Sabtu, 13 April 2013

Telok Bakong Online

Telok Bakong Online


Apabila 85 Peratus Cina Johor Sudah Sokong PR..Apa Yang Akan Berlaku?

Posted: 13 Apr 2013 01:00 AM PDT

Harakahdaily, 11 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Sokongan pengundi Cina di Johor kini sudah mencecah 85 peratus kepada Pakatan Rakyat, kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Dengan sokongan ini, PAS berkeyakinan Pakatan Rakyat akan memberikan sekurang-kurangnya 12 kerusi Parlimen di Johor untuk mempastikannya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

"Selepas satu tahun saya gempur Johor, saya yakin Pakatan akan menyumbangkan 12 kerusi Parlimen di Johor," kata Salahudin diikuti dengan tepukan bergemuruh para hadirin di Dewan Fadzil Nor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM) itu.

Salahudin yang berucap selepas diumumkan sebagai calon PAS di Pulai bersama dengan Datuk Husam Musa calon PAS di Putrajaya dan Zamri Asa'ad Khuzaimi calon PAS Titiwangsa.

Menurut Salahudin, dengan hanya 35 peratus sokongan Melayu di Johor dan 75 peratus sokongan Cina, Pakatan akan mendapat kemenangan majoriti mudah dalam DUN Johor.

"Sebab itulah, Datuk Seri Najib lewatkan bubar, kerana dia tahu Johor tidak selamat lagi bagi BN," katanya.

Salahudin juga menjangkakan, Sabah akan menyumbang 15 kerusi parlimen manakala Sarawak 10 kerusi parlimen untuk Pakatan.

"Dengan unjuran ini, kita boleh sampai ke Putrajaya," kata Salahudin disambut takbir dan tepukan gemuruh para hadirin.

DAP Dan TBO kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis

Posted: 12 Apr 2013 07:59 PM PDT

 Ulasan TBO-Risalah ini berserta risalah mengenai Tuan Guru Nik aziz telah disebarkan di dun bota. baru baru ini,Risalah yang bertajuk 'dap rasis' ini telah disebarkan secara meluas oleh pihak pihak tertentu dipercayai oleh umno (Penyebar nya ialah ahli tegar umno,tbo telah mengenalpasti penyebarnya) yang bertujuan untuk memburuk burukkan parti dap dan pakatan rakyat.

satu risalah lain turut diedarkan bersama,iaitu mengenai TGNa.Kandungan nya ialah memburuk burukkan kepimpinan tuan guru nik aziz di kelantan.isunya antara lain ialah tentang pembolotan tgna terhadap balak di kelantan,isu air dan penajaan haji.disamping itu terdapat segmen yang menghina kepimpinan ulama itu.

tbo memandang serius tentang perkara ini.kepada penyokong pakatan rakyat yang menerima risalah ini,adalah dinasihatkan supaya memusnahkannya.diharap pimpinan pakatan rakyat dapat membuat siri siri penerangan untuk menangkis isu isu yang telah diutarakan didalam risalah ini.

hijrah bota....rakyat bangkit ..bota berubah..

Wartawan Sinar Harian
10 April 2013
DAP kesal edaran risalah tuduh parti itu rasis
Howard (dua, kanan) bersama Kah Woh (tiga, kanan) menunjukkan risalah 'DAP Rasis' yang dikatakan diedarkan di sekitar Ipoh sejak lima hari lalu.
IPOH - DAP menganggap pengedaran risalah 24 muka surat bertajuk 'DAP Rasis' yang dikesan sejak lima hari lalu sebagai satu situasi politik tidak matang.

Risalah berbahasa Melayu yang mengandungi beberapa paparan mengutuk tindakan dan propaganda parti itu dipercayai diedarkan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Ipoh terutama lokasi majoriti penduduk Melayu.

Setiausaha DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata, amalan yang cuba diterapkan pihak tidak bertanggungjawab dengan menyentuh politik perkauman dan agama itu sama sekali tidak rasional.

Menurutnya, ia hanya menggambarkan tindakan terdesak sebelah pihak untuk meraih kepercayaan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kita anggap ini satu fitnah, apa yang dipaparkan ini sama sekali tidak benar, isu-isu yang dibawa juga sebenarnya sudah dijelaskan sebelum ini. "Buat masa ini, kita masih belum dapat mengenal pasti pihak yang terbabit, namun tidak menolak kemungkinan ia didalangi parti lawan dalam usaha memburukkan nama parti ini dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya pada satu sidang media.

Hadir sama, Ketua DAPSY negeri, Wong Kah Woh dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ahmad Tarmizi Mohd Ghazali. Howard berkata, pihaknya memberi tempoh 48 jam kepada pihak berkaitan untuk tampil memberi penjelasan sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, penyebaran buku berkenaan bukan sahaja menyalahi undang-undang dan akta penerbitan, malah ia dikeluarkan bagi tujuan menghasut rakyat. "Kita akan tunggu maklum balas selanjutnya sebelum tindakan lanjut termasuk laporan polis dibuat," katanya.

Pengumuman Calon KEADILAN Perak 15 April (Isnin) Di Manjoi

Posted: 12 Apr 2013 05:31 PM PDT

BHf_1riCUAEnmD7

KUALA LUMPUR 12 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon KEADILAN Perak pada 15 April ini.

Pengumuman itu dijadualkan akan diumumkan beliau ketika menyampaikan ceramah Pakatan Harapan Rakyat dalam siri jelajah ke negeri itu.

Ceramah pertama yang akan disampaikan beliau akan diadakan di Padang Taman Gopeng Jaya, Gopeng bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala seterusnya acara kemuncak dalam ceramah keduanya, Anwar akan mengumumkan calon KEADILAN selain turut menyampaikan ceramahnya yang diadakan di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Seterusnya barisan penceramah yang akan bersama Ketua Pembangkang malam itu terdiri daripada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perak, Dr Muhammad Nur Manuty yang juga calon KEADILAN Bagan Serai, Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang diumumkan untuk mempertahankan kerusi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih kang, Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khattab, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid, diumumkan calon Parlimen Lumut.

Selain itu, penceramah lain yang hadir sama antaranya Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, Ustaz Zulkifli Ibrahim, Ketua Cabang Rembau yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dan pimpinan KEADILAN Perak.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=50137

Msinc-TBO juga akan berada disana bersama seluruh Jentera PRU 13 Bota untuk mendengar sendiri penyistiharan tersebut. Diharap sesiapa dari Bota yang ingin berkonvoi ke Manjoi,sila tunggu di Bilik Gerakan Utama PKR Bota,selepas maghrib.Kita berkumpul dan bergerak bersama sama menuju ke Putrajaya..ooops silap..Manjoi daa..

Tiada ulasan: