamin sebagai bantahan kepada kerajaan berhubung isu tangkapan bermotif politik.Safwan didakwa dibawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan berhubung ucapannya di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH) 13 Mei lalu.

Turut didakwa ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, penyelaras Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, aktivis Pas, Tamrin Ghafar, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan pimpinan mahasiswa Adam Adli.

Kesemua mereka diikat jamin dengan jumlah RM 5,000 setiap seorang dan mahkamah menetapkan 2 Julai bagi pendengaran kes.Sementara itu, Khalid Ismath memaklumkan, satu serahan memorandum bantahan akan dibuat di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya jam 2.30 petang ini.

"Kami mendesak Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Zahid Hamidi menghentikan tangkapan bermotif politik yang melampau," katanya kepada Keadilandaily. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
  



Ustaz PAS Sokong 100% Pelaksanaan AES

Posted: 30 May 2013 06:33 PM PDT



Hebat cadangan ustaz ni.. Macamana parti pemerintah Umno BN..dengan mandat yang rakyat berikan masa PRU13 tempohari.

Inilah masanya nak cari pemikir-pemikir dan ulama-ulama ISLAM dalam negara dan luar untuk berbincang melaksanakan hukum Allah ini di bumi MALAYSIA....






Iklan C (ii)
  



Gambar Pemimpin DAP Berbaju Melayu Tersebar..

Posted: 30 May 2013 04:25 PM PDT


Ronnie Liu.. yang di gelar komunis, racist, anti melayu, anti islam dan sebagainya...





Iklan C (ii)
  



Tiada ulasan: