Addin |
- Punca Anwar Kekal Di Permatang Pauh Tersebar
- Sah!! Anwar Bertanding Permatang Pauh
- Punca Najib Tergesa-Gesa Beli Senjata Sebelum Bubar Parlimen?
- Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dapat Layanan VVIP Di Parlimen
- Ku Li Tidak Tersenarai Calon Umno BN?
- Rupanya Ini Punca Penasihat Agama Zambry Kadir Tak Bertanding PRU 13
- Punca Lim Guan Eng Bubar DUN Pulau Pinang Pada Hari Jumaat Tersebar..
- Bijak!! Anwar Umum Laksamana (B) Imran Tanding Parlimen Lumut
Punca Anwar Kekal Di Permatang Pauh Tersebar Posted: 05 Apr 2013 04:00 PM PDT Teka teki berhubung status di mana bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Anwar Ibrahim akan bertanding akhirnya terjawab sebentar tadi.Ramai yang sudah meramalkan Anwar kekal di kubu kuatnya sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada tahun 1982 atas tiket Umno, setahun selepas menyertai parti itu atas usaha bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mahu mengekang pengaruh Islamik Anwar dalam ABIM. Biarpun terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun atas fitnah, juga disebabkan Mahathir, namun Permatang Pauh tidak pernah luput di hatinya.Melihatkan begitu ramai yang menanti kepulangan hero mereka, berduyun-duyun menyerbu Anwar hingga ke dalam masjid semata-mata merayu supaya hasratnya untuk bertanding di parlimen Tambun, Perak, kira-kira 160 kilometer dari selatan Permatang Pauh dibatalkan. Rekod Anwar yang cemerlang hingga menjadi ikon anak muda berdisiplin di kawasan parlimennya membuatkan hatinya begitu berat untuk menolak permintaan mereka tambahan pula lebih 6,000 pengundi muda dan kali pertama mengundi bersedia untuk mengundinya sekali lagi, kali ini bukan mahu mengangkatnya menjadi ketua pembangkang tetapi sebagai Perdana Menteri kedua dari negeri ini selepas Abdullah Badawi yang mewakili parlimen Kepala Batas. Dikhabarkan, Teka teki berhubung status di mana bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Anwar Ibrahim akan bertanding akhirnya terjawab sebentar tadi.Ramai yang sudah meramalkan Anwar kekal di kubu kuatnya sejak memenangi kerusi itu kali pertama pada tahun 1982 atas tiket Umno, setahun selepas menyertai parti itu atas usaha bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang mahu mengekang pengaruh Islamik Anwar dalam ABIM.Biarpun terpaksa merengkok dalam penjara selama enam tahun atas fitnah, juga disebabkan Mahathir, namun Permatang Pauh tidak pernah luput di hatinya. Melihatkan begitu ramai yang menanti kepulangan hero mereka, berduyun-duyun menyerbu Anwar hingga ke dalam masjid semata-mata merayu supaya hasratnya untuk bertanding di parlimen Tambun, Perak, kira-kira 160 kilometer dari selatan Permatang Pauh dibatalkan.Rekod Anwar yang cemerlang hingga menjadi ikon anak muda berdisiplin di kawasan parlimennya membuatkan hatinya begitu berat untuk menolak permintaan mereka tambahan pula lebih 6,000 pengundi muda dan kali pertama mengundi bersedia untuk mengundinya sekali lagi, kali ini bukan mahu mengangkatnya menjadi ketua pembangkang tetapi sebagai Perdana Menteri kedua dari negeri ini selepas Abdullah Badawi yang mewakili parlimen Kepala Batas. Dikhabarkan, ada juga bantahan berhubung hasrat Anwar dari kelompok nakal yang ditaja Umno bahagian namun ia tidak menjadi kenyataan.Hubungan antara Anwar dengan pengundi setianya ibarat seperti satu keluarga besar, sudah lama bertepuk tampar hatta wanita Umno sendiri ada yang sayu jika Anwar tetap mahu ke Tambun.Keputusannya boleh disifatkan sangat wajar walaupun blogger Umno menempelak Anwar konon pengecut setelah Anwar mengumumkan akan bertanding sama ada di Perak atau Selangor minggu lalu. Ia sekaligus mematikan hujah Najib Altantuya yang kononnya Anwar tidak mengenang budi pengundinya seperti mana dirinya yang mahu kekal di Pekan, walaupun umum mengetahui kemenangan Najib Altantuya adalah kerana undi pos tentera di kem Pulau Manis dan kebanjiran rakyat Kemboja yang disorokkan dengan ditempatkan di satu tempat untuk menanam nanas! Orang Umno luar Permatang Pauh pasti tidak mengerti betapa hubungan istimewa Anwar dan isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail yang pernah mewakili kerusi ini sepenggal sudah tidak dapat dipisahkan lagi.Biarkan mereka memaki hamun kononnya keputusan 'flip flop' Anwar ini hanya 'mengacau' demam politik negara selepas parlimen dibubarkan Rabu lalu. Hakikatnya di mana pun Anwar bertanding, pemimpin Umno pasti akan terkencing dalam seluar seperti yang dibuktikan oleh kenyataan BEKAS menteri besar HARAM Perak, Zambry Kadir dan BEKAS menteri pertahanan, Zahid Hamidi konon akan menamatkan riwayat politik Anwar tidak kira di mana dia bertanding di negeri itu.Walaupun ditempelak Abdullah Badawi sebentar tadi menerusi satu kenyataannya sejurus mengetahui pengumuman Anwar bahawa kononnya Anwar takut kalah jika bertanding selain Permatang Pauh, itu sudah cukup membuatkan mentaliti bekas perdana menteri ini tak ubah seperti Mahathir yang cukup gerun dengan karisma Anwar bakal dilantik sebagai perdana menteri. Pastilah pada masa itu, kekayaan dan harta anak beranak yang tersimpan di dalam mahupun luar negara akan dibongkar satu persatu hingga tidak ada tempat lain yang layak dihuni melainkan sel penjara di Sungai Buloh atau mencuba nasib masing-masing lari ke luar negara.Kini masa untuk berspekulasi tamat dan keputusan Anwar kekal di kawasan tradisinya akan membolehkannya membantu jentera Pakatan Rakyat di negeri lain terutama di Selangor yang kini diserang bala tentera upahan Najib Altantuya yang kini menunggu jalan keluar dari Sri Perdana selepas pilihanraya umum tiga minggu lagi. Samaada juga bantahan berhubung hasrat Anwar dari kelompok nakal yang ditaja Umno bahagian namun ia tidak menjadi kenyataan.Hubungan antara Anwar dengan pengundi setianya ibarat seperti satu keluarga besar, sudah lama bertepuk tampar hatta wanita Umno sendiri ada yang sayu jika Anwar tetap mahu ke Tambun.Keputusannya boleh disifatkan sangat wajar walaupun blogger Umno menempelak Anwar konon pengecut setelah Anwar mengumumkan akan bertanding sama ada di Perak atau Selangor minggu lalu. Ia sekaligus mematikan hujah Najib Altantuya yang kononnya Anwar tidak mengenang budi pengundinya seperti mana dirinya yang mahu kekal di Pekan, walaupun umum mengetahui kemenangan Najib Altantuya adalah kerana undi pos tentera di kem Pulau Manis dan kebanjiran rakyat Kemboja yang disorokkan dengan ditempatkan di satu tempat untuk menanam nanas!k Umno luar Permatang Pauh pasti tidak mengerti betapa hubungan istimewa Anwar dan isterinya yang juga Presiden KEADILAN, Wan Azizah Wan Ismail yang pernah mewakili kerusi ini sepenggal sudah tidak dapat dipisahkan lagi. Biarag mereka memaki hamun kononnya keputusan 'flip flop' Anwar ini hanya 'mengacau' demam politik negara selepas parlimen dibubarkan Rabu lalu.Hakikatnya di mana pun Anwar bertanding, pemimpin Umno pasti akan terkencing dalam seluar seperti yang dibuktikan oleh kenyataan BEKAS menteri besar HARAM Perak, Zambry Kadir dan BEKAS menteri pertahanan, Zahid Hamidi konon akan menamatkan riwayat politik Anwar tidak kira di mana dia bertanding di negeri itu. Walaupun ditempelak Abdullah Badawi sebentar tadi menerusi satu kenyataannya sejurus mengetahui pengumuman Anwar bahawa kononnya Anwar takut kalah jika bertanding selain Permatang Pauh, itu sudah cukup membuatkan mentaliti bekas perdana menteri ini tak ubah seperti Mahathir yang cukup gerun dengan karisma Anwar bakal dilantik sebagai perdana menteri. Pastilag pada masa itu, kekayaan dan harta anak beranak yang tersimpan di dalam mahupun luar negara akan dibongkar satu persatu hingga tidak ada tempat lain yang layak dihuni melainkan sel penjara di Sungai Buloh atau mencuba nasib masing-masing lari ke luar negara.Kini masa untuk berspekulasi tamat dan keputusan Anwar kekal di kawasan tradisinya akan membolehkannya membantu jentera Pakatan Rakyat di negeri lain terutama di Selangor yang kini diserang bala tentera upahan Najib Altantuya yang kini menunggu jalan keluar dari Sri Perdana selepas pilihanraya umum tiga minggu lagi. ~jalan pulang |
Sah!! Anwar Bertanding Permatang Pauh Posted: 05 Apr 2013 09:29 AM PDT Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini akhirnya membuat keputusan akan kekal bertanding kerusi Permatang Pauh dalam pilihan raya umum akan datang. Pengumuman itu dibuat Taman Pauh dalam kawasan Parlimen itu, di hadapan ribuan penyokong Pakatan Rakyat, beberapa hari selepas beliau menyatakan kemungkinan bertanding di Perak. Katanya, beliau membuat pilihan itu kerana hubungannya dengan penduduk Permatang Pauh seperti keluarga sendiri, yang sentiasa menyokongnya dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, katanya, pada 2004 ketika beliau tidak bertanding, pengundi tetap memilih isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. "Saya balik kampung ada seorang beritahu saya, mana boleh perdana menteri akan datang dari Tambun," katanyaSiang tadi, Anwar berkata, sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, dia akan memilih Permatang Pauh. Beliau kini mengecilkan pilihannya kepada hanya dua kerusi.Sekiranya beliau tidak bertanding di Tambun, beliau akan meletakkan Siti Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail di situ, kata Anwar. Anwar berkata, jika bertanding di Perak, beliau harus menumpukan sepenuhnya di negeri itu dan tidak boleh lagi pusing seluruh negara pada waktu berkempen. "Saya tidak boleh hanya turun pada hari penamaan calon, kemudian pergi kempen di negeri lain," katanya di hadapan kira-kira 300 orang di Kubang Semang hari ini.Katanya, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR juga tidak begitu setuju beliau bertanding di Perak dan lebih gemar beliau tetap tinggal di Permatang Pauh. ~mkini |
Punca Najib Tergesa-Gesa Beli Senjata Sebelum Bubar Parlimen? Posted: 05 Apr 2013 07:09 AM PDT GERIK 5 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang tergesa-gesa membeli peralatan persenjataan, hanya seminggu sebelum Parlimen dibubar. "Seminggu sebelum bubar, beli lagi senjata RM4 bilion, tak sabar. Sain (tandatangan) cepat-cepat," katanya depan hampir 10,000 orang pada Jelajah Merdeka Rakyat di sini, malam tadi. Ketua Umum KEADILAN itu tekad membatal kontrak itu sebaik sahaja Pakatan Rakyat menawan Putrajaya dengan mengambil kira nasihat pegawai tentera. "Kita menang, saya batalkan kontrak. Kita minta (pandangan) pegawai tentera, kena tanya orang yang pakar. Mana ada orang tahu semua bidang, jadi jangan takbur," katanya. Beliau berkata, masalah keselamatan dan pertahanan yang berlaku dalam negara ini berlaku akibat ia dikendali oleh orang yang tidak berkelayakan khususnya kroni Umno BN. "Kalau alatan pertahanan laut, serahkan urusan ini kepada Laksamana (B) Imran Abdul Hamid sebab dia berpengalaman, bukan bagi pada kroni Umno. "Kalau tidak, mereka pilih senjata yang boleh dapat komisen yang banyak. Macam kes beli dua kapal selam (Scorpene), komisen RM500 juta," katanya. ~keadilandaily |
Dalang Pencerobohan Lahad Datu Dapat Layanan VVIP Di Parlimen Posted: 05 Apr 2013 03:30 AM PDT Lihat dengan mata kepala sendiri betapa dalang pencerobohan Lahad Datu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, yang kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), dilayan macam VVIP oleh Menteri jaga Parlimen Nazri Aziz, di bangunan Parlimen sendiri. Rakyat maukan penjelasan mengapa beliau diberikan sebegitu hebat sekali mengalahkan tetamu agung luar negara. Jadi jelaslah pada rakyat bahawa dalang Pencerobohan Lahad Datu ini cukup rapat dengan beberapa pemimpin UMNO/BN malahan beliau bolehlah dianggap sebagai penyokong cukup tegar lagi totok UMNO/BN. ~omakkau |
Ku Li Tidak Tersenarai Calon Umno BN? Posted: 05 Apr 2013 01:21 AM PDT Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat. Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik. Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN. Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar. Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN. Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat.~ penarik beca |
Rupanya Ini Punca Penasihat Agama Zambry Kadir Tak Bertanding PRU 13 Posted: 05 Apr 2013 12:06 AM PDT Apakah sebab sebenar seorang BEKAS ADUN Umno yang mengumumkan tidak akan bertanding dalam plilihanraya umum tidak lama lagi? Penasihat Agama kepada BEKAS menteri besar HARAM Perak, Najmudin Elias Al Hafiz yang mengumumkan hasrat tidak bertanding kelihatan menangis teresak-esak apabila mengumumkan hasratnya Tambah Najmuddin, keputusan itu yang dibuat atas dasar rela hati kononnya bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada hal ehwal agama Islam dan berdakwah. "Saya akan memberi sokongan penuh kepada sesiapa juga calon Barisan Nasional (BN) di DUN Batu Kurau," katanya kepada pemberita di Ipoh semalam. Katanya, langkah beliau mengumumkan lebih awal itu juga bagi memudahkan Pengerusi BN Perak, Zambry Abdul Kadir membuat keputusan. Beliau juga berpandangan muka baharu BN tidak akan menghadapi masalah bertanding di DUN Batu Kurau kerana kawasan itu kubu kuat BN. Perkara itu, katanya, dapat dilihat pada jumlah undi majoriti yang diperolehinya pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu sebanyak 2,439 undi, sedangkan kawasan lain dilanda tsunami politik. Pada Pilihan Raya Umum 2008, Najmuddin berjaya mempertahankan kerusi DUN Batu Kurau dengan 7,023 undi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Hamid Ali yang memperoleh 4,584 undi. Dakwanya, pengundi DUN Batu Kurau masih lagi memerlukan khidmatnya tetapi oleh kerana beberapa perkembangan menarik berlaku dalam DUN ini, ada lebih baik dia awal-awal lagi berundur kerana memegang status seorang 'ahli agama' dan reputasinya bakal terjejas sekiranya kalah. Tindakan Najmudin patut dipuji kerana sudah mengetahui BN tidak mampu mempertahankan kuasa selepas merampas negeri ini secara haram pada 4 Februari 2009. Rasanya inilah balasan kepada seorang ahli agama yang sanggup bersekongkol mempertahankan kuasa secara haram tanpa memikirkan apa yang akan berlaku beberapa tahun kemudian. Tetapi, persoalan yang bermain di fikiran pengundi adalah, apakah dia benar-benar tidak mahu bertanding atau dipaksa untuk berundur ataupun sudah menghidu kekalahan di DUN tersebut? Hanya masa yang akan menjawab segala persoalan ini. ~jalan pulang |
Punca Lim Guan Eng Bubar DUN Pulau Pinang Pada Hari Jumaat Tersebar.. Posted: 04 Apr 2013 06:59 PM PDT Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, beliau memilih tarikh 3 April 2013 untuk membubarkan Parlimen kerana mahu menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya. Najib menegaskan, tarikh empat tahun penting bagi sesebuah kerajaan yang memerintah kerana ia membolehkan rakyat menilai keberkesanan dasar transformasi dalam kerajaan, ekonomi, politik dan sosial yang beliau perkenalkan. Itu adalah apa yang dilaporkan oleh Lidah Rasmi UMNO.. Najib seorang pemimpin parti perkauman Melayu yang berugama Islam memilih tarikh 3 April 2013 iaitu hari Rabu lalu untuk menggenapkan tempoh empat tahun pentadbirannya.. Pagi tadi (4 April 2013) Lim Guan Eng menghadap TYT Pulau Pinang bagi memohon pembubaran DUN Pulau Pinang, beliau mencadangkan agar esok (Jumaat) dipilih sebagai hari pembubaran dan diterima oleh TYT Pulau Pinang.. Apahal pulak Guan Eng pilih hari Jumaat yang tarikhnya ialah 5 April 2013 untuk membubarkan DUN Pulau Pinang? "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jumaat, penghulu segala hari." Tak percaya Guan Eng kata macam tu?.. Tengok video di bawah di sini. Najib pilih Rabu untuk bubar Parlimen sebab nak cukupkan tempoh empat tahun pentadbirannya... Tapi Guan Eng pulak pilih Jumaat sebab Jumaat, penghulu segala hari.. ~anak sungai derhaka |
Bijak!! Anwar Umum Laksamana (B) Imran Tanding Parlimen Lumut Posted: 04 Apr 2013 05:50 PM PDT Tindakan bijak.. dengan mungumumkan Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid sebagai calon PKR di Parlimen Lumut memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk menarik sebanyak mungkin undi anggota tentera laut di pengkalan TLDM di Lumut. Syabas buat PKR dan Pakatan rakyat yang membarisi calon-calon yang berwibawa yang membawa legasi Pakatan Rakyat untuk menuju Putrajaya.
|
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan