WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- ANWAR BERSAMA AL JAZEERA
- PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan
- KATA DULANG PAKU SERPIH.
Posted: 08 Apr 2013 08:42 AM PDT | ||
PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan Posted: 08 Apr 2013 08:21 AM PDT PRU 13: Polis perlu jamin peralihan kuasa aman – Musa Hassan(Oleh Sidiqin Omar)KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Seri Musa Hassan berkata, sekiranya berlaku peralihan kuasa, polis perlu memastikan ia berlaku secara tenang dan aman. "Kalau ada pihak nak lakukan sesuatu, mesti ambil tindakan. Ini negara demokrasi. Kena iktiraf demokrasi dan pilihan rakyat. "Saya tengok (Perdana Menteri) PM Najib (Razak) kata, tidak akan berlaku apa-apa (yang buruk, ketika) peralihan kuasa. Dalam negara demokrasi, mana-mana pihak, selepas pilihan raya perlu menerima (keputusan) sebab itu pilihan rakyat. "Kena 'cool head' untuk terima keputusan. Kita negara aman. Tak mahu rosak oleh mana-mana pihak. "Persoalan (sama ada) Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri, itu masing-masing untuk pilih. Siapa-siapa dipilih kita kena terima, sebab ini negara demokrasi, tak perlu bertengkar," katanya pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara hari ini. Tambah Musa, polis kini tidak boleh menerima arahan langsung dari Menteri Dalam Negeri. "Dalam keadaan kerajaan sementara, PDRM bersifat neutral dan perlu jalankan peranan lebih berkesan. Polis perlu memantau dan tentukan tidak ada sesuatu keadaan yang boleh menggugat keamanan dalam pilihan raya," katanya. Musa turut menceritakan pengalamannya semasa bertugas di Alor Gajah, Melaka dalam satu pilihan raya apabila beliau menegur seorang bekas Ketua Menteri yang tidak mematuhi peraturan pilihan raya. "Masa itu saya Inspektor, muda. Kena jaga Alor Gajah, Melaka. Seorang bekas Ketua Menteri (bawa) kereta ke pusat mengundi. (Saya kata) tak boleh masuk. "Pihak polis tak bantu mana-mana parti politik untuk menang piihan raya. Dia (polis) memantau keselamatan supaya rakyat boleh mengundi. "Ada peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Polis kena kuatkuasakan undang-undang," kata Musa. – SDQ | ||
Posted: 08 Apr 2013 08:19 AM PDT
KUALA LUMPUR: Sejak Pakatan Rakyat melancarkan manifestonya pada 25 Februari 2013, para pemimpin Umno-BN telah menyerang bahawa tawaran pembangkang akan menyebabkan negara muflis. Tapi, Sabtu lepas, BN melancarkan manifesto yang hampir sama dengan apa yang ditawarkan pembangkang. Rakyat, terutamanya anak-anak muda dan warga internet terus menuduh BN menciplak manifesto PR dengan hanya mengubah ayat-ayat supaya tidak kelihatan sama. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan. Ia termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya di Sabah dan Sarawak. Ketua Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pula berkata 22 perkara dalam manifesto PR diceduk BN. Media antarabangsa Bloomberg juga memandang perkara ini dalam sudut yang sama. "Semua janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor Blomberg. Jadi apakah hikmah di sebalik semua ini. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, semua ini menunjukkan bahawa janji-janji PR sememangnya boleh dilaksanakan tanpa memufliskan negara sebagaimana yang didakwa BN. "Sebelum ceduk, Umno-BN kata akan bangkrapkan negara. Selepas ceduk, Umno-BN kata mampu lakukan. "Tersiratnya ialah Umno-BN mengakui manifesto Pakatan Rakyat sememangnya boleh dilaksanakan. Betul tak?" tulis Tuan Ibrahim di Facebooknya. Tuan Ibrahim juga menyindir dengan serangkap pantun buat BN. Rendang ayam lauk lazat, Terlampau banyak jadi biasa, Mulut jangan cepat sangat, Kerana mulut diri binasa. LAPORAN BERKAITAN Bloomberg juga dakwa Najib ciplak manifesto Pakatan BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan