Rabu, 24 April 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Warga Emas Tidak Lagi Selamat Dirumah ..Orang Jahat Sudah Terlalu Ramai..Mana Menifesto BN Untuk Turunkan Kadar Jenayah?

Posted: 24 Apr 2013 02:05 AM PDT


Ustaz Zulkifly Ibrahim Sedang Menyantuni Warga Emas
Seorang warga emas Kg Telok Bakong kerugian hampir RM5000 kerana disamun oleh 2 orang lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB).Kejadian yang berlaku pada tengahari semalam melibatkan seorang wanita berumur 70an yang berseorangan dirumahnya didatangi oleh dua orang lelaki yang memperkenalkan diri mereka sebagai pekerja TNB.

Keselamatan Warga Emas Musti Diberi Keutamaan
 Mereka kononnya menyatakan lawatan itu adalah untuk menyiasat berikutan adanya laporan bil letrik yang tinggi.Mereka telah meminta kad pengenalan dari mangsa.Kemudiannya salah seorang dari penyamar berkenaan meminta mangsa menunjukkan meter letrik.Mangsa telah membawa seorang penyamar berkenaan naik ketingkat atas uuntuk melakukan pemeriksaan keatas meter api.Mangsa telah kedapur sekejap.Apabila mangsa kembali,kedua dua penyamar telah menghilangkan diri.Mangsa telah memeriksa beg duitnya dan mendapati wang tunai serta barang barang kemasnya telah diambil oleh kedua dua orang yang tidak dikenali itu.


Lapuran polis telah dibuat.Dua buah kereta polis telah bergegas kesana untuk menyiasat dan mengambil maklumat lanjut.Setelah berita ini tersebar,rupa rupanya kejadian yang sama telah berlaku di kampong sebelah iaitu Kg Padang Changkat.Sebenarnya kes seumpama ini telah di war warkan dalam Radio Perak.Sebelum nya satu kejadian ragut melibatkan warga emas pernah dilapurkan belaku di Telok Bakong.

Diharap warga emas yang bersendirian akan lebih berhati hati dengan keselamatan diri masing masing.Dengan keadaan ekonomi yang merudum dibawah pemerintahan Barisan Nasional,dijangkakan kejadian jenayah akan terus meningkat,sekiranya mereka terus memerintah.Oleh itu,lakukan perubahan supaya Negara ditadbir oleh mereka mereka yang amanah dan adil agar ekonomi Negara dapat dimantapkan dan membawa kepada penurunan kadar jenayah.

Pernah Tak Tengok Tali Gantung Yang Sebenar?..Hukum Hudud Suatu Perbincangan

Posted: 23 Apr 2013 05:07 PM PDT

Tiada Hukuman Gantung Dalam Undang Undang Islam

Hukuman Gantung Adalah Menyakitkan

Dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 3: Ugama bagi Persekutuan (1) Ugama Islam ialah Ugama Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana mana bahagian Persekutuan ",tetapi ianya tidak dinikmati oleh ugama Islam.

Apabila umat Islam di Malaysia hendak beramal dengan Kanun Jinayah Syariah,termasuk bab hudud,qisas,ta'zir dan diat,maka di dalam Perlembagaan Persekutuan melarang pemakaiannya.Contohnya,Enakmen Jinayah Syariah Negaeri Kelantan dan Terenganu,walaupun sudah dapat perkenan Sultan Kelantan dan Terenganu,tetapi pihak Polis dan pendakwaraya enggan menguatkuasakan undang undang ini,atas halangan Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan dan Pemerintahan Umno/BN.

Selagi undang undang Enakmen Jinayah Syariah tidak dapat dilaksanakan kepada umat Islam dan Undang undang Malaysia Kanun Keseksaan Akta 574,masih lagi dikuatkuasakan kepada umat Islam oleh kerajaan Umno/BN,maka mereka yang menyokong dan mengundi kerajaan Umno/BN secara jelasnya telah terjebak melakukan syirik kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Sila rujuk mustika hadith no 5,ms 32 dan 33 terbitan bahagian agama Jabatan Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Tun Abdul Razak menyatakan,

Dari Abdullah Bin Mas'ud ra katanya Rasulullah saw bersabda,"Sesiapa yang mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Allah,masuklah ia kedalam neraka"(Bukhari dan Muslim).

Sheikh Abdullah Basameh antara lain menghuraikan:-Demikian juga amatlah salahnya menerima sebarang undang undang dan peraturan atau hukum hakam yang diadakan oleh yang lain dari Allah,kecuali sekadar yang berdasarkan aturan,kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw.

Ada pun Undang Undang Malaysia Kanun Keseksaan,Akta 574 yang digunapakai di mahkamah kerajaan UMNO/BN adalah sah bukan dari hukum hakam Allah dan bukan juga dari Rasulullah saw.

Contoh:
Seksyen 302,Seksaan bagi kesalahan membunuh orang,gantung sampai mati,tiada peluang oleh waris dan bayaran diat
Seksyen 323,seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera,penjara 1 tahun dan denda.
Seksyen 376 rogol,penjara 5 tahun dan sebatan.
Seksyen 379 Hukuman bagi kesalahan mencuri adalah dipenjara 7 tahun dan denda.dll

Ada pun contoh undang undang diatas adalah syirik.

Sumber Risalah Edaran Pas Parit.
Gambar Ehsan:Encik Isma

Tiada ulasan: