Telok Bakong Online |
20 meter padu air percuma jika Pakatan perintah semula Perak Posted: 19 Apr 2013 06:10 AM PDT IPOH 16 APRIL: Rakyat Perak bakal memperoleh 20 meter padu air percuma jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih semula pentadbiran negeri yang dirampas BN pada 2009. Gaji minima RM1,100 sebulan bagi kakitangan awam dan syarikat berkaitan kerajaan negeri termasuk antara dasar yang akan dilaksanakan Pakatan di negeri itu. Turut ditawarkan potongan premium tanah sehingga 50 peratus, tiada kenaikan cukai tanah, cukai pintu dan tarif air sehingga 2018. Semua tawaran ini dinyatakan dalam Manifesto Pakatan Perak yang dilancarkan semalam oleh Pengerusi Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin di sini. Antara dasar lain yang ditawarkan adalah mengamalkan sistem tender terbuka dan penyediaan bantuan pengurusan jenazah RM1,000. Pakatan Perak juga akan meneruskan pemilihan Ketua Kampung yang diperkenalkan ketika pemerintahannya selama 8 bulan antara 2008 hingga 2009. Pakatan juga komited dalam membasmi kemiskinan dengan memastikan setiap isi rumah memperoleh sekurang-kurangnya RM760 sebulan. Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, manifesto tersebut mengambil kira kepentingan semua kaum dan golongan rakyat. "Manifesto ini kita nampak ada penekanan kepada kelompok belia, kanak-kanak, OKU, ibu tunggal, supaya Perak menjadi negeri 'welfare', negeri berkebajikan," katanya dipetik Media Selangorku. Tambah beliau, adalah menjadi komitmen Pakatan dalam memastikan taraf dan kualiti hidup rakyat Perak meningkat sejajar dengan pengembangan dan kemajuan negeri lain. "Kita tak mahu mereka hidup tak selesa sedangkan kita ada sumber-sumber yang boleh dilipat ganda. Kita mahukan supaya gross (kadar pembangunan) di negeri ini berada pada sekitar 6 peratus setahun," kata Muhammad Nur. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50503 | ||||
Posted: 18 Apr 2013 05:10 PM PDT
Sebagai langkah berhati hati dan keselamatan,arahan dari Pas Kawasan telah dikeluarkan meminta semua petugas membuat jadual untuk melakukan rondaan dan bermalam didalam pondok UPU kawasan masing masing. UPU Felcra Nasaruddin adalah sebuah bilik gerakan yang aktif dikawasan berkenaan jika dibandingkan dengan Bilik Gerakan Umno.UPU ini sentiasa dipenuhi oleh penyokong penyokong dan beberapa aktiviti yang dijalankan berjaya menarik minat orang ramai.Dirasakan UMNO menjadi semakin terdesak setelah culaan atau bancian dijalankan menunjukkan BN telah ketinggalan sebanyak 70 undi dikawasan tersebut.Tekanan berterusan apabila Cawangan Umno berkenaan telah dilawati oleh pemimpin utama bahagian. Walaubagaimanapun kita tunggu maklum balas dari pihak Polis untuk kepastian.Sebarang andaian tidak dapat dibuat sekarang untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dikalangan parti parti yang bertanding.Bagi pihak penduduk,mereka merasa begitu marah pada pelaku.Rata rata mereka dapat membuat penilaian sendiri terhadap perkara ini dan berjanji akan mempamirkan ketidakpuashatian mereka melalui kertas undi. |
You are subscribed to email updates from Telok Bakong Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan