Isnin, 8 April 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MAHATHIR DISAMBUT HEBAT DI MUAR

Posted: 08 Apr 2013 07:45 PM PDT





KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
GAMBAR INI DIAMBIL  MALAM KELMARIN
DI MUAR
INI ADALAH SAMBUTAN RAKYAT MUAR
KEPADA 
MAHATHIR ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY
date: 7/4/2013
time: 10pm
place: Muar, Johor


YANG INI HANYA CERAMAH KELOMPOK
CERAMAH KELOMPOK
BIASA BIASA AJE
tak de spesial
KAH KAH KAH



------

MAT BANGANG BINTI MINAH BODOH

Posted: 08 Apr 2013 07:09 PM PDT




KOMENTAR TUKAR TIUB
siap yang bodoh?
siapa yang tak faham?
siapa yang bangang?

perjanjian antara syarikat swasta dengan syarikat swasta
ini memang betul
tetapi
sila buka kepala hotak sikit

syarikat swasta malaysia beli helikopter
dari syarikat eurohelikopter limited europe
ini betul
ini fakta

apakah syarikat swasta malaysia  ini nak beli  helikopter
untuk bawa mat mentua dia jalan jalan ke bukit genting?

apakah syarikat swasta malaysian ini beli helikopter
untuk bagi pada anak dia main tembak tembak?

apakah syarikat swasta malaysia ini beli peluru
untuk jual pada mat punk agar boleh buat tali leher?

apakah syarikat swasta malaysia ini  beli boat laju
untuk bawa pelangaan makan angin di pulau tioman?

jangan jadi bangang

telah ada persetujuan antara syarikat swasta malaysia
dengan kerajaan malaysia secara senyap senyap
kerana  itu ada MOU

syarikat swasta malaysia ini adalah syarikat kroni
di belakang syarikat ini ialah rosmah mansor

syarikat swasta malaysia ini akan jual senjata
kepada kerajaan malaysia
untuk tentera malaysia
untuk  polis malaysia

syarikat swasta malaysia ini jadi orang tengah
ini lah kerja razak baginda
jual lebih mahal lagi
disinilah rasuah berlaku

mustahil syarikat swasta malaysia
ini ada tentera dan soldadu sendiri?

mustahil syarikat swasta malaysia ini
ada polis untuk diberi pistol dan peluru

NOTA
kalau bangang duduk diam diam
malu anak isteri

ASDKAR ADA BAJU 
TAK ADA SENAPANG


LIMA 2013: Mohamad Sabu tak faham maksud MoU

MUAR 8 April - Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika pembangkang menawan Putrajaya hanya menyerlahkan kedangkalan beliau dalam isu itu.

Naib Ketua Pemuda UMNO,  Razali Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan perjanjian tersebut dimeterai antara syarikat-syarikat swasta dan tidak melibatkan kerajaan.

Beliau berkata, perjanjian itu hanya dimeterai di LIMA 2013 dan kerajaan tidak terlibat pun.

"Nampak sangat dia tidak tahu. Dia mahu membatalkan MoU itu kononnya tidak mahu bazir duit, tetapi itu perjanjian antara pihak swasta dengan swasta," katanya.

Mohamad atau Mat Sabu dalam ceramahnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam kelmarin mendakwa, LIMA 2013 merupakan medan terakhir kerajaan 'mencuri duit rakyat' selain menyatakan sebahagian hasil urus niaga yang berlangsung dalam pameran itu akan menjadi milik pemimpin BN.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau yakin pembangkang tidak mampu menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa itu sekiranya menjadi kerajaan apatah lagi menarik pelaburan berbilion ringgit.

KAH KAH KAH 
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....KEPALA BANA APA BUAT PAMIRAN JUAL SENJATA.... kah kah kah..



---------

HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB

Posted: 08 Apr 2013 06:00 PM PDT





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini maknanya ada gulungan elit politik
yang mahu najib berundur
musa hasan bekas ketua polis
mewakili jalur pemikiran ini


SD2 Bala cukup bukti untuk disiasat – Musa Hassan

KUALA LUMPUR 8 APRIL: Bekas Ketua Polis Negara,  Musa Hassan berkata, siasatan berhubung paksaan mengubah perakuan sumpah pertama (SD1) P Balasubramaniam boleh dibuka semula.

Ini kerana pengakuan peguam Americk Singh Sidhu yang diberitahu Cecil Abraham bahawa akuan bersumpah kedua (SD2) untuk bekas penyiasat persendirian itu dibuat atas arahan  Najib Razak.
"Saya rasa ini bukti baru. Sekiranya ada bukti baru bermakna siasatan boleh dibuka semula," kata Musa pada sidang media di sebuah hotel di ibu negara, hari in

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... INILAH  TANDANYA...kah kah akh..
kah kah kah...TANDA NAJIB AKAN KENA TENDANG.... kah kah akh..
kah kah kah... INILAH HARI HARI AKHIR SAEKOR NAJIB.... kah kah kah

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
--------

YA AMPOOON MALAYSIA KU

Posted: 08 Apr 2013 08:00 AM PDT




DENGAR APA
BEKAS JENERAL INI CAKAP


PUTRAJAYA 8 April -  Najib Tun Razak hari ini menyifatkan segelintir pesara pegawai tentera yang menyertai pembangkang sebagai kehilangan integriti sehingga sanggup menggadai maruah diri. Menurut..

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...MALAYSIA INI CUKUP SENANG NAK HILANG INTEGRITI... kah kah kah..

kah kah kah... CUKUP SENANG GADAI MARUAH.... kah kah kah...

kah kah kah... CUKUP SENANG JADI PENGKHIANAT NEGARA.... kah kah kah...

woit.... SOKONG SAJA PAKATAN RAKYAT AKAN HILANG INTREGRITI... kah kah kah..

kah kah kah... AKAN HILANG PENCEN... kah kah kah..

woit... TAPI NAK DAPAT SEMUA ITU PUN SENANG JUGA.... kah kah kah...

kah kah kah... CIUM TANGAN ROSMAH SEMUA AKAN BAIK.... kah kah kah..

kah kah kah..INTEGRITI ADA ... MARUAH ADA... kah kah kah...

kah kah kah...YANG TAK TAHAN TU ...PENCEN PUN NAIK BERGANDA GANDA.... kah kah kah..

kah kah kah...SILAP SILAP JADI BODY GUARD ROSMAH... kah kah kah


YANG INI
MUSTAHIL HILANG INTEGRITI
MUSTAHIL HILANG MARUAH
MUSTAHIL RASUAH

------

SESEKALI MARI KITA SESAMA

Posted: 08 Apr 2013 07:00 AM PDT




APAKAH INI KERJA ZUNAR
APAKAH INI KERJA RONASINA
TOK HENHG CUKUP MARAH
KAH KAH KAH


~Santai petang bersama katak hehehe...
~Kasturi~

--------

PERTAMA MEMECAH BERITA

Posted: 08 Apr 2013 03:00 AM PDT


KENYATAAN AKHBAR
APRIL 8, 2013

MANIFESTO BARISAN NASIONAL TIADA ROH REFORMASI

Mewakili PARTI KEADILAN, saya mengalu-alukan pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang dibuat semalam sebelum berlangsungnya penamaan calon. Sebagaimana umum sedia maklum, Pakatan Rakyat telah X mendahului Barisan Nasional dengan melancarkan Manifesto bagi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada 25 Februari 2013 yang lalu, sekaligus merintis jalan ke arah landskap persaingan politik yang sihat. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada  Najib  Razak dan Barisan Nasional yang nampaknya banyak bersetuju dengan langkah dan cadangan Pakatan Rakyat mutakhir ini, sehinggakan tema Manifesto Barisan Nasional ("Membawa Harapan") pun menyadur tema Pakatan Harapan Rakyat yang digunakan oleh Pakatan Rakyat.

Pun begitu, saya yakin bahawa persaingan politik khususnya semasa kempen pilihanraya perlulah berkisar kepada persoalan dasar dan program untuk rakyat, selain kredibiliti dan rekod calon yang ditampilkan. Seperti mana yang ditekankan oleh Pakatan Rakyat selama ini, persaingan idea dan dasar harus diangkat ke tahap yang lebih tinggi melalui perdebatan terbuka yang boleh disaksikan umum di media arus perdana untuk diadili sepenuhnya oleh segenap lapisan masyarakat.

Justeru, keengganan  Najib Razak untuk berdebat secara terbuka mengenai dasar mencacatkan imej beliau sebagai pemimpin berwibawa dan merencatkan budaya persaingan politik sihat yang dituntut oleh rakyat. Lebih-lebih lagi apabila Barisan Nasional tidak mempedulikan langsung etika Kerajaan Sementara ("caretaker government") dengan menyalahgunakan ruang masa penyiaran di platform media awam untuk membentangkan manifestonya sedangkan Pakatan Rakyat telah dinafikan hak yang sama. Ini jelas merupakan suatu amalan pilihanraya berat sebelah dan penyalahgunaan harta benda awam oleh sebuah Kerajaan Sementara.

Walau bagaimana pun, saya nekad untuk memastikan PRU13 ini menjadi medan persaingan idea dan dasar dalam kerangka membentuk persaingan politik sihat. Saya telah meneliti Manifesto Barisan Nasional dan akan membentangkan pandangan KEADILAN dari semasa ke semasa. Saya juga telah mengarahkan pasukan dasar KEADILAN untuk mengkajinya secara menyeluruh dengan tujuan memberi maklumbalas segera pada hari Isnin, 8 April 2013.

Secara umumnya, saya tidak yakin Manifesto Barisan Nasional secara menyeluruh dapat membebaskan negara dan rakyat dari kesempitan ekonomi, politik dan sosial sedia ada yang begitu mencengkam dan menghimpit. Yang paling ketara adalah Manifesto Barisan Nasional tidak mempunyai roh reformasi yang amat diperlukan untuk merubah sistem yang bobrok dan penuh kepincangan, seperti yang diharapkan oleh rakyat. Sangat jelas bahawa reformasi menyeluruh dan holistik dari segi sosio-ekonomi, struktur, institusi, politik, urus tadbir dan perundangan tiada tempat dalam kerangka polisi Barisan Nasional. Ingin saya tegaskan bahawa tanpa sebarang agenda reformasi yang komprehensif, usaha meningkatkan keberdayasaingan jangka panjang Malaysia di peringkat antarabangsa supaya setanding dengan negara-negara maju lain akan terus dikekang.

Pada masa yang sama, Manifesto Barisan Nasional ketandusan idea baharu dan kontang perinciannya yang mana banyak program telah dipakej semula, berbanding gagasan segar yang dibawa oleh Manifesto Pakatan Rakyat. Lebih 90% dari program-program yang disenaraikan sudah pun diketahui rakyat dan berbentuk terlalu umum tanpa sebarang perincian khusus.

Ketandusan idea baharu bermakna Najib  Razak akhirnya terpaksa menelan hempedu dan menciplak beberapa dasar utama Pakatan Rakyat untuk disuntik ke dalam Manifesto Barisan Nasional terutamanya cadangan penurunan harga kereta melalui penghapusan cukai eksais secara berperingkat dengan merombak Dasar Automotif Nasional, pemberian permit teksi individu secara langsung kepada pemandu teksi dan penyeragaman harga barangan keperluan di seluruh negara yang menjadi salah satu isu utama di Sabah dan Sarawak. Berpegang teguh kepada prinsip percukaian adil seperti yang disarankan oleh Pakatan Rakyat, maka saya yakin harapan rakyat mahukan penghapusan langsung duti eksais kereta, bukannya dipotong pada kadar 30% sahaja seperti yang dijanjikan di dalam Manifesto Barisan Nasional.

Manifesto Barisan Nasional masih mencerminkan mentaliti lapuk dan kepercayaan usang Barisan Nasional bahawa hati dan pemikiran rakyat boleh dibeli. Tunjang kempen Barisan Nasional jika diteliti inisiatif sedia ada dan pakej tawaran manifestonya jelas berpaksi kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mahu ditingkatkan bayaran tahunnya kepada RM1,200 bagi keluarga dan RM600 bagi individu bujang. Cadangan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM7.2 bilion setiap tahun yang saya yakin akan terus meningkat saban tahun sejajar dengan pertumbuhan semulajadi populasi dan kegagalan berterusan Barisan Nasional meningkatkan pendapatan bulanan isirumah. melebihi paras kelayakan sebanyak RM3,000 bagi keluarga dan RM2,000 bagi individu bujang. 

"Direct transfer payments" seperti BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional jelas merupakan langkah dasar ekonomi jangka pendek untuk meraih undi tanpa cadangan ampuh untuk menyelesaikan permasalahan sosio-ekonomi asas rakyat untuk jangka masa panjang seperti monopoli yang menyebabkan herotan pasaran dan kenaikan harga; ketirisan, pembaziran dan amalan korup dalam pentadbiran kewangan kerajaan yang mengurangkan peruntukan bagi kebajikan rakyat serta dasar-dasar kerajaan lain yang berat sebelah, menekan rakyat dan bersifat diskriminasi. Yang lebih mendukacitakan ialah apabila pemberian tunai berkos tinggi ini akan terserlah sebagai suatu polisi ekonomi yang gagal tanpa membebaskan rakyat dari belenggu kesempitan hidup secara efektif pada jangka masa panjang sedangkan beban kepada perbendaharaan negara akan terus meningkat saban tahun. Saya khuatir sekiranya budaya kebergantungan berlebihan ini dibiarkan berterusan selama beberapa dekad, maka segala usaha untuk meningkatkan produktiviti, nilai tambah dan keberdayasaingan negara akan menjadi sia-sia.

Tawaran langkah-langkah untuk memerangi dan seterusnya menghapuskan gejala rasuah di dalam Manifesto Barisan Nasional jelas merupakan suatu lelucon atau lawak jenaka sebagai bahan hiburan rakyat. Berbekalkan kesungguhan politik yang jitu tanpa kepentingan peribadi, hanya pentadbiran Pakatan Rakyat bagi kerajaan pusat yang baharu sahaja yang mampu membanteras secara signifikan wabak rasuah melalui Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN) seperti yang diperincikan dalam manifesto PRU13nya.

Saya akan terus menghuraikan kritikan membina mengenai perkara ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk mengadili keupayaan Manifesto Pakatan Rakyat dalam melaksanakan agenda perubahan seperti yang diimpikan rakyat berbanding Manifesto Barisan Nasional. Proses perbandingan idea dan dasar ini akan menjadi platform utama kempen KEADILAN di dalam PRU13 dengan melibatkan keseluruhan pimpinan, jentera pilihanraya dan semua calon.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum



------------

TER NOWW TER HOTT

Posted: 08 Apr 2013 01:00 AM PDT




BERITA TER NOWW
BERITA TER HOTT
DARI
TV BANGSAR UTAMA
KAH KAH KAH
KAH KAH 
KAH


SENTIASA JAM 
4:00 PETANG
PASTILAH
DI TV BANGSAR UTAMA

-----

BUNUH JANGAN TIDAK BUNUH

Posted: 08 Apr 2013 12:05 AM PDT



CURAH KAN 
LAGI MINYAK
KALAU PISAU TAK TAJAM
TOLONG ASAHKAN
KAH KAH KAH

NOTA:
yang ini berebut kerusi mat zzz
pada hemat gerombolan
kerusi mat zzz ini paling selamat
kerana itu semua sedang  berebut

dikatakan hilmi anak suadara mat zzz pun nak kerusi ini
dikatan menantu mat zzz pun nak kerusi ini

akhirnya mat zzz
sendiri akan jadi calon
kerana mat zzz calon jamin menang

memang betul
memang tepat
 mat zzz  
adalah contoh calon jamin menang
ini kerana mat  zzz tak buat silap atau salah
mat zzz hanya zzzzzzzzzz saje
kah kah kah



Melayu Umno bergaduh dengan Mamak Umno...Hancur BN!


JANGAN LUPA
BERITA TERNOWW
BERITA TER HOTT
DARI TV BANGSAR UTAMA



----------

POLIS DIJADIKAN PEKAKAS KETUANAN MELAYU TAPI GAJI RAKYAT YANG BAYAR

Posted: 07 Apr 2013 10:15 PM PDT


 IKUT ARAHAN
UNITED MALAYS 
NATIONAL ORGANISATION
KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca potongan berita
dari akhbar milik united malays national organisation

amat jelas dari kenyataan ini
dibuktikan bahawa polis dalam negara ini
bukan berkhidmat untuk orang ramai
polis yang digaji oleh orang ramai
sedang berkerja untuk parti ketuanan melayu

ini samalah saperti suruhanjaya pilihan raya
tugas dan kerjanya untuk memenangkan
united malays national organisation
dalam pilihan raya ini

wahai rakyat malaysia
apakah tidak faham faham lagi?

LAGI IKUT ARAHAN


Nyatakan sokongan BN

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 bekas pegawai kanan polis, termasuk tiga bekas Ketua Polis Negara – Tun Mohd Hanif Omar, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Tan Sri Norian Mai. 
Turut sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Ini perjalanan yang amat mencabar, ia bukan mudah, jika kita pilih jalan yang mudah kita tidak akan lakukan perubahan, namun jika tidak lakukan perubahan ketika rakyat menuntutnya, maka akan berlaku pertembungan antara rakyat dan kerajaan, ini sudah tentu tidak sihat," katanya.

IKUT ARAHAN NAJIB


Sementara itu, Abdul Rahim berkata, lebih 250 pegawai kanan PDRM, termasuk berpangkat Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara, menyatakan komitmen dan sokongan mereka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya majoriti bekas anggota dan pegawai kanan PDRM memang sentiasa menyokong kerajaan memerintah negara ini, walaupun mereka kurang berminat menceburi politik atau menjadi ahli mana-mana parti siasah.



TUNGGU DAN NANTI
JAM 4:00 PETANG INI
HANYA DARI TV BANGSAR UTAMA

---------

SATU AMARAN UNTUK DUA MUNKEEE

Posted: 07 Apr 2013 10:00 PM PDT




MUNKEE DUA BERANAK 
TELAH DIBERI TAHU
AWAL AWAL 
TELAH DIBERI AMARAN

DARI FACE BOOK




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI KREATIVITI.... kah kah kah..

kah kah kah...INI KREATIVITI POLITIK..... kah kah kah..

kah kah kah...LEBIH MASUK DARI SERATUS CERAMAH..... mkah kah kah


DI KEDAI BUKU
TIDAK LAMA LAG
I

--------

AKHIRNYA RAHSIA TER BONGGENG

Posted: 07 Apr 2013 08:00 PM PDT





PERJUANGAN 
KETUANAN MELAYU
HALANG 
CHINA KAPIR MASUK MASJID



KOTA BHARU 7 April - Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI HINA PALING HINA.... kah kah kah..

kah kah kah...TER BONG GENG PALING BONG GENG.... kah kah kah..

woit... DULU ORANG RAMAI ADA FIKIR MACAM INI.... kah kah kah..

kah kah kah.... TAPI BELUM SAHEH LAGI.... kah kah kah...

kah kah kah....KINI SAHEH... BUAT MASJID UNTUK BERI KONTREK.... kah kah kah..

kah kah kah..KEMUDIAN  CERITA INI TAMBAH SYIOK....kah kah kah..

kah kah kah..JUAL KONTREK PADA  KONTREKTOR  CHINA.... kah kah kah..

kah kah kah... LEPAS ITU GERPMBOLAN HEBOH  BERJUANG UNTUK ISLAM.... kah kah kah..

kah lkah lkah...CHINA KAPIR TAK BOLEH MASUK MASJID.... kah kah kah

NOTA

perjuangan islam ketuanan melayu
aialah menghalang china kapir masuk masjid
tapi buat masjid okay
kah kah kah


SEBUAH BUKU 
HISHAMUDDIN RAIS

--------

TUNGGU DAN NANTI HARI INI JAM 4:00 PETANG

Posted: 07 Apr 2013 07:30 PM PDT




BERITA TERNOWW
BERITA TERHOTT
JAM 4:00 PETANG
DARI TV BANGSAR UTAMA


APA BERITA HARI INI
APA YANG TER NOWW
APA YANG TER HOTT
NANTI DAN TUNNGU

KALAU ADA
YANG TERCICIR
DI ULANG SEKALI LAGI

SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS
AKAN TERBIT TIDAK  LAMA LAGI

----------

KETUANAN MELAYU PUNCA MASAALAH

Posted: 07 Apr 2013 07:22 PM PDT



TUNGGU DAN NANTI
TV BANGSAR UTAMA
HARI INI JAM 4:00 PETANG


Angkatan Muda Keadilan Malaysia 
8 APRIL 2013

Jangan Lupa BN Merupakan Penyebab Masalah Negara

Najib Razak akhirnya mengumumkan manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) semalam, antaranya menyebut tentang 17 janji dan 6 sebab untuk menyokong BN. Dengan janji-janji itu, sekali lagi Najib cuba menutupi fakta bahawa BN merupakan penyebab kepada permasalahan negara.

Apabila BN mengharapkan mandat daripada rakyat, parti yang telah memegang kuasa selama lebih daripada separuh abad ini sepatutnya menilai kembali pencapaian dalam pelbagai aspek, termasuk ekonomi, politik, pelestarian alam sekitar, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Pengundi perlu menilai pencapaian sesebuah parti, bukan terpengaruh oleh janji yang dibuat pada saat-saat sebelum pilihan raya.

Hakikatnya, manifesto pilihan raya BN penuh dengan tipu daya. BN bertekad untuk membasmi ancaman rasuah, tetapi kes Ketua Menteri Sabah menerima sogokan RM40 juta berserta kekayaan RM64 bilion yang dimiliki oleh kaum kerabat Taib Mahmud membuktikan janji BN hanya omong kosong. Kenapa tiada tindakan selanjutnya diambil? Di manakah iltizam politik BN untuk memerangi rasuah? Menjelang pilihan raya, sekali lagi janji kosong sebegini dilaungkan.

Manifesto BN menyentuh tentang pemeliharaan sumber semula jadi dan pelaburan tenaga hijau. Ironinya, isu Lynas masih hangat diperdebatkan. Pertubuhan rakyat dan Kerajaan Pakatan Rakyat berusaha untuk menyekat operasi Lynas dan segala projek pembangunan yang mengancam alam sekitar. Kerajaan BN tidak mengendahkan bantahan rakyat dan sanggup menggadaikan nyawa rakyat demi kepentingan ekonomi jangka pendek. Maka, hasrat Kerajaan BN untuk membangunkan tenaga hijau tampaknya sungguh tidak meyakinkan.

Usul politik BN umpama laungan kosong. BN lemah dari segi keupayaan untuk berubah. Najib menegaskan bahawa transformasi memerlukan masa dan segala-galanya masih dalam proses perubahan. Namun, Kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya membawa perubahan yang ketara. Penyelesaian masalah bergantung pada kesungguhan untuk berubah.

Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan pembidaan tender secara terbuka dan adil, sekali gus mengelakkan kemungkinan berlakunya kes rasuah. Kerajaan Pakatan Rakyat juga terus-menerus menggalakkan penyertaan kaum wanita dalam aktiviti sosial dan menyediakan pelan perlindungan sosial. Sebaliknya, dalam tempoh lebih daripada 50 tahun, BN hanya berulang kali menegaskan usul politik yang sudah lapuk. Ternyata BN belum bersedia untuk mentransformasikan seluruh jentera kerajaannya dari akar umbi hinggalah ke pucuk kepimpinan teratas.

Najib pernah mengusulkan dasar bantuan ke atas golongan kurang bernasib baik yang berlandaskan haluan pasaran ekonomi, yakni memperuntukkan cukai perkhidmatan kerajaan (GST) untuk membiayai perbelanjaan kebajikan. Bantahan rakyat menggagalkan rancangan Najib. Tetapi sekiranya BN menang dalam pilihan raya, GST akan tetap dilaksanakan. Dari segi dasar kebajikan, Kerajaan Pakatan Rakyat menambahkan pendapatan kerajaan menerusi pengurusan yang efisien dan pembasmian kes rasuah. Keuntungan yang dijana dikongsi bersama rakyat.

Saya menyeru semua pengundi supaya menilai secara mendalam. Polisi kebajikan yang dicadangkan oleh BN bukanlah niat ikhlas daripada kerajaan Najib. BN menyedari kemungkinan besar untuk kalah dalam pilihan raya kali ini. Jadi, untuk memancing hati para pengundi, BN cuba mengutarakan idea kebajikan (yang tidak dirancang dengan teliti) bagi mempertahankan kedudukan politik. Sebenarnya, kebajikan yang dinikmati adalah atas usaha rakyat, bukan pemberian daripada BN.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia


SEBUAH BUKU
HISHAMUDDIN RAIS

----------

Tiada ulasan: