Addin |
- Blogger Milo Suam Di Cekup Polis
- Panas!! Penyokong BN Felda Jengka Bakar Pondok Panas Sendiri Kerana Tidak Di Bayar RM20?
- Memalukan!! Ali Rustam Di Khianati Penyokong Sendiri, Lepas Makan Mereka Cabut Lari
- Gambar Pengundi Hantu Di Rakam Dari KLIA Ke Terengganu
- Rupanya Calon BN Ni Pengecut Macam Najib
- Dakwat Tak Kekal, Ini,Penjelasan BODOH Dari SPR
- Punca Khairy Merajuk Dengan Umno Tersebar
- Berita Ni Pasti Tak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno
Blogger Milo Suam Di Cekup Polis Posted: 01 May 2013 04:00 PM PDT Ajensi berita fakap EP mendapat maklumat bahawa bloger milo suam telah ditahan pihak polis lebih kurang jam 11 malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu pejabat polis bukit aman,tiada sebarang makluman oleh polis berkaitan sebab penahanan tersebut.menurut abangnya, milo di tahan oleh sepasukan anggota polis tidak berpakaian rasmi polis di tesco setia alam, Shah Alam. Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap milo yangsebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia mengundilebih awal dari tarikh sepatutnya.laporan polis itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial atau JSJK Bukit Aman danSuruhanjaya Pilihan Raya atau SPR. Sementara itu sudah beratus laporan polis telah di buat oleh rakyat serta pemimpin Pakatan Rakyat terhadap pengendali blog lucah 1Malaysia, iaitu wan azri wan deris yang mengendalikan blog lucah papagomo.com. tetapi sehingga kini, tiada tangkapan&nbp;telah di buat, malahan wan azri bebas melakukan kerja kerja fitnah di blognya setiap hari. ~era pasca |
Panas!! Penyokong BN Felda Jengka Bakar Pondok Panas Sendiri Kerana Tidak Di Bayar RM20? Posted: 01 May 2013 09:19 AM PDT Felda jengka pahang di kejutkan lagi dengan sabotaj oleh ahli BN kepada partinya sendiri. Mendapat khabar dari sana kes pembakaran pondok panas BN, Berlaku apabila duit yang di janjikan untuk pemasangan BENDERA BN tidak di TEPATI malahan telah di capatikan oleh pemimpin pemimpin BN di sana. Baca pendedahan selanjutnya di SINI. |
Memalukan!! Ali Rustam Di Khianati Penyokong Sendiri, Lepas Makan Mereka Cabut Lari Posted: 01 May 2013 08:10 AM PDT Rupa-rupanya rakyat Melaka datang ke ceramah anjuran UMNO/BN sekadar nak makan free jer... lepas makan akan terus cabut lari tinggalkan majlis. Insiden ini berlaku menimpa juga keatas Ali Rustam apabila beliau dikatakan terlambat datang ke-satu tempat ceramah yang beliau di jadualkan memberikan ucapan di Taman Ozana Impian, Melaka malam tadi. Ikut aturcara program beliau sepatutnya hadir jam 9.00 mlm namun setelah menunggu hampir 1 jam para hadirin yang kelaparan terus menjamu selera yang disediakan di bahagian belakang khemah. Selesai saja makan, mereka terus angkat kaki balik kerumah. Apabila Ali Rustam tiba lebih kurang 20 minit kemudiannya, khemah sudah hampir kosong.. Beliau hanya berikan ucapan tak sampai pun 5 minit kerana sudah hilang semangat. Sudah pasti dirinya terasa bahawa sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Melaka selama ini kepada dirinya dan kerajaan UMNO/BN adalah palsu belaka. Masih nak mendabik dada kata Melaka adalah kubu terkuat UMNO? ~omakkau |
Gambar Pengundi Hantu Di Rakam Dari KLIA Ke Terengganu Posted: 01 May 2013 04:32 AM PDT Sebelum ini kita hanya melihat Zombie di Televisyen dan cerita di panggung wayang. Tapi kali ini anda boleh melihat sendiri ZOMBIE secara live !!! Pagi ini admin digemparkan dengan sebuah berita mengenai Pengundi Hantu zombie yang telah pun tiba di Terengganu PAGI tadi sekitar Jam 6.30 pagi di sebuah hotel terkemuka di Terengganu. Saksi cuba untuk masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan kepada penumpang bas mengenai tujuan mereka datang ke Terengganu, namun gagal kerana mereka dikawal ketat oleh pihak polis. Yang lebih mencurigakan semua yang hadir itu adalah orang tua2. UMNO sudah makin pandai bermain helah dengan rakyat. *akan diberitahu kelak apabila mendapat maklumat lanjut. ~teruna sepi |
Rupanya Calon BN Ni Pengecut Macam Najib Posted: 01 May 2013 03:18 AM PDT GOMBAK, 1 MEI: Calon BN DUN Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad gagal hadir dalam Debat Politik 'Agenda Gombak Setia'. Said Anuar dijangka berdebat dengan calon PAS, Hasbullah Ridzwan di Dewan Beringin Sri Gombak bagi menyahut budaya politik matang anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak. esempatan ini digunakan sebaiknya Hasbullah bagi menerangkan agenda dan perancangan kawasan Gombak Setia selain menerangkan Manifesto Rakyat yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)."Saya difahamkan jemputan dihantar secara surat berdaftar bertarikh 24 April ke pejabat beliau dan saya sendiri menerima jemputan berkenaan daripada pihak penganjur. "Sebarang tuduhan (memburukkan) itu tidak wajar."Tidak timbul soal memburukkan. Berdasarkan format ianya adil untuk kedua-dua belah pihak di pentas yang sama rata," katanya.Sebelum itu, Said Anuar membuat laporan polis di Balai Polis Gombak berhubung pemaparan kain rentang dan sebaran di laman web berkenaan satu debat politik berkenaan. Menurutnya, laporan ini dibuat bagi menafikan sebarang bentuk pelawaan sama ada berbentuk tulisan mahupun lisan melainkan paparan di kain rentang serta sebaran di laman web tanpa memperolehi persetujuan daripada pihaknya. Dalam pada itu, bercakap dihadapan hampir 250 orang awam, Ustaz Hasbullah menjelaskan, pembangunan infrastruktur dan modal insan merupakan fokus utama yang akan diberikan perhatian sekiranya diangkat menjadi wakil rakyat pada 5 Mei ini. ~selangorku |
Dakwat Tak Kekal, Ini,Penjelasan BODOH Dari SPR Posted: 30 Apr 2013 11:11 PM PDT KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu. Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang. "Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi. Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa.Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya. Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu.Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang. Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13. "Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan itu. ~bernama |
Punca Khairy Merajuk Dengan Umno Tersebar Posted: 30 Apr 2013 09:39 PM PDT Mungkin saya terlepas pandang atau kerana terlalu leka memerhati gerak kempen Pakatan Rakyat yang menyegar dan menyeronokkan maka tidak banyak saya memerhati apa yang berlaku dalam Umno. Sehingga kini setelah lebih seminggu kempen berjalan, saya tidak nampak kelibat Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberikan fokus oleh media arus perdana alias penjilat buntut, aktif berkempen. Kerja Khairy hanya main ambil-ambil gambar saja.Tidak ada rencana khas atau liputan khusus mengenai gerak kerja dan kempen oleh ketua pemuda yang tidak diberikan kuasa itu. Apa.. adakah interview khas dibuat oleh media massa itu memaparkan wawasan dan aspirasi pemuda Umno dalam pilihan raya kali ini? Kalau kalibat atau wajah senyum manis mesra Kamilia Ibrahim tidak ada di dalam media arus perdana atau 'talibising' tidak anih dan pelik lagi. Kamiliah sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Umno, meletakkan semua jawatannya dalam Umno sebelum Umno mengutus surat memecatnya.Kamilia sudah hilang sabar dan wajar kerana Umno tidak pernah menilai beliau dan wanita yang banyak memberi sumbangan kepada Umno. Jadi adalah sesuatu yang tolol kalau beliau masih bersetia, berkhidmat kepada parti yang pemimpinnya tidak mempedulikannya dan bertindak piliha kasih dan masih mendengar kata syarahan lembu betina tua. (Maaf). Tetapi tidak dengan Khairy Jamaluddin. Khairy masih menjadi calon UBN di Rembau Negeri Sembilan. Khairy masih diberi peluang bertanding walaupun beliau sendiri membayangkan tidak mahu bertanding sebelum ini (mungkin juga kerana amalan kronisme dan nepotime dalam Umno). Dia bernasib baik sedikit daripada Kamilia Ibrahim. Apakah kerana dia menantu bekas perdana menteri, sedangkan Kamilia tidak, maka beliau masih diberi peluang? Atau pun kerana Khiary membela Sharizat Jalil yang terpalit tahi lembu suaminya, maka dia diberi bertanding?Sungguh pun begitu kehadiran Khairy tidak membawa apa-apa makna dan erti kepadanya. Tanpa memberi beliau bangkit dan bangun melemparkan idea dan wawasan hati nurani pemuda ia tidak memberi apa-apa maksud. Khairy atau Pemuda Umno tidak diberi peluang berkempen atau menerangkan apakah misi dan visi pemuda. Khairy semacam 'digam' oleh Umno dari berkempen. Pengekalan Khairy di Rembau itu pun bagi mengelakkan Umno dituduh zalim kerana tidak beri kerusi kepada ketua pemuda. Walhasil Khairy ini hanya menampal posternya di Rembau saja. Umno membazirkan tenaga wanita dalam pilihan raya kali ini.Tidak seperti dalam pilihan raya ke-12 lalu. Khairy dan pemuda membentuk jentera khas. Pemuda menjadi kepala kepada jentera kempen untuk UBN dan memainkan peranan besar menggerak sedarkan rakyat khususnya golongan belia. Di Kelantan Khairy dan pemuda menyediakan slogan khas untuk menumbangkan PAS berbunyi "18 Tahun Pade Dah".Soal selepas itu UBN kalah teruk sehingga gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen dan hilang lima empat buah negeri itu soal lain. Kegagalan itu tidak boleh disalahkan Khairy seorang, kerana yang mengucarkacirkan keadaan dan berdoa siang malam dan bermunajat memohon Tuhan kalahkan Umno ialah bekas presidennya sendiri Mahathir bin Mohamad. Hasil tindakan tidak profesional dan politik reban Mahathir itulah menyebabkan Umno hari ini macam cacing kepanasan untuk memperolehi kemenangan 2/3 di parlimen.Apapun alasan dan muslihat Mahathir berbuat demikian satu pengkhianatan kepada Umno. Anihnya ahli-ahli Umno seakan merestui dan bersetuju pula kepada Mahathir. Dan hari ini apabila Umno macam cacing kepanasan untuk menang 2/3 Mahathirlah yang sepatutnya disalahkan. Tetapi sebaliknya hari ini yang disanjung dan diberi muka sepenuhnya oleh Najib ialah Mahathir. Tindakan Najib ini 'songsang kalak' dan salah. Beliau tidak bijak membaca keadaan semasa dan memahami saraf politik mutakhir. Zaman orang ingin perubahan, sepatutnya orang-orang macam Khairy harus diketengahkan dan diberikan peluang seluasnya membawa aura parti memaparkan citarasa dan naluri kaum pemuda.Apabila Najib mengambil Mahathir menjadi pengarah de'factor pilihan raya ke-13 untuk UBN, Najib telah melakukan kesilapan besar dalam sorak sorai kononnya bijak kerana memilih Mahathir yang dilihat popular daripadanya. Najib dan mereka yang berada dalan war room Umno tidak memhami serta mengkaji sejauh mana populariti Mahathir dapat menarik pengundi muda khasnya.Najib tidak sedar yang memuja dan meletakkan Mahathir persis dewa adalah dari kalangan anak-anak muda yang dengki dan cemburu dengan kehebatan fikir Khairy. Mereka tidak mampu berdepan dengan Khairy maka mereka mencari perlindungan berteduh di bawah ketiak hangit Mahathir. Mahathir menjadi ibu ayam kepada mereka menjadi si anak-anak ayam yang kesejukan.Cara Najib memberi peluang dan mempercayai Mahathir itu juga tanpa disedari Najib bertindak untuk membunuh dirinya sendiri. Kalau takdir Umno menang besar (memang rohok nampaknya) yang akan mendapat kredit nanti ialah Mahathir bukannya Najib. Mahathir amat menanti-nantikan keadaan itu bagi memudahkan dia terus berkuasa dan menyediakan peta politik Umno masa akan datang. Niat utamanya meletakkan anaknya Mukhriz di kerusi teratas sebagai legasinya. Selain itu Mahathir juga memerlukan kemenangan kerana kemenangan UBN menjadi protect kepada dosa-dosanya.Cuba buat pengundian di antara Khairy dan Mahathir mengenai wawasan atau aspirasi di kalangan golongan muda, siapa yang akan dipangkah. Apakah Mahathir ataupun Khairy. Suburk-buruk Khairy dia mewakili generasinya. Dia memahami cita rasa, denyut nadi dan naluri pemuda. Kalau Khairu kencing berdiri pun perbuatan itu masih kelihatan manis. Kalau Mahathir...Khairy juga masih boleh hafal fesyen-fesyen rambut, fesyen seluar dan baju terkini atau masih boleh dan ingat sebut nama-nama terbaru jenis arak? Walaupun Mahathir cuba bercakap dengan nada muda, dan 'mejanggak' (makeup) wajahnya, tetapi pemikiran, pembawaan Mahathir tetap lama. Mahthir mnungkin tidakn arif dengan nama-nama arak berneama baru melainkan ingat nama syarikat arak San Miguel di Filipina saja.Tenguk saja kepada pemikiran dan kepercayaan politiknya. Bahan-bahan kempen dan propagda dilakukan Mahathir masih cara tua, klasik dan sempit. Apabila dia bercakap Pakatan Rakyat disusun kerana hendak dapat kuasa, jelas menunjukkan 'kemamaian' akal politik Mahathir. Apakah dia lupa tujuan MCA, MIC dan 13 parti lain disusun duduk bersama Umno dalam BN bukan untuk mendapat kuasa? Inilah dikatakan nyanyuk kelas 'dogel' tetapi masih diakui waras oleh sesetengah ahli Umno dewasa. Mungkin ahli Umno yang disifatkan Inchek Ibrahim Ali, iaitu hanya orang gila saja meyokong Umno dan BN.Khairy atau pemuda tidak akan bercakap demikian. Khairy akan bercakap soal kebebasan politik dan teknik-teknik berfikir secara tuntas dan masa depan negara untuk 100 tahun lagi. Khairy akan membawa pemuda merombak dogma lama politik berasaskan kepadaras, agama dan juga kepentingan-kepentingan peribadi berbentuk ekstermis perkauman dan sebagainya. Orang seperti Khairy mahukan kedinamiksme dan keterbukaan. Itulah juga kehendak dan corak pemikiran orang muda.Tetapi sayangnya Khairy tidak diberi ruang seadil-adilnya sesuai dengan statusnya selaku Ketua Pergerakan Pemuda. Dia dinafikan dan senyap membisu seolah-olah dia juga bertanding Bebas seperti Kamilia. Bagi saya pembekuan Khairy dan idea pemuda untuk pilihan raya kali ini satu kesilapan besar. Sebanyak 2.3 juta pengundi muda tidak mendapat apa-apa benefit dari UBN kerana menu atau jaudahnya untuk akalnya tidak disediakan. Tiada sesembahan khas buat mereka.Ini berbeza degan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakuyat memberi prioriti kepada golongan muda. Pemberian ruang dan penampilan sepenuhnya Mohd Rafizi Ramli amat menyeronokkan golongan muda. Penurunan harga kereta, pembiayaan pembelian rumah, penghapusan PTPTN, insurence, penghapusan tol dan sebagainya adalah menu-menu atau juadah yang disokong oleh anak muda yang mahukan kebebasan dan hidup tanpa beban yang tidak tentu fasal. Pengarah Strategi PKR itu dijadikan modal dan sandaran oleh Pakatan Rakyat bagi mendapat sokongan padu golongan muda. Tidak syak Rafizi adalan ikon baru anak muda Malaysia.Cempedek sudah menjadi nangka. Masa masih ada. Mungkin Najib boleh memberi ruang kepada Khairy untuk berkokok bagi menyegarkan minda dan semangat anak-anak muda pada saat-saat akhir. Tukarlah Mahathir dari menjadi pemikir kepada UBN kepada Khairy, cukup walauapun untuk tiga hari di hari-hari terakhir ini. Berikan modal secukupnya untuk Khairy bergerak dan membuat ledakan akhir.Kelesuan pemuda ini sangat terasa apabila wanita juga tidak menonjol dan sunyi. Selalunya pemuda bergabung dengan ibu mereka, Wanita. Penggabungan ini pula menjadi lebih besar dan bersemangat dan 'jelingah' campur gelenyer lagi bila puteri juga ikut sama 'berbedak' dan 'bergincu' untuk berpilihan raya. Apabila Kamilia mengambil keputusan bertanding bebas, wanita Umno seluruhnya jam dan bterkedu. Mereka terperanjat bagaikana dipanah halilintar. Mereka hilang kompas dan putus tali hayat. Wanita semacam dalam bergabung kerana kehilangan dua tunggak utamanya dalam pilihan raya kali ini Sharizat lembu dan Kamilia.Oph...Sharizat masih ada, tetapi hamis dan hampak tahi dan kencing lembu suaminya menjadikan wanita kotor dan berlegah macam ketiak Singh jadi driver trelar gara-gara dan ulah (fiil perangai) Sharizat itu. Puteri wanita pula bila pemuda senyap dan ibu mereka diam membisu, mereka juga menyepi dan lemah semangat hanya mampu mengutis kuku yang kepucatan. Selalunya puteri Umno jadi merah pipi dan meremeng bulu perut bila melihat kejantanan pemuda Umno dalam memakin hamun pembangkang semasa kempen. Tetapi kali ini tidak berlaku.Kesimpulannya tiga sayap utama dalam Umno; pemuda, wanita dan puteri semacam tidak diberi peluang dalam pilihan raya kali ini. Mereka diganti dengan aktifnya oleh Mahathir, Najib dan Muhyiddin Yassin. Naib-naib presiden lain juga tidak berbuat apa, hanya memakan pisang emas di bawah dapur sahaja, kecuali Mat... Mat mana lagi kalau tidak Mat Mat Maslan yang masih menyalak sekali sekala atas pokok jambu. ~mso |
Berita Ni Pasti Tak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno Posted: 30 Apr 2013 07:25 PM PDT SHAH ALAM 30 APRIL: Dapatan kajian Universiti Selangor (Unisel) menunjukkan Pakatan Rakyat (Pakatan) mencatatkan 50.6 peratus manakala BN mencatat 49.4 peratus dalam aspek jangkaan menang dalam PRU 13.Di peringkat negeri Selangor pula, Pakatan mencatatkan 61.4 peratus dan BN 38.6 peratus dalam jangkaan menang dalam PRU13.Kajian tersebut dilakukan ke atas 1,015 responden terdiri daripada pengundi berdaftar di Selangor bermula 1 Februari hingga 31 Mac lalu.Pembentangan oleh Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azziz itu turut menunjukkan dapatan kajian berkaitan parti yang dijangka menang dalam PRU 13 di peringkat persekutuan dan negeri. Di peringkat persekutuan, responden di kalangan pengundi Cina mencatatkan peratusan tertinggi yang menjangkakan PR akan menang iaitu sebanyak 53.5 peratus manakala sebanyak 46.5 peratus menjangkakan BN akan menang.Bagi kaum Melayu pula, sebanyak 52.3 peratus menjangkakan Pakatan akan menang dan 47.7 peratus menjangkakan BN akan menang. Manakala responden India cenderung meramalkan BN akan menang di persekutuan iaitu sebanyak 62.9 peratus dan 37.1 menjangkakan Pakatan akan menang.Sementara itu, kajian berkaitan persepsi ketokohan kepimpinan di Negeri Selangor mendapati kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tinggi berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak. Sebanyak 63.1 peratus responden meyakini kepimpinan Khalid, 58.4 peratus meyakini kepimpinan Anwar dan 51.2 peratus meyakini kepimpinan Najib.Pembentangan kajian impak program kerajaan terhadap pola pengundian di Selangor menjelang PRU yang diadakan di Menara Yayasan Selangor itu turut turut mendapati inisiatif 20 meter padu air percuma sebulan paling disukai iaitu sebanyak 91 responden menyokongnya. Kajian berkaitan persepsi positif terhadap program kerajaan negeri mendapati sebanyak 79 peratus menyokong program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), 77 peratus menyokong program baucar RM100 Jom Shopping Warga Emas, 83 peratus menyokong hadiah anak masuk universiti RM1,000 dan 83 peratus menyokong khairat kematian RM2,500. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan