Rabu, 1 Mei 2013

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Ramalan nyonya Joceline Tan

Posted: 01 May 2013 09:15 AM PDT


Wind of Change in Kelantan?? [Read here]

Hello nyonya... You mimpi ka?? Or... joking aarr..?? Crazy, may be??

Wind of change is not going to Kelanatan but is heading for the other countries in Malaysia la... Apa... you buta, ka??

Wind of Change in Kelantan??

Kah kah kah kah.....

Ayoyoo... Apa sudah jadi?? India manyak marah ooo...

Posted: 01 May 2013 07:14 AM PDT


Waythamoorthy dulu.... very hero!! Semua India sanjung. Waythamoorthy sekarang... wheekk!! Banyak India marah.

Dey Waythamoorthy... apa sudah jadi sama lu?? Dulu, you very firece... very vocal. Like 'Tamil Tiger', you know??

Now... like burung kakak tua only. Angguk-angguk.... geleng-geleng saja. Ayoyo... so UMNOOOO la you now.

Persoalannyer mengapa dia berubah arah??

Apakah dia sudah serik menjadi orang buangan dalam keadaan sakit di perantauan?? Adakah kerana ada ugutan supaya dia tunduk kepada UMNO?? 

Wallahua'lam... Hanya DIA dan dia jer yang tahu mengapa.

Bekas penyokong Hindraf bakar patung pemimpin

Bekas penyokong Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) di Kulim hari ini membakar patung pemimpin organisasi itu P Waythamoorthy bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan keputusan merestui kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap kumpulan itu, M Asogan berkata, Waythamoorthy menggadaikan kehormatan diri dan maruah masyarakat India kepada Umno semata-mata kepentingan sendiri.

Beliau berkata, pada 2007 dan 2008, ribuan orang India turun ke jalan raya untuk menyuarakan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

"Tetapi dengan melupakan acara bersejarah ini, Waythamoorthy kini mendekatkan dirinya dengan Umno.

"Masyarakat India di Malaysia tidak akan sekali-kali memaafkan Waythamoorthy kerana mengkhianati masyarakat India yang terpinggir dan diketepikan," katanya selepas mengadakan bantahan bersama 500 hadirin di Paya Besar. [ Terskan di sini ]

Yes he was.. No, he wasn't.... Yes he was....

Posted: 01 May 2013 05:12 AM PDT


Sekor lagi terkena sawan babi gila akibat demam PRU13. Kali ini bapak si Sayfool. Today... he makes a fool of himself dengan berkata yang anaknya memang kena liwat pulak.... Korang baca ler kat sini.

Dulu dia berbolak... mengatakan anaknyer tak diliwat tetapi dipaksa mengaku dan diperguna. Kini dia berbalik pulak.... Idak... idak.... Betul... anak aku kena liwat. Tarak tipu punyer. Allah sudah tunjuk sama saya. Adey... piiiraahh!!

Orang mabuk todi pun tak cakap macam ni. Dia... berbolak-balik cakapnyer. Eeee... so munafiker ler. Malaon macam ni, orang nak percaya, ke?? Buat ler kenyataan sensasi macam mana pun... kalau si munafiker yang cakap, tobat, orang takkan percaya dah.

Apa punyer bapak daa.... Bontot anak pun sanggup dijaja demi kepentingan diri. Percayalah... pasti dia akan deny yang dia buat U-turn kerana ada kepentingan diri. Tapi... you all percaya ke penafian si munafikin ni??

Anak ngan bapak... sama jek!! Dua-dua tak boleh pakai...!!

Memula... meracau, kini... sasau pulak.

Posted: 01 May 2013 02:30 AM PDT


 Demam PRU13 ni memang dah mendidih panasnyer.

Demam... kalu temperature tinggi sangat, boleh effect kita punya otak. Kita boleh kena FIT. Ala... tarik-traik macam kena gila babi tu. Pastu... boleh rosakkan saraf otak kita. Kalau nasib baik... boleh ok tapi kalau nasib tak baik boleh biol... jadi tak betul.

Aha... agaknyer ituler yang terjadi kepada Pakcik Din, Tipiem sementara kita. Agaknyer, temperature demam PRU 13-nyer terlalu tinggi hingga udah sampai terkena FIT kot. Tambah pulak, dia ligat ke hulu ke hilir berkempen. Sebab tu ler agaknyer kena FIT. Bentan kot??

Kesian... Memula dia meracau macam orang bodoh. Dia kata... kalau Anwar jadi PM Malaysia, kuasa asing akan masuk. [Baca sini

Hahahahaha.... Bodoh piang nyer statement tu. Siapalah bodoh yang pilih dia jadi Tipiem?? Aha.... Siapa dapat selesaikan problem di atas.

Cengini kot....

Si bodoh pilih sibodoh = Muhyiddin Yassin...!!

Betuull.... !!

Berbalik kepada citer kita tadi.... Racaunyer semalam belum pulih lagi.... hari ini dia sasau pulak. Dia ngajak rakyat Kelantan, berjihad dengan menolak PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ni. Dah jadi ulamak pulak... Maka berfatwalah dia bahawa tolak PAS di Kelantan itu satu jihad. [sini]

Ya  Allah.... demam PRU 13 betul-betul telah merosakkan saraf otak pakcik Din UMNO ni. Guru turned politician... and now dah transformed jadi ulamak pulak?? Or is it... ular-mak??

Orang bodoh pun tahu... itu fatwa bangang. Zalim... kalu kita membodohkan diri kita sendiri tau tak?? 

Haissyy.... Sampai camtu sekali dia merendahkan martabat dan maruah diri sendiri. Pulak balik... jika dipikirkan, puak-puak ni, mana ada maruah diri pun. So... mamposs kat depa la!!

Ulamak songsang kata.... Tolak PAS Kelantan dalam PRU13... satu jihad.

Kah kah kah kah kah....

Kita kata pulak. Tolak patwa ular-mak songsang. Ayuh.. !! Parti jahat kita tolak. Parti PAS kita..... PANGKAH!!


Najib berlawak dan cuba memikat kaum Cina Penang

Posted: 01 May 2013 12:30 AM PDT




Dalam usaha untuk meraih sokongan kaum Cina di Penang agar mengundi BN, Najib berkata yang UMNO tidak akan tutntut jawatan Ketua Menteri. [Baca sini]

Ini bermakna... jawatan KM akan terus menjadi milik Gerakan. Ini juga bermakna Cina akan terus menerajui pemerintahan Pulau Pinang. Aaaaiikk... tak per pulak Cina memerintah?? Tak pulak depa bising Cina perintah Pulau Pinang??

Apabila Guan Eng perintah Penang.... riuh-rendah berpropaganda menakut-nakutkan bangsa Melayu akan nasib depa di sana. Uuuu.... habis la Melayu Pulau Pinang, cina memerintah. Melayu terpinggir la. Melayu kena tindas ler.

Aaaikkk.. aku dok berulang-alik pi Penang, Melayu ok ja. Malah, bertambah ok pulak la ni. Yang dok tak ok ialah Melayu species UMNO. Mana depa nak ok..??

Soru depa banyak miss. Projek tak masuk. Keuntungan dan komisyen hasil kegiatan khianat jual tanah Melayu, tak masuk dah... Kuasa tak dak dah... Dulu, depa dapat 'sapu' segala apa yang depa boleh 'sapu'. Buloq perangai betoi...!!

Di bawah Pakatan Rakyat.... jangan harap la depa nak 'sapu'. Semua... kena ikut procedure... semua kena telus. Itu yang depa hangat tu. Lalu depa fitnah kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai fitnah yang tak masuk akai. Last-last... kena batang idung depa balik. Padan muka!!

La... Najib nak buat lawak pulak. Jawatan KM Penang akan jadi milik Cina. UMNO takkan tuntut. Nak raih undi kaum Cina ler tu.

Ek ele... Bajet bagus betoi pakcik ni. Nak kata bodo... memang bodo pun. Apa dia pikir BN akan dapat rampas balik Penang ke?? Dia pikir kaum Cina Penang bangang??

Silap besor ler pakcik weh... Sokongan Cina Penang.... solid di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang komer sumbat dalam penjara dulu, tau tak?? In Shaa Allah depa akan terjemahkan dalam undi depa pada 5 Mei ini nanti. Pulau Pinang tetap akan jadi milik Pakatan Rakyat, in shaa Allah.

Oleh itu,... hangpa gelak ler dengan lawak Najib tapi 5 Mei nanti hangpa pangkah Pakatan Rakyat.

INI KALI-LAH...!!

Ipoh Mali... Yes..!! Yes..!! Yes.. !!

Posted: 30 Apr 2013 11:01 PM PDT


Ipoh Mali talak sombong. Ipoh mali tanyia sama kita....

Malaysians, are you ready for Pakatan Rakyat?

Yes..!! Yes..!! Yes.. !!

Ayooo... Lumbu punya taik, Sapi jugak kena, ka??

Posted: 30 Apr 2013 09:00 PM PDT


13 Mei angkara Dr M mahu rampas kuasa Tunku - Tamrin

30 Apr 2013

JOHOR BAHRU: Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Tamrin Tun Ghafar (gambar).

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

"(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umno, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat," kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum 'As I See It" dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir.

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.

Siapa tak kenal... ?? Itulah dia Najib Nazak. Talk big only maa.

Posted: 30 Apr 2013 07:22 PM PDT




Well Tan Sri.... what do you expect from a pea-brain, telor-less person.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mencabar saya supaya membentangkan laporan pencapaian sepanjang lima tahun pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor.
 
Saya dengan hati terbuka menerima cabaran itu dan telah menyatakan kesediaan saya untuk mengadakan perbahasan dengan beliau.

Bagaimanapun sehingga ke saat ini, saya tidak menerima sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.

Saya dengan ini mengulangi bahawa saya menerima cabaran Perdana Menteri dan menjemput beliau untuk berdebat mengenai pencapaian Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Saya serta rakyat Selangor menunggu kehadiran Perdana Menteri esok, 1 Mei jam 10.30 pagi di Perkarangan Restoran Iskandar di Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang.

Saya juga mengalu-alukan Perdana Menteri membawa bersama calon MB BN pada hari tersebut bagi membolehkan rakyat mengenali mereka serta membuat penilaian kemampuan calon-calon ini untuk mentadbir Selangor" - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Tiada ulasan: