Anak Sungai Derhaka |
- Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.. Saksikan!!
- Polis bagi amaran kepada Barisan Nasional ke ni?
- Gambar Petugas cedera 'Teruk' dalam insiden letupan di ceramah BN Nibong Tebal tersebar!!.. Saksikan betapa parahnya dia...
- Gentar melihat ceramah Husam disambut luar biasa, Samseng UMNO halang perjalanannya kesana.. (Video Inside)
Gambar Mahathir melanggar Akta Pilihanraya tersebar!!.. Saksikan!! Posted: 24 Apr 2013 06:05 AM PDT Sejak pihak risikan memaklumkan data menunjukan sokongan anggota TLDM di Lumut terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat , UMNO semakin gelisah.. Tambahan pula ianya bakal mengugat dua Kerusi penting milik BN iaitu DUN Pangkor (MB Perak - Zambry) dan Parlimen Lumut (Menteri Pengangkutan - Kong Cho Ha). Oleh itu UMNO/BN 'terpaksa' melakukan apa saja hatta melanggar akta pilihanraya.. Pada 23 April (semalam) dengan menganggap harta Kerajaan itu harta Mak bapak depa.. Mahathir telah diterbangkan khas menggunakan helikopter Nuri dari Kuala Lumpur ke Pengkalan Tentera Laut di Lumut, Perak. Tujuannya ialah untuk menyampaikan ceramah mengenai perpaduan Ummah menjelang PRU13 ini kononnya.. Tetapi menurut beberapa individu yang dipaksa menghadirinya, mereka mempersoalkan akan Ceramah tersebut ianya seolah-olah mengambarkan tiada perpaduan di dalam anggota TLDM dan apa yang disemai oleh Mahathir di sini ialah perasaan perkauman.. Apa yang dilakukan oleh Mahathir demi menyelamatkan UMNO/BN yang lemah dibawah pentadbiran Najib ialah satu perbuatan yang melanggar akta pilihanraya. Beliau bukan sahaja telah menyalahgunakan harta Kerajaan Malaysia bagi kepentingan UMNO/BN malah beliau juga telah berpolitik hingga ke dalam Kem Tentera. Mahathir yang sudah bersara kini bertungkus lumus berkempen bagi memastikan kemenangan BN dalam PRU13 ini.. Apakah yang menyebabkan Mahathir terlalu TAKUT jika BN kalah?.. sehingga beliau kelihatan amat gelabah jika di bandingkan dengan Pak Lah? Persoalan ini pasti terjawab andaikata UMNO/BN ditolak rakyat pada PRU 13 ini.. Oleh itu UNDILAH CALON-CALON PAKATAN RAKYAT!! |
Polis bagi amaran kepada Barisan Nasional ke ni? Posted: 24 Apr 2013 01:30 AM PDT Parti politik diingatkan supaya tidak melibatkan pekerja bukan warga negara untuk melakukan aktiviti berkaitan pilihan raya umum termasuk memasang bendera atau banting parti-parti politik. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tindakan tegas akan diambil kepada parti politik berkenaan jika didapati berbuat demikian. "Parti politik tidak boleh memberi subkontrak kepada orang bukan warga Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja berkenaan. "Tindakan tegas boleh diambil ke atas pekerja bukan warga negara berkenaan mengikut Akta Imigresen 1959/1963, sekiranya terlibat dalam PRU," katanya pada taklimat media Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini. Ramli berkata rakyat Malaysia yang mengupah pekerja bukan warga negara untuk melakukan kerja berkaitan pilihan raya juga akan didakwa mengikut Peraturan Imigresen dan Akta Imigresen 1959/1963. Menjawab soalan, Ramli berkata setakat ini tiada laporan diterima mengenai penglibatan pekerja bukan warga negara dalam aktiviti pilihan raya. Selain itu, Ramli turut mengingatkan penyokong parti supaya tidak menampal poster atau menggantung bendera parti pada kenderaan polis. "Ada yang nakal, mereka bukan sahaja menampal bendera partinya pada kenderaan polis, malah turut mengambil gambar dan menyebarkan kepada orang ramai bahawa polis terlibat dalam politik," katanya sambil menegaskan bahawa pihak polis tidak menyebelahi mana-mana parti politik pada PRU-13 ini ~ Bernama Tengok video ni.. Parti politik mana yang upah Bangla pasang bendera mereka ini.. Hasil kerja Bangla yang diupah oleh UMNO/BN untuk memasang bendera itu sila lihat di SINI |
Posted: 23 Apr 2013 09:54 PM PDT Seorang petugas keselamatan cedera di kaki kanan akibat terkena bahan letupan ketika majlis ceramah perdana anjuran Barisan Nasional (BN) berlangsung di pekarangan Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Nibong Tebal malam tadi. Timbalan Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata mangsa berusia 30-an itu dikejar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilapor stabil. Beliau berkata polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian yang berlaku pada 10.15 malam itu, dan tidak menolak kemungkinan ia perbuatan khianat. "Kita telah arahkan Unit Bom dan Forensik untuk menyiasat jenis letupan yang digunakan," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. Abdul Rahim berkata hasil siasatan akan dimaklum secara terperinci pada satu sidang akhbar secepat mungkin. Terdahulu, majlis yang dihadiri 3,000 orang itu menjadi kecoh apabila orang ramai bertempiaran lari selepas terkejut mendengar satu letupan kuat pada jarak kira-kira 10 meter dari bahagian belakang pentas ucapan. Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah. Bagaimanapun, majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam. Sementara itu, beberapa saksi kejadian yang berada berhampiran pentas ketika ditemui berkata mereka terkejut mendengar letupan kuat berkenaan dan masing-masing berlari menyelamatkan diri. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Micheal, 39, berkata sewaktu kejadian, beliau baharu tiba di lokasi kejadian dan hanya sempat mendengar ceramah kira-kira 10 minit sebelum terkejut dengan letupan itu dan menyelamatkan diri bersama isterinya. Katanya, letupan itu sangat kuat seperti bom menyebabkan semua orang terkejut dan suasana menjadi riuh rendah sebelum beliau ternampak seorang lelaki cedera dan dibawa ke hospital. Seorang lagi saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 58, berkata letupan itu dari longgokan sampah di belakang pentas. "Letupan itu menyebabkan sampah berterbangan sehingga terpercik dan mengotori beberapa buah kenderaan, mujurlah serpihan bahan letupan itu tidak mengenai saya," katanya. Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow pula menyifatkan insiden itu mencemar nama baik demokrasi dan mahu segala bentuk amalan politik yang menjurus ke arah keganasan dihentikan serta-merta. "Kita tidak mahu semasa tempoh berkempen ini ada rakyat atau pengundi yang cedera, dan saya nasihatkan semua parti bertanding dapat mengawal emosi penyokong kerana kita tidak mahu peristiwa sebegini berulang lagi," katanya. Antara barisan penceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, Ketua Wanita MCA Tan Cheng Liang dan Pengerusi Perhubungan Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Dr Loga Bala Mohan. Kat atas tu apa yang telah dilaporkan oleh Bernama dan berikut pula ialah komen Calon BN bagi Parlimen Nibong Tebal ini.. Betul ke teruk??.. cuba tengok gambar di bawah ni.. Ish.. ish... ish... teruk betul kecederaannya.. cedera parah tu.. Persoalannya disini ialah... kenapa majlis yang bermula pada 8.30 malam itu diteruskan seperti biasa dengan kawalan ketat anggota polis dan berakhir pukul 12.30 malam, jika Unit Bom dan Forensik sedang menyiasat jenis letupan yang digunakan? Majlis sepatutnya dihentikan terus jika pihak Polis menemui sebarang unsur-unsur yang boleh mendatangkan kecelakaan yang serius.. Tiba-tiba muncul pula cerita ini.. Boleh percaya ke??.. macam cerita kartun saja ni.. atau sekadar nak meraih simpati pengundi? Lagipun... ada ke pengganas nak sabotaj majlis orang dengan meletakkan bahan letupan dalam longgokan sampah?.. kalau adapun tentu bangang sekali pengganas itu... |
Posted: 23 Apr 2013 12:26 PM PDT Menyedari Ceramah Umum yang buat julung kalinya di anjurkan oleh Pas Putrajaya di Presint 9, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, beberapa orang samseng UMNO melakukan provokasi terhadap Dato Husam Musa untuk menghalang beliau ketapak ceramah itu. Ceramah yang buat julung kalinya diadakan itu telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan menyaksikan kenderaan di parkir hampir 1KM panjang di sekitar Presint 9.. Dan ini menunjukkan warga Putrajaya am-nya sudah tidak gentar lagi untuk menunjukkan sokongan mereka terhdap calon Pas, Dato Paduka Hj Husam Bin Musa. Antara Isu yang di ketengahkan adalah untuk membela nasib Penjawat Awam yang berpendapatan rendah, tentang isu perumahan, Kemudahan Parkir, dan juga masalah-masalah lain yang melibatkan warga guru. Penjawat Awam sudah tidak perlu gentar lagi untuk menunjukkan sokongan dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana telah di wujudkan satu Biro Aduan yang berfungsi untuk sesiapa sahaja tampil membuat aduan jika diugut atau mempunyai masalah dan isu yang boleh diketengahkan. Biro Aduan ini juga disediakan khidmat guaman jika ada antara penjawat awam yang diugut sekiranya mereka menyokong Pakatan Rakyat. Rata-rata penjawat Awam yang hadir menyatakan mereka bersedia untuk berkhidmat untuk Kerajaan Baru. Apabila ditanya mereka tentang ancaman, mereka hanya menjawab, Kami penjawat awam, berkhidmat untuk negara, bukan berkhidmat untuk Barisan Nasional, Kerajaan boleh bertukar, TETAPI negara kita tetap satu, Malaysia. Bagaimanapun dalam perjalanan Husam untuk ke tapak ceramah itu dari setelah menjamah jamuan Nasi Arab dan kambing bakar di Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya yang disediakan ahli qaryah surau sebelum ceramah tersebut sekumpulan samseng UMNO cuba menghalang perjalanan Husam. Video ini menunjukkan sikap orang muda BN di hadapan Surau Abd Rahman Auf Presint 11, Putrajaya.. SAKSIKAN!! Sumber laporan serta gambar dan lagi gambar ribuan yang hadir dalam ceramah tersebut sila lihat di ( SINI ) |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan