Jumaat, 5 April 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Umno Perkuda Kakitangan Kerajaan Untuk Kempen Politik..Apa Dah Jadi.Tak Boleh Bezakan Ke Parti Dengan Kerajaan?

Posted: 05 Apr 2013 12:50 AM PDT


gambor hiasan
             Dengar dengar cerita,Umno telah mengunakan Pegawai Daerah untuk memanggil semua pegawai Jabatan Pertanian Titi Gantong Perak untuk mendengar ceramah mereka di Komplek Pertanian Titi Gantung pagi semalam.Tujuaan nya ialah berkempen politik kepada pegawai pegawai kerajaan ini.Namun butiran sebenar kempen adalah tidak diketahui.Ada dikalangan kakitangan kakitangan  yang sedar tentang keadaan politik semasa terpaksa mengambil cuti tahunan untuk mengelakkan diri dari mendengar kempen kempen tersebut.Parti parti politik sepatutnya tidak mengunakan masa kerja kakitangan kerajaan kerana masa kerja mereka sepatutnya digunakan untuk membuat tugasan tugasan yang bersangkutan dengan jabatan mereka untuk kepentingan rakyat.Mengambil masa kerja kakitangan ini dianggap sebagai suatu penyalahgunaan kuasa.Kena ada pengasingan yang jelas antara parti dan kerajaan.Ianya bukan nya suatu yang saling bertindan.

gambor hiasan
                Sebenarnya perkara yang sama telah berlaku beberapa bulan yang lalu.Pengetua Sekolah telah dipergunakan untuk Umno berkempen.Dalam kes ini Pengetua Sekolah sendiri telah berkempen untuk Umno di sebuah hotel di Seri Iskandar.Biasanya kempen kepada kakitangan kerajaan ini,pemimpin Umno akan mengantikan perkataan sokong Umno dengan "sokong Kerajaan".Pemimpin Umno tidak pandai membezakan antara kerajaan dengan parti politik.Ini adalah kerana kedangkalan mereka dalam mendefinasikan maksud demokrasi yang sebenar benarnya.Begitu hebatnya politik Umno/BN dalam memanipulasi keadaan.

Msinc-Tak berjumpa lagi bukti bukti kempen di hotel berkenaan.kalau dapat nanti akan dipersembahkan kepada tuan tuan.

Anwar Akan Bertanding Di Perak?Kami Tunggu Keputusannya..

Posted: 05 Apr 2013 12:44 AM PDT

Bukan tidak sayang Permatang Pauh - DSAI


PERMATANG PAUH: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) bersedia untuk bertanding di Perak bagi meningkatkan prestasi Pakatan Rakyat serta menunjukan sikap terbuka dan berani berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Beliau bercakap pada wartawam sebelum menyampaikan tazkirah Jumaat di Masjid Jamek Sama Gagah, Permatang Pauh tengahari tadi.

Jelasnya, bukan tidak sayangkan Permatang Pauh tetapi kerana membuka ruang bagi memenangkan kerusi parlimen mesti berani bertindak dengan tujuan mempromosikan pejuangan membentuk negera yang lebih sejahtera.

"Kehendak rakyat mesti dihormati.  Sentimen dan kemahuan rakyat saya terpaksa memikirkan untuk bertindak demikian. Apa pun ia bukan muktamad lagi," tegasnya.

Lagi pun tujuan tersebut, untuk mengimbangi kekuatan Pakatan Rakyat di mana di Kelantan iaitu Pantai Timur ada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Di Pulau Pinang ada Lim Guan Eng maka kedudukan di tengah sangat penting.

Beliau berpesan pada jentera agar lebih menumpukan terhadap gerak kerja menambah baikan yang mana lemah tanpa mempertikaikan arahan parti termasuk pencalonan semasa pilihanraya umum ke 13 kelak.

Menyentuh mengenai sikap pihak keselamatan yang masih tidak bertindak terhadap gejala samseng UMNO yang sering megacau dan kadang-kadang membaling batu ke arah program Pakatan Rakyat beliau berkata, ia masih tidak profesional.

"Sepatutnya sebagai pihak yang menjagai keselamatan negara mesti bersikap profesional jangan menyebelahi pihak yang tidak bertamadhun dan kuno.  Mereka boleh panggil semua parti di Malaysia untuk menerangkan mana yang boleh dilakukan dan tidak, " jelasnya.

Mahu kekalkan Anwar

Ura- ura perpindahan Anwar sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokongnya.

Malahan rakyat yang mahukan beliau kekal di Permatang Pauh yakni tempat beliau mula bertapak dalam arena politik tanahair sejak pengumumanya menyertai UMNO oleh Perdana Menter ketika itu Tun Dr Mahathir Mohammed.

Sejak itu beliau terus menang sehinggalah dipecat oleh 'tuanya' sendiri apabila berlakunya pertembungan cara berfikir dengan Dr M.

Ketika beliau dipenjarakan kerana dakwaan kes liwat, isterinya, Datin Seri Dr Wan bAzizah Wan Ismail sebagai Presiden Parti Keadilan Nasional (PKN) waktu itu menang dengan majoriti besar mengalahkan calon Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2004 Parlimen Permatang Pauh sekali lagi melakar sejarah apabila kekal berkuasa walaupun banyak kerusi pembangkang  kalah.

Anwar bila keluar penjara disarankan bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan pertambahan majoriti untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Justeru itu, pendapat ramai alangkah baiknya beliau terus kekal di Permatang Pauh untuk memacu Pakatan Rakyat ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri ke tujuh Malaysia./HarakahDaily

UPDATED Anwar Isytihar Calon Parlimen Bagi Kawasan Lumut Dan Padang Rengas.Beri Tempoh 24 Jam Utk Buat Keputusan Tandingi Parlimen Di Perak.

Posted: 04 Apr 2013 05:28 PM PDT


Semalam di Batu 2 Pekan Gerik telah berlangsung Ceramah Umum yang melibatkan pemimpin besar Pakatan Rakyat antaranya ialah YB Nizar Jamaludin,Mohd Nur Manuty,4 Jeneral dan Dato Seri Anwar Ibrahim.Pengerusi Majlis ialah Saudara Anuar Zakaria,Setiausaha Keadilan Perak.

Program ini telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk setempat.Paling mengagumkan ialah kehadiran masyarakat Tionghua yang bergitu tinggi pada malam itu.Ceramah ini juga mendapat sambutan dari golongan anak muda.Kehadiran DSAI merupakan suatu ledakan besar terhadap gelombang kebangkitan rakyat di daerah ini.Kira kira 10,000 orang telah hadir pada malam itu.

YB Nizar
Diakhir ucapan DSAI telah mengumumkan dua nama untuk mengisi tempat di Parlimen Lumut dan Padang Rengas.Laksamana (B) Muhammad Imran di Lumut dan Dr Mior (Ketua AMK Perak ) di Parlimen Padang Rengas.Pemilihan calon calon ini adalah kerana sumbangan dan gerakkerja mereka yang baik didalam perjuangan.DSAI Beri Tempoh 24 Jam Utk Buat Keputusan Tandingi Parlimen Di Perak kerana perlu berbincang lagi dengan rakan rakan di Parlimen Permatang Pauh.Beliau memohon agar pengundinya di Permatang Pauh tidak berkecil hati sekiranya membuat keputusan bertanding di Perak.

 "Saya dah sembilan tahun di Perak, tujuh tahun (di Kolej Melayu Kuala Kangsar),dari Tingkat Satu hingga Tingkat Enam dan dua tahun di Kamunting (Pusat tahanan ISA).
"Takkanlah saya tak boleh bertanding di Perak," kata tambahnya lagi.


Tiada ulasan: