Telok Bakong Online |
- Hijrah Bota , Kenali Calon PKR N 39 DUN Bota Ustaz Zulkifly Ibrahim
- DVD Libanglibu - Lembu Rakus terbitan Roketkini.com di lancarkan hari ini.
- Keputusan Terkini DSAI DI Lambor Kiri..Akan Lakukan Rundingan Untuk Elak Pertembungan PAS PKR..Harap Penyokong Bersabar.Che Gu Bard Sah Bertanding..PAS 3 PKR 3..Adil...
- Talqin Untuk Umno
Hijrah Bota , Kenali Calon PKR N 39 DUN Bota Ustaz Zulkifly Ibrahim Posted: 22 Apr 2013 05:26 AM PDT | |||||||||||
DVD Libanglibu - Lembu Rakus terbitan Roketkini.com di lancarkan hari ini. Posted: 22 Apr 2013 02:55 AM PDT | |||||||||||
Posted: 21 Apr 2013 10:25 PM PDT
Katanya pertembungan calon PKR dan PAS di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing.Beliau berusaha akan mempastikan tiada pertembungan antara PAS dan PKR dimana mana kerusi. "Bagi kita tempoh sehingga esok hari untuk selesaikan perkara ini," beliau berkata dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Telok Sena Lambor Kiri, Bota semalam. DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari PAS sekiranya tiada rundingan dibuat dikalangan pimpinan pakatan rakyat. Dato Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa Manifesto yang dilancarkan oleh Barisan Nasional baru baru ini adalah diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat.Beliau memberi contoh penurunan harga kereta,permit teksi,air percuma dan sebagainya.Beliau mengambarkan keadaan ini sebagai "kehabisan idea" oleh pemimpin BN. Beliau telah berucap selama kira kira 45 minit dihadapan penyokong dan beliau juga turut berharap supaya rakyat sekeliannya dapat menaikan dan memberi mandat kepada calon calon Pakatan Rakyat yang bertanding Ustaz Ismi Mat Taib Parlimen Parit,Ustaz Zulkifly di DUN Bota dan Dr Najiha di DUN Belanja.-TBO Chegu Bard sah tanding DUN Sungai Acheh(Oleh Aisha Geoffrey)SUBANG JAYA 18 APRIL: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin sah akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Sungai Acheh pada Pilihan Raya Umum 5 Mei ini. Badrul atau Chegu Bard yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menerima watikah pencalonan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi. Sungai Acheh sebelum ini menjadi rundingan antara KEADILAN dan PAS yang turut meletakkan calonnya, Yusni Md Piah. Sebelum itu, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman terlebih dahulu mengumumkan Chegu Bard calon di kawasan tersebut. Sungai Acheh merupakan satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal selain N20 Sungai Bakap dan N19 Jawi. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50701 3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR
KUALA LUMPUR: PAS memutuskan untuk menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh, Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. PKR pula menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu akan bertemu dengan Dr Nasir Hashim iaitu calon dari PSM di Kota Damansara yang bertanding atas tiket PKR di Kota Damansara. Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. | |||||||||||
Posted: 21 Apr 2013 05:22 PM PDT Sajak Nukilan Ramli Adnan Apabila datang gerombolan umno Tegas jawap pada mereka kita tak suka ditipu Datang juga wanita bertatah berlian katakan juga tidak Tegas dan lancar jawap inikah wassatiyah Datang juga sibebior merah kini dah pucat berbenor Datang sipipi lebam Jawap dengan terang dan jelas maaf.. umno Jangan takut atau gentar dengan berani tanya mereka Datang nak apa lagi? RM 500 tak cukup..kami mahu sara hidup yang rendah Kalau bagi kain batik sehelai minta sekudi Kalau gula tepung sekampit,minta selori Tiada gigi minta gigi Minta juga ganti cermin mata Apalagi atap dah bocor minta ganti Limbah melimpah minta korekkan Apa saja musti dikasi sebelum mengundi Jangan lupa juga minta harga barang naik bior 50 ringgit dapat 3 biji cili Minta naik harga minyak minta naik cas air dan letrik Jangan kawal barang bior harga tinggi kami suka Tidak apa..kami suka wehh.. Ayat selalu didahulukan bior keme pape..pemimpin bersuake ria Apa kira negara banyak berutang rakyat bayor Bio keme susah kome pulun dan kedarah hasil negara Bior deme marah rakyat susah didahulukan Kalau mereka jawab tanya mereka balik Katakan dengan terang jelas dengan penuh yakin Wahai kaum keluarga ku yang cerdik dan pandai Keme ini mentimun..Apa saja kasi di terima "HIJRAH BOTA....RAKYAT BANGKIT ..BOTA BERUBAH.. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan